Wednesday, February 27, 2008

cakap cakap kosong dan siapa Timbalan Penghulu

salam sejahtera
hampir setiap hari aku mendengar cakap cakap kosong yang berbau politik di sekitar dun tioman dan parlimen rompin, kelihatan resah dalam pemimpin UMNO mengenai calun yang dipilih dan keresahan penyokong PAS mengenai paradigma pengundi dikawasan ini. aku mendengar dengan penuh prihatin dan melihat sudut tingkahlaku serta emosi mereka, seolah penganalisis politik ler pulak. tiada sebarang komen yang keluar dari mulut aku dan aku lebih berperanan menggalakkan mereka bersuara memberikan pendapat.

fikiranku melayang jauh mengenang nasib anak anak dan cucu aku nanti selepas dari aku pergi menghadap Allah, bagaimana mereka nak survive dalam kehidupan mereka? pemimpin yang diharap menjadi petualang bangsa, mengendurnya sikap mahu maju dan berdikari, bangsaku masih mengamal sikap suka mengemis dan meminta minta hingga mereka menjadi babu suruhan orang yang manis janji janjinya. aduh...kesian mereka nanti.

aku berazam membina prasarana untuk 6 orang anak aku untuk mandiri dalam kehidupan mereka nanti, sebelum aku menutup mata meninggalkan mereka. aku berazam mengisi dada mereka dengan pengisian rohani dan jasmani agar mereka lebih berdikari , berprinsip dan bermoral tinggi....semoga tuhan mempekenankan hajatku ini

aku mendapat berita ani dan yati ada di IAB, ani dgn memperkasakan sekolah kebangsaan dan yati dgn sekolah klusternya...semoga mereka dapat pengalaman baru disana, aku baru selesai mengurus tuan rumah sofbol daerag disekolah dan esok menguruskan beberapa hal di JPN

kawan kawna lain? masih belum menggunakan jambatan perhubungan ini dan group yang aku bina untuk kebaikan semua...aku percaya satu hari nanti akan digunakan juga..

salam untuk semua, jumpa di fasa tujuh nanti untuk kali ini suka aku umumkan Timbalan Penghulu Fasa 7 ialah Abdullah bin Hashim. Aku pilih dia sebab dia dormate aku dan kawan baik aku, kuat kerja dan dapat bantu dan kemana kami pergi selalunya bersama, maka jawatan timbalan tu aku rasa sesuailah sangat....dan semua orang kenal dollah, pegawai JPN yang skema dan rajin. Harap semua setuju

sekian
admin

Monday, February 25, 2008

bahang pilihanraya

salam sejahtera
bahang pilihanraya semakin terasa, pelbagai bunyi dan cakap cakap politik kedengaran sana sini. aku macam biasa, suka mendengar sahaja dan melihat tingkalaku manusia sebab aruah tok guru pesan jangan campur urusan pilihanraya yang penuh dengan pemusuhan dan dendam itu.
di kawasan rompin, nampak tenang tetapi arus dibawahnya kuat juga.dun tioman menampilkan muka baru yang dikenali sebagai kapten jo lawan dengan lawyer dari pas sementara Parlimennya pula satu lawan satu antara JJ dengan engineer dari pas.

tiada perubahan dari sikap orang melayu yang masih tidak jelas dengan peranan pilihanraya ini, kuasa ditangan mereka dan momokan dari parti yang bertanding.

semoga ada perubahan yang akan berlaku dari sudut paradigma orang melayu insya allah...

semoga tiada kekacauan dan tenang serta profesional

yang menang akan menerima mandat, mandat adalah satu amanah yang berlandaskan kepercayaan, kepercayaan adalah nilai tertinggi dalam hidup manusia yang diberikan dan sesiapa sahaja yang memegang amanah ini akan dipersoalkan dalam hidup dan matinya kelak.
mencalunkan diri sendiri adalah salah dari sudut kepercayaan itu sendiri. Yakin dan percaya ini jjuga dikenali sebagai iman dalam bahasa arab, pengundi menyerahkan keyakinan dan kepercayaannya pada calun yang bertanding samalah ertinya pengundi menyerahkan keimanannya kepada calun dalam hubungan sesama manusia, habbulum minannas.. alangkah besarnya amanah itu, aku ...kalau diupah sejuta ringgit pun aku tak akan sanggup menawar diri menjadi calun wakil rakyat...sebab aku takut dipersoal di akhirat kelak, namun aku tak pernah mungkar dalam menjalankan tugasku kepada negara...aku terus mengundi dan mengundi.

aku dan isteriku mengundi siapa?

itu adalah rahsia kami

kepada kawan kawan...hati hati, jangan sampai langkah sumbang memakan diri

salam

Saturday, February 23, 2008

meniti ranjau hari

salam semua
hari berlalu selepas gfasa 6 amat lambat dan detik jam terasa amat slow sekali...sebab hati dan perasaan aku excited nak habiskan mengaji kat upsi ni, malas benor nak kesekolah...namun apakan daya aku meniti ranjau hari dengan penuh ketabahan dan kekuatan

sampai sekolah...terasa kekok nak sesuaikan diri balik dan dalam seminggu mengemas dan membaca...akhirnya dapatlah tune semula kerja...pastu...mulalah aktiviti sekolah yang kelihatannya amat memenatkan dan meletihkan...kem, khemah, sukan, mesyuarat, pencerapan, ppd panggil, jk daerah hubungan dengan komuniti, geng lepak, geng mancing , pengurusan keluarga, anak anak asrama, anak anak kat u..semuanya menagih perhatian dan kehadiranku

aku lalui hari demi hari namun fikiranku, jiwa dan perasaan ku tetap teringat upsi.

kemesraan kawan kawan dan ketawa ria semasa belajar dan berbincang, amat menyentuh hati aku...yang paling tak lupa masa kita sama sama bergembira

selamat datang ke fasa 7

rakan rakan sekelian, smeoga dalam kesejahteraan dan kegembiraan disamping tugasa dan keluarga sekelian

fasa 7 akan menjelma tidak lama lagi, saya terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada rakan rakan sekelian dan dengan bermulanya fasa 7 ini nanti maknanya kita tinggal satu fasa sahaja lagi untuk menamatkan pengajian kita di upsi ini.

ini juga bermakna kita juga ada satu fasa sahaja lagi untuk duduk bersama dan berbincang, bergurau dan berkongsi suka dan duka.

selepas itu kita masih boleh berjumpa namun peluang untuk duduk bersama semua dalam masa sebulan mungkin tidak akan kita jumpa lagi

untuk itu pertamanya saya mengucapkan kepada tuan2 dan puan2...terima kasih kerana memberikan saya kepercayaan untuk menjadi pemimpin kepada tuan2 dan puan2 semua, saya yang masih muda, kurang pengalaman dan tidak berwibawa telah tuan-tuan pilih dan sokong, saya berasa amat terharu dan saya sebenarnya hendak merayu agar difikirkan semula..pemilihan saya itu...namun sudah 10 fasa (termasuk di IAB) atau 6 fasa berlalu, pemimpin yang terdahulu menerima dgn hati terbuka, berkhidmat dgn suka rela dan yang lebih penting lagi pemimpin yang lalu telah memberikan contoh tauladan yang baik untuk saya pandu dan ikuti...dengan itu saya dengan ini menerima kepercayaan tuan2 dan puan2 untuk menjadi ketua kumpulan kita bagi fasa 7

bantulah saya, tegurlah saya dan gunakan e group dan blog yang telah saya bina untuk kegunaan kita bersama

salam
yusof mohamad

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY