Sunday, November 30, 2008



Lagu Burung Pungguk 1978 oleh penyanyi asalnya
Saloma- Memang klasik sop..[ semoga kau terhibur]
dedikasi untuk cikgu yusof@YBS@ tukang Sampuk@Jampuk

klik
lagu burung pungguk

maaf ...lambat sikit, sabau, sebab lagu lama...file dah duduk bawah sangat.
Bila dengar, kau klik gambar dua kali untuk baca liriknya...sesuai sungguh lagu ni untuk kau.
sedih sop sedih....huhuhuhuhuhuhu

kawan kau yang jauh dimata dekat dihati
soprompin

Saturday, November 29, 2008

Berita Terbaharu dari UPSI

Kawan kawan

Jam 9.40 malam tadi aku menerima telefon dari Open School Che Hassan, dia menerima berita dari Yati Aziz sahabat kita yang tinggal berhampiran dengan UPSI, result fasa 7 dan fasa 8 dah keluar. Yati Aziz mendapat Second Class Upper. Tahniah Yati. Kau memang cantik manis, cute dan montel..maka terus aku masukkan entri ini.

Kawan kawan yang lain?

Suspen menanti surat kiriman dari UPSI, bawak bersabar na...tak kan lari gunung di kejar. Kalau dapat First Class harap dapat beritau kat kita semua,

Selamat menunggu keputusan Fasa 7 dan Fasa 8 [ sem 4 ] PPGB dari UPSI

Aku? Lulus sudahlah...

Lagu Penawar Rindu

Penawar Rindu pada mu seorang
mengapa selalu semangatku dikau puja

lagu ni telah ada 7 versi dari pelbagai penyanyi. Semua best sebab , lagunya best dan evergreen
kalau buka blog, kadang kala kita boring.

cuba dengar dari penyanyi asalnya Datuk Orchid Abdullah

klik link lagu penawar rindu

Check Saman JPJ

Kawan kawan

Sisipan kiri blog ini di bawah menu Modal Sosial...ada dimasukan Check Saman JPJ , cuma masukkan IC dan submit.

Terutama usop sipan yang selalu keluar 3 hari, seri yang suka memandu laju dan che hasse juga yang suka meroda sana meronda sini. Dollah, Rosli yang tak habis habis meeting, atau cikgu wahab yang selalu berjalan sebab dah pencen. [ mana pergi orang tak larang] dan juga sesiapa saja pengunjung blog.

Komen sangat di alu-alukan untuk menambah baik blog.

Lagi pun macamana lagi nak tolong kawan kan.

Hebatnya kawan lama

Selepas subuh tadi aku dikejutkan dengan satu call, dari kawan lama, Taifor Mahyidin. Hampir 2 tahun dia tak call aku. Selalunya bila ada sesuatu yang baru, barulah dia call. Rupa-rupanya dia baru dapat DG48 sebagai Kaunselor Cemerlang, JPN Kelantan. Jadi panjang juga cerita aku dengan dia ni. Sebelum kami tamatkan perbualan dia sempat memberikan alamat blognya. Apa lagi aku terus lawati blognya. Daripada cerita2 di blognya, ternyata guru hebat yang bertugas di SMK Hamzah, Macang Kelantan ini mempunyai karisma tersendiri sebagaimana yang aku kenal sejak dulu lagi. Dan aku terbaca satu tulisan beliau tentang Kaunseling dan Disiplin. Jadi mungkin boleh dijadikan bahan pengetahuan untuk kita semua aku perturunkan di sini dengan kebenarannya. Walaupun agak panjang, aku harap usop tak marahkan aku.
KAUNSELING DAN DISIPLIN
Taifor Mahyidin
SMK Hamzah, Macang Kelantan.

Definisi Kaunseling
Kaunseling ialah proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran lalu menghasilkan perubahan atau pembentukan tingkahlaku, matlamat dan nilai.
Atau,
Dapat kita simpulkan bahawa kaunseling adalah proses pertolongan yang bertujuan membantu individu memahami diri dan alamnya. Beberapa perkara penting perlu dianalisis di dalam definisi kaunseling ini yang dapat memberikan celik akal bagaimana kaunseling dapat digunakan dalam menangani permasalahan disiplin ini.
Kaunseling ialah satu proses pertolongan. Oleh kerana ia satu proses maka kaunseling memerlukan beberapa elemen penting iaitu:
  • Waktu,
  • Langkah,
  • Pengetahuan/ilmu yang khusus
  • Sikap/fahaman
  • Kaedah.
Waktu
Kaunseling memerlukan sedikit waktu untuk menjalankannya. Waktu ini bergantunglah kepada kes yang dibawa, kadang kala ia hanya memerlukan satu pertemuan yang singkat 30 atau 40 minit sahaja untuk mengurusakannya, tetapi terdapat juga proses ini perlu lebih panjang lagi mungkin 5 atau 6 kali barulah kes dapat diurus dengan baik.
Langkah
Langkah bererti peraturan yang berturutan dalam satu proses kaunseling yang baik. Proses yang baik harus dimulakan dengan:PenstrukturanPenstrukturan yang dapat membantu klien memahami apa yang akan dilakukan dalam usaha membantu dan menolong mereka. Penstrukturan yang baik dapat membawa unsur: jangkaan waktu/masa sesi akan berlangsung peranan klien menceritakan atau membincangkan perkara yang perlu dibincangkan peranan kaunselor untuk mendengar, memahami dan membantu akta kerahsiaan di mana kes dijamin oleh kaunselor untuk dirahsiakan selagi tidak membahayakan diri klien dan orang lain. Bentuk rawatan ( treatment) yang akan dilaksanakan. Penstrukturan ini dapat memberikan klien rasa selamat, selesa dan percaya dengan sesi yang terancang. Penerokaan Meneroka isu yang dibawa oleh klien juga adalah merupakan langkah yang tidak boleh dilangkau. Dalam sesuatu isu, hanya klien sahaja yang memahami dan tahu akan masalah yang sebenar. Langkah meneroka akan membawa kepada kaunselor dan klien memahami masalah dengan baik. Langkah menganalisis isu juga perlu dijalankan untuk membantu mengenal pasti apakah masalah utama yang dialami klien. Ditahap ini juga kadang kala klien mendapat celik akan dan dapat menguruskan pemasalahan mereka sendiri tanpa memerlukan khidmat kaunselor seterusnya. Antara faktor yang membezakan kaunseling dan nasihat ialah adanya proses perbincangan alternatif atau tindakan. Perbincangan diperlukan untuk memastikan langkah yang bakal diambil itu bersesuaian deangan kebolehan dan dipersetujui oleh klien. Alternatif tidak semestinya datang dari klien sahaja, kaunselor berhak memberikan saranan atau cadangan, tetapi cadangan dan saranan tidak perlu diperbincangkan. Ini bertujuan agar sesuatu keputusan yang dipersetujui diambil dilaksanakan oleh klien dengan betul.
Pengetahuan dan Ilmu
Proses kaunseling juga memerlukan pengetahuan dan ilmu. Pengetahuan yang penting dimiliki oleh kaunselor yang berkaitan rapat dengan manusia. Seperti tabii manusia mengapa masalah terjadi dan bagaimana pula kaedah membantu dan menolong dalam sesuatu bidang. Jika anda memberi pertolongan kepada seorang klien yang terlibat dengan dadah misalnya, pengetahuan mengenai dadah dan tabii manusia ini sangat diperlukan. Kerana setiap maasalah adalah unik dan tersendiri. Ini adalah kerana tidak ada masalah yang standard. Oleh itu penyelesaiannya juga tiada yang standard.
Sikap dan fahaman
Proses kaunseling memerlukan berapa sikap kaunselor antaranya: Kaunselor yang jujur dengan dirinya Mesra Menerima tanpa syarat Berempati Sikap ini pula berkait rapat dengan falsafah dan fahaman kaunselor terhadap perkhidmatannya dan bagaimana kaunselor melihat klien. Kaunselor perlu mempercayai bahawa: Manusia itu berpotensi unutk menguruskan masalahnya. Manusia itu ingin sentiasa mencari kebaikan dan kesempurnaan diri. Manusia berbakat dan berkebolehan Manusia berbeza antara satu sama lain. Manusia boleh berubah. Kepercayaan di atas dapat membantu anda sebagai kaunselor untuk lebih memahami dan berkesan dalam proses memberi bantuan.
Kaedah
Dalam menjalankan proses kaunseling anda juga akan melibatkan kaedah yang perlu digunakan berasaskan teori atau pendekatan yang sesuai. Pemahaman kaunselor kepada teori dapat membantunya memilih kaedah yang sesuai untuk dibuat intervensi. Bagi permasalahan yang berhubung dengan perubahan tingkah laku mungkin perlu kaedah tingkah laku dll.
Memahami Diri
Dalam kontek kaunseling yang paling utama ialah kesejahteraan diri. Oleh itu fokus dalam proses pertolongan adalah untuk membantu individu memahami dirinya. Sudah pastilah anda berandaian manusia memang telah memahami dirinya. Tetapi andaian begini adalah satu perkara yang sangat jahil. Terdapat ramai inidividu yang tidak mengenali dan memahami dirinya. Dalam kontek memahami diri ini termasuklah memahami:
  • kekuatan diri
  • kelemahan diri
  • konsep diri
  • kebolehan diri
  • personaliti
  • bakat yang ada
  • minat
  • pemasalahan yang dihadapi
  • kematangan
  • tahap kecerdasan
  • kehendak diri
Senarai diatas adalah ciri diri yang perlu dikenali dan difahami oleh individu. Individu yang tidak memahami dirinya mungkin akan menghadapi masalah dalam menguruskan permasalahan dalam hidupnya dan membuat keputusan yang baik. Dengan itu berlakulah tingkah laku yang melencong dari norma masyarakat hasil dari ketidakfahaman terhdap diri.
Memahami Alam
Alam merangkumi manusia, benda-benda, data, ilmu pengetahuan, teknologi, dll. Keperluan memahami alam ini dan kaitan dengan diri adalah satu usaha yang penting. Alam sentiasa berubah dan ini memerlukan diri juga berubah. Kegagalan diri menyesuaikan diri dengan alam atau kegagalan diri mengawal alam akan membawa kepada permasalahan atau kecelaruan diri. Oleh itu kaunseling bermatlamat membantu individu memahami diri dan alamnya. Pengunaan kaunseling dalam permasalahan disiplin.
Khidmat kaunseling sama ada berbentuk individu atau kelompok dapat digunakan didalam membuat usaha pencegahan, pemulihan dan membina potensi insan. Kaunseling adalah bermatlamatkan perubahan dan perubahan ini adalah berpandukan kepada nilai dan norma yang betul mengikut agama dan nilai masyarakat. Kaunseling dalam pencegahan penyelewengan t/l. Mencegah adalah lebih mudah dari memulih. Sebagai kaunselor di IPT anda perlu melaksanakan program untuk mencegah penyelewengan t/l . Selain dari aktiviti memberikan maklumat yang tepat, lengkap, dan terkini mengenai gejala sosial semasa pelajar mempunyai keperluan untuk merasakan diri mereka dihargai dan diberikan perhatian.
Khidmat kaunseling tidak perlu diberikan setelah pelajar terlibat dengan sesuatu gejala atau bermasalah sahaja. Pelajar juga perlu diberikan peluang untuk memahami dirinya dan alamnya sebelum mereka menghadapi apa apa masalah. Khidmat kaunseling yang memberikan ruang pelajar berinteraksi dengan kaunselor dalam situasi kaunseling akan memberikan pengalaman yang baik kepada pelajar. Pelajar dapat belajar melahirkan perasaan, pendapat, dan pandangan dengan bebas dan mudah tanpa rasa dinilai atau dihukum. Oleh itu pekhidmatan kaunseling sama ada berbentuk individu dan kelompok harus diberikan kepada semua pelajar, agar mereka dapat melihat adanya ruang untuk mereka menyatakan perasaan dan pendapat di kampus, selain dari dalam bilik kuliah. Suasana bilik kuliah yang terlalu beroriantasikan akademik selalunya tidak memberi ruang kepada semua pelajar untuk melahirkan perasaan, pendapat dan idea tanpa dinilai dan diketawakan atau dimarah oleh kawan-kawan dan pensyarah. Suasana kaunseling yang menerima dan mendengar, dan mesra perlu dialami oleh pelajar. Agar pelajar bukan sahaja yang bermasalah tetapi yang lain juga akan merasa ianya dihargai dan diterima dengan baik.
Khidmat kaunseling yang dapat membantu pelajar memahami diri dan alam sekitar adalah merupakan satu strategi penting dalam usaha mencegah sebarang gejala sosial. Melalui perkhidmatan kaunseling pelajar dapat dibantu:
  • mengenali kekuatan dan kebolehan diri
  • memahami bakat diri
  • memahami nilai yang dipegang
  • memahami tingkah laku yang positif
  • memahami tingakah laku yang negatif
  • memahami minat mereka
  • mempelajari kemahiran sosial, seperti berkomunikasimempelajari ”coping skill” yang berkesan
  • mempelajari gaya membuat keputusan
  • mempelajari kaedah menguruskan diri
  • memahami dinamik kekeluargaan
  • memahami konflik dalaman diri
  • memahami konflik antara rakan
  • memahami konflik antara pelajar / pensyarah
  • memahami dinamik antara rakan-rakan
  • menguruskan nilai yang bercelaru
  • mampu membentuk matlamat yang mantap.
Dengan adanya pemahaman dan kemahiran menguruskan kehidupan besar kemungkinan pilihan untuk berlakunya penyelewengan t/l ini menjadi minima. Kaunseling samada berbentuk individu dan kelopok ini boleh dirancang oleh kaunselor secara berstruktur agar pelajar yang memerlukannya mudah mendapatkan khidmat tersebut tanpa merasa malu atau tidak tahu akan wujudnya perkhidmatan tersebut. Pencegahan dapat dibuat kepada tiga sasaran pelajar iaitu:
  • keseluruhan pelajar kampus yang memerlukan maklumat dan perkhidmatan kaunseling pembangunan atau perkembangan diri
  • pelajar yang berisiko dilihat dari segi terdedah kepada pola rakan sebaya yang negatif keluarga yang mencabar umur remaja yang mencabar kemungkinan mudah mendapatkan maklumat negatif.
  • pelajar yang terdapat tingkah laku seperti merokok atau melakukan kesalahan tingkah laku yang dianggap melencong.
Ketiga kumpulan ini memerlukan khidmat kaunseling tetapi kumpulan dua dan tiga mungkin perlu diberi lebih perhatian dan perancangan pencegahan yang khusus. Oleh itu anda sebagai kaunselor selain dari memberikan komunikasi yang berkesan, latihan tegas diri, aktiviti ko kurikulum yang lain juga membantu usaha pencegahan ini.
Beberapa Kata Kunci Kaunseling;
Penstrukturan
Penerokaan
Penganalisisan
Sikap dan fahaman kaunselor
Memahami diri
Memahami alam
Sekian. Maklumat berkaitan boleh diperolehi di : http://taifor.blogspot.com/

Dr Kamalia Abdullah

Kawan kawan

Seterusnya pensyarah yang ingin aku ceritakan ialah Dr Khuan Wai Bing...sebagai penghargaan

Selepas fasa 6, golongan nakal mahasistua PPGB menukarkan nama Dr Khuan kepada Dr Kamalia binti Abdullah, gara gara pada suatu hari beliau menyebut....saya syukur alhamdulillah...dan juga di kenali sebagai kakak angkat.

Berada di dalam kelas 'Kamalia Abdulllah' @ 'kakak angkat' [KA] sentiasa segar dan menggembirakan, beliau juga mengajar kami 6 credit hours. Dua Subjek, iaitu Kreativiti Inovasi dalam pendidikan dan nego skill. Kesibukan beliau sebagai KJ, berlari sana sini mengurus FPE dan kuliahnya, tidak menghalang beliau memberikan kami kuliah yang bermutu.

KA ni kadang kadang tolak ansur sangat...kadang kala terlalu spesifik dan adakala amat friendly dan menyenangkan adakala, macam tak layan jer kita. Ini menjadikan beliau seorang yang sukar dijangka dan sukar diramal. aku agak faham dengan gelagat beliau kerana menjadi Tok Penghulu semasa zaman sukar. Iaitu ketika KA menjadi KJ.

KA, sering menjadikan kelas tak kering gusi dgn gurauannya dan pandai melayan gurauan orang lain....aku masih ingat semasa fasa 4..ketika kelas kretiviti, aku tersasul masa dia cerita yang dia boleh memasak tetapi tak pandai menghidang makanan, KA kata dia akan angkat dengan periuk sekali ke atas meja...aku yang ke boring an menyampuk..its ok for me...terus dia jawap...apa cikgu!!!!, aiya...lambat jumpalah cikgu...., satu kelas ketawakan aku dan sejak itu bila lalu saja KA maka berbunyilah dehem dari makruf, wazir dan yang lainnya...yang paling teruk mengutuk dan menyakat ialah Makruf [ murid tertua dalam kelas dan JU take 5 ]

Memang aku kecik hati semasa di P.O nya aku semasa nak meminta kebenaran untuk lawatan ke Parlimen dulu, namun itu dah berlalu...KA hanya mencari maklumat dan aku dah ok . Cerita lama.Memang aku keciwa dapat B+ dalam nego, tapi tu salah aku, tak buat persediaan dan baca betul betul. Aku dapat apa sepatutnya aku dapat. Tu semua menjadi kenangan manis dalam hidup aku untuk selamanya. Itu semua dah berlalu dan saling bermaafan.

Aku amat berbangga kerana kesudian KA hadir bersama beberapa pensyarah lain semasa jamuan akhir tahun kita dulu. Dalam ucapan nya malam itu dia berpesan dan semasa balik aku mengiringi dia sampai ke kereta, dan ketika kereta nak bergerak...aku ketuk cermin kereta, dia turunkan cermin...aku pun berkata...dr i miss u...dia pun kata ..i miss u too...sambil ketawa, dan wajah riangnya dan ketawa kecil moleknya malam itu merupakan lambaian terakhir antara aku dengan KA.

Semoga KA berbahgia dan gembira sepanjang hidupnya dan terima kasih pada segala asuhan, ingatan dan pesanan serta ilmu yang dicurahkan. Dr Khuan...i miss u.

Itu pendapat aku, tak taulah kawan kawan lain kan.

Friday, November 28, 2008

Abang Aji



kawan kawan

Tn Hj Nazimudin bin Ahmad ( abang aji )
mengajar kita macam AA juga, 6 credit hours. Dua subjek beliau cover, kepimpinan dan etika. Yang paling aku tak boleh lupa stamina dia masa mengajar. Ya Allah....Kuat dan powernya, dia boleh cakap straight set 3 jam , 2 jam ke tak berhenti. Aku respect betui..

kedua gurauan dia dengan bahasa kedah dia...tu dia, memang gelak punyalah, kadang kadang dia pujuk kadang kadang dia kutuk.

ketika soalan spot dia, serupa macam Prof Omar Karim...suruh baca semua, punyalah catat kut kut tajuk mana yang keluaq...emm habis semua tajuk tn hj sebut, jawab dia baca semua. Yang paling tak tahan etika sejagat lah..adui..last , aku tak baca sebab tak boleh masuk dalam otak.

Apapun aku menghormati abang aji ni, mana jumpa pun selalu teguq dan tak pernah sombong..datang jugak masa jamuan akhir kami walau pun kami tau dia tiduq jam 10 malam.

Jasa abang aji tak akan kami lupa sampai bila bila, mana mana abang aji datang, call saja ahli kumpulan kami, insya Allah kami akan raikan abang aji.

apa pendapat kawan kawan?

Untuk Turut Sama Mengirim Bingkisan dalam Blog

sila berikan email
aku akan invite
buka email dan terima undangan
sign in dengan memasukkan email add dan password
klik new post
published new post itu
siap.

anda menjadi contributor bagi blog ini.

selamat mencuba

Abang Angkat


Kawan-kawan
Mulanya memang nak buat ruangan chatting. Tetapi aku berchatting sorang diri. Ada sesekali kebetulan yati raasul masuk..kamipun berchatting. Lepas tu aku menunggu dan menunggu. Pagi 8-11 am kemudian petang 5 00-630 pm dan malam 9.00 -11.00 pm. Namun akhirnya aku datang ke ruang chatt seorang, aku chatting seorang dan aku balik seorang. Tetapi aku dapati ada outsider, hacker datang dan pergi dalam ruang chat tu...

hari ini aku remove semula dan kembali seperti sediakala.

Hari ini aku teringat abng angkat kita, gambarnya aku siarkan kat sebelah. Sejak kenal dia di IAB masa taklimat, kemudian dia mengajar kita 6 kredit dengan dua tajuk. Pengurusan Penyeliaan dan Kajian Tindakan. aku rasa amat terhutang budi dengan AA kita ni. Apa yang aku ulas mengenai AA adlah persepsi aku sendiri, ini mungkin tak sama dengan orang lain. Orang lain, kawan kawan boleh beri pandangan masing masing.

AA memang muda dari kita, aku lihat AA dari sudut fizikal, orangnya memang ada manisnya dan mempunyai daya tarikan, senyumannya dan tutur bahasanya memang berupaya menawan hati. Yang paling menarik, setiap perkataan yang dia atur untuk bercakap memang hebat dan ada makna. Walaupun kadang kala ada emosi dan sindiran namun dia seperti ada tujuan. AA menjadi semakin rapat selepas beberapa kali aku keluar bersamanya. Dia menutup sama sekali kisah peribadinya namun tidak segan silu menerima pendapat dewasa kita. Ilmu pengetahuan AA memang hebat namun enggan menggunakan awalan DR pada namanya.

Pernah aku menghadap dia dengan dollah mengenai projek 3. Dia memberikan panduan yang amat jelas dan terperinci. Walaupun dia ada masalah dia sendiri, namun komitmen yang AA tunjukkan amat baik untuk menjadi ikutan. Tidak pernah tidak membalas sms walaupun sudah terpisah dan selalu menjawap soalan walaupun bukan bidangnya. Menolak dengan lembut dan senyum menerima dengan hati terbuka. Menolong sehabis upaya dan mempertahankan kita jika ada yang mempertikaikannya.

aku amat menghormati AA [ Abang Angkat kita ] sampai bila bila, kerana hutang ilmu adlah hutang bathin yang akan dibawa sampai keakhir hayat.

Tanjung Dawai

Seronok juga baca cerita banjir dah mula di pantai timur. Bukan seronok tengok rakan-rakan tenggelam air, tapi aku terbayang waktu budak2 dulu ketika aku membesar di Kelate. Kalau musim banjir, ni lah masanya cari lauk. Memancing dan mcm2 cara cari ikan sebagai habuan lauk sekeluarga. Sanggup berendam dalam air tengah hujan menunggu 'taut' dijamah keli bukit.

Tapi ceritanya lain pula di Tanjung Dawai (Daerah Merbok, Kedah) musim ni. Kelmarin aku sempat bawa kawan2 dari kelantan yang berkursus di Sungai Petan, shopping ikan bilis dan lain2 hasil laut di Tanjung Dawai. Walaupun ikan bilis ada di kelantan, tapi di Tanjung Dawai ni memang tempat perusahaan bilis. Hampir 20 buah bot bilis berpengkalan di Tanjung Dawai dan Sungai Petani. Jadi kawan2 aku ni sempatlah borong bilis yang macam2 jenis tu serta belacan yang memang sedap sehingga s kadarisman (seniman bujang lapok) sanggup nak potong kepala kerana belacan.

Lagi satu perkara, bulan nov dec nilah waktu kaki pancing gila menarik (casting, salah satu cara memancing) tenggiri di perairan antara penang dan kedah ni (laut andaman). Tak payah nak ke tengah laut sampai 2/3 malam macam di pantai timur untuk pancing tenggiri, cukup sekitar pulau-pulau yang hanya mengambil masa 2 jam perjalanan sahaja.

Cerita pasal bot bilis dan kaedah menangkap ikan bilis ni, aku pun kagum juga dengan apa yang depa ni usahakan. Kalau bot bilis keluar, mereka keluar berderet-deret macam kapal perang. Mereka mengepung menggunakan beberapa buah bot dan menarik pukat. Yang seronoknya ketika kami mancing, kami minta bilis yang segar ni untuk dijadikan umpan memancing. Memang mengena.

Dalam aku bawa kawan2 pusing tanjung dawai dan sungai petani ni, sembang2 rupa2nya salah seorang kawan ni kohort pertama PPGB di upsi. Jadi banyak juga cerita pasal ppgb yang aku dapat dari dia. Diapun dok mengeluh jugalah kerana masih belum jadi gb. Jadi untuk peringatan rakan2, selain kita, dah ramai dah kawan2 kita yang terdahulu yang memegang ijazah macam kita ni. So, kawan2 yang belum jadi gb tu, pandai2lah buat 'perancangan strategik' supaya dapat gb, dan tak payah fikir lagi nak buat master, sebab 3 tahun lagi 44 dan tak mustahil berpeluang dapat 48 atau 52. Berusahalah. Jumpa anda dipuncak.

Thursday, November 27, 2008

kita boleh chatting di blog PPGB

salam kawan kawan
memandangkan kita sibuk dan tak sempat menirim bingkisan dari masa kesemasa, maka aku dapati elok dibuat satu ruangan sembang siber [ chatting room ] di blog ini, kalau kebetulan kita online...kita boleh bersembang, tanpa menggunakan YM atau MSNM atau i talk

Chatting room tu ada di ruang bawah blog dan layout blog juga terpaksa aku tukar untuk memberikan ruang yang lebih selesa.

Caranya: Klik embed chatroom, masukan nama /nama samaran , isi ruang yang diperlukan dan ok. maka kita dah boleh mula bersembang.

Arkib Blog akn aku onkan dari masa kesemasa jika terpaksa aku remove buat sementara. PPGB menjadi lebih ringkas dan sesuai untuk orang sibuk, komentar hanya akan berlaku pada entri terbaharu sahaja...

Kalau tak sesuai...berikan komen dan aku ubah balik, semuanya kat hujung jari jer.

Salam

Wednesday, November 26, 2008

Bingkisan Pantai Timur

kawan kawan

Hujan mula melanda dan cuaca suram mula menghiasi langit di pantai timur, hampir seminggu kami di pantai timur ini dilanda hujan tengah malam dan berangin. Suasana sebegini biasanya memerlukan hubungan baik dalam rumahtangga dan bekalan makanan yang cukup.

Subuh 6.30 dengan siang 9.30 pagi hampir sama saja wajahnya. hujan renyai bagai bidai penghalang mata dan kebebasan berjalan. Sesiapa yang ada urusan di Pekan, Kuatan dan Rompin.. segerakanlah..kepada yang hendak melancung ke sini, masa melancung anda semakin terhad, namun setakat ini masih belum ada jalan yang terputus.

Bekalan makanan mula diedarkan di Pulau Tioman, Muadzam, Keratong dan Leban Chondong.
Persiapan menghadapi banjir telah digerakkan hampir dua bulan yang lalu.

Beginilah saban tahun, aku teringat Tn Hj Nazimudin berkata dalam kuliah, menjelang 2030 Rompin, Pekan, Batu Pahat dan Kelang akan hilang dalam peta malaysia. Jadi kepada kawan kawan yang belum sampai kerompin janganlah melawat pada tahun 2031..sebab mungkin Rompin berada di dalam perut Laut Cina Selatan.

Aku? Rindu pada semua 106 kawan kawan aku.

Tuesday, November 25, 2008

Bingkisan utara

Bingkisan Utara, begitulah ungkapan yang usop bagi pada aku ketika first entri di blog ni. Sebagai wakil utara, aku nak bagi gambaran sikit pasal utara ni. Kebetulan la ni cuti sekolah, manalah tahu rakan2 nak berkunjung ke utara. Tapi zaman la ni, macam2 orang boleh guna sebagai panduan. Contohnya ketika aku ke Hatyai baru2 ini, kawan aku yang bawa kereta ni, dia set PGS ke mana nak pi, lepas tu ikut je, aku terkejut tempat yang dituju sampai tepat di depan mata mengikut panduan PGS ni. Begitulah canggihnya dunia hari ini. Tapi, masih ada orang yang tak jumpa cari blog ni...

Cerita pasal utara ni, walaupun aku anak jati kelate, tapi bolehlah kalu nak bawak hampa jalan2 kat utara ni. Nak cerita kat hampa, Pusat bandar Penang atau George Town tu sampai ke tempat aku di Sungai Petani kedah ni, dalam setengah jam je. Aku selalu bawak anak2 hanya nak pi pekena ayam tandori special dekat masjid Kapitan Keling tu, pi naik feri makan2 dan terus balik melalui jambatan pulau pinang. Macam main2 pi makan di 'luar negeri'.

Cerita di Sungai Petani ni pulak, aku nak habaq kat hampa sebuah bandar kedua di negeri Kedah yang sedang berkembang pesat. Dulu (tahun 2000) ketika aku mula2 pindah balik, aku rasa sunyi tak tau nak pi mana, maklumlah sebelum tu aku di kota metropolitan KL selama lebih 18 tahun. Tapi hari ini, aku rasa tinggal di SP ni, dah tak banyak bezanya dengan KL. Macam2 ada dan bandar ni hidup 24 jam berbanding Alor Setar. Dari Sungai Petani, hampa boleh set macam2 program sama ada nak jalan2, releks, makan2, shopping dan sebagainya. Sungai Petani terkenal dengan kawasan persekitaran yang pelbagai. Jelapang padi, Gunung Jerai, Pusat Akeologi Lembah Bujang, Pusat Perikanan Tanjung Dawai, dan sebagainya. Melalui Sungai Petani jugak hampa boleh set untuk ke Langkawi, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan seterusnya ke negara jiran Thailand. Aku memandu dari Sungai Petani ke Hatyai (180km) dalam 2 jam sampailah.

Kalau nak shooping, aku nak nasihatkan tak payah ke padang besar, kena tipu je, hampa terus masuk ke Danok atau ke Hatyai lagi seronok. Tapi kena bawa pasport. Aku kalau nak shopping, banyak pilihan, Penang, Seberang Jaya, Sungai Petani dan Alor Setar. Semuanya dalam 30 minit drive je. Kalau nak makan, di Sungai Petani ni, bagi aku tak ada yang special kecuali Nasi kandar. Yang lain2, aku rasa biasa sajalah. Mungkin tak kena dengan selera aku, orang kelate.

lain-lain pasal utara ni, kalau kita lajak ke perlis, hampa kena tanya rosli. Tapi, aku kalau ke perlis hanya jalan2 je. Hari tu, aku suruh anak bini aku naik keretapi ke Padang Besar dan aku pi ambik dengan kereta. Sebab, anak2 yang kecil ni nak dapat pengalaman naik keretapi. Kalau yang berhajat nak ke Langkawi, aku nasihatkan sedia duit lebih sikit, kerana sekarang ni feri dah mahal. Kalau Empat lima beranak tu, pergi balik, aku rasa habis dekat 300 tambang feri je. Tak kira sewa kereta, makan dan sebagainya. Aku pernah 'singgah' kereta kabel gunung Macincang, tak sanggup aku beratur nak beli tiket cuti sekolah macam ni. Harga tiket pulak, lu fikirlah sendiri. Tapi kalau nak rasa adventurenya, kawan2 boleh tanya orang kaya Hj. Lias, dia pernah bawa keluarga 'melancong' sakan ke pulau ni, hari tu.

Aku rasa mengarut aku ni dok cerita kat hampa, sebab zaman moden ni macam2 maklumat boleh dapat melalui 'maya' jadi pandai2lah hampa. Cuma aku di Sungai Petani ni, mengalu-ngalukan hampa semua ke rumah aku (rumah teres je) dan jalan2 carilah apa benda yang hampa rasa nak cari. Aku bolehlah tunjuk2. Ok, mai no...

corat coret

kawan kawan
ahad 23 dan isnin 24 nov 2008

aku sekeluarga ke rumah yati rasul sebab bini aku nak belajar buat kek, kami bermalam disitu dan esoknya aku menguruskan praktikal anak aku yang sulong di MPK Kuantan
[ kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yati sekeluarga] yang jauh didekatkan yang dekat dimesrakan...betul tak rosli?

kemudian kami berjumpa ramai ramai di tepi sungai dan makan pelbagai lauk, di benteng ni yang terkenal dari dulu ialah masak lemak telur ikan tenggiri. [ diucapkan terima kasih kepada GB Sopi kerana belanja makan...mudahan murah rezeki ] sepatutnya aku bayar sebab aku ajak, tapi sopi kata ni kawasan jajahan aku.

isteri aku, zai membeli bahan membuat kek dan alatan katering bersama yati, [ biaq depa berbaik dulu...mesra mesra...hahahahaha..saja gurau kat rosli tu na..] dan akhir sekali kami balik kerompin ...sampai jam 7.45 petang

selasa
25 nov
hari gaji

melawat ani dan bertukar fikiran, ani memang layak jadi GB, namanya dah dilantik pada tahun 2004 dulu. tetapi beliau menolak kerana ibunya sakit. kemudian dapat berita ada kawan kita dah selamat mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Alhamdulillah, syukur segalanya selamat dan didoakan agar bahgia hingga ke akhir hayat.

dapat telefon dari Hassan Embong, minta no PT FPE yang jaga PPGB kita iaitu En Hasrey. malangnya tak ada pada aku sebab data drop masa pindahkan sim card ke hp baru. namun aku sms kepada Dr Kamaruddin, penyelaras PPGB. Alhamdulillah, Dr Kamarudin respon kepada sms aku [ rasa terharu kerana baik budi bahasanya, walaupun kita dah tak di UPSI lagi...] dan untuk kegunaan kawan kita, nak tanya apa apa.. En Hasrey PT FPE untuk PPGB : 0173017081

**** selamat membaca blog, dan tahniah kepada yati kerana telah ada blog sendiri, dan kalau semua kawan bertindak seperti yati, maka blog ini hanya akan berfungi sebagai paparan utama untuk link blog kita semua. Matlamat blog ini menjelang 2015 kita ada 106 blog yang dilinkkan dari kumpulan A dan B *** agak agak boleh ke? ye..tentu boleh...yati dah pun mulakan langkah one step a head, che hassan dan dollah dah mula menjadi contributor***

salam hormat

Sunday, November 23, 2008

respon dan natijahnya

alkisah

ada seorang anak muda, dia kehilangan anak kuncinya di rumah... sedang dia mencari-cari tiba tiba lampu black out. dia meraba-raba mencari mancis dan lilin....tidak berjumpa. dia malas nak mencari mancis dan menyalakan lilin dia keluar rumah dan menuju ke lampu neon [ lampu tepi jalan tu tak kena black out pulak..] dan berdiri disitu. terang dan agak sejuk. tiba tiba dia terpikir, eh..mungkin kunci tu jatuh kat sini kut, diapun [ sebab tak kerja ] mula mencari di bawah lampu neon tu, tunduk, matanya menyelinap segenap ruang dan kaki nya terkuis sana terkuis sini. tangan nya memegang kayu kecil sambil mencuit sana mencuit sini.

tak berapa lama kemudian datang pak cik tua bermotor,baru balik dari masjid lalu di hadapan rumah orang muda itu, pak cik itu pun rasa kesian dihati ..mesti orang ni tengah cari sesuatu yang hilang, aku pun tak kerja ni, kalau aku tolong kemungkinan cepat dapat...getus pak cik baik ni tadi.

berhenti.tongkat motor.mati enjin.bukak topi keledar. pak cik baik tu pun bertanya

cari apa?
anak kunci
ohh, boleh pak cik tolong?
boleh pak cik..

cari sana, cari sini, selak sana, selak sini, kuis sana kuis sini. 30 minit berlalu. lama lama pakcik baik tu pun kepenatan dan bertanya,

betul ke jatuh kat sini?
tak, jatuh dalam rumah tu
laaa...kenapa cari kat sini? kalau jatuh dalam rumah kenalah cari dalam rumah
dalam rumah black out , gelap. nak cari tak nampak
kalau gelap pasang lilin ke, lampu ke, cari kat sini memang tak dapat punya sebab anak kunci tu tak jatuh kat sini
sini terang pak cik
betullah sini terang, tetapi kau tak akan dapat anak kunci yang hilang tu kat sini, sebab anak kunci tu tak jatuh di sini

pak cik baik tu pun pakai topi keledar dan start motor, sambil berkata

kau carilah sampai subuh...kau tak akan jumpa punya.. [ buang masa aku betul, kata pak cik dalam hati ]

moral of the story

anak kunci yang hilang itu adalah masalah yang di hadapi
rumah yang gelap itu adalah diri anak muda itu sendiri
malas mencari lilin dan mancis tu sikap negatif yang ada dalam diri anak muda itu
lampu neon yang terang itu adalah orang lain
pak cik baik adalah sahabat dan kawan kita

bila kita ada masalah, jangan malas untuk menyuluh diri kita sendiri, diri kita yang gelap dan selalunya diri kita sebenarnya punca masalah itu, kita jangan cepat menuju dan menghala serta mencari kesalahan pada orang lain. kerja menyalahkan orang lain memang mudah berbanding mencari kesalahan diri sendiri[ terang macam lampu neon ] namun selalunya tindakan itu tidak menyelesaikan masalah kita secara hakiki. selalulah menyuluh diri kita dalam menghadapi masalah yang melanda. jangan bimbang kawan dan sahabat baik akan sentiasa ada untuk membantu dan jangan menyusahkan kawan baik kita dengan sikap negatif [ malas ] dan kelemahan kita.[tak mahu muhasabbah ]

setiap apa yang mendatang kepada kita, akan menarik respon dari kita, ada respon berbentuk isyarat, bentuk penulisan dan ada respon memerlukan kita bercakap [ ni, yang paling banyak sekali ] dan ada juga respon yang berbentuk tindakbalas fizikal.

semasa memberi respon inilah saat yang paling kritikal. ramai yang tidak memikirkan natijahnya dan tidak ramai yang sepantas kilat berfikir sejenak tentang apakah natijah [ kesudahan ] dari respon kita itu. kalau natijahnya kebaikan maka hasilnya kebaikan, kalau natijahnya keburukan, maka hasil akhirnya nanti keburukanlah.

inilah yang disimpulkan oleh pemikir yang bijak pandai

kawallah respon anda, halakan respon anda kearah kejayaan, natijahnya kejayaan.

titik kritikal ini biasanya menjadi rebutan antara iman dan ilmu vs syaitan dan nafsu. titik ini sangat cepat dan pantas. jika kita semua berhati-hati mengawal titik kritikal ini. insya allah, respon kita akan agak terkawal dan selalunya membawa kesudahan yang baik.

mari kita berbincang

Saturday, November 22, 2008

Modal Sosial

Kawan-kawan semua,
semoga dalam kesejahteraan dan kegembiraan dan mengharungi cuti dengan penuh bermakna

Aku masih teringat ucapan dari Prof Datuk Ibrahim Bajunid semasa akhir fasa 8 tempuhari mengenai modal sosial.Memang panjang ucapannya dan amat menarik didengar, namun yang melekat di kepada dan ingatan aku cuma 3 perkara penting.

Kita perlu menekankan aspek modal sosial ini dalam kehidupan kita mahupun dalam mengurus organisasi kita. Elemen modal sosial ada tiga perkara

Pertama: hapus kan segala ' perasaan ' persempadanan ' antara semua ahli dalam organisasi. Guru Besar dan GPK. Pentadbiran dan Guru. Semua Guru dan Murid. Guru Murid dan staff semua dapat berinteraksi dan bersosial tanpa ada sempadan tertentu. Tanpa rasa canggung dan sekatan yang tidak munasabah. Justeru itu kita dapat bersosial dalam organisasi, atau keluarga dengan selesa dan menyeronokkan. Caranya? Lu pikirlah sendiri

Kedua: Kita harus membina 'link' atau rangkaian. Antara sekolah kita dengan sekolah kejiranan, sekolah kita dengan sekolah lain dalam daerah, interstate, mahupun internasional. Lagi banyak rangkaian kita lagi power modal sosial kita..mengapa perlu kita laksanakan dasar pintu tertutup. Dasar seperti itu hanya akan mengecilkan modal kita semasa bersosial. Linking ini juga mengembangkan sayap ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan dan pengalaman sesama kita. Kaedahnya? Ini satu tajuk perbincangan yang akan kita bicara pada masa akan datang.

Ketiga: Membina Jambatan antara organisasi kita dengan agensi lain. Sekolah- Polis, Sek-Bomba, Sek- MARA, Sek- Universiti dll. Kekuatan kita akan bertambah dengan jambatan yang kita bina ini, urusan, permasalahan, kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian akan terungkai dengan mudah bila ada modal sosial ini.
Ini juga kita boleh berkongsi pengalaman antara kita di blog ini.

Akhir kata sebagai penutup bicara, sebagai sumbangan dalam bicara modal sosial ini, cuba lawati ws ini http://www.elx.gov.my/ jika ada antara kita yang punya anak yang sedang mencari kerja

Salam

Friday, November 21, 2008

Angkasawan RM8000

Jika benar, memang aku kecewa. Dulu, katanya 'pelancong angkasa', tapi hari ini angkasawan rm8000. Di mana silapnya? Tanya cikgu di sekolah, sebab yang mendidik anak murid untuk jadi doktor, peguam, angkasawan dll ni, adalah cikgu.
Ini pengalaman aku sendiri yang sangat mengecewakan aku pasal angkasawan ni. Ceritanya macam ni, ketika sambutan hari kebangsaan 31 ogos yang lalu, secara kebetulan aku bersama anak-anak yang kecil-kecil ni ada di Kuala Lumpur. Jadi pagi tu aku ambil kesempatan bawa anak-anak untuk tengok perarakan hari kebangsaan di Dataran Merdeka. Niat aku suaya mereka bukan saja seronok, tapi turut merasai kebanggaan hidup di dalam negara yang merdeka ini. Oleh kerana kami sampai agak lewat, aku dan anak-anak hanya sempat duduk di tepi jalan dekat SOGO. Tapi terasa juga hebatnya sebab ramai orang dan depan kami ada layar TV yang memaparkan apa yang berlaku di Dataran Merdeka. Apabila perarakan bermula, aku nampak dalam TV (skrin) perarakan tokoh2 termasuk siangkasawan ni. Aku merasa bangga dan meremang bulu roma juga kerana rasa dapat lihat angkasawan negara dari dekat. Anak2 aku juga nak tengok manusia pertama dari negaranya ini yang dikatakan sampai ke angkasa lepas.
Tapi, malangnya tunggu punya tunggu aku tak nampakpun siangkasawan ni. Aik..heran jugak, depa pi koner kot mana? soal aku kepada anak-anak. Dalam telahan aku ternyata group tokoh2 termasuk angsawan muda ni, dah 'kecoh' ('tipu', kata orang Kedah). Betul, mereka koner kot jalan lain. Jadi, apa maknanya ni? Dalam TV orang kampung nampak hebat, berbaris dan berarak pada hari kebangsaan, tapi kononnya hanya tunjuk kepada tok Agong dan bapa2 menteri saja. Rakyat yang lain berdiri sepanjang jalan dari subuh lagi tu, tertipu. Mungkin pak menteri tak tahu, tok agong tak tahu, depa ni sangka angkasawan ni berarak sepanjang jalan untuk bersama rakyat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, tapi aku dan anak-anak tahu. Angkasawan ni penipu. Pada aku, kalaupun jawatankuasa perarakan tentukan siangkasawan ni berarak sampai sekerat jalan, tapi jika benar dia ni ada semangat kebangsaan dan cintakan negara, aku rasa tak salah kalau dia ambil keputusan nak habiskan perarakan sampai ke jalan Ipoh bersama-sama prebet RAMD yang berpeluh sampai ke pangkal paha tu. Ini yang dikatakan rakyat kebanggaan negara.
Sebut pasal memilih angsawan ni, aku rasa masih banyak calon yang benar-benar layak dan lebih 'gagah' daripada si Sheikh ni. Muka saja macho, lain aku nampak semacam je. Samalah juga pelumba kereta si Alex tu. Aku rasa masih ramai kaki pecut di lebuh raya tu yang lebih layak dan gagah setanding Pablo Mantoya atau Mika Hakinen. Satu lagi, pasal memilih pemimpin sukan, pada aku kita tak akan maju selagi si datuk2 ni yang memimpin sukan, sebab depa ni, tak tahu langsung pasal sukan yang dipimpinnya. Akhirnya apa jadi?
Jadi sebagai guru, aku ajak kawan-kawan fikirkan ini. Kita dah terpilih sebagai pemimpin ni, pimpinlah dengan baik, bukan saja guru, tetapi juga murid-murid yang ramai tu. Pastikan yang layak diberi tanggungjawab yang tepat dan yang kurang layak dibimbing. Satu lagi, fokuslah kepada kemenjadian murid, bukan kemenjadian macam angkasawan jadian ini.

Perancangan Strategik Sekolah 2009

Cerita pasal Perancangan Strategik ni, aku teringat kepada En. Bustamam dan cerita-cerita antara kumpulan 34 dan 32 ni pasal En. Bustaman. Bincang punya bincang, antara faham tak faham jadi sama banyak, sebab katanya ada mazhab yang berbeza. Aku masih ingat, bagaimana Kumpulan Hassan Embong (gang Trengganu kite) diherdik oleh En. Bustaman kerana si Hassan Embong ni, nak menegakkan benang basah, bila aku kata tak betul yang kumpulan dia buat tu. Kumpulan aku bersama yati aziz, napsiah, sahdan dan hj. lias juga dikatakan tak betul, walaupun kami sampai 2 pagi menyiapkan tugasan tu.
Oklah itu kisah di iab, tempat sejuk yang mula diterokai Mandiang Lim Goh Tong. Apa yang aku nak tarik perhatian kita semua pasal persediaan dan Perancangan Strategik Sekolah tahun 2009 akan datang ni. Dah kata dah khatam belajar sampai grad, persoalan tak faham perancangan strategik sepatutnya dah tak ada. Sepatutnya dah boleh duduk sebaris dengan En. Bustaman atau dah boleh bagi satu slot di mana-mana sekolah. Itu yang sepatutnya. Baru boleh sambung buat master. Jadi nak masuk tahun 2009 ni sepatutnya kita buat perancangan sekolah yang betul-betul strategik berdasarkan isu-isu dan SWOT analisis di sekolah. Boleh diguna pakai oleh semua bahagian di sekolah sehingga mencapai matlamat mengikut KPI yang telah ditetapkan. Beghentilah buat perancangan secara stereotype tu. Asalkan ada, kitapun rasa ok. Walhal kita tak fahampun apa yang ada dalam buku perancangan tu. Sebagai GB atau Penolong Kanan (kohort5, upsi) marilah kita tunjukkan (bukan menunjuk-nunjuk) yang terbaik dan berlainan daripada orang lain. Dan yang cantiknya, kita kongsikan di sini, kita bincangkan dan kita tokok tambah, supaya PS sekolah kita semua jadi contoh terbaik bila jemaah nazir melawat sekolah kita.
Panduan yang paling baik untuk menyediakan PS sekolah ni ialah SKPM. Pengisiannya, kita adunkan semua yang kita belajar, kerana pada aku, apa yang kita belajar di iab dan upsi sangat sempurna untuk kita bangunkan sekolah dengan cemerlang dan menjadi pemimpin sekolah terbaik di negara ini. Aku menyeru kepada rakan-rakan, perjuangan kita sudah menjadi terbuka setelah kita sudah melepasi tembok (aku masih ingat cerita prof. omar pasal tembok ni). Hari ni bukan lagi DGA38 guru besar cemerlang, tetapi sebaliknya kita mampu melangkah lebih jauh, 48, 52 dan tidak mustahil jusa c, kerana kita sudah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pengetua di SMK. Jadi, ayuhlah, bangun dan buktikanlah kita adalah orang yang tepat, terpilih, bukan 'menumpang'.

diam

DIAM
(buat mereka yang tak
pernah mengerti)

Sesudah tiba waktunya, tengah malam
Menunggu warna reda terpancar
Sinar matamu bening dan menikam
Aku telah memilih diam

Diam bukan bererti marah
Diam bukan bererti kalah
Diam bukan bererti salah
Diam bukan bererti lemah

Malam ini kita dicabar dengus angin
Mana ada cinta perkasa yang tak membadai
Antara umbi hidup dan sulur kehidupan
Aku telah memilih diam

Diam mengajar aku memahami sabar
Diam adalah salju memadam api amarah
Diam umpama bunga penyeri halaman mereda gelora
Diam dibina dengan ambangan bulan mencari kebenaran
Diam seperti memandang cermin diri

Setelah seribu tingkah menongkah
Aku telah memilih diam
Kerana adakalanya diam lebih baik dari berbicara
Jika bicara hanya mengundang dosa
Memarak api sengketa
Mendatang bencana
Disalah teka

Sesudah tiba waktunya, tengah malam
Izinkan aku memilih diam
Sehingga kutemui kata-kata
Yang mampu menjadi makna


serisuryatirasul
terima kasih ti, atas sumbangan puisi ini...aku mengerti dan kalau boleh kau entri dalam blog terus... lagi baik.

Aku dan Ahli Rumahku

Hai Kawan kawan
Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebaik saja mendaftar di UPSI, masa berbaris, kami satu pahang sepakat nak join satu rumah, bukannya apa, masa tu memikirkan senang nak balik sekali, hanya seorang kawan dari penang join rumah aku, iaitu Dollah.Sebab aku dah janji dengan Dollah nak satu bilik. Aku, Shahrin , Dollah [ kumpulan A ] Awal, Pirzan dan Sopi [ Kumpulan B ] 3:3 adil lah tu, bilik kami ialah E311, atas dan menghadap jalan ke proton city.

Terus saja, sopi sama dengan shahrin, awal sebilik dengan pirzan dan aku macam biasalah sebilik dengan dollah. Jamal perli aku, datang sama sama tetapi sampai UPSI usop buang aku. [ maaf Jamal, aku dah janji dengan Dollah dari IAB lagi..]

Fasa 2 kami masih di bilik e311, fasa 3 dan 4 kami turun pulak kat aras bawah kemudian fasa 5 atas balik tingkat 3 fasa 6 , 7, 8 kami di aras bawah. kami tidak pernah ke aras 4 dan kami juga tidak pernah ke aras 2. Alhamdullillah, kami berenam terus serumah dan regu bilik pun tak tukar sampai habis kami mengaji di UPSI.

Lantaran itu, hubungan menjadi sangat rapat dan intim, ibarat asam dengan gula yang dicampur dalam botol, akhirnya gula menjadi masam dan asam mempelam muda menjadi manis...dipanggil jeruk. kami menjeruk selama 8 fasa dan akhirnya kami sudahi dengan makan bersama di dusun bay.

Pengalaman serumah amat menggembirakan dan banyak peristiwa lucu kami kongsi bersama. Ada orang tu tidor awal dan ada juga suka tidor lambat, ada suka mengintai bilik orang dan ada suka menggoda ajak hisap rokok. Mula mula 3 orang hisap rokok, aku, awal dan shahrin. Akhirnya tinggal aku dengan awal saja yang tak dapat buang habbit tak elok tu. Sopi dan Shahrin menutup buku dan matanya bila masuk jam 10 malam. Dolah dengan peta mindanya, Awal? Tak study buat asssingment...atau tidor..[ mat skema ] aku ? main game jer..cuma si Pirzan yang agak unik sekali.

Pertama uniknya pirzan, bagus. dia tak kacau orang. Aku yang tak akan lupa pirzan, pertama dia tidor mengigau, kedua dia tidur peluk printer, ketiga alarm hp dia tu macam macam bunyi, kuat pulak tu...ada bunyi jaws, ada bunyi dalam air dan lagi satu dia bawak boling dan main atas katil.

Aku suka datang awal. Aku tukang ambik kunci dan cadar dan masa pulang, kami bergilir. Akhirnya tamat jugalah pengajian di UPSI. Maka selain kita satu kumpulan besar NPQH 9 kemudian kita ke kunpulan kecil 34, 32, 29 kemudian kita ke kumpulan A dan B akhir sekali ada satu lagi kumpulan mini iaitu kumpulan serumah. Selain kumpulan tugasan yang sentiasa berubah. Kumpulan serumah adalah satu regu yang amat sukar dilupakan.

Hari ni dan semalam, sopi dan awal datang ke Rompin, mereka kursus bersama unit kualiti di JPN dan kami bersembang masa kami bersama semasa di UPSI. Kami tergelak bila mengenangkan kisah lucu semasa serumah.

Ternyata dalam enam orang itu, pemenang anugerah mahasiswa terbaik jatuh kepada pirzan, mat peranti dari kumpulan B. Relaks, tak tertekan, orang lain tension, pirzan tersenyum jer. Dia hadir sesi perbincangan, esok dia main gunting2 kertas , main internet dan main PDA dia. Lepas tu dia masuk periksa dan tak ada komen apa apa tentang soalan..result? serupa orang study kuat...tulah hebatnya pirzan

[ maaf pirzan, jangan marah...guruau jer..]

kawan kawan? tentu ada peristiwa manis dengan rakan serumah kan?

marilah kita kongsi..

Thursday, November 20, 2008

Jambatan Silaturahim

Buka je blog ni, terpampang 'Jambatan Silaturahim...' Ini idea saudara aku Usoprompin@kembarakelana. Tapi heran jugak aku, sejak gatal tangan dengan blog ni, aku tengok baru beberapa orang yang 'melintasi jambatan ni'. Pelek jugak. Depa ni lalu jalan lain, tak lalu 'jambatan' ni kot? Atau depa pakai 'terowong'. Kalu lagu ni, boring jugak aku. Aku dengan usop ni, syok sendiri kot. Kalaulah melalui blog ni, Dr. Kuan bagi A, aku rasa kita tetap dapat B juga Sop. Sebab ramai yang berlumba-lumba, kalau boleh nak di depan, nak guna 'jambatan' ni. Inilah yang dikatakan Usop hari tu. Tapi, dah tak baca, 53 orang ni, sapa pun tak faham. Aku dari dulu lagi faham. Sebab tu, aku sentiasa berada 'di luar kotak'. Cuba bagi komen sikit, kawan yang guna 'jambatan' ni. Emzex lagu mana? Kalau dah tak berguna lagi jambatan ni, kita nak guna apa sop, untuk sampai ke sebarang sana? Jangan bakar jambatan sudahlah.

love and friendship

Loves Starts From Eyes
Grows with dream
And ends with Tears

But friendship
Starts with a Smile
Grows with an Understanding
And ends with Death.

Kembara
Kuala Rompin
Pahang

Wednesday, November 19, 2008

Sawaddeekad.....

Sebelum kawan2 baca cerita aku ni, mintak maaflah kalau tak berapa suka. Tapi ambil mana-mana yang positif sebagai pengetahuan atau maklumat baru. Hari tu, aku ada cerita pasal hiburkan hati. Aku, kalau boleh nak ceria sepanjang masa (hati terhibur). Kita semua tahu banyak caranya, dengan cara berhubungan dengan kawan2 ( macam kata Soprompin ni), dia dari sekolah sampai hari ini, jika dapat melayan kawan2, dia rasa sangat terhibur.

Ni aku nak cerita bagaimana aku melayan bini aku pi shoping di Hatyai, Thailand. Kelmarin, aku dapat juga bawa bini aku ke Hatyai, negara jiran yang aku selalu pi dengan kawan2 dengan pelbagai tujuan (yang baik jer..) Kami beruntung kerana dilahirkan di Kedah dan Kelantan boleh ke selatan Thai dengan hanya menggunakan border pas saja. Dan yang menariknya, kami drive kereta sendiri pergi dan balik sampai ke nagara jiran tu. Aku tumpang kawan aku, dia dengan bini dia yang pandai sedikit berbahasa thai. Memang seronok, kerana, masuk sahaja Thailand, terus rasa berlainan dari semua aspek. Pemandangannya, suasana jalannya, orangnya dan macam-macam lagi. Yang aku tabik negara siam ni, satunya ialah tandas awam, kerana sangat bersih. Tak kiralah di mana, di stesen minyak atau di shopping kompleks. Aku cuba perhatikan, rupa2nya lepas saja kita melepas hajat, terus ada orang masuk untuk pastikan tandas bersih.

Lain-lain banyak lagilah. Yang aku tak tahan, bila bawa orang perempuan ni, semua benda dia nak beli, maklumlah memang murah. Sampai kami sempat beli barang2 dapur dan barang penjagaan diri sekali. Memang murah, kadang beza hampir separuh. Heran jugak aku mengapa mereka dapat jual murah. Aku bukan nak bangga negara orang, tapi itu hakikatnya. Aku dapat maklumat rupa-rupanya siam ni ada satu sikap membantu, yang sangat baik. Sebagai contoh, bila ada malapetaka mcm tsunami tu, semua peniaga turunkan harga. Bila ditanya, rupa-rupanya mereka bersepakat membantu yang memerlukan. Kita macam mana? Lagi orang susah, lagi nak disembelehnya. Menanguk di air keruh, bukan peribahasa siam tu..

Bab shopping memang seronok, tapi bila tiba bab bayar, memang terasa juga kerana duit kita jauh di bawah berbanding dengan bath thailand. Tapi, ok jugalah, sebab barang murah. Duit sikit boleh beli mcm2.

Dalam jalan-jalan di negara jiran ni, satu lagi yang aku dapat belajar. Bini aku kata dia lebih rasa selesa di Hatyai daripada di Kuala Lumpur. Katanya di KL dia takut mcm2. Penyeluk saku, peragut beg, penculik kanak2 dan mcm2 lagi. Di hatyai mereka melayan tetamu, mcm kita ni raja, siap dengan sembah 'sawaddeekad'...katanya. Akupun rasa macam tu, kalau nak ke KL fikir 2/3kali, takda rm1000, jangan pegi. Apa tidaknya, hotel yang kita bayar rm140 semalam diKL hanya rm70 di Hatyai, jadi kawan2 bayangkanlah bagaimana enjoynya. Kadang-kadang aku tengok bilik hotel jauh lebih luas dan cantik.

Satu lagi, cerita pasal makan. Aku, tomyam memang paling suka, terutama bila ada peluang ke negara jiran ni. Memang genuine punya..kauu habis. Sebut pasal makan minum ni, satu saja aku nak pesan kepada kawan-kawan yang berkunjung ke siam, jangan mintak air suam, kerana 'suam' dalam bahasa siam maknanya jamban...jadi awas...

Satu lagi yang membuatkan aku ketawa dalam kereta kelmarin, ketika kami melepasi border di wilayah Sadoa tu, kami ternampak sebuah bas dari Malaysia. Yang geli hati aku, bas tu tulis, cuti2 Malaysia, tapi menuju Hatyai...

Untuk makluman kwn2 jarak antara tempat aku ke Hatyai lebih kurang 150km sahaja. Jadi kami sempat balik pada hari yang sama kalau taknak bermalam. So, jika ada kwn2 berminat, mailah, aku bolehlah tolong bawa. Kalau datang utara kata nak ke bukit kayu hitam atau padang besar, baik tak payah. Sebab semuanya mahal dan kena tipu je. Bawa pasport, kita masuk terus ke Thailand. Tak payah takut, sebab yang dok gaduh tu, di sebalah naratiwat jaraknya 300km dari Hatyai. Hebatkan, boleh keluar negari balik pada hari yang sama...

Aku harap cerita aku ni, hanya sekadar maklumat sahaja. Jangan sensitif sangat. Yang penting rakan2 terhibur dalam apa jua pun. Sawaddeekad...

tahniah kepada en dollah JPN Penang

kawan kawan

hari ini aku cukup gumbira [ maaf julia, salah eja] dollah telah mula memasukan entri dalam blog. tak kiralah walau ringkas sekalipun, kini sudah ada 3 penulis dalam blog kita. maka akan menjadi lebih ceria dan seronok, berita dari rompin [ pahang ], berita dari sg petani [ kedah ] dan berita dari penang.

che hassan dan dollah cuba masukkan gambar dengan menggunakan ikon add image disebelah ABC tu, kita juga dapat melihat keadaan sekolah keadaan pejabat JPN dan enviroment yang lain jika penulis ingin berkongsi maklumat bergambar, video dll.

kepada kawan kawan lain, low dipulau ketam, angelie dan rakan yang lainnya, plz join us and share with us. Gunakan blog ini sebagai wadah kita bersama.

Tahniah sekali lagi untuk en lah yang telah berjaya memasukkan entri ke dalam blog.

Salam

Salam Persahabatan

1/ Apakah khabar member-member PPGB Kohort 5 Kumpulan A.

2/ Saya masih berkhidmat di Unit Pengurusan Sekolah Rendah, JPNPP.

3/ Ada apa-apa cerita istemewa.

4/ Maaf kerana tiada kesempatan masa untuk menulis untuk kongsi dengan rakan-rakan.

5/ Terima kasih kepa USOP Rompin kerana masih mengekalkan blog ini.

6/ Jangan berhenti teruskan.

Kenali diri sendiri

Kawan kawan semua

kalau hendak membaca semula nota kita semasa belajar dan ingatkan nya memang tak termampu dik kita, dengan membaca blog ini mana mana cebisan ingatan yang ada pada kita tu kita kongsi-kongsikan. Jadi dapatlah sikit ingatan.

Kepada yang tidak berminat nak buat macamana kan...

Semasa kuliah dengan abg angkat kita . [ En Sukri ] antara pesanan beliau ialah, kenali emosi orang yang kita hadapi, antara ingatannya ialah.....kenali diri sendiri. Kenali diri sendiri beerti menjaga keadaan jiwa dan fikiran. [ John Mayer ]

Ada tiga gaya khas dalam menusia mengurus dan mengatasi emosi mereka.

Pertama: Sedar Diri
Kedua: Tenggelam dalam Masalahnya
Ketiga: Pasrah

Pertama
Mereka sedar dan peka terhadap suasana hati sendiri dan memahami kehidupan emosi. Biasanya mereka akan tenang, berfikiran positif dan mampu mengelak dari permasalahan yang teruk. Ini adalah asas kepada kecerdasan emosi .EQ

Kedua
Mereka sentiasa dikuasai emosi dan tidak berupaya untuk melepaskan diri dari kongkongan emosi. Biasanya mudah marah, tidak dapat mengawal emosi sendiri dan sering bermasalah dan selalu tertekan dengan permasalahan yang dihadapi

Ketiga
Mereka mengikut saja perasaan mereka sehingga lansung tidak berupaya mengubahnya Menyerah kalah dan sering berputus asa.

Adakah kita, atau anak anak kita atau rakan taulan, staf dan rakan seperjuangan kita mempamirkan gaya sedemikian.? Maka kita akan tahu dan kenal tahap mana emosi mereka. Ilmu ini bukan saja untuk kaunselor tetapi amat bagus juga untuk kita yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah hati manusia.

Kita sentiasa berhadapan dengan orang . Semasa berurusan dengan mereka [samada sebagai penasihat atau kawan atau sebagai abang, adik akak.] Kita perlu mengenali gaya emosi mereka terlebih dahulu.

Berhadapan dengan orang yang emosinya terkawal, atau berunding dengan orang yang dibawah pengaruh emosi [ tenggelam ] mahupun bersekemuka dengan mereka yang pasrah memerlukan pendekatan yang berbeza.

Bagaimana? Lu pikirlah sendiri !!!!

Salam bahgia

Tuesday, November 18, 2008

ziarah ke rumah kawan kawan

kawan kawan

masing masing ada gaya sendiri dalam berkawan, aku? susah jugak nak cerita, namun aku amat menghormati kawan kawan. aku telah membesar bersama kawan kawan dari tingkatan 1 sampai sekarang. malah kadang kala kawan kawan lebih tahu dan lebih perihatin kepada masalah aku dari adik beradik dan saudara mara.

sejak berkenalan di IAB dan kemudian kita sambung ke UPSI aku telah menziarahi ramai kawan kawan kita. Rumah Jamal, Mat Sg Gau, Halipah, Ani Rompin, Yati Kuantan, Yati Kg Rasa, Shahdan Gumut, Rosli Arau, Azmi Langkawi, Mawi Papar, Martivi Ranau, Dayang Ranau, [ Rumah emak dayang di kundasang ], Rumah Dollah di Penang, Oslan Penang, Wan Penang, Anjalay Balik Pulau, Zainal Hutan Melintang, dan sebagainya. Baru baru ni tak sempat ke rumah tengku dan hassan embong sebab aku bersama bas rombongan. Juga tak sempat ke rumah che hassan semasa expedisi ke utara tempuhari. aku juga sudah berjanji pada usop sipan untuk kerumahnya bila aku balik muar nanti..maybe bulan 12 ni. nak pekena asam pedas ikan sembilang di parit jawa yang terkenal tu [ usop cemburu bila aku makan bersama meng chun tak ajak dia...]

selepas konvo aku akan ke utara untuk melawat abang aku di A Star dan kawan aku di Sg Petani mungkin aku berkesempatan menziarahi rumah che hassan, [ sebab aku dah janji bersama dia ketika main chess tempuhari ] dan ke rumah hassan embong dan tengku jika ke trengganu. Insya Allah

ramai juga kawan kawan yang dah menziarahi rumah aku dirompin [ dollah, mawi, rosli, vinie, martivi, ani, yati, dayang, nuar, leman, oslan malah pensyarah kita cik andrey low juga telah sampai] dan ada juga yang menziarahi rumah tak siap aku dilancang sambil ambik sayur..[ seperti awal, pirzan, dolah, rosli, halipah, jamal, yati, ani, dayang, martivi, vinie, mawi dll]

sekarang aku sedang meraikan oslan kawan kita dari group 29 dulu. dia berada di rompin sejak semalam dan esok akan kekuala trengganu, tengahari semalam dia makan tengahari di rumah aku dan hari ini juga..seronoknya hati aku kalau ada kawan kawan datang ke rompin, sebab rompin jauh dan tak mudah untuk orang sampai kerompin sesuka hati...dollah menangguh berkali kali untuk kerompin... tak caya tanyalah dayang atau martivi atau mawi...

menziarahi rumah kawan kawan ni pada pendapat aku yang dhaif ini ialah satu pengiktirafan yang besar...dalam silaturahim...malah ia adalah satu aktiviti merapatkan lagi hubungan kita... isteri aku amat suka menerima tetamu dan dia terasa amat dihargai bila aku membawa kawan kawan aku kerumah. dia terasa berkongsi bersama bahawa kawan aku juga adalah kawan dia. anak anak aku semua gembira dan selalu membawa kawan kawan dia datang kerumah aku. kepada sesiapa yang ke rompin, melewati bandar rompin jangan lupa telefon. aku akan datang walaupun jam 3 pagi.

amboi...sampai macam tu .

jom mailah ke rompin

Monday, November 17, 2008

3 budak hitam

dalam pembacaan, emosi kita hanya terbit daari renjatan anak mata kemudian terus keminda dan menjana hati dan emosi. amat berlainan sekali jika kita bersembang atau berbual, kita gunakan mata, telinga dan kadang kala ada juga sentuhan disana sini seperti menampar bahu dan memegang tangan. emosi kita dijana daari banyak pancaindera.

tidak hairanlah ramai yang begitu emosi jika membaca dan kemudian memberikan pendapat. Umpama semasa chatting di room yang disediakan internet. ada yang terpedaya, tertipu, menipu, berlagak dan ada yang bebas juga menilai dengan tidak menggunakan akal yang kritis.

walhal semasa membaca, kita hanya menggunakan satu pancaindera sahaja. Iaitu mata. Mata akan passing ke otak dan otak menjana penghakiman oleh hati dan perasaan kita. Biasanya persepsi kita akan terhasil dari sumber yang amat terhad. percaya atau tidak, kadang kala emosi kita akan menjadi keterlaluan hanya dengan sepucuk surat bertulisan dengan dakwat merah berbanding dengan tulisan dari dakwat biru walaupun isi kandungannya sama...ataupun kadang kala kita menelurkan pendapat yang tidak mengikut apa yang ingin dimaksudkan oleh penulis.

memanglah sesaorang bebas memberikan pendapat dan pandangannya, namun kalau pendapat dan pandangannya lari dari maksud perbincangan, maka kita yang membaca akan nampak ketara, betapa dangkalnya pemikirannya itu. bolehlah kita katakan ..tak boleh bawak berbincang

lantaran benar seperti yang dikisahkan oleh orang-orang tua kita. dalam masyarakat tetap ada 3 budak hitam.

kisahnya 3 budak hitam dipadang pasir, yang telah melepaskan jin dalam botol. masing masing memperolehi satu permintaan

budak hitam pertama: aku mahu jadi putih, aku sudah jemu dihina kerana kulitku hitam
budak hitam kedua: aku mahu lebih putih dari dia [ menunjuk kearah budak hitam pertama]
budak hitam ketiga: kau hitam kan balik kedua kawan ku ini.

begitu juga kita dan komuniti kita.
ada yang suka menambah baik, ada yang suka bertindak lebih baik dan ada yang suka jangan ubah apa apa.budak hitam nombor 3 ini lah yang paling bahaya dan sentiasa perlu diperhatikan. dia akan memberikan pendapatnya yang terakhir sekali. namun pendapatnya kearah negatif dan menafikan masalah penambahbaikan. Dia diam dulu, perhati, dengar dan akhirnya bila sampai masanya dia akan mematuk seperti ular tedung yang kemarahan.

fikir-fikirkanlah, adakah 3 budak hitam ini ada dikalangan staf atau keluarga atau saudara mara atau antara kawan kawan kita? sudah tentu ada...kalau begitu...berhati-hatilah.

Hiburkan diri

Hari ini ketika aku baru melabuhkan sauh di tengah laut antara Kedah dan Pulau Pinang, Usop sms aku merangsang untuk entry baru dari aku. Sebenarnya hari ini aku ikut rombangan bersama guru-guru sekolahku 'hiburkan diri' dengan memancing di sekitar pulau-pulau di sini. Bila aku respon sms usop, menariknya usop ni memang faham tentang tingkahlaku manusia yang perlukan hiburan untuk bukan saja seronok tetapi juga tenangkan fikiran. Memang memancing ni antara salah satu hobi aku, tapi taklah sampai jadi taik. Hanya sekadar seronok dan melayan rakan-rakan termasuk guru-guru dari sekolah aku. Jadi taklah depa ni stres sangat bila ada peluang enjoy dengan gb. Dan ini salah satu ciri kepimpinan yang harus ada pada seseorang pemimpin, yang boleh bersama-sama dengan subordinatnya tidak kira apa keadaan.

Malangnya, hari ni tak banyak rezeki. Aku berjaya menaikkan seekor Ebek dan beberapa ekor kerapu je. Hari ini rombangan kami hanya berjaya menaikkan seekor tenggiri je berbanding dengan 2 minggu lepas, peti sejuk rumah aku penuh dengan ikan tenggiri, puas anak-anak mengunyah tenggiri. Memang la ni, di laut utara musim tenggiri banyak jadi setiap kali turun, macam pesta di kuala sungai Yan atau Dulang, Kedah. Inilah jadi sebahagian mata pencarian para nelayan di kedah, jadi tekong kepada rombongan memancing.

Dalam curi2 hiburkan diri ini, kepala aku sentiasa berfikirkan tentang perancangan sekolah tahun 2009. Masih sempat aku bincang-bincang dengan beberapa orang guru aku di atas bot tentang agihan tugas guru tahun depan. Ini yang baiknya, di mana saja kita enjoy boleh bincang pasal kerja dengan guru2 jika kita sentiasa rapat dan bersama-sama dengan minat mereka. Alhamdulilah, aku ni, masih sihat dan aktif, boleh join guru-guru aku dalam apa jua aktiviti dan kesannya, sangat baik untuk perkembangan kerja di sekolah.

So, kepada rakan-rakan, cubalah hiburkan diri lebih-lebih lagi cuti sekolah ni. Ambil peluang dan ruang yang ada meneroka apa saja yang kita kurang tahu, dan kurang arif. Hasilnya, kita akan merasa sentiasa segar, bergaya dan kuat. Ini yang penting dalam kerja dan kehidupan kita. Bukakan hati dan minda seluas-luasnya. Jika buntu, melalui blog ini atau IT kita boleh berkongsi dan merujuk sejauh mungkin. Hari ini pun, aku belajar sedikit tentang habitat dan fenomena kehidupan ikan di laut. Walaupun laut itu luas, belum tentu kita dapat ikannya, jika kita tidak ada ilmu tentang lautan.

Ok, jumpa lagi.

corat coret

salam sejahtera dan selamat semuanya

tadi kawan kita dari group 29 , oslan dari pulau pinang sampai ke kuala rompin, aku ajak makan tengahari kat rumah aku, lauk udang masak sambal , kubis masak lemak dan ikan masak 3 rasa. dia datang dengan familynya dan tidur di rompin dua malam. [ harga ppd tu, biasa RM 198 dia dapat RM 168 jer...] kami dari kuala rompin mengucapkan ribuan terima kasih kepada oslan dan keluarga sudi melawat dan ziarah kami. sayangnya leman songkok tak ada, balik kampung.

aku juga telefon anjalay serta dollah...bertanya khabar..semua dalam keadaan baik..dan biasalah dollah dengan mesyuarat nya yang tak putus putus. semoga mereka semua gembira dengan tugasnya itu

aku berjumpa dengan ani dan kami berbincang tentang penilaian prestasi yang semakin kelam kabut akibat arahan atasan yang tidak relevan lansung....arahan pulak hanya sekadar arahan lisan [ secondary evidents ] tidak valid sangat dalam mahkamah...namun perntadbiran sekolah terpaksa akur...maka ani pening kepala menguruskannya...

aku juga menerima telefon dari hasmah yang on the way nak ke arau ambik anak, dia minta telefon rosli..aku check telefon rosli tak ada dalam simpanan begitu juga banyak no telefon yang aku simpan drop masa aku tranfer ke hp baru aku [ ganti hp lama ] maka aku pun telefon azmi langkawi mintak no telefon rosli..kemudian aku pass ke hasmah...mudah mudahan hasmah dapat bertemu dengan rosli di perlis dan minum minum di sana..terima kasih azmi langkawi dan rosli juga,,,kalau kawan kawan ada masalah telefon, bacalah blog kita di bawah tajuk KKK. Posting yang lama..ada aku masukkan alamat dan no telefon kawan kawan kita...siri KKK [ kenali kawan kita ] tu tersangkut, dan insya allah aku akan habiskan nanti...untuk kegunaan kita semua.

minggu lepas aku hubungi alias mantan, tetapi alias mantan tak dapat dihubungi...menurut che hassan [ saudara angkat ] alian mantan memang payah bangat untuk di hubungi dengan telefon..aku tanya tengku dan hassan embong...mereka pun kata begitu...semoga alias mantan bahgia...masing masing ada masalah masing masing kan

last sekali..ada anjalay mintak aku cerita lucu dan masukkan dalam blog, cerita klasik dan purba yang selalu aku ceritakan dalam kelas...lama tak dengar berita katanya...maka aku pun sedang memikir..apa cerita yang sesuai...anjalay..nanti, aku akan ceritakan khas untuk kau.

kepada kawan kawan semua...selamat berbhagia dan saling berhubung antara satu sama lain...

salam

Sunday, November 16, 2008

anak tiri suluh budiman

flash back

masa kita mula orientasi dulu, kita diminta nyanyi lagu suluh budiman, lagu lama...nak komplen lagu tu tak sedap, marah pulak orang, bagi yang paham seni dan irama lagu...memang lagu tu tak sedap pun....kurang unsur evergreen. nak berikan lagu baru , lagu tu dah berusia...ada unsur sejarah...emmm ...lagu yang ada unsur evergreen ini macam lagu bahtera merdeka, lagu p ramlee dll. buktinya tak ada sapa nak nyanyi lagu tu selepas minggu orientasi. yang menariknya perkataan anak kandung suluh budiman itu

maka kita sejak 12.7.2006 tu jadilah anak kandung suluh budiman, dalam usia yang agak matang dan berumur. paling tua lahir 1958 dan termuda kelas aku ialah Vairam dan Shelley.

selepas menjalani 8 fasa, perkataan anak kandung suluh budiman itu adakah benar? ke kita ni anak tiri suluh budiman? yang paling terasa ketika group kita Adan B nak anjurkan jamuan menyambut hari raya di dewan KZ dan sekali lagi ketika aku nak anjur jamuan makan akhir pengajian kita juga di KZ. Pengetua KZ kata, ini adalah polisi dan ketetapan UPSI, cikgu boleh guna tak ada masalah, tetapi kalau mahasiswa UPSI nak guna dewan tersebut, cikgu kenalah berikan mereka laluan. Mujurlah semasa sambutan hari raya tu ...line clear...kalaulah tiba tiba last minute ada funtion oleh anak anak kandung suluh budiman, maka anak tiri suluh budiman kenalah berangkat ke tempat lain...

kelas dan dewan kuliah pun begitu, dewan kulaih kita sentiasa mobile dan berubah dari satu tempat kesatu tempat yang lain...boleh berubah, tetapi kadang kala masuk ke tahap mendera. maklumlah anak tiri suluh budiman. unit peperiksaan dan penilaian kata, kita utamakan mahasiswa yang frsh dulu..baru kita proses keputusan group Guru Besar...

pengalaman mohon pinjaman untuk bas rombongan juga begitu, sikit lagi group kita kena bayar RM 600 untuk satu bas. Mujurlah dengan inisiatif KJ Dr Khuan, kita dapat gunakan bas secara percuma.

Ahhh...tu cerita dulu, jangan di ungkit ungkit...kata seorang penulis komen.. memang betul cerita dulu ..namun perlu diingat cerita dulu adalah sejarah dan makna sejarah adalah peristiwa yang berulang-ulang... kita mohon barangkali pentadbiran UPSI pada masa meeting dan akan datang perlu meninjau beberapa ruang yang masih boleh diperbaiki ini, ruang yang mana akan membawa erti bahasa semua yang belajar di UPSI adalah anak kandungnya....

Namun begitu... keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan layanan UPSI kepada kami, just adalah sikit sikit perkara dan polisi yang boleh di ubah agar semua merasai dirinya adalah ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN

Menangani Konfik dengan C.L.A.S.S

CLASS
adalah singkatan dari perkataan tertentu
C - Komunikasi...
dalam konflik, biasanya puncanya kerana masalah komunikasi dan ketika menyelesaikan konflik kemahiran berkomunikasi amat penting, kalau kau orang guru besar jenis bengkeng dan pemarah, maaf anda bukan penyelesai konflik yang baik, serahlah kepada orang lain. cikgu yang berkonflik mungkin nampak akur...tetapi konflik sebenar nya tak selesai dengan mudah.

L - Listen. Semua yang berkonflik mesti disyaratkan menjadi pendengar yang bak, jangan dua tiga orang bercakap dalam satu masa..ini mesti di jaga dan kawal dengan baik

A - aadjust attitute - semua pihak selepas mendengar dengan teliti masalah dan punca konflik maka akan ada cadangan dan pilihan penyelesaian..kalau semua pihak tak mahu adjust sikap masing masing maka, susahlah. hal ini juga perlu dipantau selepas majlis penyelesaian konflik berlalu...kalau tak mahu ubah sikap...konflik akan berterusan dan tak selesai

S - solve - nilah tadi kena briefing betul betul...tujuan penyelesaian konflik itu, kalau boleh gunakan gaya problem solving atau compromising... win win situation...baru boleh selesai

S - yang akhir barulah succed. berjaya..

Selamat Mencuba Model CLASS ni

salam

Saturday, November 15, 2008

Jenis konflik

salam sejahtera
kita selalu menghadapi konflik. dimana saja kita berada kita akan berdepan dengan konflik. rumah tangga, keluarga, dalam jabatan atau dalam masyarakat.

ada empat jenis konflik dengan empat jenis tingkahlaku...tengok tingkahlaku, taulah kita apa jenis konfliknya...

kalau dia menjerit, boo dan membangkang secara terus terang...itu adalah gaya tingkahlaku dalam konflik yang agresif dan terus terang. kalau ini berlaku...kita terus kenal siapa yang berkonflik

ada pulak diam, tetapi sabotaj dibelakang kita, kempen supaya jangan buat apa yang kita suruh, memberikan sokongan paling minima...depan kita senyum tetapi belakang kita dia kutuk habis
ini adalah gaya konflik agresif tetapi tersembunyi....kita kena pasang spy atau kena tebas lalang cari ular

satu lagi, tingkahlakunya pasif...ambik mc, memberikan alasan munasabah, menolak secara lembut....pada arahan kita..ini terus terang tetapi pasif ....kita kena pantau dan rekodkan...check balik alasan dan masalahnya.

last sekali, sembunyi dan pasif....yang ni paling payah nak kesan...makan dalam...tak nampak gerakannya, dia cukup licik. pasif [ baik jer mukanya...] tetapi pandai sembunyikan konflik antara dia dengan kawan atau dengan kita.

aku citer ni dalam menjawap soalan dr khuan ...aku boleh tulis balik tanpa melihat buku pun...malangnya aku tak dapat A pun...aku dapat B+ jer..dah nasib kan...nak buat camana. Berlambak lambak B aku...sapa nak satu ambiklah...tak ada hal

sini dulu, perkongsian ilmu kita kali ini

bye bye
soprompin

Persediaan Buka Sekolah 2009

Sop, aku respet betul kamu ni. Kerana nak baca apa yang aku tulis di blog kita ni, mu sanggup singgah cc. Inilah yang dikatakan pemimpin, di mana sajapun boleh lakukan kerja. Aku memang rasa teruja juga bila coretan pertama aku terpampang di blog kita ini. Bukan niat nak menunjuk, tapi seperti yang aku komen sebelum ini, blog ini banyak faedahnya kalau kita sama-sama manfaatkan. Sebagai contoh, aku kesempatan masuk ke blog faris, aku muatturun karya siMaznun tentang persediaan buka sekolah. Dapatlah sikit idea nak buat perancangan buka sekolah tahun 2009 nanti. Kalaulah blog kita ni begitu aktif kepada semua gang kita, aku pasti kita boleh kongsi macam-macam. Namanya guru, tak payah jadi taik idung masinlah, sebarkanlah ilmu, tak banyak pun, sekurang-kurangnya bermanfaat untuk orang lain.

Aku baru saja helo abang angkat aku Alias Mantan di kerteh, katanya sekolah dia masih terbaik dalam upsr, walaupun banyak sekolah lain menurun. Jadi, aku percaya ada banyak yang kita boleh belajar dengan gbnya, cikgu Jah tu. Sembang-sembang, katanya dia frust juga tak dapat layanmu ketika mu gi tganu hari tu. SiLias ni, lain sikit, nombor tel tu tukor sokmo. Tapi dengan aku setiap kali tukar no di helo aku.

Sebut pasal persediaan buka sekolah 2009, aku dah mula proses. Aku nak kongsi dengan rakan2, buku perancangan sekolah aku selalunya canggih sikit, maklumlah aku terbitkan guna 'pagemaker'. Usop pun takdan belajar dengan aku. Jadi sapa kawan-kawan yang minat nak dapatkan contoh dari aku, belajar 'pagemaker' dulu. Sikit masa nanti, bila aku dah upgrade website sekolah aku, hampa boleh muatturun, macam cikgu2 sekolah aku, mereka kena tengok perancangan sekolah melalui website sekolah. Ini namanya canggih. Jadi aku sangat berharap kawan-kawan yang lain mai kita sama-sama aktifkan blog kita ini, demi kebaikan bersama. Aku teringin benar nak baca dan tengok hasil karya kawan kita YMTengku Denan. Tengku ni, aku juga respet dia antara orang mahir it dan kerjanya pasti canggih. Lagi pula dia ni, kerjanya di Institut Perguruan, jadi banyak perkara yang dia boleh kongsikan buat tatapan kita. Yang lain-lain apa kurangnya, Rosli Prof di JPN Perlis, Dolah di JPN Penang, Siti Dayang Di PPD di Sabah, Soh, di SJKC Di Muar dan tak lupa juga Sikecil molek Shelley di Tambunan. Sorang lagi, tak kurang hebatnya, bini OCS, Datin Shahar, yang kini dah di Kajang, pasti banyak idea baru di tempat yang lebih canggih berbanding dengan Kuala Lipis dulu tu. Kawan-kawan kita ni semua bukan calang-calang orang. So, jointlah. kalau perlu berdebat, kita debat secara ilmiah di blog ini. Hargailah hasil kerja Usop Rompin ni. Bukan senang, tapi Usop ni, sentiasa bersemangat.

Buat persediaan buka sekolah tahun 2009, satu cadangan aku, buatlah yang lain dari yang lain. Orang yang cemerlang selalunya lain dari yang lain. Jadi beranikan diri, mencuba sesuatu yang baru. Aku cakap macam ni, kerana aku dah bertugas di banyak sekolah, apa yang aku lihat, semuanya stereotype. Aku bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tetapi kalau aku tak cerita kau orang semua tak tau. Aku pernah buat satu projek kecemerlangan kokurikulum dan sukan di SK Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. Kerana aku buat lain dari yang lain, alhamdulilah boleh dikatakan berjayalah. Sekolah tu terkenal dengan kejayaan sukan dan koko dari tahun 1997 - 2003, hasil idea dan modul aku ni. Yang paling menariknya, Jemaah Nazir ambil sebagai contoh pengurusan koko yang baik.

Apapun terpulanglah kepada masing-masing. Kerana sepanjang kita bersama, aku tengok, semua orang tak kurang hebatnya. Tapi apa yang aku nak tarik perhatian kita semua, gunakanlah blog ini untuk berkongsi kebaikan yang kita ada. Itupun kalau korang nak. Kalau tidak, aku dengan usop akan teruskan juga selagi blog ni tak kena bayar untuk kami tulis. Bukan begitu sop?

TAHNIAH CHE HASSAN

assalammmualaikum dan salam sejahtera

Tahniah che hassan ... try n error... akhirnya dapat menjadi penulis jemputan [ contributor ] blog kita yang pertama...ayangakan kalau semua orang luang kan sedikit masa menghantar berita ke blog..taklah aku kesunyian dan dapatlah rehat sikit... masa aku dapat sms dari che hassan yang dia dah masuk kan entrinya yag pertama...aku on the way ambik anak di UITM Pahang, kau orang tau, aku luangkan masa ke cc sekejab, baca dan ucapkan tahniah pada che hassan.

aku sampai ketandusan idea hingga gunakan p.o [ cadangan dari kawan kawan ] untuk dapatkan respon atau komen

namun aku percaya suatu masa nanti blog ini akan mendapat sambutan kawan kawan dan sama sama menulis seperti che hassan ... just tinggalkan dan berikan aku alamat email yang selalu kau orang guakan..aku akan jemput.

kita juga boleh saling bertukar fikiran...dan kalau dah lama masuk dan serentak masuk nanti aku sediakan ruangan chatting untuk kita semua...

tahniah orang kedah atas bingkisan dari utara

salam

Sepintas lalu

Tengok saudara kita usop ni mengarang blog, aku jadi semakin kagum dengannya. Bukan senang setiap hari dok bersekang mata mencari ide untuk mengarang, mencuit hati rakan-rakan yang semakin 'menghilang'. Aku, walaupun sibuk ( macam kau orang jugalah) curi-curi baca blog yang diilhamkan soprompin ni. Tahniah sop, hang memang terer bab ni. Tapi yang menariknya, dalam karangan hang tu, terserlah kekuatan tersendiri. Bukan sahaja dari segi gaya bahasanya, tetapi juga ide yang sentiasa ada dan kena pada tempatnya. Memang, walaupun kita bersama secara terputus-putus tetapi perhubungan kita, lain macam rasanya. Maksud aku, gang kita ni ada keistimewaan tersendiri. Setiap orang dengan kehebatan yang asli yang memang layak jadi pemimpin pendidikan pada era moden ini. Hassan Embong, tengku, lias mantan dan raseli, dengan gaya terengganunya sentiasa ada yang mencuit hati dan memberi erti kepada apa yang kita pelajari. Vairam, walaupun masih muda dan buat asigment dengan syle cut and pastenya, tapi ada baiknya guru besar ladang teh ni. Aku masih ingat, satu malam kumpulan kami nak menyiapkan satu tugasan, dia sanggup telefon kawan dia selama lebih sejam buat translation melalui phone. Jarang orang macam ni pada zaman ni. Selalunya, nak balas smspun takut habis kredit. Dan ramai lagilah yang aku takdan nak sebut di sini. Apa yang aku nak kau orang fakam, kau orang semua mampu mengubah senerio pendidikan negara ke arah yang lebih baik, sesuai dengan label, pemegang ijazah pengurusan sekolah. Aku, la ni, kalau ada gang ppd atau jabatan yang mai nak mengajar aku di sekolah, itu tak betul, ini tak betul, aku dah berani cakap, aku gdadute pengurusan sekolah, bukan matematik, bukan sejarah, jadi tak payah mai nak mengajar aku di sekolah. Di upsi dan iab, lebih 60 orang pensyarah yang mengajar aku, yang sangat aku respet depa ni. So, Aku sangat berharap gang kita ni akan jadi pemimpin 'di luar kotak' yang sentiasa berani 'mengubah' sekolah dan pendidikan negara, macam mandiang lim goh tong. Aku, kerana nak faham tajuk 'perubahan' baca buku lim goh tong, dan kagum dengan cina tulen ni yang menjadi sebahagian daripada ejen pembangunan negara. Kita? apa ada? Jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan mandiang ni. Penulisan pertama aku di blog ni macam mencabar kau orang semua, memang ada benarnya. Apa gunanya segulung ijazah ( tu dengar2 nak buat master pulak tu) tapi di sekolah, jadi pak turut tak berani nak buat sesuatu yang boleh mengubah negara (bukan macam hari ni) yang semakin parah dalam semua aspek. Apa tidaknya, buka tv, macam kita ni duduk di indon, semua chanel cerita indon. Tengok poster tepi jalan, syarikat2 telekomunikasi ni, macam jadi bapa angkat kepada sipendatang ni, dengan pelbagai discount. Untuk kita, apa ada? Pada aku maruah negara dan pendidikan sudah begitu jauh terpesorok di lembah kehinaan. Kerana mengejar keuntungan, mereka sanggup menodai budaya bangsa dan jatidiri negara. Aku benar2 serius, dan malu jadi gb jika anak murid yang keluar dari sekolah aku, mengemis di negara sendiri dan tidak mengenal diri serta budaya bangsanya sendiri. Dulu aku pernah cerita sekolah aku takda pagar (open school) kerana dah lama rosak. Tapi mai di sekolah baru di tengah bandar ni, lain pulak ceritanya. Pagar ada, tapi tiangnya habis dijadikan sumber sesuap nasi pemegang hak prefesion baru yang macam diberi pengiktirafan. Aku kata begitu, kerana bila aku buat report polis, depa kata "biasalah cikgu". Dalam hati aku timbul persoalan "jadi hampa (polis ni) dok buat apa, kalau tak boleh benteras pencuri2 ni?". Tapi bila sebut pendidikan, ni yang aku fikir dan nak ajak rakan2 semua fikir. Sipencuri ni, takkan dia tak pernah sekolah? Sekolah mana dulu tu? Sekolah aku ke?. Inilah yang kita semua kena fikirkan, sebab kita semua dah mengaku kita 'pemimpin sekolah'. Biar apa yang didebatkan dalam kelas tu dijadikan kenyataan. Baru berbaloi berulang-alik selama 3 tahun ke upsi dan iab. Kau orang baca isi hati aku ni, memang kau orang faham aku bagaimana. Sentiasa 'panas' bila interup dalam kelas kita. Aku tahu, ramai yang menjuehkan bibir, tapi aku tetap aku, samalah jugak dengan hang sop. Apapun, aku minta maaf, takda niat aku mengata sesiapa, pada aku kau orang semua kawan aku yang sangat bermakna dalam sejarah hidup aku yang seadanya ini. Aku nak ulang macam yang usop kata, macam kata siNabil tulah, "lu fikirlah sendiri".

Friday, November 14, 2008

bermulalah cuti sekolah

jumaat tadi suasana sekolah sangat sibuk

semua orang sedang mengurus penyerahan tugas dan melengkapkan senarai semak yang diberikan, ada yang dapat bertukar sibuk mengemas barang dan memunggah barangannya. ada yang tak dapat tukar, sibuk pula telefon sana dan sini

anyway kepada semua kawan kawan diluar sana, selamat bercuti dan bersama keluarga..

aku? banyak juga plannya..selain mengembara kesana sini aku akan menghadiri reunion dengan kawan kawan di kluang pada 13 disember nanti. stelah kami berpisah 30 tahun sejak 1978.

ok geng
selamat

Thursday, November 13, 2008

disitu dari a wahab taha

Di situ

Di situ
syahdu menafsir rindu
kupahat ukiran ragu
di tangkai cangkir kalbu.

Di situ
pasrah melodi pedih
airmata sehangat rindu itu
menunggu makna kasih
di hujung sendunya lagu.

Di situ
bersama kelam bulan kelabu
dalam kesunyian itu
malam pun berlalu.

Sabarnya menunggu ruang syahdu
ragu dan rindu
kesekian kalinya menggamit kembara
kenangnya masih di situ.


balasan dari sajak di sini

a wahab taha

Wednesday, November 12, 2008

disini

di sini
ada belaian syahdu
kupotretkan buat kenangan
di dalam memori hidup

di sini
ada melodi sedih
ada air mata berlinangan
mencari erti kehidupan
seolah tiada akhirnya

di sini
bersama terik sinar mentari
dan keheningan pagi tiada lagi
kumeniti ruang terbentang
apakah dapat kutempuhi
kembara sesunyi ini

kembara kelana

Tuesday, November 11, 2008

terima kasih cikgu wahab dan cikgu usop sipan

sekalung tahniah dan terima kasih banyak kepada dua sahabat aku yang selalu menyertai blog aku...

pertama
cikgu wahab, mentor aku semasa di smk tanjung gemok, bersama memancing...[ dia yang ajar ikat tali pancing ] kemudian ajar aku microsoft office dan akhirnya dalam masa yang sama mengajar aku menggunakan bahasa...sama sama menjadikan smktg gemilang dalam kokurikulum dan dihormati di seluruh pahang...dengan sketsa ..sidang kapsul...sentuhan pakar pentas, azmi rahman, pakar bahasa, cikgu wahab, pakar busana pn zawiah...aku tidak sukar menhasilkan sidang kapsul. walau sudah bersara, aku masih selalu berjumpa dengan cikgu wahab dan isteri kami berkawan baik.
kedua
cikgu usop sipan
banyak perbezaan antara aku dengan dia, walau satu nama, satu sekolah semasa tingkatan 6, satu badge masa di upsi, satu daerah...namun, usop sipan lebih mulia dan baik akhlaknya. lebih matang dan menjadi mentor aku dalam memberikan pendapat dan keberaniannya...usop berani bertentang dengan sapa sahaja...walaupun begitu tidak tanggal budi bahasa dan senyumannya.

terima kasih dua sahabat...sahabat sekampung dan sahabat seperantauan

aku berbesar hati dapat berkawan dengan kedua kawan semulia ini dan semoga ikatan silaturahim yang terjalin tidak terputus diperjalanan dan berkekalan hingga akhir hayat.

salam

sekali imbas

salam
ramai yang suka kepada kata kata yang lembut dan menyentuh perasaan dan ramai yang tidak suka pada perkataan yang mengungkit kisah pahit dan menyakitkan. termasuk jugak aku bila membaca komen dan ulasan kalian.

percayalah...dan akuilah pada kelemahan diri dan cubalah membaca dua atau tiga kali entri sebelum ini...mungkin contohnya terlampau terang dan melukakan...namun maksudnya bukan mahu begitu...maksudnya penulis hanyalah mahu kita fikir dan renungkan adakah tindakan orang yang mentadbir kita itu betul? adakah tindakan kita atau respon kita kepada sesuatu isu itu kearah kejayaan ? kesejahteraan ? adakah kelemahan kita atau kekuatan kita yang telah kita dedahkan ?

janganlah terus membuat tafsiran dengan hati yang panas dengan sekadar sekali imbas sahaja.

anyway...aku telah gunakan p.o beberapa kali, rasanya cukuplah tu...sebab ianya menjengkelkan namun dalam masa yang sama ada juga titik titik kejayaan untuk dikongsi. segala nya di atas hati nurani kita....

maaf aku pohon kepada sesiapa yang terasa hati, perpatah mengatakan sesiapa makan lada dia akan terasa pedasnya, [ jadi lain kali jangan makan lada, ] aku juga berterima kasih kepada komen yang tulus dari kawan kawan...walaupun berbentuk teguran.

apa yang aku tulis hanya dari persepsi aku sendiri sahaja, [ ada yang kata aku syok sendiri...] ya memang aku syok sendiri sebab itu adalah persepsi aku, mengapa aku perlu meng syok kan orang lain dengan berpura pura baik dan mengatakan apa yang menjengkelkan itu bagus?

akhirnya...adakah tetamu yang datang kerumah kita berhak menyusun atur perabut rumah kita, atau memberikan cadangan supaya kita ubahsuai rumah kita sewenang wenangnya, atau tetamu yang datang nak menyediakan menu masakan yang nak kita berikan semasa hidangan. kalau nama status tetamu, maka beradablah sebagai tetamu, kalau tau rumah itu buruk dan tidak menyenangkan janganlah bertandang...pergilah kerumah lain, sesiapa pun tak rugi. tuan rumah pun tak kecik hati.....ada orang hebah kan dia mendapat anak dalam blog dia...ikut dialah...dia nak beritau dunia....ada yang menceritakan kisah dia semasa muda dan kegagalan cintanya....terserah dialah...sebab dia nak meluahkan perasaannya.....pembaca? tepuk dada tanya selera, kalau tak selera jangan makan.....jangan klik...jangan baca......semua nya hanya di hujung jari anda...

tamat

dua hari lepas aku ke kuala trengganu...dapat juga bertemu dengan hasan dan tengku...alhamdulillah, sebaik habis kerja, dia orang datang ke KT dan kami minum minum...kedua mereka amat mesra sekali...lantaran itu aku teringat..bahawa episod KKK kenali kawan kita yang aku uruskan dulu tak sipa lagi...maka timbul idea nak sambung episod KKK itu semula...aku juga telefon raseli dan alias...[tengku dan hassan embong berkirim salam kepada semua kawan kawan kita...maka cara terbaik ialah aku sampaikan salam mereka melalui blog.
[ hassan dan tengku , terima kasih belanja air dan keropok...]

ada juga berita sedih, anak aku yang sulung sedang final exam di Uitm, tinggal dua paper lagi, namun dia kena demam campak pulak....semoga dia selamat dan pada 14 november nanti aku akan menjenguk dan mengambil barang barangnya..di hostel...dia akan menjalani praktikal di kuantan, di majlis daerah kuantan bahagian, lanskap...masalahnya tidak ada rumah sewa...ada sesiapa dapat membantu...?

ada juga berita gembira...dollah kini menguruskan penempatan guru di pulau pinang...sesiapa kawan kita di PP yang ada masalah...cubalah jumpa dollah minta dipertimbangkan.

setakat itulah dahulu...entri kali ini, tukang sampuk yang tetap...akan tetap baca dan menyampuk... teruskan lah... aku? tetap akan masukkan apa yang aku fikirkan...suka ke tak suka ke... aku tidak cari populairiti dalam blog ini... dan tak minta sanjungan pun... jangan lah terkena kesan halo dalam penilaian anda.

apa kesan halo tu? lu pikirlah sendiri...

Friday, November 7, 2008

sehaluan tak sebahtera, terkadang dialun gelombang bersama, dengan arah yang satu,tetapi berbeza, hanyalah kenangan manis, agar dapat kita bersapa

dulu
sama sama masuk IAB dan UPSI namun begitu dimana kita pergi, apa kita lakukan kita perlu akui bahawa sistem kasta masih tetap wujud antara kita.

ingat tak masa kita di minggu orientasi kita menjalani 'perasa'. kita happy...tiada kasta... kemudian atas nama sejarah silam...pentadbiran IAB mula mengkastakan kita , kelas 29, 32,34 dan 41 [ 41 pindah ke utara] hingga ...ada dua kawan kita salah masuk kelas..dia sangka dia di kelas 34,

sejak itu mula ada pertandingan dan kegiatan sosial...kasta semakin menebal...29 anjur, 32 dan 34 sokong secara minimum...32 anjur..29 dan 34 pula begitu...34 anjur..32, dan 29 sok sek sok sek....minimum jugak....tak kiralah...kejohanan sukan, kegiatan sosial, sambutan merdeka...jeling menjeling mula ketara...jarang dan amat kurang dikalangan kita yang dapat merentasi semua kumpulan...sedikit, sedikit.

kemudian pendekatan dan penilaian oleh pensyarah...terhadap kita secara tidak lansung memberikan impak....terbit pula....persepsi antara peserta, kata mengata, sembangan yang kadang kala penuh kepura puraan mula menular...maka sistem kasta semakin terasa kesannya.

projek baju batik..kad nama..pada dasarnya amat mulia dan murni, namun disalah erti, diselaputi egois..kau sapa nak suruh aku? kita buat batik lain...batik tu tak bermutu, mana boleh paksa paksa....aku tak mahu, segalanya menjadi hangat. sedar atau tidak kita mula menghidupkan kasta antara kita....sistem kasta sudah mula mengambil tempat, kemesraan dan adik beradik sudah mula tidak menjadi penting. rasa ke aku an semakin menjalar.

tamat IAB

kemasukan ke UPSI melebarkan lagi sistem kasta..ada beberapa kawan mahu bertukar kumpulan kerana ketidakserasian.. tidak semua terima cadangan penghulu ...agarada pula menerima kawan baru, mereka cepat cepat sesuaikan diri...perbezaan waktu kuliah, kemahiran meng adjust jadual, ada yang balik awal, ada yang balik malam dan lewat, berbezanya pensyarah yang mengajar.... kaedah dan layanan, menjadi gurauan dan kadang kala sebutan dan serius... persaingan juga mula ketara, kemuliaan kadang kala menjadi hina dek gurauan...belajar namun tetap berbeza...semuanya kerana sistem kasta yang direlakan dan terpaksa dilalui...

jangan tak percaya ada kalangan kita tidak kenal dan tak pernah tau siapa dibilik sebelahnya..
kita cuba satukan dalam satu anjuran bersama walau dalam kepayahan...kita berjaya namun tetap ada luka dan cedera disana sini. wahh...amat sukar mengurus cikgu, manusia dan gologan terpelajar..lantaran sistem kasta ini..sindir dan gurau menjadi biasa, kumpulan a suka menukar tok penghulu pun jadi bualan..kumpulan b tetap pada penghulu yang sama pun jadi sendaan.

kenapa?
itulah manusia..
cuba kita renung disekolah..kalau ada pengalaman sekolah menengah...lagi darsyat...pengkelasan pelajar banyak menakibatkan kerosakan dari sudut psikologi pelajar, pelajar kelas 'bawahan' selalu menerima hinaan dan ditinggalkan...hatta, kalau kekurangan buku teks, kelas hujung hujung lansung tak merasa buku teks..di sekolah rendah...pun ada fenomena ini.

adakah kita berani mengubah senario...di sekolah kita? sistem kasta ini? adakah kita boleh buat kelas campuran tanpa mengasingkan mereka yang pandai dan kurang pandai? setelah kita sendiri melalui..kekurangan sistem kasta ini...

di U..pensyarah sesama pensyarah pun berkasta kasta, lepasan dr lain, dr luar negeri lain, dr dalam negeri lain [ diceritakan sendiri oleh seorang kawan..penyarah UKM dalam bulan puasa tempuh hari...] dalam pendidikan, 29, 32, 34, 38, 41, 44, 48, 52...semuanya mempunyai kasta tertentu...dalam polis, hari ni naik pangkat, esok ...kau sapa? panggil aku apa?...[ walaupun tak semua...]

orang kata sistem kasta hanya dalam masyarakat hindu zaman dahulu....tolong sikit, renung betul betul...disekeling kita sistem itu masih segar dan hidup ...

siapa yang menyegarkan dan menghidupkannya?
hawa nafsu jahat dan syaitan yang menghasut diri kita

nampak macam sehaluan namun kita tetap tidak sebahtera..

marilah kita renungkan

Thursday, November 6, 2008

bukan mudah mengamit bintang

manusia memang pelik dan ajaib. manusia selalu inginkan sesuatu yang tiada di dalam tangannya dan mudah mengabaikan sesuatu yang sudah dalam genggamannya

sesuatu yang menjadi milik orang, itulah yang diingin dan dicitakan sedangkan sesuatu yang sudah pasti miliknya dipermudah dan dipandang ringan.

contoh? lu pikir lah sendiri....kata nabil
kenapa jadi begitu?

amat mudah meramal keadaan cuaca dari meramal tabiat manusia...lemah namun bila bila masa boleh menjadi gagah. gagah peliknya boleh bila bila masa menjadi lemah. pandai bercakap, sekelip mata boleh menjadi bungkam. pendiam, dalam sesaat boleh berhujah kemas.

itu belum kita terokai pemikirannya yang mistik.

sebab itu kita harus berbangga dilahirkan dan diberikan kesempatan untuk berladang didunia ini agar kita dapat menuainya di akhirat.

Wednesday, November 5, 2008

flash back

masihkah kita semua ingat, sahabat kita tiba tiba sakit dan dihantar kehospital, maarof dengan jantungnya, sahar pun begitu, wazir dengan gautnya, darah tinggi dengan kencing manis ni tak usah nak kiralah...yang tak pernah migrin mula migrin bila kita mula mula masuk upsi..

masihkah kita ingat...ada yang kehilangan keluarga tersayang, betapa sayunya hati mawi, ani, chim, aku sendiri dan beberapa kawan kita yang lain semasa kita sedang mengikuti kuliah..dan mendapat berita sedih itu?

masihkah kita ingat beberapa pensyarah kita juga menghadapi pelbagai masalah yan kita terpaksa kongsi bersama kesukaran mereka semasa kita sedang belajar dahulu?

adakah kita lupa, ada kawan kita jadi panic, sakit dan demam masa exam dan tidak bermaya semasa kuliah dan semasa membuat asinggmet?

adakah kita sudah lupa, betapa kita berbincang panjang, mencari kesepakatan dalam menyelesaikan masalah kita bersama...saling memberikan pendapat, saling mengumpul wang menguruskan sesuatu perkara...kita selalu tidak bersetuju tetapi akhirnya kita bersatu..

sesungguhnya perkenalan kita selama 4 tahun 2005-2008...walaupun terputus putus oleh masa namun cukup untuk kita jadikan minggu orientasi kita dan memulakan satu persahabatan yang kekal dan abadi...lebih tegar dan lebih mengenal hati dan budi

lantas, bagaimana kita hendak membuktikannya, adakah cukup disimpan didalam hati? atau apabila kita ada masalah...? salahkah kita saling hello antara satu sama lain atau dengan satu kiriman sms, tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan? sukar benarkan membaca blog dna menulis komen menceritakan kisah kita disana?

hai....entahlah

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY