Friday, November 30, 2007

jom tukar tukar assingment

masa dah seminggu berlalu, tugasan yang diberi...macamana? ada yang dah buat? da yang belum..? biasalah bila balik...macam mcam menunggu...anak anak melepaskan rindu, cara lain, isteri atau suami pulak manja cara lain....semua perlu layanan, pergi sekolah ....sekolah pun minta dilayan...geng trengganu, pahang dan kelantan baru balik kursus di kuala trengganu...seronoklah makan tidur sampai gemok...klim ribu ribu pulak tu....maka kalau semua orang menggunakan blog ni boleh tukar tukar maklumat dengan cepat, copy dari words, paste kat new posting atau comment atau email kat aku aku post kan kedalam blog ini...sama samalah kita kongsikan....jangan lokek....tak baik....our chinese friends, indian friends...jenguk jenguklah blog kita bersama ini...dan kongsikan idea atau pendapat anda....
admin

Saturday, November 24, 2007

berita disana sini

ramai kawan kawan kita ketrengganu untuk program rimup...jemputan dari IAB Utaara, aku tak dapat...kalau nak boleh, tetapi sebab lama tak jumpa keluarga, aku malas nak meninggalkan mereka...maka aku undur diri, kepada sesiapa yang sedang dan akan ke sana...selamat berkursus dan semoga tercapai objek tif kursus.

admin

Tahniah Shahrin


kalau nak tahu, kawn kita kini telah masuk ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Unit HEM sebagai Penyelia Kanan Asrama. Kalau ada apa apa hal bab asrama kat Pahang...hubungi en shahrin kita No Telefon 0139277183
Cool, disiplinnya tinggi..tepat jam 10.30 dia akan mula tidur dan bangun subuh...nak bincangke nak makan ke sebelum 10.30...sesiapa satu group dengan dia kena faham...sebab dia ada migrin..kalau pasal menghafal, eloklah kau orang confirm dnegan dia dulu betul tidak...lagi satu kekuatan dia ..dia ada instink...soalan apa yang bakal keluar..sebab dia peka apa yang dikatakan oleh pensyarah...tulah..tak mahu kenal kawan...baca blog ni, macam macam ada.

gambar peneroka haram yang tak ada permit


"Peneroka haram" mungkin membaw maksud tak elok..tetapi maksudnya disini ialah, dia suka pindah dari satu tempat kesatu tempat yang lain masa kuliah...bukan dia saja...ada ramai lagi...namun begitu dia..ni terkenal sedikit sebab tahan bergurau...tetapi sejauh aku kenali dia..dia adalah seorang yanag berbudi bahasa, kuat tenaganya zahir dan bathin dan suka memanjakan orang lain...lantas sapa yang kurang kasih sayang akan mudah mengasihi dia...tapi untuk aku...dialah kawan dialah musuh aku...haahahahahaha...gurau je li...kalau tak puas hati boleh beri komen...admin: tiada niat menyakiti hati, sekadar bergurau untuk bang rosli.

nota untuk fasa 6 ada disini

aku ni bukanlah rajin sangat nak up datekan blof ni, kalau tak ad akerja aku buatlah....so tak lama lagi aku akan masukkan nota fasa 6 untuk kegunaan kita bersama...kongsi kongsi...dan kalau ada kawan kawan nak kongsi just klik post dan postkan saja...buat dalam word dan copy paste dalam blog ini...jadi kita tak payah guna pen drive ( jambatan untuk memasukkan virus dalam komputer)

Bab 1

Pengenalan

Setelah lebih kurang 15 tahun menceburi diri dalam arena pendidikan, saya juga telah mengumpul 15 tahun pengalaman dalam mengajar mata pelajaran Matematik. Saya memang minat kepada mata pelajaran ini sejak berada di bangku sekolah. Daripada pengalaman yang lepas, saya dapati pelajar minat dan dapat menunjukkan kemajuan dalam mata pelajaran Matematik bila diajar oleh saya. Semasa berkhidmat di SJKC Han Ming pada tahun 1994, saya telah dilantik sebagai ketua panitia Matematik. Pada tahun 1996 saya telah dilantik sebagai Guru Sumber Matematik Negeri Selangor. Matematik memang merupakan mata pelajaran yang paling diminati oleh saya.

Daripada pengalaman saya yang lepas, saya dapati pelajar-pelajar di sekolah rendah menghadapai pelbagai masalah dalam menguasai kemahiran Matematik. Punca masalah adalah meluas iaitu dari segi sikap, minat, jantina, latar belakang pelajar, faktor guru, sekolah, dan lain-lain. Namun sebagai seorang guru, tanggungjawab mengajar mereka sehingga mereka dapat menguasai kemahiran yang tersurat dalam sukatan pelajaran adalah amanah saya. Maka sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa memerhatikan apakah hasil pengajaran kita dan sentiasa mencari kaedah untuk penambahbaikan.

1.0 Pendahuluan

Luas merupakan salah satu tajuk yang terkandung dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun Lima di peringkat sekolah rendah. Daripada pengalaman yang lepas, saya dapati setiap tahun bila saya mengajar pelajar Tahun Enam, saya akan berhadapan dengan sebahagian besar pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran mengira luas permukaan dan tidak dapat membezakan konsep perimeter dan luas. Kajian tindakan yang akan dijalankan oleh saya adalah berfokus kepada kaedah meningkatkan kemahiran mengira luas bagi bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga di kalangan pelajar tahun lima.

1.1 Tajuk

Terdapat ramai pelaja tahun enam yang tidak dapat menguasai kemahiran mengira luas, maka saya menetapkan tajuk proposal saya iaitu kaedah meningkatkan kemahiran mengira luas bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga di kalangan 20 orang pelajar Tahun 5 Melor di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Satu, Puchong, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam aspek mengira luas permukaan. Melalui penyelidikan tindakan ini diharapkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik di sekolah ini dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Saya akan menjalankan penyelidikan tindakan ke atas kaedah untuk meningkatkan kemahiran mengira luas bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga di kalangan 20 pelajar Tahun 5 Melor di Sekolah Kebangsaan Puchong 1, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Pengiraan luas permukaan merupakan tajuk Matematik Tahun 5. Mengikut pengalaman saya, kemahiran mengira luas merupakan salah satu kemahiran yang susah dikuasai oleh pelajar. Mereka selalu keliru dan tidak dapat membezakan kaedah mengira luas permukaan dengan perimeter. Ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami konsep luas.

1.3 Permasalah Kajian

Masalah yang menjadi titik tolak kajian ini ialah kekurangan penekanan konsep luas, kaedah pengajaran yang tidak memfokus kepada kaedah kerja praktik dan inkuiri-penemuan, kekurangan latihan dan kurang penekanan kepada perbezaan antara cara pengiraan luas dan perimeter.

1.3.1 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi titik tolak kajian ini ialah:

i Konsep keluasan jarang diberi penekanan, sedangkan kekurangan pemahaman tentang konsep luas dan perimeter menjadi masalah wujudnya kekeliruan tentang konsep luas dan perimeter di kalangan pelajar.

ii Pentingnya kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kefahaman pelajar dan seterusnya penguasaan kemahiran pengiraan luas sesuatu permukaan.

iii. Pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah pada masa kini lebih tertumpu kepada kaedah pendedahan dan berfokus kepada format ujian.

iv Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kurang menekan penggunaan kaedah kerja praktik dan inkuiri penemuan.

v. Guru-guru kurang mengaitkan isi pengajaran dan pembelajaran dengan kehidupan diri pelajar. Ini mengakibatkan pelajar beranggapan alam kehidupan dan mata pelajaran di sekolah sebagai dua perkara yang terpisah.

1.4 Tujuan Kajian

i. Mengenal pasti punca kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran mengira luas.

ii. Mengesan kaedah inkuiri-penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik terhadap pemahaman konsep luas di kalangan pelajar kumpulan eksperimen.

iii. Menguji keberkesanan kaedah kerja praktik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik terhadap penguasaan kemahiran mengira luas di kalangan pelajar kumpulan eksperimen.

iv. Menguji sama ada wujudnya korelasi antara penguasaan kemahiran mencari luas dengan kemahiran asas yang dikuasai oleh pelajar.

v. Miningkatkan pencapaian Matematik dalam UPSR.

1.5 Rasional Kajian

Kajian ini dapat memberi suatu idea tambahan yang boleh digunakan dalam mengajar tajuk luas di sekolah rendah. Diharapkan ia dapat memberi penyedaran kepada sesetengah guru yang tidak mementingkan penekanan konsep luas dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah.

1.6 Kesignifikanan Kajian

Berdasarkan kajian di atas, kesignifikanan kajian ini, adalah seperti berikut:

i. Dapatan kajian ini dijangka dapat dijadikan sebagai salah satu cadangan perkaedahan pengajaran dan pembelajaran tajuk luas di sekolah rendah.

ii. Kaedah kerja praktik ini dijangka dapat memberi pemahaman tentang konsep luas.

iii. Penyelidikan ini dijangka dapat dijadikan sebagai panduan kepada para guru yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan.

iv. Kajian ini dijangka dapat memberi sumbangan kepada guru-guru yang mengajar tajuk luas di sekolah yang mempunyai kesamaan dari segi latar belakang sekolah.

1.7 Batasan Kajian

Batasan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Kajian ini hanya dijalankan Sekolah Kebangsaan Puchong Satu, Puchong, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan.

ii. Hanya berdasarkan 20 pelajar Tahun 5 Melor sahaja yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran.

iii. Jumlah masa pengajaran Matematik berdasarkan pendekatan ini ialah 240 minit, pada waktu 8:30am. hingga 9:30a.m.setiap hari Selasa.

iv. Skop pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan ini ialah rancangan mengajar, pembinaan bahan dan instrument yang ditetapkan iaitu perbincangan, pemerhatian, temubual tidak berstruktur, uijian pra, ujian pos dan lembaran kerja.

v. Tempoh pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan ini ialah selama 2 bulan. Sepanjang tempoh ini, saya mengajar dengan menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah kerja praktik.

Bab 2

2.0 Tinjauan Literatur

2.1 Penyelidikan Tindakan

Melaksanakan kajian tindakan adalah salah satu tanggungjawab utama seseorang ahli akedemik. Kemanpuan membuat penyelidikan dan kebolehan meneroka bidang yang dikaji adalah penting dalam usaha menonjolkan kepakaran dan tahap keilmuan seseorang individu. Kajian ialah satu proses penelitian sistematik yang melibatkan penemuan dan penerokaan idea baru, yang akhirnya akan menambah himpunan pengetahuan dan meningkatkan tahap keilmuan pengkaji dan pembacanya (Mohammad Adam Bakar: 2001).

Kim Phaik Lah (1996) berpendapat sistem konsep kajian tindakan ialah pemahaman tentang falsafah, konsep asas dan matlamat kajian tindakan.Menurut Mok Soon Sang (1996), penyelidikan tindakan adalah satu bidang soal-selidik dan kajian berbentuk renungan kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu. Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan dan sosial. Kajian ini digunakan untuk meningkatkan kefahaman terhadap amalan pendidikan dan sosial dan seterusnya memperbaiki keadaan tersebut. Di bawah konteks perkembangan profesinalisme perguruan, penyelidikan tindakan ini boleh digunakan untuk mengkaji masalah-masalah pendidikan dan memperbaiki keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Penyelidikan tindakan dipelopori oleh Lewin Kurt pada tahun1946 di Amerika Syarikat. Idea yang dikemukakan oleh beliau telah digunakan oleh para pendidik untuk menjalani kajian seperti keadaan menggubal kurikulum dan peringkatan profesionalisme keguruan. Menurut John Elliott (1996), Ford Teaching Project telah dianjurkan oleh Ford Foundation dari tahun1973 hingga 1975., kaedah penyelidikan tindakan digunakannya dan Clem Adelman untuk mengkaji keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Projek ini melibatkan lebih daripada 40 guru di 12 buah sekolah. Kajian Literatur yang digunakan oleh penyelidik mendasari penyelidikan tindakan ini dapat diilustrasikan dalam Rajah 1. Idea penyelidikan tindakan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1988.

2.1.1 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

i. Biasanya dijalankan secara kumpulan dan secara usaha sama dalam proses penyelidikan.

ii. Menekankan perhubungan teori dan amalan.

iii. Bertujuan untuk membentuk sikap komuniti supaya bersifat kritis terhadap keadaan persekitaran dan diri sendiri, dan memperbaiki kerja kumpulan atau diri sendiri, dan seterusnya untuk kebaikan orang lain.

Gambar Rajah 1: Latar Belakang Penyelidikan Tindakan


1990an di Malaysia, EPRD kerjasama sekolah-sekolah, Projek PIER Kim Paik Lah (1994), Hanipah Hussin (1999) menggunakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru pelatih










1990an Australia, Eropah, dan Amerika, Kajian Tindakan digunakan sebagai alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi sekolah










1976, Di Eropah John Elliot dan rakan menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project sebagai pendekatan membantu guru menggabungkan usaha inkuiri dalam pengajaran & pembelajaran di bilik darjah.










1953 Idea Lewin digunakan di Teachers College, Colombia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan di sekolah




1946, Kurt Lewin seorang ahli psikologi sosial menegaskan usaha kolaboratif untuk meningkatkan lagi mutu prestasi kerja di jabatannya (Kemmis dan Mc Taggart), (1988)

Sumber: Diubahsuai daripada Hanipah Hussin (1999)

iv. Berbentuk lingkaran renungan kendiri yang merangkumi empat peringkat, iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan pemerhatian, dan renungan.

v. Segala proses penyelidikan meliputi penggunaan dan pemyimpanan data dan rekod secara sistematik.

vi. Penyelidikan adalah tertumpu kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

vii. Tidak mempunyai objektif untuk membukti hipotesis atau memberi sumbangan kepada sains. Hasil kajian digunakan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Matlamat kurikulum Matematik sekolah rendah sebagaimana yang dikeluarkan oleh pusat perkembangan kurikulum pada 2003 adalah untuk membina pemahaman pelajar dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu pelajar mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara yang sedang membangun serta dapat membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Di Tahap 1, pembelajaran menitikberatkan kemahiran asas, manakala di Tahap 2 pula lebih menitikberatkan kepada penggunaan kemahiran asas serta penyelesaian masalah (Ikhsan Othman & Norila Md Salleh: 2005).

Perlaksanaan pengajaran Matematik di sekolah rendah termasuk aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan. Ini adalah disebabkan tiap-tiap pelajar belajar Matematik dengan kadar kebolehan dan daya penyerapan masing-masing yang berbeza. Aktiviti pengajaran boleh dijalankan secara kelas, kumpulan dan indivadu. Aktiviti pembelajaran seperti aktiviti kerja praktik, projek, dan penyelesaian masalah boleh dilaksanakan untuk meningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada tahun 2003, pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah menggunakan bahasa Inggeris bermula dengan Tahun 1, sehingga sekarang pengajaran Matematik dari Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya di SK dan SJKT. Di SJKC, pengajaran Matematik adalah dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai kursus termasuk EteMs (Engish for Teaching Mathematics & Science), membekalkan buku panduan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks serta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT kepada setiap sekolah. Kajian literatur juga telah dijalankan dari masa ke semasa untuk mengetahui apakah isu-isu yang terbangkit dalam pengajaran Matematik di Malaysia.

2.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran

Menurut Mook Soon Sang (2002), dalam konteks pendidikan formal, konsep pengajaran boleh dihuraikan sebagai sesuatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik, pelbagai kedah boleh digunakan. Kaedah penyoalan kerap kali digunakan di dalam semua peringkat proses pengajaran dalam semua mata pelajaran, baik di peringkat permulaan hingga ke peringkat penutup. Kaedah penyoalan merupakan kaedah yang paling berguna serta berkesan untuk menguji pengetahuan dan melahirkan pengetahuan.

2.3.1 Kaedah Kerja Praktik

Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, kaedah kerja praktik merupakan salah satu kaedah yang digunakan dengan meluas. Ini adalah kerana banyak konsep dan kemahiran Matematik dapat diajar dan dipelajari dengan mudah dengan menggunakan kaedah kerja praktik. Menurut Mok Soon Sang(1996), Kaedah kerja praktik boleh ditarifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran Matematik, kaedah ini digunkan untuk melatih pelajar-pelajar menggunakan alat bantu mengajar untuk belajar konsep dan fakta Matematik. Menurut Mok Soon Sang (1996), kaedah ini boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran untuk membimbing pelajar-pelajar membahagikan suatu segiempat tepat dengan melukis petak-petak kecil sama saiz untuk mempelajari konsep luas.

2.3.2 Kaedah Inkuiri-Penemuan

Kaedah inkuiri-penemuan yang dicadangkan oleh Jerome Bruner. Menurut Mook Soon Sang (1996), pada tahun 1963, Bruner dan Kenney berjaya membina empat teorem pembelajaran Matematik. Teorem Pembinaan yang diperkenalkan merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip dan hukum Matematik. Aktiviti-aktiviti konkrit haruslah dijalankan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka boleh membina perwakilan untuk konsep itu.

Kaedah inkuiri-penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Pelajar-pelajar perlu menggunakan akal fikiran mereka untuk mencari konsep, fakta, rumus atau hukum Matematik daripada maklumat-maklumat yang dikumpul. Gambar rajah 2 menunjukkan proses pembelajarn dengan penggunaan kaedah inkuiri-penenmuan. Dalam pembelajaran Matematik, banyak konsep, hukum, rumus dan teorem Matematik boleh dipelajari dengan menggunakan kaedah inkuiri-penemuan.


Rajah 2: Proses Pembelajaran Melalui Kaedah Inkuiri-Penemuan.




Mengenal Merancang Mengumpul Mengkaji dan Membuat

pasti strategi maklumat menganalisis generalisasi

masalah penyelesaian yang maklumat yang atau

berkaitan dikumpul rumusan

Sumber: Mok Soon Sang(1996). Pengajaran Matematik untuk diploma perguruan.Kajang: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


2.4 Kajian-Kajian Lepas

2.4.1 Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran Matematik di Sekolah Rendah.

Kajian mengenai penggunaan Pembelajaran Koperatif (PK) dengan struktur Jigsaw, Find The Fib, dan Pairs Check yang sesuai dengan pengajaran Matematik di sekolah rendah telah dijalankan oleh Zaenab Hanim et.al.(2004, Jurnal Pendidikan). Penyelidikan ini mengkaji tiga pemboleh ubah penting tentang kemampuan guru: memotivasi pelajar dalam PK, menstruktur PK, dan menilai proses PK. Penyelidikan tindakan telah digunakan dalam penyelidikan ini dalam tiga pusingan yang bertujuan untuk mengubah amalan guru yang telah menjalankan pengajaran secara tradisional dan direktif ke arah penggunaan PK.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kemampuan guru menjalankan PK sangat rendah dan banyak mengalami masalah pada peringkat awal tindakan namun kemampuan guru tersebut semakin meningkat pada peringkat pusingan akhir. Dapatan penyelidikan menunjukkan kemampuan guru memotivasi pelajar, menstruktur dan menilai proses PK meningkat. Pada pusingan pertama, kemampuan guru memotivasi pelajar lebih tinggi berbanding dengan kemampuan guru menstruktur dan menilai proses PK. Namun, pada akhir tindakan kelas, kemampuan guru menstruktur PK adalah lebih tinggi daripada pemboleh ubah yang lainnya

2.4.2 Hubungan antara Beberapa Faktor Psikologi dengan Pencapaian Matematik dan Sains Pelajar Sekolah Menengah

Kajian ini dilakukan oleh Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizn bertujuan untuk (1) menentukan hubungan antara tiga faktor psikologi, iaitu kebanggaan diri, kepuasan hati dan pergantungan dengan pencapaian Matematik dan Sains pelajar-pelajar sekolah menengah; (2) melihat perbezaan aspek-aspek psikologi ini mengikut jantina, lokasi sekolah dan keturunan; dan (3) melihat hubungan antara kebanggaan diri, kepuasan hati dan pergantungan. Hasil kajian ini menunjukkan: (a) pelajar-pelajar yang mempunyai kebanggaan diri yang tinggi dan kurang bergantung kepada orang lain akan memperolehi pencapaian yang tinggi dalam Matematik, manakala dalam Sains, pelajar yang kurang bergantung kepada orang lain akan lebih berjaya; (b) pelajar luar bandar lebih bergantung kepada orang lain dalam pembelajaran; dan (c) pelajar Melayu lebih berbangga dengan diri sendiri, lebih sukar berpuas hati dan lebih tinggi pergantungan berbanding dengan pelajar Cina. Pencapaian dalam Matematik dan Sains, khususnya bagi pelajar-pelajar Melayu dan pelajar-pelajar luar bandar dapat ditingkatkan melalui motivasi yang sesuai ke arah meningkatkan usaha sendiri, memupuk semangat bersaing untuk mencapai kecemerlangan dan tidak mudah berpuas.

2.4.3 Penguasaan Sifir Di kalangan Pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot. Kuala Terengganu

Kajian ini dijalankan ke atas 34 orang pelajar Tahun 4 Musytari di Sekolah Kebangsaan Kompleks, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu oleh Shafie Awang dari Maktab Perguruan Kuala Terengganu dan Ahmad bin Embong dari Sekolah Kebangsaan Kompleks. Sekolah ini mempunyai empat kelas Tahun 4 iaitu satu kelas 'elite' dan tiga kelas biasa. Tahun 4 Mi adalah salah satu kelas darpada tiga kelas biasa tersebut. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sifir. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan pelajar dan akhir sekali mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan sesuatu sifir. Hasil kajian menunjukkan bahawa masih terdapat sebahagian kecil pelajar masih tidak dapat menguasai sifir dan sebahagian kecil lupa mengumpul semula hasil darab mereka.

2.4.4 Kajian Tentang Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam Pendidikan Matematik di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Penyelesaian masalah dalam pendidikan Matematik merupakan satu daripada kemahiran yang diperkenalkan kepada sekolah rendah melalui kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR). Kajian tentang kaedah penyelesaian masalah dalam pendidikan Matematik telah dilakukan oleh Abdul Murad et. al. Namun demikian didapati masih ada pelajar yang menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah Matematik yang melibatkan perkataan (words) yang memerlukan keupayaan memahami dan menterjemahkan fahaman mereka kepada bahasa Matematik ; walaupun masalah itu dikemukakan dalam bahasa percakapan mereka sendiri.

2.5 Rumusan

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang guru, adalah didapati sebahagian besar daripada guru masih tidak dapat mempraktikan pelbagai kaedah pengajaran yang telah dipelajari dari maktab perguruan. Kemampuan guru menjalankan kaedah pembelajaran koperatif contohnya didapati sangat rendah dan banyak mengalami masalah semasa perlaksanaan.

Dari segi faktor pelajar itu sendiri, didapati faktor psikologi, iaitu kebanggaan diri, kepuasan hati dan pergantungan telah memberi kesan ke atas pencapaian Matematik di kalangan pelajar. Kebolehan atau perkembangan mental pelajar juga merupakankan salah satu punca yang menyebabkan pencapian Matematik rendah di kalangan pelajar di mana masih terdapat sebahagian kecil pelajar masih tidak dapat menguasai sifir dan sebahagian kecil lupa mengumpul semula hasil darab mereka. Terdapat juga pelajar yang menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah Matematik yang melibatkan perkataan (words) yang memerlukan keupayaan memahami dan menterjemahkan fahaman mereka kepada bahasa Matematik. Faktor-faktor ini merupakan pemboleh ubah yang memberi kesan yang signifikan ke atas pencapaian Matematik di kalangan pelajar.

Bab 3

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan selama dua bulan. Instrumen yang digunakan adalah model pemikiran refleksi dalam kajian tindakan yang diadaptasi dari Kurt Lewin (1946).

3.1 Reka Bentuk

Reka bentuk penyelidikan ialah suatu spesifikasi prosedur untuk mengutip dan menganalisis data yang diperlukan untuk membantu mengenal pasti masalah agar kos untuk mendapatkan ketepatan maklumat yang dikutip dan nilai maklumat tersebut adalah sepadan (Zainal Abidin Said). Reka bentuk kajian tindakan ini adalah berdasarkan lima langkah asas yang dapat digambarkan dalam gelung-gelung tindakan seperti yang dapat ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2:Model Pemikiran Refleksi Dalam Kajian Tindakan

Cycle Diagram

3.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan

Amalan dikenal pasti melalui kaedah pemerhatian menerusi pengalaman yang dialami dalam bilik darjah. Saya mendapati sebahagian besar daripada pelajar Tahun Enam tidak dapat menjawap soalan yang berkaitan luas. Bagi mengesahkan kewujudan masalah ini, saya akan memberi satu lembaran kerja untuk mengenal pasti kefahaman dan kemampuan pelajar.

3.1.2 Merancang Tindakan

Perancangan perlu dibuat sebelum sesuatu tindakan dilakukan. Ini adalah untuk memastikan segala tindakan yang dilakukan kelak dapat dilaksanakan dengan lancar dan sistematik. Dalam perancangan ini, saya akan:

§ Memilih sampel 20 pelajar Tahun 5 Melor.

§ Menetapkan masa 240 minit, pada waktu 8:30am. hingga 9:30a.m.setiap hari Selasa.

§ Penyelidikan akan dilaksanakan selama 2 bulan.

§ Menggunakan bahan sedia ada di sekolah.

§ Melibatkan Ketua Panitia Matematik sekolah ini.

Untuk menjelaskan konsep luas, saya akan menggunakan langkah dan kaedah berikut:

§ Menggunakan kaedah kerja praktik dalam menjelaskan konsep luas. Membimbing pelajar membanhagikan suatu segiempat tepat dengan melukis petak-petak kecil sama saiz untuk mempelajari konsep luas.

§ Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk mendapat rumus luas segiempat tepat dan segiempat sama.

§ Kaedah deduksi digunakan untuk mendapat rumus luas segitiga.

§ Membuat ujian berbentuk formatif yang berkaitan dengan tajuk luas.

3.1.3 Melaksanakan Tindakan

Pelaksanaan kajian tindakan dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk selama 4 minggu yang melibatkan 8 waktu masa berkembar (60 minit).

§ Penerapan konsep luas dan menekan perbezaan antara konsep luas dan perimeter.

§ Membina rumus melalui kaedah kerja praktik, inkuiri penemuan dan kaedah deduksi.

§ Latih tubi diberikan kepada pelajar-pelajar pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk:

Ø Mengesan sejauh mana pelajar telah menguasai kemahiran mengira luas.

Ø Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan rumus untuk mencari luas segiempat dan segitiga.

§ Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menjawab soalan yang lebih rumit yang melibatkan gabungan bentuk segiempat dan segitiga.

3.1.4 Melihat Kesan Tindakan

Langkah keempat ialah membuat pemerhatian dan mengumpul semua maklumat ke dalam folio. Untuk mengkaji prestasi pelajar-pelajar dalam penguasaan kemahiran mengira luas bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga, saya akan menjalankan ujian pra dan ujian pos. Hasil daripada data yang dikumpul akan membolehkan saya mencari ikhtiar untuk menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran.

3.1.5 Melakukan Refleksi

Elliott (1996) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji. Amalan kajian tindakan yang dijalankan harap dapat meningkatkan kualiti pengajaran di samping membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam bilik darjah. Gelung kedua bermula jika masalah masih belum selesai dan semua prosedur kajian tindakan di atas diulang semula sehingga masalah selesai.

3.2 Persampelan

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar Tahun Lima Melor, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Satu, Dareah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kajian ini adalah terdiri daripada 10 lelaki dan 10 pelajar perempuan.

3.3 Pengumpulan Data

Teknik yang telah digunakan untuk tinjauan ialah pemerhatian, pencerapan, temubual tidak berstruktur dan bebas, lembaran kerja dan ujian. Semasa penyelidikan dijalankan, pelajar-pelajar akan disoal jawab, diperhati dan diuji dari semasa ke semasa untuk menentukan sejauh manakah pencapaian atau kemajuan mereka. Pemerhatian turut serta juga digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pencerapan akan dilakukan oleh Ketua Panitia Matematik sekolah tersebut. Aspek-aspek yang akan diberi perhatian adalah penglibatan aktif pelajar, perkembangan pelajar dan kaedah pengajaran yang digunakan. Cara-cara pengesanan dan pengumpulan data ialah pemerhatian pembelajaran, soal jawab sepontan, lembaran kerja, pretest dan postest. Hasil kajian akan dihuraikan untuk mendapat kesignifikanan hubungan kaedah pengajaran dengan pencapaian pelajar.

Teknik ‘Triangulation’ telah digunakan bagi memastikan keesahan data yang digunakan (Rajah 3). Terdapat 5 jenis cara memungut data yang akan digunakan oleh saya iaitu:

a. Penulisan jurnal mingguan.

b. Temubual tidak berstruktur

c. Borang maklumbalas pencerapan yang dicerap oleh Ketua Panitia Matematik

d. Pemerhatian

e. Markah Pretest dan Postest pelajar

Rajah 3: Proses Triangulasi Yang Akan Digunakan Oleh Saya Dalam

Kajian Tindakan


Temubual tidak berstruktur

Pemerhatian – jurnal, catatan, soal jawab, ujian pra, ujian pos, lembaran kerja dll.

Rancang

Laksanakan pengajaran

Maklumbalas

refleksi










Refleksi oleh Pengkaji

Refleksi oleh Pelajar

Sumber: Diubahsuai daripada Hanipah Hussin (1999)

3.4 Analisis Dan Interpretasi Data

Membuat analisis, interpretasi dan kesimpulan merupakan peringkat yang penting sekali dalam sesuatu aktiviti peyelidikan. Ini adalah kerana hasil dapatan daripada kesimpulan ini akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan yang selanjutnya untuk memperbaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan, atau menjadi asas untuk mengubahsuaikan pelan tindakan dalam kajian kedua.

Semua data dan maklumat yang dikumpul dari temubual tidak berstruktur dan pemerhatian akan dianalisis dan ditranskripsikan dengan menggunakan CTA (Cognitive Task Analysis). Menurut jurulatih kebangsaan penyelidikan tindakan Shukri Bin Zain (2006), CTA sesuai digunakan kerana wujudnya maklumat tersirat dan tersurat dalam temubual tidak berstruktur. Hasil perbincangan di antara saya dan pelajar tentang keberkesanan strategi, kaedah dan media pengajaran dan pembelajaran serta analisis kerja pelajar dilakukan untuk mengenalpasti konsep-konsep yang belum dikuasai.

3.5 Bentuk Laporan

Membuat laporan merupakan peringkat terakhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan adalah dibuat berdasarkan penulisan ke atas aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang dua bulan. Hasil kajian akan dicatat untuk rujukan yang akan datang. Laporan ini digunakan sebagai tindakan asas yang selanjutnya. Ia juga digunakan untuk tujuan refleksi dan penilaian.

Bab 4

4.0 Perancangan

Menurut Harold Koontz & Heinz Weihrich (1995), perancangan adalah satu proses yang menuntut daya kecerdasan, ia menghendaki kita secara sedar menentukan jalan-jalan tindakan dan mendasarkan keputusan kita pada tujuan, pengetahuan, dan anggaran yang dipertimbangkan.

4.1 Carta Gantt

Carta gantt disediakan sebagai perancangan awal bagi membolehkan kajian tindakan dijalankan secara sistematik dan lancar.

Jadual 1: Carta Gantt Penyelidikan Tindakan

Bil

Bulan / Minggu

Perkara

2 Bulan

1 M

2M

3M

4M

5M

6M

7M

8M

1

Mengenal pasti tajuk

*

2

Mengenal pasti pemasalah kajian

*

3

Mengenal pasti objektif kajian

*

4

Menetapkan rasional kajian

*

5

Mengenal pasti kesignifikanan kajian

*

6

Batasan kajian

*

7

Membuat tinjauan literatur

*

8

Menetapkan metadologi kajian

*

9

Membuat perancangan

*

10

Perlaksanaan

*

*

*

*

11

Membuat refleksi

*

*

*

*

*

12

Penutup

*

4.2 Pelan Tindakan

i. Nama Program: Meningkatkan kemahiran mengira luas bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga di kalangan 20 pelajar Tahun 5 Melor di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Satu, Puchong, Selangor Darul Ehsan.

ii. Rasional : a. Pelajar tidak faham tentang konsep

luas.

b. Kaedah pengajaran terlalu berfokus kepada kaedah pendedahan dan pemusatan guru.

iii. Matlamat : a. Mempertingkatkan kemahiran mengira

keluasan di kalangan pelajar kumpulan eksperimen.

b. Meningkatkan pemahaman konsep luas.

iv. Jawatan Kuasa Penyelidikan Tindakan:

Pengerusi : Pn Zunailah Bt Yusuf

Naib Pengerusi : Pn. Siti Halijah Binti Haji Daud

Setiausaha : Gan Beow Tuan

Bendahari : Pn. Roslinah Binti Osman

AJK Kecil : En. Kamal Bin Mohamad

v. Sasaran : 20 pelajar Tahun 5 Melor

vi. Anggaran Kos Perbelanjaan : RM 50.00 untuk mencetak

soalan ujian, lembaran kerja

dan alat tulis.

vii. Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan : 2 Bulan

viii. Jadual Kerja Pelaksanaan Tindakan:

Tajuk : Meningkatkan kemahiran mengira keluasan bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga di kalangan 20 pelajar Tahun 5 Melor di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Satu, Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Jadual 2: Jadual Kerja Pelaksanaan Tindakan

Bil

Perkara / Aktiviti

1 Bulan

Pos Aktiviti Kajian Tindakan

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu

5

1

Penubuhan AJK penyelidikan

*

2

Mesyuarat AJK penyelidikan

*

3

Memperkemaskan kertas cadangan

*

4

Menyediakan ujian pra dan ujian pos.

*

5

Pelaksanaan ujian pra

*

6

Memproses data ujian pra untuk mengenal pasti masalah pelajar.

*

7

Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

*

*

*

*

8

Pelaksanaan ujian pos

*

9

Memproses data ujian pos

*

10

Refleksi

*

*

*

*

*

11

Jalankan aktiviti pengayaan, pengukuhan atau pemulihan mengikut keperluan.(Gelung kedua)

*

*

*

*

*

12

Penuliasan laporan penyelidikan.

*

*

*

*

*

4.3 Carta Aliran Proses Pelaksanaan Kajian Tindakan




Fokus dan Pilih Topik




Menerangkan Masalah dan

Membina Soalan Kajian




Kajian Literatur




Membina teori dan

kerangka kerja




Memilih lokasi dan subjek















Membuat Pelan Penyelidikan
















Pengumpulan Data




Analisis dan Interpretasi Data




Penulisan Laporan

Sumber: G.E.Gorman and Peter Clayton (1997). Qualitative research for the information professional. London: Library Association Publishing.

Bab 5

5.0 Penutup

Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan kualiti teknik pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi pelajar dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang profesionan mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai penilaian kendiri untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembalajaran dalam bilik darjah.

Saya berharap kajian yang akan dilaksanakan oleh saya nanti sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan dalam bidang pengajaran Matematik dan seterusnya memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang lain.

Bibliografi

Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan. 1996.Hubungan antara Beberapa Faktor Psikologi dengan Pencapaian Matematik dan Sains Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 21: 87-97. Retrieved 8 Ogos 2006 from www.penerbit.ukm.my/jpend19-21abs.htm

Abdul Murad bin Zakariya et al. Kajian Tentang Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam Pendidikan Matematik di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.Retrieved 8 Ogos 2006 from

mpkt.edu.my/penyelidikan/penyelidikan99.html

Abdul Murad et. al. Kajian tentang kaedah penyelesaian masalah dalam pendidikan matematik di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu. Retrieved 8 Ogos 2006 from mpkt.edu.my/penyelidikan/penyelidikan99.html

Ahmat Adam dan Saidatul Narnis Haji Mahali. (2001). Pusat penataran ilmu dan bahasa. Universiti Malaysia Sabah. Sabah: Malaysia.

G.E.Gorman and Peter Clayton (1997). Qualitative research for the information professional: A Practical handbook. London: Library Association Publishing.

Hajah Naemah Binti Haji Ali. Ke arah peningkatan kemahiran Matematik tahap dua di Sekolah Rendah Kebangsaan(Perempuan) Methodist, Kuantan, Pahang Darul Makmur: Makluman Bagi Tahun 1992/93. Prosiding. Seminar Nasional Ke-3 Pengurusan Pendidikan. 25-27 November 93 Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.05, 66-87.

Harold Koontz & Heinz Weihrich .(1995). Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

John Elliott (1996). Action research for education change. Buckingham: Open Universiti Press.

Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Kim Phaik Lah, 1996. Menyokong dan Mengukuhkan Komuniti Kajian Tindakan di Malaysia. Kertas ceramah dalam Seminar Kajian Tindakan Ketiga, di Hotel Primula Parkroyal, Kuala Terengganu, 26-29 Ogos 1996.

Mok Soon Sang. (2002). Pedagogi untuk kursus diploma perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang.(1996). Pengajaran Matematik untuk diploma perguruan. Cheras, Kajang: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1996). Penyuburan Matematik untuk diploma perguruan Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zaenab Hanim, Rahmat Soe’oed, Siti Rahayah Ariffin & Noriah Ishak. Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran Matematik di Sekolah Rendah.. Jurnal Pendidikan 29 (2004). Retrieved 8 hb Ogos 2006 from www.penerbit.ukm.my/jdidik29-08.htm

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY