Tuesday, May 26, 2009

RINDU



Terasa kini saya rindu kat kawan-kawan seperjuangan, tak tahulah pulak dengan kawan-kawan...adakah perasaan yang sama dirasai. Harap kita sama-sama rindu-rinduan. Apabila dapat bertemu Sdr. Yusof, Vairam, Maarof take 5, Chan dan Sdri Rohani baru-baru ini terubat sedikit rasa rindu, cumanya tak dapat bersembang lama dek keadaan tidak mengizinkan. Sekarang ini masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing yang kian mencabar dan ada yang hendak membalas balik apa yang tak sempat mereka lakukan ketika belajar tempoh hari. Maka, berbekal harapan agar kita dapat berjumpa di mana saja, asalkan dapat melepaskan rasa rindu pada kalian semua.
*Gambar ketika berada di Pulau Pangkor

Sunday, May 24, 2009

Berkunjung Ke Rumah Maaruf



Pada 12 mei yang lalu saya sempat minum bersama Sdr. Maaruf di Jeti Lumut sebelum pergi ke Pulau Pangkor untuk mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisma PPPLD BPG. Ketika berada di pulau, saya dapat berjumpa sekejap dengan Chan kerana pada ketika itu saya terikat dengan jadual kursus. Selepas tamat kursus Sdr. Maaruf membawa kami bertiga berkunjung ke rumahnya walaupun pada masa itu hampir masuk waktu sembahyang jumaat. Tetapi atas nama persahabatan beliau sanggup meluangkan masa untuk meraikan kami di rumah beliau.

Pada 22-25 April yang lalu saya berkursus di Cameron Highlands. Di sana saya berkesempatan berjumpa dengan Mr.Vairam. Beliau telah membawa saya menikmati suasana malam di Kawasan Tanah Rata dan belanja saya makan tidak jauh dari tempat penginapan saya di Hotel Star Regency.

Pada 30 April Sdr. Yusof datang bertemu saya di Rompin Beach Resort. Pada ketika itu saya diminta memberi kursus kemahiran Photoshop kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Bahasa Melayu. Beliau membawa anaknya yang comel untuk berenang di kolam RBR. Kemudian Yusof membawa saya ke rumah Rohani. Sempatlah berbual sambil minum bersama suami Rohani, tapi tak lama di rumahnya kerana ketika itu waktu maghrib. Walaupun sekejap tetapi memberi seribu erti dalam persahabatan ini. Saya mengharapkan dapat berkunjung lebih banyak rumah kawan-kawan seangkatan di samping rakan-rakan yang datang ke Terengganu juga jangan lupa menghubungi kami (Tengku, Hassan, Raseli dan Alias mantan). Jumpa lagi.....

Friday, May 15, 2009

16 mei 2009

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA AHLI PPGB KUMPULAN 5A
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM
PERAK

...semoga menjadi guru yang 'memperdulikan' anak didiknya......

Tuesday, May 12, 2009

sana sini


Selepas konvo, di celah hujan yang turun lebat, anak anak kelaparan dan kami bertempiaran mencari arah mana nak pergi...aku sempat bergambar dengan hassan open school, isterinya dan anak anaknya....

aku juga terserempak dengan keluarga angelie...kami bergambar dan saling mengucapkan tahniah...aku dah sampai rumah angelie..tau


mat dan isterinya, bergambar sebagai kenangan di UPSI...Mat memeluk isterinya yang tersayang...tahniah mat..hang dah berjaya

Monday, May 11, 2009

corat coret

"Boss, .. sayer nak mintak emergency leave boss,
betul
Boss,saya serious nih,saya tak tipu,terpaksa ambik emergency leave nih...
Gambarnya pun

saya hantar sekali nih boss.tolonglah boss,betul boss,saya tak tipu

sungguh..... .. Tengoklah gambar nih bosss..."




itupun boss masih tak caya lagi....


Thursday, May 7, 2009

3 mak dara sabah

3 mak dara sabah...round pahang....sampai tempat gajah.
mereka semua dari ranau...
iniadalah satu episod menarik semasa mereka mencari ilmu di menara gading...
sampai jumpa empunya gading...
sang gajah.....simbul negeri pahang.
semoga semuanya sehat dan gembira...jumpa nanti

Monday, May 4, 2009

Dr Lim CH


aku teringat pada Dr Lim hari ini...dia mengajar kita Pengurusan Matematik Sekolah Rendah. Pendekatan yang digunakan amat luar biasa...[ pada beliau mungkin biasa saja] Sungguhpun dia pensyarah jemputan dari Jabatan Matematik...namun aku secara peribadi amat mengkagumi beliau.

Aku kagum dengan bahasa yang digunakan, intonasi suara, pengisian dari kata katanya dan penyampaian yang beliau berikan. Aku menjadi amat berminat untuk mendengar syarahannya dari masa ke semasa...dr Lim tak terikat dengan kaedah penyampaian tradisonal..buka komputer..pasang power point, edar nota dan sebagainya..dia ajar dengan kaedah yang sangat simple..iaitu kaedah inkuiri.. dia akan soal dan kita kena pikir untuk jawab. Soalan dr lim mudah tetapi nak jawap..ya Allah...bapak payahnya. Contoh...sifar...apa makna sifar...? kenapa murid kena belajar matematik?...membuat lesson note...cikgu kena buat keputusan...keputusan yang cikgu buat itu base pada apa? bukan senang senang saja tulis...
Penyampaian secara kumpulan terpanjang sekali...kena bentang sampai 3 jam...mak datuk..semput nak membuatnya...aku suka aku seronok dan aku buat..aku dapat A- dalam subjek ini...

Banyak peristiwa terakam semasa bersama Dr Lim dan kumpulan kami berikan dia jaket untuk beliau pakai dan buat kenang-kenangan...tak mahal RM 70 saja tetapi yang mahal ilmu dari Dr Lim akan kami bawa dan laksanakan di sekolah...

Semoga Dr Lim dalam kebahgiaan dan gembira selalu, ingatlah kami semasa memakai jaket tu..dan aku akan terus respect Guru sepeti Dr Lim hingga akhir hayatku...

Sunday, May 3, 2009

sila baca

DARI FARIS

Kesemua dokumen melibatkan seramai 43 orang dari kumpulan B dan 26 orang dari kumpulan A yang berjumlah keseluruhannya seramai 69 orang. Salinan dokumen itu dihantar terus ke tangan Puan Rosaliza sendiri dan beliau mengesahkan bahawa salinan dokumen tersebut penting bagi tujuan pelantikan setelah lulus temuduga nanti.
Kepada rakan2 yang lain (10 orang kumpulan B dan 27 orang kumpulan A) yang belum menghantarnya kepada saya diharap menghantar terus salinan dokumen tersebut ke Puan Rosaliza di BPSM, KPM. Kesannya jika tidak hantar mungkin rakan2 tidak dilantik setelah lulus temuduga tersebut disebabkan ketiadaan dokumen.
Sekian, terima kasih.

Friday, May 1, 2009

selamat hari pekerja

SELAMAT HARI PEKERJA
PADA SEMUA PEKERJA
DI SELURUH MALAYSIA AMNYA
KEPADA SEMUA KAWAN KAWAN
PPGB 5 A& 5B / IAB-UPSI KHASNYA


Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY