Monday, November 30, 2009

Peluang bertemu


Aku memenuhi jemputan sahabat kita, Wazer ke majlis kenduri sempena perkahwinan anaknya. Kebetulan dapat bertemu beberapa rakan kita seperti Shahdan dan Maarof. Peluang bertemu begini jika semuanya ada rasa seronok juga. Makan kenduri perkara kedua, yang utamanya bertemu dan saling bertanya khabar. Alhamdulilah, Wazer sihat dan kelihatan gembira menyambut menantu pertamanya.

Sunday, November 29, 2009

kenangan lama kita


tiada garis permisah pada silaturahim, jauh dan dekat bukan ukaran kepada keikhlasan dalan bersahabat


samada dari ekdah, sabah atau johor


kumpulan a atau b, kedah atau negeri sembilan


lelaki atau perempuan, belum berpunya atau berpunya kuasa dua


dimana saja...asalkan sudi dan diterima...

Thursday, November 26, 2009

dari email kawan...minumlah coke.

ISU NIH DAH LAMA MUNGKIN ADE YANG DAH BACA TAPI UNTUK RENUNGAN KEMBALI..(emel ni pjg ckt sbb aku mls nk edit dr source)


Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi, klik read more.

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

p/s : lepas nie aku x nak dah minum coke.

patut ler kalau lepas minum coke nih lepas minum terasa mcm lepas memberus gigi.. rasa clear sungguh... mcm baru lepas guna lestrine...

dari kawanku Razak

Wednesday, November 25, 2009

SEHARA MAZABA HAMAMI

Selamat Menyambut

Hari Raya Aidil Adha
kepada

semua rakan rakan PPGB IAB -UPSI
dan keluarga


serta semua pembaca blog PPGB A

walau dimana anda berada

admin.

Walimatul Urus

Sahabat kita, Wazer, isteri dan keluarga, dengan ikhlas dan besar hati menjemput kita semua, rakan2 PPGB A dan B ke Majlis Kenduri Perkhawinan anaknda beliau di Kg. Ulu Piol, Manong, Kuala Kangsar Perak, pada hari Sabtu, 28 November 2009 ( raya Haji kedua ). Kepada sahabat kita ini, kita ucapkan selamat menyambut menantu dan sentiasa dirahmati Allah seluruh keluarga.

Tuesday, November 24, 2009

Tips IT 1: Monitor


Jenis Monitor

Tedapat empat jenis monitor iaitu Monitor MonoChrome, Monitor Warna, Monitor Multisync dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap satu mempunyai sejarah tersendiri. Di sini hanya dibicarakan monitor biasa yang kita gunakan iaitu Monitor Warna.

Kualiti sesuatu monitor bergantung kepada beberapa sebab. Diantaranya ialah bilangan titik (pixel) yang dipaparkan oleh skrin monitor komputer tersebut. Lebih banyak bilangan titik (pixel), lebih tajam dan lebih berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan.

Terdapat empat jenis monitor warna di pasaran. Monitor CGA (Color Graphics Adapter) memaparkan dua jenis resolusi iaitu resolusi sederhana yang mempunyai 320x200 pixel dan resolusi tinggi yang mempunyai 640x360 pixel berbanding jenis EGA (Enhance Grapik Adapter) pula mempunyai 320x200 pixel sahaja.

Buat masa ini dalam spesifikasi penjualan komputer, monitor yang biasa dibekalkan adalah jenis VGA (Visual/Video Graphich Adapter) atau SVGA (Super Visual/ Video Ghrapich Adapter). VGA mempunyai resolusi 800x600 pixel. Manakala SVGA pula akan memaparkan resolusi setinggi 1024x768 pixel lebih baik dari VGA. Kualiti skrin monitor SVGA lebih baik dan menarik, seperti kita melihat television dalam jarak yang sesuai.

Terdapat 256 warna dibekalkan dalam skrin monitor SVGA. Pilihan warna yang banyak menyebabkan grafik yang dipaparkan pada skrin yang realistik dan menarik. Tentu anda pernah melihat video melalui komputer anda. Kualiti gambar video anda bergantung kepada beberapa pixel yang terdapat pada monitor anda. Lebih banyak pixel dibekalkan lebih baik dan menarik gambar video yang anda lihat.

Bagi mereka yang mempunyai komputer jenis laptop, palmtop atau note book, skrin yang dibekalkan selalunya jenis monitor ELD (Electro Luminscent Display). Skrin jenis ini adalah seperti skrin pada mesin kira yang mempunyai resolusi 800x600 pixel.

Paparan skrin terbaik setakat ini adalah monitor Multisync. Ia mempunyai resolusi setinggi 1280x1024pixel. Skrin monitor jenis ini dapat mengawal warna dan menghasilkan paparan yang tajam walaupun pada resolusi rendah. Dalam dunia multimedia, monitor jenis ini adalah pilihan yang terbaik.

Nanti aku masukkan tips lain pulak....saja kongsi kongsi...sambil baca blog dapat input, manalah tau nak beli monitor nanti..teringat kat blog kita..[ patut orang dapat A dalam IT citer ni...kan ]

Usop dan PPGBa


Saya terpanggil untuk menulis di sini bagaimana perasaan seorang teman (Usop), yang pada saya terlalu banyak kelebihan dan kekuatannya terhadap, menghidupkan kumpulan kita PPGB group A. Soal peribadi dan kekurangan diri, itu hak peribadi yang tidak perlu kita persoalkan. Apa yang ingin saya katakan di sini, apa saja yang dilakukan teman kita ini untuk kita, rasanya tak ternilai dan tak terbanding dengan orang lain, juga diri saya sendiri. Jujur dan ikhlas saya katakan, secara peribadi, Usop banyak membantu saya sepanjang bersama PPGBA dan dalam hal-hal peribadi terutama berkaitan soal krisis diri. Tahap pemikiran dan lontaran idea saudara kita ini, dalam kelas tersendiri. Dan saya sangat menghormatinya dalam soal-soal itu, wpun kadang-kadang saya sering menongkah arus dengan beliau dalam soal-soal peribadi dan gaya perjuangan, namun pada saya beliau seorang yang sangat hebat dan mempunyai kualiti diri yang tinggi.

Rakan-rakan PPGBA yang membaca warkah ini. Apa yang ingin saya sampaikan ini, sebenarnya saya sering utarakan ketika kita bersama-sama di bilik-bilik kuliah. Pemikiran saya mungkin sentiasa terkeluar daripada kotak pemikiran saudara-saudari. Dan kita sering berkonfrantasi dalam soal idea dan hujah. Saya pernah mengatakan soal persahabatan dan nilai yang kita pegang. Berapa ramaikah kita yang masih berhubungan, sebagai seorang sahabat yang sama-sama berjuang untuk berjaya sebagai seorang graduat? Berapa ramaikah kita yang mengambil kesempatan mengunjungi ruang yang hebat ini (blog PPGBA) untuk meneruskan perhubungan? Itu mungkin hak masing-masing, saya akur dan hormati itu. Namun apa yang ingin saya katakan di sini, Usop antara orang yang banyak membantu kita, bukan saja melalui blog ini, tetapi juga sepanjang kita bersama,

Saya juga tidak berhak untuk menyekatnya atau memaksa saudara-saudari mengunjungi dan memberikan interaksi kepada apa saja yang ada di sini. Justeru, sebelum Usop meneruskan hasratnya, inilah yang dapat saya katakan.

Sekian, salam persahabatan yang kekal abadi. Che Hassan Che Yahya.

Monday, November 23, 2009

Setulus Ingatan 4 : Goen anak Lohin

Goen...Going
Mengenali Goen, merupakan satu rahmat jugak sebab bukan ramai orang serawak yang dipilih masuk dalam PPGB ni, bersemangat dan sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru. Susah jugak aku nak memahami cara orang serawak bercakap mulanya tetapi lama kelamaan ok..jer... Goen berkebolehan menyanyi dan suaranya boleh mencapai note tinggi..tentu semua masih ingat ketika goen menyanyi semasa count down sempenan hari kemerdekaan di IAB. dulu. Yang ni betul betul real orang serawak..Gaya cakap, cara berinteraksi dan pendekatan dia betul betul serawakian ori punya...jangan tak percaya.. antara peserta yang ada cucu...

Mula mula dulu nak bukak komputer pun tak pandai...sekarang jangan tak caya, email ni permainan biasa jer bagi going...Goen berjaya mengurus perubahaan diri dalam dunia IT semasa belajar bersama kita dulu.

Kalau keserawak jangan lupa contact going.....dan untuk Goen selamat maju jaya menjadi penurus perubahaan dalam dunia pendidikan di serawak. Jumpa lagi bah.

Saturday, November 21, 2009

Aku akan kembali ke UPSI

Gatal tangan mengisi borang yang diberikan Usop pada september lalu, 12 Dec ni aku akan lapor diri kembali ke UPSI untuk prgram master. Boleh ke aku ni? Teringat kisah dulu2 mula2 masuk upsi, aku, hj lias dan mantan lias, sedang makan2 di sebuah restoran di taman U. Seorang fresh studen tanya, cikgu buat master ye?. Selamba je kami bertiga mengangguk. Mungkin waktu tu malu nak jawab baru nak buat degree, kerana semuanya dah tua2 bangka. Jadi sekarang insyaAllah sampai jugak hajat aku. Harap2 ada kawan2 kita yang lain bersama aku nanti.

Friday, November 20, 2009

setulus ingatan 3 : Rohani Abd Ghani

Ani..begitulah panggilannya...rumahnya dengan rumah aku tidak jauh dalam jarak 6-7km gitu. Berasal dari muar, senyum dan masam boleh di buat sekali gus...ingatannya kuat , cepat belajar, berfikiran lurus dan tak suka belok belok. jujur dan tenang dalam menghadapi masalah.

Pernah ditawar menjadi GB satu masa lalu..tak silap tahun 2004 tetapi terpaksa menolak kerana sedang menjaga ibunya yang sakit...Kawan rapatnya masa IAB ialah Yati kemudian group dia orang ialah Hasmah, Halipah dll....Suaminya juga kawan baik aku dan motivator di daerah rompin ni..antara orang yang dah sampai rumah ani di rompin ni ialah seperi kunan, mawi, dollah, martivi, vinie, ct dayang dan sebagainya... [ ani lagi taulah bab ni...]

Masa periksa result dia berderet dapat A..maka ramai yang mengelar dia ani...budak pandai. Pada aku sama je..cuma dia memang rajin baca buku dan tak suka buang masa..fokusnya lebih padu semasa kuliah....jangan usik sangat ani ni sebab dia sensitif dan mudah memendam rasa. Lastly kalau ke rompin jangan lupa call ani..sebab dia memang seattle down di rompin...dah ada rumah dan tanah di sini...semua ni menurut pendapat peribadi aku...jangan marah datin [ panggilan aku pada ani kalau telefon...]

Baru baru ni...sekolah dia mendapat tempat ke dua..di seluruh daerah rompin dalam keputusan UPSR...siapa PK1 nya?...Ani...kawan kita.. tahniah ani...tak lama lagi siap sedialah kena teraju sekolah lah pulak..

Wednesday, November 18, 2009

Setulus Ingatan 2: Yang Mulia Tengku Adnan

Kawan kita yang amata menjaga penampilannya, gaya percakapan yang berbudi bahasa dan sentiasa senyum bila berbicara. Orang trengganu dan masih ddi IPGM Batu Rakit. Biasa dipanggil ku nan. Kelebihannya banyak, kemahirannya tinggi. Penghulu kita fasa khas di IAB dahulu.

Aku selalu menghubungi dia dan dia juga selalu hubungi aku walaupun kita telah terpisah oleh jarak dan tempat.Bakal menjadi pensyarah maktab. Pakar motivasi di sekitar Trengganu. semasa bersama kita, kita akan ingat tengku kerana dia adalah satu satunya peserta berdarah Raja.

kunan...semoga berjaya dunia dan akhirat

IPG KUALA TERENGGANU, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

M 133 Taman Murni Permai Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu

Tuesday, November 17, 2009

setulus ingatan 1 : Norhayati Rasul

Aku mulakan dengan Norhayati Rasul ni, orangnya lemah lembut, menawan dan mempunyai kelebihan dalam bidang nnyanyian...suara dia kalau kau orang dengar...mendebarkan sukma...siapakah yati sebenarnya? kalau kawan rapat dengan dia, taulah dia...macamanakan...jadi tanyalah kawan rapat dia...jangan tanya aku...aku ni selalu "kacau" saja...tu dia tengah angkat ikrar (kena tanya dialah...hahahaa)

Jangan marah ti, saja gurau, je, bagi kau senyum bila tengok blog ni. Sekarang Yati di SK Wira dan dia jadi wirawati kat sana...tak lama lagi bakal jadi GB. Maka tentu sekolah dia kaya dengan aktiviti seni dan sastera.

Masa belajar dulu dia adalah antara peserta yang amat cemerlang...rajin dan suka menolong orang..kenalannya juga ramai sebab yati ni mudah mesra. Aku percaya kemana saja yati ni pergi dia akan begitu. Sorri ti..ni pendapat peribadi aku...saja imbas kembali sebab tak ada modal nak masukkan dalam entri ni...ulang balik kawna kawan kita sampai 53 orang tu.

oklah ti....salam dari kejauhan dan kalau ada sapa sapa nak ke kuantan...call yati..dia akan membantu. Dia ada blognya sendiri dan kunjungilah blog dia jika ingin tau perkembangan yati.

Monday, November 16, 2009

One song can spark a moment,


One song can spark a moment,
One flower can wake the dream.
One tree can start a forest,
One bird can herald spring.

One smile begins a friendship,
One handclasp lifts a soul.
One star can guide a ship at sea,
One word can frame the goal

One vote can change a nation,
One sunbeam lights a room
One candle wipes out darkness,
One laugh will conquer gloom.


One step must start each journey.
One word must start each prayer.
One hope will raise our spirits;
One touch can show you care.


One voice can speak with wisdom,
One heart can know what's true,
One life can make a difference,

You see, it's up to you!


If you look at what you do not have in life,
you don't have anything,

If you look at what you have in life,
you have everything...


Have A Wonderful Day

Sunday, November 15, 2009

UPSR


SKKA sekarang...


SKKA dahulu....

Semua GB dan SU Pep dikehendaki berada di PPD pada pagi 19 Nov 2009. Begitu arahan dalam minit curai oleh PK1 yang baru balik dari mesyuarat. Maknanya 19.11.2009 ni kemungkinan besar akan keluar keputusan UPSR yang di nati oleh calon, ibubapa dan guru.

Semoga ada peningkatan hendaknya.

Friday, November 13, 2009

MOHON KEMAAFAN BUAT SDR. USOP




Kedatangan Sdr. Usop ke Terengganu atas tiket menghadiri peperiksaan PTK diraikan oleh kawan lamanya Cikgu Zul (kalau tak silap namanya) . Saya hanya sempat berjumpa di pantai Teluk Ketapang berdekatan dengan rumah saya buat seketika sahaja. Sdr. Hassan tak sempat berjumpa dengan Usop. Tak berniat untuk tidak meraikan Sdr. Usop ketika itu. Maaf banyak-banyak.

Thursday, November 12, 2009

terima kasih IAB


Aku adalah orang yang akan tampil mempertahan kan IAB jika ada sesiapa yang ingin mengatakan fungsi IAB dalam melonjakkan pendidikan di negara kita. Aku banyak menerima ilmu dari IAB. Tahun ini aku diberikan peluang...presentation skills...[ tak dapat hadir ada sesi de briefing UPSR dgn Pengarah JPN ] Kajian tindakan [ memang best kursus ni ] Problem solving [ tak dapat hadir sebab ada masalah di sekolah ] kolokium [ terus macam reunion pulak dgn geng pok ya ] pas tu JPN tipon kata kena kursus KKPP aku baru jer masuk kursus PATS 5 hari. Aku balik sekolah dua hari sambung pulak 2 minggu...itu tahun 2009

2005-2006? 6 bulan dada ku disini dengan pelbagai pengalaman bermakna....terima kasih IAB, itu sahaja ucapan yang dapat aku berikan ...

syukur pada Allah.


jejak kasih

...
Khas untuk soh meng chun
....ada kawan lama cari youlah...
klik
sini

Wednesday, November 11, 2009

alfatihah


Ibu tercinta
HASSAN BIN EMBONG
telah kembali ke rahmatullah

[ berita dari kunan, tadi ]

Tuesday, November 10, 2009

Sukabumi


Aku tidak lupa peristiwa ini. Kita bersatu untuk menyertai rombongan bersama sebelum berakhir fasa 8 tempuhari. Kita bersama menaiki bas dari kolej kemudian bersama dengan Penasihat undang undang KPM, Pn Mislinda. Kemudian kita bersama menuju ke bangunan parlimen melihat sidang dewan rakyat selama 20 minit secara live. Kemudian kita kembali ke UPSI dengan selamat. Aku nampak betapa cerianya kawan kawan yang pertama kali ke Dewan Rakyat secara live dan dapat bertemu sendiri dengan PUU KPM yang selama ini kita hanya tau khabar beritanya sahaja.

Untuk teman lain yang ingin membawa rombongan ke Dewan Rakyat...atau berjumpa dengan PUU KPM, tidaklah sesukar mana, senang saja caranya. Untuk mengurus semua 53 orang agar jangan ada seorang pun tercicir...itu yang sukar. Mengurus hal teknikal mudah jika ada rangkaian dan tahu caranya. Mengurus kerenah hati manusia, amat sukar...kena pulak malam sebelum bertolak kita ada dialog yang panas hingga bahangnya terasa sampai kehati. Aku cuba elakkan perkara itu dibincangkan kerana bimbang kesan pada rombongan namun desakan dari kekawan...kita bincangkan juga.

Namun atas sikap profesional dan penuh kedewasaan, kesemua 53 orang dari kumpulan kita bersama dari awal hingga akhir. Itu satu bukti bagaimana sokongan yang padu akan membuahkan hasil yang bermutu.

Bagaimana sokongan kepada blog ini? Data menunjukkan blog ini dibaca tetapi KPI nya tidak meyakinkan. Lantaran aku tertanya adakah masih ada sokongan pada blog ini atau perlu aku sukabumikan nya?


Sunday, November 8, 2009

entahlah

aku berjumpa dengan tengku di kuala trengganu. tengku da hassan sedang meneruskan pengajian ke peringkat masters di UMT. Kebetulan UMT tu dekat jer dengan rumah dia orang...so tengku dan hassan dah pun mengorak langkah..dan masuk sem 2, tahun depan habislah pengajian mereka.

aku cuba mendaftar kat UPSI dan Dr Omar berikan laluan untuk aku dan 4 orang kawan aku, lorong special..sebab masa dah tutup...oleh kerana aku kekurangab dokumen, aku gagal menghantarnya yang berjaya ialah che hassan kita...maka che hasan akan mula mengaji peringkat masters bulan 12 ni...tahniah che hassan..kuatkan semangat

aku bertanya kepada kawan kawan dirompin, sapa nak buat masters tahun depan...nak pergi sebuah kereta..alhamdulillah dapat 3 orang ...masuk aku 4 orang...sebab peringkat ni kena ada geng baru ada semangat. Aku dan kawan aku bercadang nak buat di UM dengan kos lebih kurang 6K-7K. Iklan nya akan dibuka pada Jan dan Feb. Perjalanan dapat disingkatkan jika dari rompin atau mungkin di UKM. Tengoklah keadaan. Isi masa... sementara menunggu 44...kata faris...atleast hujung minggu ada kerja....

sedang intai kut kut UMP ada kos pengurusan....

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY