Saturday, January 31, 2009

Tahniah Usop

Wpun tak rasmi lagi, tapi saya tahu dan sangat yakin Usop akan jadi GB. Dari mula saya kenal kawan kita ni, dia antara pilihan tertinggi bagi saya mampu jagi GB yang hebat. 2 tawaran serentak, jarang berlaku kepada orang lain. Maknanya begitulah hebatnya usop rompin ni. Dari sembang-sembang dengan saya dia akan memilih jadi GB di SK Juara, pulau Tioman. Tergambar di minda saya bagaimana sek di Tioman ni kerana saya pernah sampai di SK Mukut. Dengan deruan ombak laut Cina Selatan dan pantai yang cantik, kita akan ada kawan yang boleh bawa kita berkunjung ke pulau Tioman nanti. Tahniah sekali lagi Sop, berkat usaha dan sentiasa di dalam persekitaran rakan-rakan (maksud saya network) peluang dan rezeki akhirnya tiba jua.

Usop yang saya kenal, anda adalah seorang yang sangat hebat dalam banyak perkara. Saya yakin rakan-rakan setuju dengan saya. Justeru, usop, jadilah GB yang baik dan hebat. Kita bersama-sama bangunkan pendidikan negara yang sedang dilanda banyak krisis ini. Harapan saya kumpulan kita dan kumpulan yang lain yang dilatih sebagai pemimpin pendidikan negara, antara orang-orang hebat yang menjadi wira pendidik. Selamat maju jaya.

Tuesday, January 27, 2009

permohonan dg41 secara berkelompok, nak join? jom

salam sejahtera kawan kawan

semoga semua sehat.
semalam aku bersembang dengan faris dari group B di restoren di Rompin, kebetulan dia balik melawat keluarganya disini.[ Faris memang orang rompin ] Kami bersembang dalam banyak perkara. Selain kawan lama, kita kan sama sama satu badge IAB UPSI, tentu saja banyak perkara yang kita orang laras dan ceritakan.

Nanti kalau ada kelapangan, Faris akan ke SPP bertanyakan aliran kerja dan apa keperluan untuk pendaftaran ke DG41 bagi kedua dua group kita, kemudian faris akan masukan dalam blog. Harap kawan kawan baca blog dan ambil tindakan menyediakan semua keperluan yang diperlukan.

Kalau ada masa lapang, ambil tindakan
1. membaca web site SPP
2. buat salinan untuk penggumuman ini

Permohonan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang mengikuti program pensiswazahan secara Kursus Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Sambilan boleh dibuat secara online dengan syarat calon memiliki Surat Kebenaran Mengikuti Kursus PJJ/Sambilan dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Calon perlu mengisi nombor rujukan surat tersebut ketika memohon. Untuk makluman, nombor rujukan Surat Persetujuan Penempatan oleh KPM tidak perlu diisi ketika memohon tetapi perlu di bawa ketika menghadiri temu duga. Harap
maklum.


3. ada panduan permohonan dan panduan bidang pengkhususan yang perlu di baca dan di download...yang ni kena buat kerja pro aktif sikit. Sebab bab ni tak ada sapa yang dilantik jadi 'pengasuh' kita.
Baca semua panduan yang disediakan disitu, fahamkan dan kalau boleh print out untuk rujukan, semua kena guna e pengambilan, dalam web site tersebut.
4. gunakan masa bulan feb dan mac ni untuk study bab e pengambilan itu kerana sebaik saja kita konvo, kita akan key in pendaftaran ke dg 41 secara online melalui e pangmbilan nanti....studi dulu..[ aku bukannya apa, kesian jer, kalau aku tak beritau pun tak apa...kalau nak join ok, tak mau tak apa..]
5. Semasa 16 Mac nanti, aku akan mengutip hard copy permohonan kita itu dan serahkan kepada faris...untuk dia serahkan secara berkelompok kepada spp, tanpa perlu kita pos ke spp [ maka spp akan terima secara pukal dan menguruskan temuduga untuk group kita semua a dan b dgn cepat kerana kita telah membantu mereka menghantar maklumat secara berkumpulan...[ sekali lagi aku ingatkan..ni bukan paksaan, tak mau join pun tak apa..tak ada masalah pun..]

sebenarnya kalau faris nak uruskan untuk dirinya sendiri, dia tak ada masalah pun sebab ramai kawan kawan dia di spp tu, kita ni cuma menumpang kasih faris saja..namun janganlah sampai menyusahkan faris.. ada bab kita kena sediakan kita sediakan..ada bab faris tolong. kerana lagi lambat kita urus pendaftaran dg41 lagi lambat kita akan dipanggil temuduga dan dilantik.

lagipun kita dah dewasa dan banyak pengalaman, gunakan kedewasaan kita dan pengalaman kita sebaiknya.

setakat sini saja dulu untuk semua..jumpa nanti

Monday, January 26, 2009

Corat Coret

24 Januari

Jamal dan keluarganya berehat di summerset Rompin, dia masih macam dulu, sangat friendly dan mesra dengan aku, kami keluar makan malam bersama di azree tomyam. malam itu juga, hassan embong mengatakan dia baru dapat slip result fasa 8 tetapi ta dapat surat.

Terima kasih Jamal..sudi memilih untuk berehat di Rompin, dia sekarang apply untuk DG 38. Jamal masih sedih kerana ramai orang menganggap dia pengacau dan musuh semasa belajar dulu...aku tenangkan hati dia.biasalah Jamal..ramai terkena kesan halo dalam penilaian. Aku tetap anggap Jamal kawan yang unik dan special.

Masih ramai kawan tak baca blog. Dan semakin ramai kawan menyepikan diri. Sibuk barangkali. Pada aku friendship remain and never can end.

Jumpa Mac nanti...ada satu pertemuan pada petang 16 tu di sebuah restoren untuk kita set up macammana nak buat bagi memohon DG 41. Harap join ramai ramai. Sapa tak datang join rugi ma.

muhibbah dulu dan sekarang

Kalau aku katakan semangat muhibbah antara kaum orang orang dulu jauh lebih baik dari sekarang..mungkin ramai yang tidak setuju atau ramai juga yang setuju. Terserahlah sebab aku bukan amhu mencetuskan polimik, blog ini juga bukan mahu meraih perhatian sesiapa..ini adlah satu blog yang aku gunakan untuk mencetuskan idea, kenangan lama, pandangan aku sahaja. tidak pernah terukir di dalam memori aku untuk menghasut sapa sapa.

Kawan Cina dan India aku dari aku kecil sampai sekarang...masih akrab dan amat baik, bermula di sms johor aku berkawan dengan Wong, Boo, Kew, Ragu, Vijayan dll [ sekadar sebut beberapa nama ] masa form six pulak aku kawan dengan Jason Tan dan Samy..sama sama pergi Kursus Bina Semangat di mersing lagi...terus jadi kawan sampai sekarang. Bila di maktab, aku ada Lau, Magartha Mani, Lim, dan ramai lagi..malah aku mengunjungi rumah Mani di tampin dan Anjalay di Penang. Bila kat U, kawan kawan cina dan india aku juga dapat menerima aku dan aku juga dapat menerima mereka sebagai kawan, Soh meraikan aku di Muar, Teah, Teo, Chong dan Soh datang beraya di rumah aku. Kami boleh share, kami join semua program bersama, kami bincang dlm study group dan kami juga hormat menghormati antara satu sama lain. Malah kalau ada masalah kami sama sama selesaikan masalah dan bantu membantu.

Aku pernah melawat rumah parent di Kg Baru Cina..bertanya kepada uncle, kenapa anak tak datang sekolah, aku pernah mengajar anak cina dan india di seolah menengah di Selangor dengan tiada rasa perkauman sebab aku melihat mereka semua berhak mendapatkan ilmu. Malah hingga sekarang , mereka masih mengenali aku jika aku ke Selangor atau KL.

Pada aku, kaum cina dan india adalah kawan kita yang amat hebat dan banyak boleh kita belajar dari mereka. Semangat ingin terus maju di kalangan kaum cina amat baik untuk kita contohi, semangat kekeluargaan yang rapat di kalangan kaum india benar benar baik untuk kita teladani. Pemikiran kita akan bercambah dan strategik dalam masa yang sama kita tak lupa kaum keluarga kita. Toleransi [ melayu ] kompeten [ cina ] brotherhood [ india ] akan menjadikan modal dan aset kepada kita untuk lebih cemerlang. Segalanya akan dapat kita asimilasi dengan semangat muhibbah.

Sekarang? Di mana silapnya? Siapa yang memecahkan telur perpaduan yang dihasilkan di sekolah dan para guru serta pensyarah? Mengapa semangat muhibbah antara kita semakin luntur?

Inilah jadinya jika tiada koloborasi antara kementerian di negara kita. Pendidikan menelurkan perpaduan, Media dan ahli politik mengambil kayu memecahkan telur perpaduan itu dengan gaya yang sengaja atau tak disengajakan. Atas tiket populariti dan survival. Yang tinggal hanya harapan. Keperluan selalu menjadi anak tiri kepada kepentingan dan materialisma. Semangat perpaduan menjadi tebusan. Bila Aruah Datuk On mahu mengasaskan parti politik pelbagai kaum..dia di singkirkan..Setelah 60 tahun? Idea itu disebut kembali. Idea yang besar memang akan selalu di tertawakan.
Lihatlah dunia...sekali lagi idea ikhlas akhirnya mendapat tempat juga akhirnya.

Selagi TV, Radio dan media lain tidak meletakkan agenda perpaduan sebagai agenda utama...selagi itu kita akan lambat mencapai matlamat. Sebab Media adalah Guru dalam comunity learning yang paling berkesan!

Aku akan terus berjuang dengan cara aku sendiri. Aku suka kedamaian.

Saturday, January 24, 2009

setulus ingatan

SETULUS INGATAN YANG AMAT IKHLAS
khas untuk penyarah kesayangan

DR KHUAN WAI BING
DR LIM CHONG HIN
EN KHAIRUDIN LIM ABDULLAH

SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU CINA
2009


Jasamu tetap kami kenang selamanya...

dari semua ahli PPGB 5 Kumpulan A
2006-2008

Thursday, January 22, 2009

ecucation its a matter of respect

' Why you late? ' [ bahasa pasar ]
Bukankah kita dah sama sama setuju mengubah jadual kita?
Keputusan datang pukul 8.30 adalah keputusan kita semua?
Kalau Guru Besar tak menghormati masa, kenapa cikgu nak orang hormat cikgu?...education its a matter of respect....

Demikian antara kata kata itu adalah dari Dr Lim, salah seorang dari pensyarah hebat dari UPSI. Tidak jemu mendengar huraiannya, mudah faham, jelas, penuh kepelbagaian kaedah pedagogi dan menjadi buah mulut semua peserta. aku mendapay A dalam subjek beliau. malah kata kata itu sentiasa aku kenang dan melekat dalam hatiku sampai bila bila.

Memang Benar.

Bukan masalah datang lambat, masalah sebenar ialah tidak hormat pada pelajaran, pensyarah, pada Guru Besar, pada kawan kawan pada rakan sejawat,[ dlm kes tadi ] pada keluarga atau kepada sesiapa yang terpaksa kena penalti sebab menunggu anda
Bukan masalah marah atau leter atau tidak prihatin, masalahnya kerana jika kita tidak patuh dan bersiplin...kita memang tidak pandai menghormati orang lain...kalau kita tidak hormat pada pekerjaan, orang, keluarga, adik beradik, anak murid..kenapa pula kita mengharap orang lain akan hormat kita.

Wow..

Terima kasih kepada Dr Lim yang memberikan makna yang amat mengesankan dalam kuliah semasa belajar dahulu. Ingat Dr Lim aku akan terus teringat kawan kawan ku, ...memang tragis tetapi sangat memberikan impak. Kawan kawan aku hanya 'tools' pada gerak geri tuhan yang hendak memberikan ilmu manafaat pada aku hari itu...ilmu tidak hanya datang dalam keadaan selesa dan gelak ketawa, adakala ilmu datang dalam suasana suram dan tegang.

Terima kasih kepada Dr Lim dan kawan kawan semua, jasamu tetap aku kenang hingga akhir hayat...

Wednesday, January 21, 2009

Xong Xi Fa Chai

Kepada rakan-rakan yang beragama budha, saya ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina (Xong Xi Fa Chai), khususnya kepada Soh, Chin, Choong, Chung, Low, Lau, Shelley, See, Siah, Tang, Teah, Teo, Wai, Wong dan Yen. Kepada Simah Selamat Hari Jadi.

Tahun ni tak merasa buah limau free daripada rakan-rakan kita ni. Tak apalah asalkan rakan-rakan kita ini dapat menyambut Hari Raya dengan gembira bersama keluarga dengan lebih tenang berbanding tahun-tahun lepas.

Jumpa lagi...

Sunday, January 18, 2009

bila kita perlu ambil jubah ?

Ada macam macam soalan dan sms masuk dalam hp aku... [macamlah aku ni masih Tok Penghulu, ] bertanya bila kita perlu ambil jubah? Jubah untuk konvo, Adakah dalam masa 16-18 itu atau ada hari lain?

Susah juga aku nak jawab sebab aku bukannya urusetia majlis konvo tu, namun bila pertanyaan ini datangnya dari geng Sabah atau Serawak..aku terus saja jadi simpati sebab aku tau mereka ini jauh, perlu booking tiket ma..then bila aku balas suruh terus saja tanya Dr Kamalia, depa rasa malulah, takut nanti Dr Kamalia tak kenallah dan sebagainya....kawan kita bimbang masa untuk mengambil jubah tarikh yang lebih awal, jadi mereka perlulah datang awal. Maka aku rasa bab ni kita kena mintak tolong 3 kawan kita yang tinggal tak jauh dari UPSI, mohon yati, atau shahdan atau kupayee tolong tanyakan urusetia onvo di FPE. dan sms kan kepada shelley atau goen di sana.

Kepada kawan kawan , aku berseru dan berharap supaya kita teruskan ikatan persahabatan yang terjalin dan menjadikan majlis konvo kita majlis yang sempurna dan jangan cemarkan usaha dan susah payah UPSI menganjurkan majlis itu.

Jumpa nanti dan kepada semua kaum cina

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2009

Saturday, January 17, 2009

tahniah untuk Pak Lah

Kami mengucapkan tahniah kepada Pak Lah kerana sudah masuk fast track ke DG 44 kerana beliau telah menjadi GB di sebuah sekolah di Penang. Tak Silap SK Tanjung Bungah. Kini Pak Lah dapat implemtasikan semua ilmu yang telah di pelajari di IAb dan UPSI untuk anak bangsa, agama dan negara.

Pak Lah...kau memang steady...

Kepada kawan kawan yang masih GPK ..semoga akan muncul rezeki dari Allah kepada anda semua.

Salam

Friday, January 16, 2009

Azam dan Sabri di hospital

salam sejahtera

kawan kawan semua...dua kawan kita dari kumpulan B. Tuan Hj Sabri [ mantan penghulu kump B ] sekarang sedang dirawat di hospital kemaman...komplikasi jantung. Dan sahabat baiknya Azam kini di hospital Ipoh kerana masalah ketumbuhan di usus.

semoga keduanya cepat sembuh dan dapat bersama kita Mac nanti, mana mana kawan yang dekat dengan lokasi mereka di rawat..harap dapatlah melawat mereka dan kirimkan berita.

Wednesday, January 14, 2009

sah 16-18 kita konvo

tadi goen menghantar sms kepada KJ Dr Khuan, tentang pengesahan tarikh konvo, KJ Dr Khuan membalas sms Goen mengatakan tarikh tersebut adalah sah. Maka kawan kawan dari Group A atau B dari Sabah dan Serawak. Bolehlah membooking tiket Kapal Terbang.. Datanglah awal sikit, lepak lepak kat rumah member. Sebab lepas konvo peluang untuk berjumpa sangat tipis

Surat akan dihantar sebulan sebelum konvo

Selamat Berjumpa Mac nanti

SALAM KASIH SAYANG

Rakan-rakan seperjuangan sekalian...Dalam kesibukan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab harian yang diamanahkan dengan sebaik mungkin berasaskan kemampuan bekerja masing-masing....terdapat di sekitar kita ramai orang yang sedang berkembang karier mereka dengan dianugerahkan pangkat yang lebih tinggi dengan umur yang masih muda. Mari kita lihat betapa hari ini peluang-peluang yang ada tanpa kita sedari berada di sisi kita. Contoh: Baru-baru ini diadakan majlis penyampaian watikah perlantikan kepada pensyarah-pensyarah DGA 48 dan DGA 52 serta akan ada DGA 54. Terdapat ramai pensyarah muda sudah berada di tangga DGA 48. Menurut pengarah IPKT terdapat 14 saluran kenaikan pangkat sebenarnya (bila ada maklumat saya akan kongsi nanti). Pendek cerita rezeki kepada para pensyarah-pensyarah di Institut Perguruan (Institut Pendidikan Guru) yang sekian lama menunggu telahpun jatuh ke riba. Allhamdulillah. Kini warga institut tidak lagi merasakan berbeza dengan warga pensyarah yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi awam yang lain. Di mana mereka tidak lagi perlu berhijrah ke Universiti untuk menjadi pensyarah untuk mendapatkan status yang dikehendaki kerana mereka akan memperolehinya di institut pendidikan guru juga.

Saya nak kaitkan dengan ucapan Dr. Ibrahim Bajunid di UPSI tempuh hari berkaitan dengan keadaan selesa seseorang akan tercabar apabila di sekitar kita orang lain sedang merebut peluang untuk meletakkan kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Walau apapun kita tetap bersyukur dengan anugerah Allah kepada kita hari ini. Cuma Allah juga suka kepada orang-orang yang telah berjaya dalam sesuatu perkara, kemudian berusaha lagi untuk menjayakan sesuatu perkara yang lain. Maksudnya sesuatu kejayaan itu tidak terhenti di sesuatu tempat sahaja. Ia adalah proses berterusan sehingga ke akhir hayat. Wallahuwaklam.

Tuesday, January 13, 2009

Kereta untuk dijual

Alkisah ada sebuah kereta, gen2 warna biru, no pendaftaran aku tak ingat. Yang selalu berlegar-legar di dalam dan luar kampus upsi, dikhabarkan untuk dijual. Good condition, dan harga hangpa rundinglah dengan ampunya tuan. Orang hansome, kapal di laut, orangnya di darat. Kajian tindakan kepakaran ampunya badan. Jadi kalau berminat, pandai-pandailah korang nego, kalau tak berapa pandai nak nego, mintak tolong Dr...apa sop.... a...Dr. Kamalia. Aku gerentee yang mana buat projek dapat A dengan empunya tuan kereta ni, bolehlah tolong-tolong tengokkan. Abang kita ni mungkin dah tempah..cap bintang tu kot...(mercedes la...). Ini bukan iklan, catatan bloger bingkisan utara.

mari berkonvo

PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL GRADUAN UPSI

Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Pertama Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan di Dewan SITC pada tarikh seperti dibawah :-

Tarikh Pengurniaan / Penganugerahan16 - 18 Mac 2009 (Isnin hingga Rabu)

Tarikh Istiadat Konvokesyen Kesebelas Universiti Pendidikan Sultan Idris ini adalah tertakluk kepada Perkenan Ke Bawah DYMM Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Surat Jemputan Konvokesyen akan dihantar kepada bakal graduan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh Istiadat Konvokesyen berlangsung.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai urusan konvokesyen bolehlah menghubungi

Unit Pengijazahan di talian +605-4506313 / 6994 / 6314.
Unit PengijazahanBahagian Akademik

Friday, January 9, 2009

PERHATIAN

SILA SEMAK SLIP DI DALAM KEPUTUSAN ANDA

PASTIKAN JUMLAH KREDIT YANG TERKUMPUL ADALAH SEBANYAK 86 KREDIT

Jika tidak cukup 86, sila hubungi UPSI dan meinta penjelasan...INGAT...tidak cukup 86 KREDIT ANDA TIDAK AKAN DI PANGGIL KONVO

Harap sebar luaskan hal ini kepada ke dua dua kumpulan.

Thursday, January 8, 2009

Minggu pertama yang memberangsangkan

Di Kedah, tamat minggu pertama sesi persekolahan 2009. Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pada saya, semua minggu di sekolah merupakan minggu yang sibuk jika perancangan dan program sekolah disusun dengan teliti merangkumi semua aspek. Sebenarnya, setiap hari itu penting dan setiap aktiviti sekolah bermanfaat untuk semua murid. Justeru, tiada hari yang boleh dianggap hari bersantai. Begitulah besarnya tanggungjawab guru di sekolah. Hal ini harus dilihat sebagai satu amanah kepada para pemimpin di sekolah. Perancangan sekolah seharusnya dibuat sebaik mungkin sesuai dengan SWOT analisis sekolah. Dan perancangan ini boleh dianggap kayu ukur kepada kredibeliti seseorang pemimpin sekolah. Setiap tahun seharusnya menggambarkan perubahan pradigma sesuai dengan era teknologi dan keilmuan sejagat.

Saya merasa bangga dan berterima kasih kerana telah dilatih sebagai pemimpin sekolah hari ini yang sangat mencabar ini. Pada saya, pemimpin hari ini bukan lagi pengamal kepimpinan yang stereotype dan konvensional. Kita harus berubah dengan cara tersendiri dan berani berlandaskan ilmu dan amalan yang profesional. Budaya takut dan mengikut membuta tuli hanya merugikan ilmu yang dipelajari dan menjumukkan perkembangan yang sihat di kalangan guru yang semakin maju bersama arus teknologi ini. Peluang yang seluas-luasnya harus diberikan kepada sumber tenaga yang ada di sekolah untuk berkembang maju dalam pelbagai aspek pendidikan.

Saya merasa bersyukur minggu pertama ini berlalu dengan perkembangan yang sangat memberangsangkan. Evolusi ini sebenarnya dijana oleh persediaan yang rapi dan Pelan Tindakan Strategik Sekolah yang baik. Perkembangan yang baik ini memberi keyakinan yang tinggi kepada saya untuk terus berusaha ke arah mencapai visi dan misi sekolah, antara yang terbaik di Sungai Petani. Harapan saya juga, rakan2 ppgbupsi kohot5 sentiasa bersemangat memperjuangkan wadah pendidikan bangsa, agama dan negara yang kita cintai ini.

Tuesday, January 6, 2009

PENJENAMAAN SEMULA IPKT DAN SMK BANDAR. KT

Sekarang kami memberi tumpuan kepada penjenamaan semula IPKT (Institut Perguruan Kuala Terengganu) dan SMK Bandar KT kepada nama baru yang akan diumumkan pada 15 Januari 2009 nanti di Institut Perguruan Kuala Terengganu.

Program pengistiharan pada hari itu akan turut berlangsung program-program sampingan yang lain seperti Majlis Perasmian Pelajar Baru KPLI dan lain-lain program yang akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Mahu tak mahu, saya turut terlibat dalam tugas JK Pengarah Operasi (floor manager), JK Buku Program dan JK Persembahan Multimedia (untuk gimik), setakat membantu je... Nanti bila ada power sikit bolehlah jadi ketua pulak.

Untuk pengetahuan kawan-kawan IPKT sedang membuat perubahan besar.....

Sunday, January 4, 2009

ROMPIN SEDANG MENGHADAPI BANJIR

Semua rakyat jelata di daerah rompin sedang bersiap sedia menghadapi kedatangan banjir dalam ' gelombang banjir ke dua ' ini. Smeoga kami semua selamat sejahtera.

Friday, January 2, 2009

Beberapa tindakan Pro Aktif untuk ke DG 41

salam sejahtera dan SELAMAT TAHUN BARU
adios dan sayonara pada 2008

Blog Kumpulan adalah berbeza dengan blog peribadi, dalam blog ini, kadang kala dia unpama notice board kepada kita. Ramai orang telah gunakannya untuk keperluan organisasi dan sebagainya..ahli kumpulan kita masih ramai sebagai pembaca..lepas tu chau..ke tempat lain...[ ini perlu diperbaiki, bukan paksaan tetapi kena segera perbaiki dengan menjadi contibutor dan sama sama memberikan apa apa perkembangan...]

Berita baru dan penting Semasa kita mendapat keputusan kita ada menerima surat dari UPSI. Surat itu ialah surat yang sangat penting. Tajuknya Tamat Pengajian dan Keputusan Peperiksaan.
Buat beberapa salinan dan pergi ke JPA bahagian pengiktirafan untuk di iktiraf. Macamana? aku pun tengah bingung...tetapi..yang pasti surat tu penting..jangan bagi hilang..ini adalah pesanan dari Faris Kumpulan B

kepada rakan2 semua, surat yang dimaksudkan seperti yang Yusof Rompin beritahu tu agak penting kerana dengan surat tu kita boleh mohon pengiktirafan dengan Bahagian Pengiktirafan, JPA kerana surat pengiktirafan itu perlu dikemukakan semasa memohon temuduga SPP nanti. Kepada Kumpulan A, kalau dah terima tu cepat2lah ke JPA.

Sekian dimaklumkan.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY