Saturday, August 30, 2008

selamat berpuasa

salam hormat
selamat berpuasa
selamat hari raya
selamat memulakan kehidupan baru
selamat buat projek 3
jangan lupa
16 september tarikh akhir kita
salam

Friday, August 29, 2008

keputusan fasa 5 dan 6 yang menyayat hati

salam sejahtera semua
semoga semua sehat dan gembira...
pertama
aku minta maaf kerana lama tak entri atau post berita baru, maklum sajalah sibuk dan kat rumah tak ada line internet...selama ni aku menumpang dekat wireless ppd dan sekolah jer.
ada kawan kawan merungut, usop dah tak menulis dah ke? terima kasih kepada yang selalu melawat blog ini..
kedua
selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mubarak dan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini, iktikadkan dalam hati beribadah kerana Allah semata mata dan ingatkan seolahnya inilah bulan ramadhan yang terakhir yang kita diberikan kesempatan oleh Allah...maka kita akan lebih perihatin kepada amal ibadah kita..selamat berpuasa
ketiga
keputusan peperiksaan untuk fasa 5 dan 6 akhirnya dikeluarkan oleh UPSI pada 14 ogos dan sampai kat tangan aku pada hari semalam 28 ogos, semalam...aku mendapat keputusan yang sepadanlah dengan usaha aku, yang paling aku risau ialah subjek BM bacaaan dan penulisan yang akan merundum kan pngk aku mendasar kebawah. Subjek yang aku minat pulak, yang menjadikan aku seorang pembaca nota [ aku susah untuk membaca buku ] menyanggah sangkaan aku. Contoh aku minat subjek negotition skill...aku pun bacalah sikit sikit...kau orang tau aku dapat berapa? A? A-? jangan harap...aku seperti biasa pengumpul B+ yang terbanyak..
Aku katakan keputusan ini adalah keputusan yang menyayat hati kerana, aku bertanya tentang result ini pada Pejabat FPE sebanyak 7 kali, sampai aku declair ...aku give up. Naik malu muka aku bertanya result itu kepada penyelaras, KJ dan Pen Pendaftar. Ada satu ketika aku kena "trick" sahabat kita kata, result dah keluar, tok penghulu jer boleh ambik...pagi pagi aku pergi ke Pejabat FPE untuk bertanya...rupanya tak ada, cuma cerita bohong saja...disebabkan dia orang nak sangat result tu, aku kena tipu...macam macam alasan dan jawapan setiap kali aku tanya.. sistem komputerlah, perlu semakan semulalah, ada pensyarah yang belum key in markahlah, utamakan pelajar freshlah, cikgu jangan risaulah...result cikgu ok...lah. Siksanya aku memanjat pejabat FPE untuk menyenangkan hati kawankawan masih terasa lagi...kadang kadang dalam kereta, ketika memandu, terfikir dalam fikiran aku...aku ni, keputusan tak seberapa tapi sibuk bukan main..so, sebab itulah aku katakan result kali ini amat menyayat hati.
Maaflah kawan kawan , kelewatan result ini adalah diluar keupayaan aku..anyway, tahniah kepada kawan kawan yang banyak mengumpul A dan simpanlah A tu dalam kumpulan ingatan ingatan indah dan mana mana kawan kawan yang banyak mengumpul B macam aku ni, pun aku ucapkan tahniah...itu adalah keputusan yang sepadan dengan usaha kita yang agak kurang.

semoga kita jumpa lagi dan menanti pula result fasa 7 dan 8 dalam bulan 11 atau 12 nanti. Biasalah result anak tiri, tak kan keluar cepat macam anak kandung suluh budiman.

salam
penghulu pencen

Tuesday, August 26, 2008

sendiri








Sendiri..
Sekali lagi kulewati jalan ini..
Entah sudah yang keberapa kali..
Menendang batu kerikil yang tak berdaya..

di tengah terik matahari
dan di dalam pelukan hujan,
kupejamkan mata dan berpikir...
Sampai bila aku akan berjalan sendiri di sini..

Hari ini hujan,
dan aku merindukannya saat ini..

salam

Friday, August 22, 2008

try lah

harap semua ada akaun gmail.....

salam

cara buat post ke blog

setelah anda terima jemputan dari blogger, anda lakukan ikut step ini
1- Mula-mula kena ada right (mr. moderator invite kita melalui emel dan kita dah jawab setuju terima)
2- Masukkan ke blog, pada penjuru atas sebelah kiri ada Create Blog dan Sign in. Klik Sign in
3- Masukkan username dan password
4- Bila berjaya masuk, penjuru atas sebelah kiri akan bertukar menjadi New Post dan Sign Out. Klik pada New Post
5- Masukkan tajuk pada Title. Jika nak masukkan gambar, klik pada ikon Add Image, nak masukkan video klik pada ikon Add Video. Lepas tu ikut arahannya.
6- Masukkan isi cerita
7- Klik Publish Post

SELAMAT MENCUBA

terima kasih nuan dan cenderawasih

salam,
nuan dan cenderawasih...anda telah dijemupt menjadi penulis dalam blog ini. maka anda boleh post berita dalam blog untuk tatapan kita semua
caranya ?
nanti aku beritau...tapi kalau boleh try n error lagi baik...jangan lupa projek 3 duk tunggu kita.
bagaimana yang lain? sila berikan alamat gmail anda

salam

Wednesday, August 20, 2008

semua orang boleh tulis dalam blog ini

semua ahli boleh tulis dalam blog ini...tak payah buat blog lain, dgn satu syarat... sila buka akaun gmail dan berikan alamat gmail itu pada aku melalui ruangan comment...
nanti aku akan berikan permission....

harap semua 53 akhli kumpulan A, respon dan kemudian kita boleh saling meng "entri " new post kepada blog ini...

dgn itu sahlah blog ini kepunyaan kita bersama....

salam

Monday, August 18, 2008

Dimana silapnya? Kita? Atasan? Pelanggan?

salam semua
semoga gembira, aku ingin lontarkan kepada kawan kawan, kenapa kita perlu adakan kelas tambahan, kerja sampai sabtu dan sejak akhir akhir ini cuti sekolah pun kena kerja.

Pada aku, p&P dalam kelas yang berkesan dah cukup dgn sedikit peneguhan (kerjarumah) berilah dia orang (budak2) enjoy masa kecil mereka.

falsafah pendidikan negara nak kita dapat seimbangkan JERI tapi, nampaknya penekanan pada Interlek yang menjangkau 70%, Jasmani adalah sikit sikit, bagi budak sekolah tu letih...Emosi? Pelajar semakin tertekan dan emosi mereka tidak disuburkan, rohani? lagi out.. maka GB yang mencapai 100% upsr jangan terlalu mendabik dada mengatakan telah menyempurnakan FPN. Renungkan. Adakah anda telah melahirkan insan yang seimbang?

Tak Boleh buat apa, sebab begitulah kehendak pelanggan kita. Jadi bukan saja nak sedarkan Guru, namun GB nak kena sedarkan PPD, JPN dan KPM? wow...teruklah macam tu...
Inilah masalahnya.
Dimana Silapnya...

Pak Lah (PM) kata kerja 5 hari cukuplah
GB sekolah rendah kata TAK CUKUP
Cikgu? Muka masam
Murid? Diam dan dendam

Apakah akhirnya outcomes yang dihasilkan selepas 17 tahun?
Mana yang excellent...cekal....tabah.....JADI ORANG
Mana yang tertinggal...lemah....putus asa JADI?
MAT REMPIT
BOHSIA
BOHJAN
PERAGUT
PENAGIH Dll

Adakah kita terlepas dari dakwaan mereka nanti di Akhirat? Sama sama kita fikirkan.

Salam

Saturday, August 16, 2008

penceramah sambilan

salam
semoga semua sahabat menjalani cuti dengan kehebatan masing masing. ada yang membuat program upsr...pecutan saat terakhir...ada yang merancang bulan ramadhan yang akan muncul.. aku? semua anak berkumpul dan balik kerumah, penuh rumah...full set. riuh rendah, yang kecik sekali bukan main seronok dapat tengok kakak yang belajar jauh, maka bermanjalah dia, lepas seorang seorang...banyak ler pulak permintaannya.

tadi aku ke SK Keratong 3, jadi penceramah jemputan untuk mengisi kekosongan latihan dalam perkhidmatan yang diadakan, mereka mahu mendengar sedikit sebanyak gambaran dan konsep perancangan strategik. Ini adalah sekolah aku yang ke tiga aku berceramah...terima kasih kepada GB dan Staf yang menjemput dan memberikan aku ruang, terima kasih kepada semua pensyarah IAb dan UPSI yang membimbing aku serta kawan kawan seperjuangan yang memantapkan ingatan aku...tentang matapelajaran semasa di IAB dan UPSI.

Aku tidak harap apa apa upah dan ganjaran, tetapi sebagai membalas jasa baik kerajaan membiayai aku mengaji...i just want to pay back...lagi pun dengan itu aku baca balik buku lama dan nota en khalip dan pro madya hariri khamis..bustamam dan dr khairudin...sifu perancangan strategik aku...

kemudian aku menghadiri kenduri sempena perkhawinan cikgu aku di sepayang, rompin dan meraikan hari bahgia mereka...teringat pulak kepada sukimin yang juga mengadakan kenduri di masai, johor baharu...

petang, aku set up keluarga aku untuk sembahyang berjemaah dan saling bermaafan sempena malam nisfu shaaban....malam ni, kami habiskan membaca yasin 3 kali secara berjemaah...alhamdulillah...kali ini dapat aku dan keluarga aku meraikan nisfu secara berjemaah.
mudahan mudahan semua kawan kawan juga menjalani hari indah pada hari ini.

sempena nisfu shaaban, aku dan keluarga memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami dair hujung rambut sampai hujung kaki, zahir dan bathin ...dan semoga diberikan kan pahala apa yang kalian telah berikan dan diberikan berkat pada apa yang masih ada pada kalian,

ya Alllah ampun kami dengan cahaya agamaMu
sucikan kan jiwa kami dengan cahaya kemaafan Mu
permudahkan perkerjaan kami dengan cahaya taufik Mu
perkenankan doa kami dengan cahaya RahmatMU

15 hari lagi kita makan, lepas itu selamat datang Ramadhan Al Mubarak....

SELAMAT BERPUASA

salam

Friday, August 15, 2008

tahniah kepada adik group 29

assalammmuaalikum
tahniah kepada adik adik group 29 ( maaf guna nama masa IAB, walau ramai dah 32 dan sekarang dah 41) diatas kejayaan semasa di IAb dan UPSi dan telahpun konvo semalam. Ada yang dapat anugerah diraja lagi....wow, steady lim , ipoh mari, tara malu punya... perak no 1...

kejayaan kita banyak menyirat pelbagai makna yang dalam serta menagih pengorbanan yang tinggi, pergunakanlah ilmu yang ada di dada, bantulah yang memerlukan, jangan jadi angkuh dan merendahkan orang lain dgn ilmu yang ada...buruk padahnya dan akhir sekali...teruskan menuntut ilmu hingga kepringkat tertinggi....phd...nak dengar Dr Leman Songkok, Dr Mat Over, Dr Lim, Dr Datin Dll...

kami baru nak tunggu result fasa 5 dan fasa 6...nak konvo...jauh sekali...tapi abng dan kakak semua terdiri dari golongan yang sabar....wak sabar

salam untuk semua

Tuesday, August 12, 2008

sejauh manalah helang terbang

salam semua

amat mengharukan hari ini, kerana suami kepada kawan aku yang bernama Abu Bakar, suami kepada Rosnah Manan meninggal dunia ketika perhimpunan pagi disekolah. Kedua duanya cikgu di Labis, Segamat. Aku dan Aruah Bakar adalah kawna masa form six dan rosnah pulak sama sekelas dari ting 1 sampai tingkatan 6 rendah . Kami dah macam adik beradik...harap rosnah tabahkan hati dan menempuh segala dugaan hidup dgn sabar dan semoga aruah abu bakar pula di tempatkan bersama orang yg beriman.
aku juga dapat bersembang dgn member, saadiah dan latifah kawan lama yang telah terputus hubungan 30 tahun yang lalu...sejak 1978. Kami macam tak percaya kami masih dapat bersembang setelah sekian lama, Member berkerja di PKNS , Saadiah di Percetakan Nasional dan Latifah di Pusat Kesihatan....aku amat terharu hari ini

disekolah aku melayan nostalgia masa silam dan mengurus jamuan peringkat negeri serta program release tension tahun 6.

kawan kawan
ada berita dari cik asmara, markah carry forward untuk KRT 3013 akan diberikan kepada aku tak lama lagi...aku akan paparkan dalam blog ini..sapa sapa baca blog..dapat lah tengok..maka akan terpaparlah smeua markah...ada yang kata ...seganlah sop...jangan risau, lagipun kita dah habis fasa..keduanya ada cara lain yang boleh aku lakukan..nak aku telefon sorang sorang? sila berikan aku cadangan...

salam selasa

Monday, August 11, 2008

Maznun Group B PPGB Kirim salam

Tadi juga mendapat sms dari maznun...dia kirim salam kepada semua ahli kumpulan A, masa tu dia mesyuarat dan entah macamanana dia teringat pulak kat aku...

nanti aku post gambar maznun...

salam

satu dalam seribu: Tahniah Hj Azmi

Salam sejahtera
semoga semua sehat.
Tadi aku dapat berita dari Hj Azmi, dia telah terpilih ke DG 38. Tahniah kepada Hj Azmi, penghulu kita fasa 6. Sangat sukar untuk mendaki ketahap itu, dan bila dia ke 41 nanti dia akan ke P3 dan lepas itu ke 44 dia akan ke P2. So, aku rasa dia adalah yang paling cemerlang dikalangan kita. sebab itulah aku katakan dia satu dalam seribu. Sejauh ayng aku kenal Hj Azmi ( aku dah tidur rumah dia) memang dia sangat komited pada kerjanya, ikhlas menolong orang dan amat berdisiplin. Aku bangga dapat berkawan dan berkongsi pengalaman dengan Hj Azmi. Dia juga amat prihatin dan berpandangan jauh. So harap kawan kawan berikan ucapan tahniah kepada azmi dan keluarganya dan semoga kita terus saling berhubung antara datu sama lain.

bagi kawankawn yang masih 32 ...sabar...insya Allah ada juga bahgian kita nanti, kawan kawan yang 34 teruslah gigih berusaha.. selagi kita saling berjumpa dan bersambung perkenalan kita, tak ada masalah...kita boleh berkongsi kejayaan dan kebanggaan...

Untuk Hj Azmi dan Hasnah serta anak anak...tahniah kami ucapkan dan selamat maju jaya

salam

cara beri respon

salam,

semoga kawan kawan terus membaca blog ini dan memberikan respon...pensyarah upsi yang membaca pun silalah kunjungi blog ini dan berikan panduan kepada kami...sekali jadi anak murid..tetap anak murid...

bila membuka blog, berita (entri) yang dimasukkan dibawahnya ada comment.. dwi klik di perkataan comment itu dan akan terbuka paparan leave your comment... tulislah disitu dan akhirnya ada tiga pilihan...kalau anda seorang blogger anada pilih yang pertama...kalau nak masukkan nama...maka klik name...kalau nak cepat klik yang ke tiga.. selepas itu...publish your comment...tunggu sat...jika masuk, ruangan leave ur comment itu akan kosong dan comment kita akan masuk kedalam ruangan...bawah sekali dalam senarai comment...


try n error

kawan kawan,
walaupun kita dah tamat fasa 8 dan kembali menyesuaikan diri dalam alam kerja yang kita kejab ada kejab tinggal selama 3 tahun ini, ada beberapa perkara yang masih tidak terpisah dari diri kita... kenangan bersama, salaing tolong menolong dalam satu kumpulan, saling sokong menyokong dalam sau program...saling tegur menegur dan bergelak ketawa dalam satu isu..malah kadnag kadang jelas kita tidak sefahaman namun kita biasanya sudahi dengan penuh kemaafan...indah suasana belajar ini sebenarnya sukar dilupakan begitu sahaja...

saya akan upgradekan blog ini dari masa kesemasa dan mungkin akan berpindah ke web site dan akhirnya mempunyai domain sendiri...masanya? entahlah tunggu dan lihat...53 adik beradik 106 keluarga besar dan 200 semua peserta npqh kohort 9 semua penyarah upsi dan iab adalah termasuk dalam area kita...

semoga maju jaya

salam

Saturday, August 9, 2008

bersemilir syahdu


salam semua

ada orang kata aku ni pandai bersajak, bermain kata kata, ayat baik punya...tetapi aku sendiri tercari cari kebenaran kata kata kawan kawan aku tu...entah. kadang kadang semuanya terpancul sendiri saja, tak ada perancangan yang aku hendak berkata begitu....cuma aku ni kalau nak tau...agak celaru dan keliru dari sudut persenoliti.... terimakah cetusan mindaku bertajuk berhembus bersemilir syahdu...(masa boring lah ni)

Berhembus bersemilir syahdu
Mengalir tenang mengisi kalbu
Terpandang luasnya dunia
Kan ukir yang bisa dikira.
Berselirih dalam ikatan do'a
Do'a akan bahagianya asa
Sejuk meresap didasar hatinya
Sebagai bunga pendamai jiwa.
Ku berdo'a dalam ketenangan jiwa
Berdo'a dalam hamparan cinta
Cinta bersatu dalam hangatnya do'a
Bahagia terungkap dalam satu jiwa.


Friday, August 8, 2008

akhirnya

assalammmualaikum dan salam sejahtera

akhirnya, tamatlah juga ( tak termask Projek 3 ) pengajian kita di IAB UPSI... rehat sehari dan jumaat mulalah kita masukkerja semula....dalam waktu kerja kita biasa akan terlibat dalam empat perkara sahaja...pilihlah...satu: membuat perancangan...kedua: melaksanakan apa yang kita rancang..:ketika: menyelesaikan masalah kita atau masalah kawan kita: lastly: do a dumm thing..
kalau sembang lama sangat...sembang kisa lama...ketawa sana ketawa sini atas citer yang tak berkenaan...buat blog, berchatting tanpa mengira masa...maka kita dah kira do a dumm thing lah tu...

akhirnya...kita tak perlu lagi berulang alik mengikuti pengajian di IAB atau UPSi namun bukan lah bermakna kita lupa...komitmen semasa dekad dewasa ini amat memerlukan kehadiran kita...keluarga perlukan kita, sekolah perlukan kita, kita sering menjadi problem solver dan banyak perlu kita selesaikan.. Dr Khuan kata...selamat kembali wahai perjuang...

akhirnya yang tinggal hanya sekeping memori yang panjang...perkenalan, persahabatan dan perpisahan...cuba lah saling menghubungi antara satu sama lain...agar terus bersahabat dan gembira dengan persahabatan kita

akhirnya ...berpisahlah kita dengan pensyarah tersayang dan baik hati...semoga mereka bahgia dan gembira


cinta
dimulai dengan senyum
disuburkan dalam mimpi
diakhiri dengan air mata

persahabatan
dimulai dengan senyum
disuburkan dengan understanding
diakhiri dengan kematian

salam

Monday, August 4, 2008

berita yang amat baik

salam sejahtera
Dekan kita Dr Norlia yang kita rindu..telah menyatakan akan hadir ke Jamuan Kita...semoga kehadiran Dr menjadi kenangan yang amat indah dan memeriahkan lagi jamuan akhirkita

salam

Saturday, August 2, 2008

salah kah aku


Salahkah aku
hadir di pantai impianmu
bersama rindu membeku
berbekal segenggam harapan
yang telah hancur berderai
bersama kenangan lalu...

terkejut


senja
31 julai

aku amat terkejut apabila menerima telefon dari dr khuan.
biasanya dr khuan hanya akan telefon jika ada hal atau urusan kerja sahaja. dia sangat jaga etika ini. tetapi kali ini isi kandungan telefonnya amat berbeza.
dia bertanya khabar, sehat ke sakit? nasihat supaya jangan stress, suruh relaks dan jaga kesihatan dan amat prihatin...

kesimpulannya, dr khuan..u memang special for me...betul betul sifu...actually dr, saya bukan mengejar gred A atau B..tetapi saya mencari ilmu yang bermakna untuk saya gunakan dan pensyarah yang terbaik bagi saya ialah pensyarah yang dapat menyentuh hati dan menukar erti kehidupan saya... dr khuan...u adalah salah seorang pensyarah yang sangat saya hormati dan sayangi.

jangan jeolous
salam

menghitung hari

salam sejahtera
masa yang berlalu mendekatkan kita kepada satu titik yang bernama "penjarakkan" titik yang akan menjarakkan fizikal kita, bayang kita dan suara gelak ketawa kita. Penglihatan kita juga menjarak. Titik itu ialah pada 6 ogos 2008.
Selepas itu kita tidak lagi nampak kelibat kawan kawan kita yang telah bersatu selama 8 fasa di UPSI. Selepas itu kita tidak lagi mendengar gelak ketawa menderai memecah kesunyian...bila sesi perbahasan parlimen dalam kelas kita, selepas itu kita tidak lagi nampak bayang kawan kita semasa kita duduk bersembang sebelum menaiki kereta di parking park ditengahari semasa di upsi. selepas itu segalanya menjarak...menjauh ....dan hiduplah semua itu dalam dunia yang dipanggil nostalgia.

pertemuan kita bukan berkahir, malah kita akan jadikan satu titik permulaan kepada sebuah ikatan kawan yang lebih hebat. kunjungilah blog ini dan berikan komen untuk saya sebarkan perkembangan terbaharu diri kita... lagi baik...kalau semua orang ada blog masing masing...maka saya boleh jadikan blog ini front page kepada 53 blog kita...maka sesiapa yang ingin mengetahui, melihat gambar, berkongsi maklumat...maka kita ada rangkaian yang cepat dan mesra..

titik menjarak yang akan kita tenpuhi juga menjarakkan kita kepada semua pensyarah yang kita sayangi dan upsi yang kita banggakan ini. kami anak anak suluh budiman memohon agar pensyarah juga memberikan komen dan merantaikan ikatan kukuh dengan kami walaupun kami telah dicampakkan kembali kelaut semula selepas ini. jasa baik para pensyarah tetap kami kenang hingga akhir hayat dan semoga selepas ini , hubungan kita terus erat dan menggembirakan...jika kebetulan melintas ke desa kami yang jauh di perdalaman ini...call dan kami sedia menyambut tuan..percayalah...jangan ras amalu dan segan..sebab semua kami telah sepakat dan memutuskan bahawa...tuan adalah guru kami sampai bila bila

sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu............................jarak.......................menjarak. rindu selalu
kembara kelana

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY