Monday, March 30, 2009

PEMERGIAN SEORANG RAKAN SEPERJUANGAN

Saya baru sahaja menerima mesej dari Nafsiah bahawa seorang rakan kita iaitu Sdri Rakiah (full time) telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya ketika hendak menghantar assignment master beliau. Beliau ialah rakan seperjuangan kita ketika bersama-sama kita di IAB/UPSI dan rakan serumah dengan Mona, Norma dan Sharifah ketika di UPSI. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihan serta iringan doa semoga roh beliau dicucuri rahmat serta di tempatkan bersama orang-orang yang solehah.

Wednesday, March 25, 2009

Permohonan DG41 Program PPGB

Kepada rakan-rakan daripada maklumat rakan-rakan GB Kumpulan 4 mengatakan mereka memasukkan 20 Jan 2009 sebagai tarikh menerima Ijazah berdasarkan slip keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh senat UPSI. Rakan-rakan boleh semak slip keputusan. Tetapi tarikh dalam skroll ialah 16 Mac 2009. Untuk maklumat lanjut bolehlah mengubungi SPP atau KPM atau sesiapa yang boleh membantu.

Friday, March 20, 2009

Semangat untuk terus belajar

Dalam hujan lebat lepas konvo 16 Mac yang lalu, ketika saya meredah hujan mencelah2 melalui perpustakaan UPSI untuk mendapatkan kereta di depan Auditorium, saya terserempak dengan beberapa orang pensyarah di ruang legar perpustakaan. Antaranya En. Omar Apai, Sukri Zain dan Dr. Kuan. Dek kerana hujan masih lebat, saya mengambil kesempatan berbual panjang dengan mereka ni. Dengan ucapan tahniah, macam biasa ketiga-tiga pensyarah ni begitu mesra sekali. Kebetulan ketiga-tiganya juga agak rapat dengan saya dan memberi A kepada saya dalam tugasan mereka.

Itu cerita lama, tapi apa yang nak saya kongsi di sini, mereka bertiga begitu bersungguh-sungguh mengajak saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Antara apa yang digambarkan oleh Dr. Kuan, sebenarnya untuk sampai ke tahap itu jauh lebih senang daripada peringkat sarjana muda. Cuma bezanya, perlu berulang alik setiap hujung minggu. Shukri juga turut memberi semangat. Tapi Omar Apai, macam biasa dengan gaya bersahaja asyik bergurau mengusik saya.

Jadi, saya tiba-tiba dihambat semangat untuk cuba meneruskan pengajian ke peringkat itu. InsyaAllah mungkin saya akan cuba.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan, sejak saya grad, rasa hormat dan respect guru-guru kepada saya sebagai GB, semakin baik. Yang penting kita bukan menunjuk-nunjuk, tetapi sebagaimana yang kita belajar, keupayaan kepimpinan banyak bergantung kepada kebolehan dan kepakaran kita dalam menangani apa saja isu pendidikan di sekolah. Hari ini, kita sudah boleh bercakap berdasarkan fakta dan sumber ilmiah daripada apa yang kita belajar. Saya sangat merasa bangga, kita dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda ( Pengurusan Pendidikan ), bukan matematik, bukan sejarah atau lain-lain. Ini bermakna kitalah sepatutnya lebih arif drp pengawai2 ppd dan JPN dalam soal mengurus dan memimpin sekolah. Justeru, saya sangat berharap rakan2 dan semua lepasan UPSI (Ijazah Sarjana Muda - Pengurusan Pendidikan ) mewujudkan satu kesepakatan untuk kita saling berkongsi dan berpegang kepada prinsip pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik di negara ini. Kita bukan lagi GB pada era konvensional, tetapi kita adalah GB yang terlatih. Lebih menarik, kita juga mendapat pengiktirafan IAB melalui Sijil dan Diploma Kepengetuaan (NPQH) yang akan menjadi syarat utama suatu masa nanti untuk semua pemimpin sekolah.

Selamat Maju Jaya.

Thursday, March 19, 2009

TAHNIAH SEMUA

Tahniah kepada semua rakan yang telah menerima dengan rasminya Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Pendidikan) pada Istiadat Konvokesyen ke 11, UPSI. Walaupun agak kelam kabut dek hujan yang sangat lebat pada petang 16 Mac yang lalu, tetapi saya percaya rakan2 begitu merasa puas dan bangga dengan pencapaian itu. Peristiwa 15 dan 16 Mac seperti berlaku agak pantas dan bersahaja. Benar kata pengurus konvo, kelam kabut tetapi tertib. Namun apa yang hendak saya gambarkan di sini, kita semua seperti tidak berdaya untuk berkumpul bersama-sama dan meraikan saat gilang-gemilang itu. Apa yang cuba dianjurkan Usop, untuk bertemu dan bertanya khabar, jauh sekali dari mencapai hasratnya. Masing-masing dengan hal sendiri. Kalaulah berkumpul pun hanyalah sekejap dan dalam keadaan terkongkong. Sekali dalam auditorium dan sekali dalam dewan SITC. Kalau adapun mungkin di rumah Shahdan, atas jemputan makan malam di rumahnya. Itupun saya sendiri tidak berkesempatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pendek kata kita semua dengan agenda tersendiri.

Saya sebenarnya merancang untuk bersama rakan-rakan, mungkin boleh sesi bergambar bersama-sama atau beramai-ramai selepas majlis konvo. Tetapi malangnya, habis saja majlis, keadaan bertukar seperti huru-hara dek turunnya hujan yang sangat lebat. Riuh rendah bukan mencari rakan2 untuk sesi bergambar dan meraikan kejayaan tetapi masing-masing mencari keluarga yang menunggu dalam hujan lebat. Keadaan turut menjadi kelam-kabut apabila sebahagian rakan mengambil keputusan memulangkan jubah secepat mungkin untuk bertolak balik ke halaman masing-masing.

Keesokan harinya, barulah saya sedari bahawa saya tidak sempat mengambil gambar dengan pakaian akademik bukan saja dengan rakan2 tetapi juga dengan anak isteri yang hadir. Saya hanya sempat bergambar dengan usop, itupun jubah telah dibuka. Maknanya saya hanya berharap gambar rasmi yang diambil. Begitulah hebatnya majlis konvokesyen kita, sehinggakan gegak gempita dengan guruh dan petir sabung menyabung menandakan tamatnya satu sesi kehidupan.

Friday, March 6, 2009

majlis makan bersama kumpulan A

salam sejahtera

15 mac ialah harijadi halipah, selmata hari jadi kak pah...bersama kak pah lah aku dan jamal first time datang ke upsi pada 15 ogos 2006 yang lalu...kami makan ikan patin di masjid tanjung malim..
kini 15 mac merupakan persiapan awal konvo kita, lepas lapor diri, kita akan hadir untuk rehersel kat dewan...apakat malam itu kita keluar makan bersama?

apa kata malam tu kita bawa keluarga kita makan di mana mana di tanjung malim, kalau tak setuju tak per, aku akan makan dengan dollah sekeluarga berdua sajalah. Pak lah dengan aku memang special, lagipun isteri aku tak pernah jumpa isteri paklah, aku nak ajak rosli, maklum sajalah..bila di upsi aku dengan rosli ni bukan kawan baik sangat, nak ajak azmi takut dia pun ada program dengan rakan sebilik dia...nak ajak che hassan, nanti dia ajak makan kat kuala lumpur...susah pulak nanti,

aku sangat suka kita berkumpul ramai ramai..sebelum kita balik ke kampung masing masing kemudiannya. aku tetap ajak, tetapi ada orang tak suka diprogramkan..lantaran itu, terserahlah.. yang pasti malam tu sapa rapat dengan aku, aku boleh citer pasal nak mohon 41, nak ke 44 dsbnya...maka aku citer pada pak lah ajer lah...

aku? kat proton city...jauh dari kesibukan..saja relaks kat sana...kan paklah kan.

salam

Thursday, March 5, 2009

tazkirah: azan

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

tazkirah: [ khas untuk ahli yang beragama islam ]

Tuesday, March 3, 2009

Disiplin murid, apa kata hangpa?

Aku meluat setiap kali tengok, dengar dan komen2 pasal disiplin murid. Sejak dulu sampai sekarang tak pernah selesai, dan aku sangat yakin semua sekolah yang ada asrama, ada kes buli dan perkara-perkara yang tak sedap didengar. Baik asrama lelaki, maupun perempuan. Sering kali kita dengar perkara2 yang tak sepatutnya berlaku, tapi berlaku. Yang peliknya, budak2 takut nak buat laporan sebab dua perkara. Pertama takut kepada senior (pembuli) dan kedua, takut kepada guru atau pengurusan sekolah. Maksudnya, apa yang dilakukan oleh pelajar senior seperti mendapat restu atau sudah menjadi pelan strategik sekolah/asrama, kononnya untuk mendisiplinkan pelajar2 baru. Ini memang ya, sebab aku sendiri pernah dengar bila ibu bapa komplain, pengetua dengan nada suara marah kononnya ibu bapa terlalu manjakan anak. Kononnya anak2 perlu diajar menghadapi cabaran begitu (disepak terajang, dibuli oleh pelajar2 yang jahat ini). Aku heran juga, di mana depa belajar cara mentadbir sekolah begini?.

Melihat apa yang berlaku mutakhir ini, aku sebenarnya sangat meluat dengan kerenah KPM dan orang2 yang berkepentingan. Kononnya Pengetua/GB tak pandai pengurus sekolah. (Tapi, mungkin ada benarnya). Tapi janganlah kerana seekor kerbau, habis diterpalit. Buatlah kenyataan dengan berhemah berlandaskan kuasa, undang-undang dan peraturan yang ada. Ukur dan kaji balik, mampukah pengetua dan GB memikul semua ini dengan segala macam tugasan dibebankan di sekolah. (Sekolah macam pejabat pos) Tapi pejabat pos dapat duit. Segala hal kebajikan masyarakat diberikan kepada sekolah. Tugas melatih guru yang dulunya dibuat oleh maktab, dipertanggungjawabkan kepada sekolah. Tugas pusat tuisyen, diberikan juga kepada sekolah. Tugas bagi makan, pakai, sekolah juga tukang urus. Di mana hak dan kuasa sebenar pengetua/GB. Selepas dipertangungjawabkan dengan segala beban, akan diambil tindakan sekiranya, anak-anak (yang lebih baik sedikit drp. yang ada dlm zoo ini) membuat hal. Adilkah ini?

Aku sering mengajak berbincang antara ganasnya israel dengan keganasan yang ada di dalam negara kita. Daifnya rakyat plastine dengan rakyat di negara kita. Ada orang bangga kononnya dia kutip derma untuk plastine (sejauh mana derma itu sampai kpd rakyat plastin), tapi ambil perdulikah kita dengan kedaifan dan kekurangan anak bangsa sendiri dari aspek moral, akal dan tindakan. Fikir2kanlah dan apa kata hangpa?

Monday, March 2, 2009

pak lah GB era baru

salam
lama kita kenal dengan pak lah, dua kali jadi Penghulu kita , la ni jadi GB kat Penang...hangpa tau ka pak lah juga macam kita semua GB era baru dia dah menyediakan dua blog untuk dibaca dan dikongsi maklumat dengan kita

blog sekolah pak lah

dan satu lagi blog peribadi dia

blog peribadi pak lah

jadi kalau ada berita dan idea yang ingin kita kongsi...layarilah link yang aku buat tu

salam

Sunday, March 1, 2009

Tahniah dan Terima Kasih

Pak Lah Penang mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah berjaya dan akan menerima ijazah pada 16 Mac ini. Lita jumpa di sana. Tahniah juga rakan-rakan yang telah mendaftar peringkat sarjana dan yang telah pun memulakan pengajian. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang telah menyalurkan pelbagai maklumat untuk dibaca dan diambl tindakan terutama Usop, Faris, Che Hassan, Yati, Tengku, Halipah, Usop Muar dan yang lain-lain kerana aktif menyampaikan maklumat... terima kasih.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY