Saturday, February 28, 2009

Jangan LUPA, Kajian Pengesanan Graduan IPTA, WAJIB

Harap rakan2 semua dah terima surat rasmi jemputan konvo. Tahniah. Berkonvo juga kita nanti. Sayugia diingatkan, bersama-sama dengan surat jemputan tu, ada satu surat berkaitan perkara di atas. Saya percaya semua dah baca dan dah ambil tindakan. Cuma, kebetulan ada blog bersama ni, saya hanya peringatkan kita semua. Sebab, saya sendiripun sudah lupa, dan telah diperingatkan oleh OKB (orang kaya baru) Hj. Lias. Bila saya baca sekali lagi, jelas sekali surat itu sangat penting. Antara pentingnya, berbunyi; Suadara/i adalah diwajibkan untuk melengkapkan malumat kajian ini dan membawa cetakan slip pengesahan kajian yang telah dilengkapkan semasa mendaftar untuk membuat pinjaman Pakaian Akademik. Kegagalan saudara/i melengkapkan maklumat ini akan menyebabkan saudara/i tidak dapat mengembil Pakaian Akademik (Jubah).

Jadi, harap semua kawan2 semak balik surat tersebut dan ambil tindakan segera.

menafikan hak orang

salam sejahtera
salam hujung minggu

kawan kawan semua, agar sehat bersama keluarga, blog ini adalah blog untuk group kita tetapi tak ramai minat nak join menulis dan ramai yang hanya suka membaca..disitu pun dah menunjukkan sikap 'tutup pintu' dikalangan kita, pernah aku nak tutup je rblog ni...tapi ramai yang menahannya.. ahhhh tak perlah..kita teruskan cerita...

aku lahir tahun 1961, dalam group kita aku duk tengah tengah..tak tua sangat [1958 ] dan taklah muda sangat [1964 ] namun dalam usia 48 tahun ini aku mengalami beberapa kali satu suasana dimana hak aku dinafikan....

nafi hak aku kerana aku bukan siswazah
mengajar di sekolah menengah, banyak peristiwa kasta antara pppbs dengan ppps ini berlaku... terasa sungguh terhina bila dikatakan guru lepasan maktablah yang kena buat line padang kemas itu ini sebab dia orang kumpulan sokongan...kita siswazah, kita taraf pegawai...
terasa sumbang betul bila pendapat kita berasaskan pengalaman ditertawakan dan di senyum sumbingkan...

sebab itu aku berpesan kepada diri aku, aku tak akan lakukan sesuatu yang aku tak suka orang lain lakukan benda itu pada aku...

nafi hak naik pangkat dengan dalehan

terakhir sekali pada tahun 2008, aku menghantar borang untuk ke dg34, aku tak mahu hantar tetapi GB aku kat awak siapkan hari ini, awak ke JPN hari ini, hari ni last day...aku siapkan dan pukul 10 pagi..aku start keta..sampai di JPN aku serahkan dokumen dan tulis dalam buku sebagai bukti...dan semasa aku turun aku jumpa dua pegawai kanan di JPN , seorang ketua sektor seorang lagi KPP...kebetulan kenal dan bersalaman dengan timbalan Pengarah dll. semasa sembangan di tepi kaki lima,
KS tanya, apa citer ke JPN?
aku cakap hantar borang ke 34
kan awak belajar?
ya
ahh nanti nak ke 41, nak buat apa 34?
GB saya suruh jugak, dia kata hak awak mohon
mana ada..kita akan pastikan ornag belajar tak diberikan 34, dia dah dapat 41, berilah 34 tu kat orang lain pulak
mana boleh gitu tuan
kenapa pulak?
saya dah zon 34 3 tahun, itu hak saya mohon..dapat tak dapat terserahlah...saya belajar tu satu citer lain, ni seruan kerajaan
ahh...habis yang tak belajar tu? apa citernya?
yang tak belajar tu, dia di zon selesa, dian jugak berhak mohon, kalau ada rezeki dia ..oklah, kalau ada rezeki saya..adalah...
kita kat JPN ni akan pastikan u all yang belajar ni, dapat 41 dan 34 kita akan berikan pada yang tak belajar.

aku pun diam jer sebab dia nak tinggikan suara..ks lah katakan, mana boleh lawan..walaupun begitu hati aku tetap tak puas hati. dan jauh disudut hati nampak sayuplah gred 34 tu

rupanya KS tu salah, aku betul
Permohonan ke 34 adalah kenaikan gred, sesiapa yang masuk zon berhak memohon, malah kalau dah 34 pun layak mohon 38 jika cukup syarat...gred satu cerita, belajar satu cerita
dg32, dg32kup41, dg34, dg 34kup41, dg38, dg 38kup41 dll...kalau ada antara kita jadi pegawai di PPD dan JPN..janganlah nafikan hak orang..

kawan kawan dg32

salam sejahtera

kalau kita masih ingat, dalam batch kita, sebenarnya kita adalah kumpulan yang selalu berada di zon kritikal sepanjang perkhidmatan kita

zaman elaun maktab 150 ke 345, zaman nak buat pinjaman perumahan kena tunggu 10 tahun, samapi 10 tahun, depa tukar polisi, kemudian kita lalui skim kabinet, ssb [ sayang sayang bos ] dan smm, kemudian ada ptk pulak dll. bila kita nak naik pangkat, kita dah mula bersaing dengan junior dan junior pulak ramai yang power, lulus ptk dll. kita pulak dah semakin letih, lemah dan kurang berdaya saing...ramai yang tercicir. zaman kroni dan zaman kabel pula dah menjadi jadi dan menyebabkan batch kita masih di takuk 32, dulu naik pangkat tak payah di pohon sekarang sapa tak mohon sorrylah jawabnya, dulu sampai tak mahu dan bertolak tolak sekarang? beratus menunggu dalam senarai.

yang masih dg32, aturlah langkah maju...
1. mohonlah ke 34
2. tunjukkan prestasi cemerlang
3. berilah khidmat bantu pada ppd sebagai fasilitator ke apa ke agar dapat refresh ilmu didada
4. janganlah menolak jika diposting jauh...jangan berkira sangat, lokasi sebab dah jadi adat, mula mula posting naik pangkat atau GB ni memang kena jauh..yang dekat rumah tu, GB senior..
5. yang paling penting - manusia bukan menentukan sesaorang tu naik pangkat atau tidak, semua itu ditentukan oleh tuhan...jadi, berdoalah kepada tuhan agar diberikan rezeki yang berkat dan halal... kalau dah sampai masa kita, tak sapa dapat menghalang atau menyekat.

Cepat atau lambat adalah kerana tindakan dan tingkahlaku kita satu masa dulu... kita adalah mangsa masa silam.mudah mudahan semua batch kita yang masih dg 32 akan di naikan pangkat ke GB 34 atau GB 32 dalam masa terdekat ini.

sama samlah kita berdoa...amin

Monday, February 23, 2009

terima kasih faris - MANUAL PERMOHONAN DG41

klik sini
manual permohonan dg41
PENTING

masih belum terlewat

salam sejahtera

semoga semua sehat,
salah satu aktiviti kita dalam blog ni ialah memberikan ucap selamat hari jadi kepada kawan kawan
dan kalau semua masih setia nak berkawan, boleh klik 2 kali pada komen dibawah dan berikan ucapan anda di situ.

untuk januari...tak ada sapa pun lahir pada bulan januari, tapi pada feb ada ramai
Aphong - 22 Feb
Choong - 25 Feb
Goen - 10 feb
Mawi - 10 Feb
Teah - 18 feb
Chan KF - 10 Feb

HAPPY BIRTHDAY UNTUK SEMUA

Saturday, February 21, 2009

era baru

salam

marilah masuk era baru. zaman sekarang, kita masih dipersimpangan, walau pun kita dah tau bahawa teknologi telah menerajui dunia, namun kita masih ditakah lama. adakah sekolah kita telah membina web site?

belum? murah saja, RM 30 seumur hidup kita akan dapat tapak web site...belasahlah berapa banyak maklumat nak masuk

klik sini


kemudian tengok contoh web site sekolah yang dah berjaya

klik sini


dan jangan lupa tengok web site sekolah aku...[ baru masuk seminggu tu...]

klik sini

jom, GB PPGB5 ..kita bina website dan kita link kan antara satu sama lain

sambung masters di UPSI

salam
sesiapa yang berminat nak sambung masters di UPSI, sila daftar sekarang, UKM dah tutup.
Daftar dulu, bila dapat baru fikirfikirkan nak masuk atau tidak.
Prosesnya
1. daftar dalam e permohonan
2. dapat jawapan
3. taklimat
4. daftar dan bayar

so, langkah kita sekarang daftar lah dulu.

salam

Friday, February 20, 2009

manafaat dari sembang sembang

satu lagi terlupa pulak aku nak beritau

masa dah dapat KUP 41, lepas lepas ambik PTK dan kursus induksi, nanti masa dicalonkan ke KUP 44, dua benda ni menjadi syarat juga, jadi kalau kita dah prepair, awal awal, maka bila dah sampai masanya...semua syarat dah dipenuhi..maka kita pun sampailah ke destinasinya.

sumber: Unit naikpangkat dan tatatertip

Salam

ambil iktibar

salam

kita ni kira untungkan, kita selalu ada senior dan bukan printis kepada NPQH dan PPGB
senior kita merupakan rujukan kita dalam mengurus perubahan yang bakal kita lakukan

ada senior beritau
masa temuduga, dia orang nak tengok buku perkhidmatan, dalam buku perkhidmatan perlu di tulis yang kita pernah berkursus NPQH dan PPGB ni, supaya sah kita ni memang belajar...

setahu aku bab buku perkhidmatan ni, pihak yang bertanggungjawab selalu 'terlepas pandang'
jadi kita kena ke JPN masing masing dan update kan BP kita tu..sebelum hal yang tidak diingini berlaku pada kita...

sumber: Hj Alias Maran dan Shahrin Kuantan

terima kasih bro

mohon dg 41 - sila baca

sila baca
permohonan ke 41
faham dan ambil tindakan, tolong sebarkan kepada kawan kawan yang tak baca blog.

ISI SEGERA PERMOHONAN ONLINE
RUJUKAN SURAT TAWARAN IAB KE PROGRAM PPGB ADALAH SURAT KEBENARAN BELAJAR
TAK PERLU HANTAR HARD COPY KE SPP
SEMUA HARD COPY [ RUJUK: SENARAI SEMAK] PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA

kalau tak....bye bye....

salam dari aur

Tuesday, February 17, 2009

jemputan konvo secara online

Surat jemputan Konvo telah pun di keluarkan,
sila baca
semak status

sila cetak dan baca serta ambil tindakan

Pengesahan kehadiran tersebut hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Mac 2009.

salam

Mengesahkan kehadiran majlis konvo

Berita penting. Saya baru saja menjenguk website upsi. Majlis konvo kita disahkan akan berlangsung dari 15 - 18 Mac 2009. Antara aturcara penting ialah, para graduan perlu menghadiri raptai pada 15 Mac dan majlis konvo kita pada sebelah petang 16 mac. Namun apa yang penting sebelum surat rasmi tiba di rumah masing-masing, kita sudah boleh mengesahkan kehadiran dan saiz jubah melalui http://mysis.upsi.edu.my/konvo. Pengesahan kehadiran tersebut hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Mac 2009.

Sunday, February 15, 2009

dulu dan sekarang.


keindahan mengganmit hati...
[ genting, pulau tioman]

salam sejahtera
dulu, masa kita posting lepas keluar maktab, macam macam tempat. ada kena sabah, ada kena serawak tak kurang di perdalaman semenanjung..aku sebenarnya berharap ke sabah tetapi kena di pahang.sekarang? lain

dulu kita ambil gaji cara manual dibank, bank jauh, berebut dengan orang pencen kemudian gajinya pun nipis, 345.00 kalau lepas spm, dua tahun baru dapat gaji betul. sekarang? lain

dulu masa kita kerja, kita suka datang sekolah siang malam, buat kerja tambahan, enjoy dengan budak budak. guru baru sekarang? lain

dulu, kita belasah budak budak penuh keinsafan nak jadikan dia orang, ibubapa sokong. sekarang?lain.

dulu, kita rapat dengan masyarakat, berjumpa dan berkawan dengan ibubapa, kenal dan saling hormat menghormati..sampai datang rumah masa raya. Sekarang? Lain.

membangkitkan kisah dulu satu nostalgia saja, menyesuaikan diri dengan kehendak sekarang satu priority. fikir-fikirkanlah

Saturday, February 14, 2009

Jangan Mohon lagi [GPK] dan Jangan Kemana mana [GB]

salam sejahtera

Beberapa hari ini aku berbincang dengan pihak naik pangkat dan tatatertib serta NUTP mengenai masalah aku. Pada 1 Feb aku dilantik menjadi GB.
Pertama:
Pertukaran setara, GB SKMB, SK Juara, Pulau Tioman-Gred DGA32 Hakiki
Kedua:
Pemangkuan ke DGA34, SK Kg Aur, Bukit Ibam
Kuatkuasa pada masa yang sama, aku kena buat satu keputusan yang sukar, ada beberapa persoalan yang perlu aku 'clear'kan untuk kepentingan'career path' aku. dan dari perbincangan aku dengan pihak dan sumber yang dipercayai...aku kongsi bersama dengan kawan kawan.

Persoalan;
1. Adakah 'fast track' ke 44 termasuk Guru Besar semua sekolah rendah atau hanya untuk sekolah rendah A saja?

JAWAPAN:
Syarat untuk dicadangkan ke Gred 44 itu mesti GURU BESAR, SEKOLAH RENDAH DAN BERADA DI DALAM KATEGORI 41 selama 3 tahun. TAK KIRA SKA SKB SKMA atau SKMB

IMPLIKASI:
sesiapa yang tiada syarat ini, tidak layak, jadi kawan kawan GPK..kalau nak masuk fast track ini, sabarlah dahulu, jangan apply lagi 41, tunggu jadi GB baru apply. Jika tidak anda akan masuk ke laluan lambat. sesiapa yang dah jadi Guru Besar, jangan masuk PPD atau JPN atau mana mana bahgian, kerana kalau terlucut gelaran GB anda juga tidak layak.

Persoalan ke 2:
Adakah aku bila menyandang Gred 32KUP41 nanti boleh masuk mana mana sekolah rendah A?

JAWAPAN:
Gred bagi jawatan GB hanya 32, 34 dan 38 [baru baru ini] tidak ada gred 41 atau 44. Jika GB tu rajin belajar dan lulus U jawatannya akan menjadi GB gred 32KUP41 atau GB gred 34KUP41 atau GB gred 38KUP41...selepas 3 tahun berturut turut, semua GB ni boleh di cadangkan ke gred 32/34/38 KUP 44. Pangkalnya tetap gred 32/34/38 hujungnya ditambah KUP41/44 agar dapat menikmati gaji 41 atau 44.

IMPLIKASI
GB jangan sama sekali tukar ke PPD atau JPN atau mana mana bahgian dalam tempuh itu kerana anda akan terlucut dari syarat dalam 'fast track' itu.

Akhirnya aku memilih ke SK Juara sebab
1. Tawaran tu datang dulu
2.Aku dah memulakan langkah
a.enviromental scanning
b.sokongan masy setempat
c.sokongan guru
d.sekolahnya kecil dan tidak sukar mengurus
e.banyak yang aku dapat belajar menjadi GB - semua aspek dan bidang
f.tidak hilang kelayakan ke fast track 44
g boleh ke mana mana sekolah sebaik saja dilantik menjadi GB 32KUP41 nanti setahun dua lagi
h. demografi penduduk dan geografinya sesuai dengan jiwa aku
f.ada BIP sebanyak RM 1000 untuk aku gunakan menyara anak-anak yang ramai dan isteriku hanya seorang surirumah. Biarlah aku bekorban sedikit asalkan mereka bahgia

Namun aku bangga dan bersyukur kerana aku akhirnya ditawarkan ke 34 macam orang lain juga. Tawaran itu adalah bukti, bahawa kalau kita kerja dengan penuh komitmen tanpa merungut, ikhlas saja dan tak berebut nak naik pangkat, tuhan akan beri kita rezeki lebih. Aku tidak menolak tuah dan rezeki itu, cuma aku terpaksa memilih antara dua rezeki...mana yang lebih baik. Malah penolakan aku ke gred 34 sebenarnya di sokong oleh PPD dan JPN . Ini akan memberikan peluang kepada kawan kawan 32 yang lain yang telah lebih lama dan senior ...yang masuk dalam senarai menunggu untuk ke 34 lagipun aku tak perlukan lagi DG34 itu kerana beberapa bulan mendatang aku akan ke GB 32KUP41. Apa yang aku perlukan ialah GB tu saja.

Apa kata kawan kawan? Adakah betul keputusan aku? Semoga kawan kawan dapat membantu aku yang baru ini dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku disini

Sekian untuk hari ini berita yang dapat kita kongsi bersama.

Thursday, February 12, 2009

booking hotel

salam hormat
semoga semua kawan kawan dalam kebahgiaan

menurut cerita, hotel di sekitar tanjung malim telah mula di booking, untuk tujuan konvo, maklumlah..kedatangan kali ini bukan kedatangan sebarangan..datang nak ambil segulung ijazah dipuncak menara gading...tentu bawa anak dan isteri..penyokong terkuat kita dalam usaha kita menggamit bintang dulu.

kepada kawan kawan yang jauh, silalah hubungi yati, kupayee dan shadan untuk booking hotel, dan janganlah cancel pulak bila dah booking...nanti mereka akan malu dan bermasalah dengan hotel. ini sekadar pesanan saja..sapalah aku nak pesan pesan ek.

salam dari jaura, pulau tioman

KEMPEN TURUN BERAT BADAN

Sahabat-sahabat yang dihormati sekelian...

Sebelum bulan puasa lepas saya dan rakan-rakan di IPGM KDRI (Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato' Razali Ismail) kononnya membuat pertandingan tak rasmi untuk mengurangkan berat badan, tapi tak pula menjanjikan apa-apa hadiah. Teringat pula rakan-rakan kita di UPSI tak kurang juga kolestrolnya (maaf). Saya dengan harapan dapatlah mengurangkan berat badan selepas sahaja menyambut hari raya aidil fitri, tapi berat ketika di UPSI adalah 70kg tak berkurang juga.

Bulan puasa dan raya dah berlalu, badan masih lagi gemuk gedempul, melihat rakan-rakan yang masuk bertanding juga semakin besar baju dan isinya. Agaknya bilalah masing-masing dapat menahan nafsu makan supaya badan nampak lebih cantik dan khususnya lebih sihat.

Semalam saya pergi ke Klinik membuat MC (medical checkup) sebagai syarat kemasukan pengajian di UMT pada 15 Februari 09 nanti. Saya rasa amat bersyukur kerana tekanan darah 120/80 dan berat badan telah berkurang 5 kg menjadikan 65kg. dan tak nampak lagi wajah seperti ubi kentang, benjol sana sini.

Rasanya ramai diantara kita dah pun mulai turun berat badan masing-masing kerana kesibukan melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Apa kata kita jumpa nanti tak ada seorang pun antara kita yang kolestrolnya masih tertinggal di dalam badan. (gurau...)

Wednesday, February 11, 2009

Pelik tetapi benar, IAB

Malam td saya semak permohonan kursus IAB online. Ada 4 kursus yang saya mohon. Masih tak puas berkursus dan ke IAB. Bukan begitu, sebab ada kursus yang rasanya perlu hadir. Seronoknya saya bila ada satu yang saya mohon ditulis BERJAYA. Saya klik untuk mencetak surat panggilan. Ternyata betul, surat itu untuk saya, tertulis nama saya. Saya cuba mencetak surat tu, tetapi malangnya printer di rumah saya seperti sudah kehabisan ink.

Pagi tadi, di sekolah, awal-awal lagi saya buka website IAB untuk printkan surat panggilan kursus itu. Alangkah terkejutnya saya apabila ruangan yang tertulis BERJAYA pada malam tadinya, sudah tertulis GAGAL. Tak sampai 24 jam keputusan itu berubah. Saya belum bertanyakan IAB berkaitan perkara itu. Mungkin ada yang tak kena, atau mungkin ada sebabnya.

Tuesday, February 10, 2009

Mengurus kewangan sekolah

Sesi 2009 dah hampir 2 bulan. Semua nampak ok. Mungkin tak ada isu pungutan yuran. Tapi di sekolah sebenarnya macam-macam isu apabila takda pungutan yuran. Ditambah dengan PCG yang lambat masuk, dan janji2 MSSM yang tinggal janji, kononnya nak dahulukan kos untuk acara sukan. Tapi siapalah GB untuk timbulkan isu. Nak dengar pandangan atau nak diajak berbincang pun, jauh panggang dari api. Maksudnya, sebagai GB, u buatlah apa yang patut. Silap, hangpa kena. Tu lah nasib GB.

La ni, bila tak kutip yuran, bayangkanlah apapun terbantut. Duit PCG, kalau masuk awalpun, itu untuk mata pelajaran, bukan boleh guna sebarangan. Contohnya, nak adakan kejohanan olahraga tahunan sekolah, mana nak cari duit untuk tampung kos semua tu. Tahun lepas sekolah kutip bayaran tambahan dan ada vot untuk sukan tahunan. Senang kerja dan banyak boleh dibuat ketika semangat dan momentum tengah memuncak pada awal tahun ini. Ikutkan bebal dan sakit hati, apapun saya tak mahu buat. Mai sekolah mengajar, habis, balik. Tapi dah dinamakan guru dan semangat guru, rasa tanggungjawab dan kasihan pada budak2. Mak bapak mereka, bukan tahu apapun, lagi seronok depa tahun ni tak payah bayar apapun.

Saya merasa sangat sedih dan kecewa. Bukan senang menguruskan kewangan sekolah. Yang kita belajar dengan Ibrahim Tamby Chik itu, hanyalah sebahagian. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan kewangan perlu diuruskan dengan baik di sekolah. Betullah, ada pendapat mengatakan jadi GB, sebelah kaki dalam penjara. Nauzubbilah.

Monday, February 9, 2009

mencari sesuap nasi

salam sejahtera aku mohon pertolongan kawan kawan untuk email kepada aku apa apa saja tentang sekolah . Pengurusan Pejabat, Kurikulum, Koko, HEM, Program, akademik, hem koko dan contoh contoh kertas kerja yang ada dalam simpanan kawna kawan

soprompin@yahoo.com
kembara_kelana@yahoo.com
waibim@gmail.com

kerana sekolah itu agak ketinggalan dan banyak yang ' out of date' yang memilukan hati aku ialah hard disk aku rosak dan aku tak dapat bawak banyak barang dari daratan. kali ini aku merayu kepada semua kawan kawan dapat membantu aku serba sedikit walaupun sebenarnya aku malu nak mintak tolong...[ aku tolong tak per..]

aku cuma mahu mencari sesuap nasi baut isteri dan anak anak aku, dan rupanya rezeki aku kini berada di sebuah pulau ditengah lautan.

bolehkah kawan menolong...? terserah

Friday, February 6, 2009

Sejauh mana GB berkuasa

Saya agak terkilan, jemputan sebagai penceramah di sekolah seorang pensyarah yang juga Naib YDP PIBG sekolah saya, ditolak oleh Pengarah IPGM Kampus Sungai Petani. Jemputan hanya sejam itu, dalam Majlis Iltizam Ibu Bapa UPSR 2009, macam dipersendakan. Menurut pensyarah ini, pengarah minitkan kepadanya, utamakan tugas rasmi. Saya amat terkejut dan merasa diri terlalu rendah dan seperti tiada nilainya. Maklumlah GB di sek rendah. Terdetik di dalam hati saya, tiada kuasakah saya jika saya menolak sebarang permohonan untuk menempatkan guru pelatih di sek saya. Secara undang-undangnya saya berhak menolak siapa sahaja untuk masuk ke sekolah saya demi keselamatan dan kesejahteraan warganya. Tetapi kita masih rasional dan sentiasa melihat semua itu secara lebih positif. Bukan macam pengarah yang merasakan dirinya besar itu. Mungkin dia tak pernah mengajar di sekolah, tak tahu betapa seorang pengurus di sekolah terlalu berat beban tugas dan tangungjawab jika di bandingkan tugas pengarah di IPGM. Kalau sakat nak tulis, utamakan tugas rasmi, sayapun boleh jadi pengarah. Tak perlu fikirkan orang lain.

Sekarang ini, banyak latihan perguruan dibebankan kepada sekolah. Kononnya latihan berasaskan sekolah. IPGM hanya hantar pensyarah penyelia 2 atau 3 kali, budak pelatih ni layak jadi cikgu. Selebihnya dibebankan kepada sekolah. Kadang-kadang pensyarah yang datang ni, tak jumpa GB pun. Mungkin mereka beranggapan mereka lebih hebat daripada guru besar. Saya perdandangan program latihan guru berasaskan sekolah ini perlu diteliti semula. Sebab kita bukan ada masa nak latih dan nak tengok budak2 pelatihnya. Lagi satu, macam2 masalah timbul kerana depa ni bukan nak buat kerja, sebab mereka rasa mereka ni guru pelatih. GB pula takda elaun satu sen pun, untuk menyelia budak2 ni berbanding pensyarah yang datang memantau. Sebut pasal elaun ni, memang gila. Sek dijadikan pusat SBT, pusat tuisyen, cikgu mengajar ada elaun, tapi pengurus pusat tuisyen, satu sen pun takda. Tapi wajib kena menyelia dan uruskan SBT ni. Ini kerja gila. Begitu juga, ppsmi, guru ada elaun, tapi gb dapat 'taik' jika ppsmi dan macam2 di sekolah ini berada pada tahap tak memuaskan. Pada pandangan saya sekolah dah jadi macam pejabat pos, macam2 disumbatkan ke sekolah. Tapi pejabat pos takpa la, depa dapat habuannya.

Sebagai iktibarnya, saya mengajak rakan2 GB semua perjuangkan hak kita. Aku dah buat keputusan akan menolak guru pelatih dari IPGM ni selagi pengarah dia tak hormat aku. Biar dia buat sekolah sendiri untuk guru pelatih dia. Hebat sangat.

Tuesday, February 3, 2009

Tahniah Tengku Adnan & Hassan Embong

Melalui blog Ayahku, khabar gembira, rakan kita Tengku & Hassan Embong akan melapor diri sebagai pelajar sarjana mulai 15 Februari ni di UMT ( Universiti Malaysia Terengganu). Hebat depa ni. Satu sikap proaktif yang sangat positif. Belumpun konvo sarjana muda, dah mula belajar peringkat sarjana dalam bidang kepimpinan pendidikan. Saya masih teringat cerita prof omar ketika kita mula fasa 1, dua tahun yang lalu. Bagaimana digambarkan apabila melepasi tembok antara siswazah dan bukan siswazah, ruang untuk maju seterusnya kembali terbuka luas. Jadi jangan terkejut, satu hari nanti ada di antara rakan-rakan kita yang akan tersohor namanya dalam bidang kepimpinan pendidikan. Apapun kita sangat berharap, networking yang kita telah bina sejak 3 tahun yang lalu, bukan saja akan terus utuh tetapi terus berkembang. Tahniah sekali lagi, Ku dan bang Hassan kita. Rakan2 yang lain mungkin, dalam diam-diam telah mendahului kita. Selamat maju jaya.

Sunday, February 1, 2009

aku bertanya kepada senior

salam semua

semalam aku berjumpa dgn cikgu halim, dia dah konvo tahun lepas. sekarang cikgu halim GB di SK Pianggu, Kuala Rompin.

Kita akan mendapat surat pen detail an mengenai aturcara konvo nanti. Maka kita akan ikut saja arahan dari surat itu. Ringkasannya [ kalau tak bertukar ] mula mula kita daftar, lepas tu kita rehersel, kemudian kita akan mengambil jubah [ RM 80 ] selepas itu kita akan berkumpul untuk konvo dan semasa memulang jubah kita akan mengambil Ijazah di meja pendaftaran...terdapat juga sesi bergambar sebelum memulangkan izajah itu. Gambar akan di pos kemudian.

Che Hassan kata . dia tak excited sangat bab konvo konvo ni, dia kata... yang lebih penting dan patut difikirkan ialah.. apa yang patut kita buat lepas dapat ijazah tu, sejauh mana kita dapat membuat perubahan? ... untuk che hassan yang memang idealistik, memang betullah tu, tetapi istiadat konvo ni adalah satu acara kemuncak yang bersejarah dalam hidup kita, acara ini ada banya maksud yang tersirat di dalamnya ..zahirnya kita ni kena lakukan satu persatu dengan sempurna...sebagai contoh ; tujuan hidup kita ni sebenarnya ialah mencari keredhaan allah...itu pasti..namu begitu kita perlu laksanakan satu persatu acara acara yang di perintahkan setiap hari [ sembahyang ] bulan [ puasa ] tahun [ umrah , jai dll,] dengan sempurna...sebab nak cari redha Allah tadi.. kita tak boleh kata, aku tak excited sangat bab umrah, umrah ni, yang penting aku kena cari redha Allah. Kadang kala fikiran kita jangan terlalu ideal, terlalu terbuka dan jangan juga terlalu tertutup. Tujuan ijazah satu cerita, acara menerima ijazah satu cerita...tujuan dari ilmu yang didapati tu tentu lebih besar lagi...

Dalam masa yang sama apa yang ingin Che Hassan cetuskan jangan pula kita pandang sepi... ada maksud yang mendalam tu[ Maaf san...respon positif pada komen kau ]

Fikiran yang tercetus oleh akal terbatas dan masih memerlukan alat bantu untuk dia [ akal ] bekerja dengan sempurna.

Acara konvo ni di post ke dalam blog semata mata membantu sesama kita mendapatkan maklumat dan menjelaskan kekaburan, kerana ada antara kita yang tinggal jauh dan tiada perhhubungan, mereka mendapat banyak maklumat dalam blog ini.

Aku? Harap semua dalam keadaan sehat dan gembira walaupun aku susah sikit buat itu ini, tak mengapa asal aku puas. Kegembiraan kawan kawan adalah kepuasan aku.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY