Friday, April 24, 2009

aku dan zainal


aku huruf Y dia huruf Z
aku dan dia selalu bergurau...namun dia dan aku tak pernah pernah kecik hati
satu hari dia nampak aku pakai towel..dia kata..badan aku tak ada potongan lansung...aku tunggu 8 minit....aku jengah pulak bilik dia...dia dan aku ketawa..sebab masa tu dia pun tengah pakai towel...badan kami berdua memang dah tak ada potongan lansung
dia penghulu yang berucap di IAB dulu
dia adalah Zainal
kawan dan musuh aku sekali gus

zainal...nilah keadaan kau sekarang
peluk belon

Tuesday, April 21, 2009

Terima kasih Faris

Ptg semalam saya berkesempatan bersama Faris di Kajang krn menghantar Surat Tawaran belajar IAB/Upsi yg tidak saya sertakan sebelum ini. Kesempatan berkursus di IAB saya ambil untuk ke Kajang bersama Uspo Sipan yang juga berkursus. Sempat juga kami pekena satay kajang. Apa nak saya perkatakan di sini, usaha yang telah dilakukan Faris. Sembang2 dgn dia, katanya dia menerima sambutan baik drp rakan2 A & B. Cuma masih ada rakan2 yang tak ambil kesempatan ini. Telahan kami mgkin ada yang tak dapat maklumat. Jdi kepada rakan2 yang dpt maklumat, cuba2lah hubungi rakan2 yang lain. Usaha yang baik, macam Faris ni pastinya diberkati Allah. Terima kasih Faris.

NPQEL

Dulu NPQH, tapi hari ini NPQEL. Semalam sebahagian para pemohon telah menjalani pentaksiran di iab induk dan mereka dijangka masuk menjelang Jun. Saya sempat berbual dengan rakan2 pensyarah tentang kelebihan NPQEL. Yang saya dapat ternyata NPQEL ni katanya lebih baik. Antaranya, para lulusan tidak perlu lagi mengambil PTK. Saya bertanya bagaimana halnya dengan NPQH? Mereka menjelaskan, SPP telah menolak permohonan untuk NPQH, jadi sebab itulah IAB telah mengubah kurikulum kepada NPQEL. Maksud NPQEL ni saya masih belum jelas.

Monday, April 20, 2009

Kembali ke IAB

Saya dan beberapa rakan PPGB kembali ke iab berkursus ICT. Tujuan saya mohon kursus ni untuk mendapat sebanyak mungkin maklumat tentang pengurusan ICT di sekolah sebab saya sedang bangunkan pengurusan dan perkhidmatan ICT di sekolah.

Melapor diri ptang ahad kelmarin agak nolstagia kerana kita lama di iab. Tapi menariknya ada sedikit perubahan di iab induk ni. Di tiap2 bilik sudah dilengkapi dengan TV dan set pemanas air. Kira oklah tu. Tapi, makan nampaknya tak banyak berubah. Biasalah, bila dinamakan asrama itulah gayanya. Apapun matlamat saya dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang ICT. Saya diperli Usop rompin, bahawa saya tak pandai2 lagi ICT ni. Memang betul, sejak dulu sampai sekarang masih terkial2, maklumlah tak pernah belajar secara formal. Tapi Usop banyak membantu saya dalam ICT, wpun dari jauh dia tetap bantu saya bila2 masa. Harapan saya juga, rakan2 pemimpin sekolah, cubalah bangunkan sekolah menggunakan ICT ke tahap terbaik. Bukannya suka2 dan syok sendiri. Buatlah sesuatu supaya sekolah kita bergerak seiring dengan kecanggihan teknologi. Melalui blog ini juga saya harap kita dapat berkongsi apa juapun untuk pembangunan diri dan sekolah.

Sunday, April 19, 2009

Bertemu Penyelia

Pagi tadi saya bertemu Dr. Mohd Munir, penyelia saya yang sangat baik. Dalam pada tu pun saya tetap menghormati beliau sebagai Tok Guru. Saya kena ubah lagi tajuk kajian kerana tidak menepati tahap. Hai..! begitulah cari nahas belajar lagi. Tapi, segala cabaran akan kuharungi sehingga mencapai apa yang dihajati. Pendek cerita tidak sesenang yang disangka, di mana saya kena lalui jalan yang sukar juga kerana ada beberapa perkara yang perlu di isi dalam dada ini, seperti ilmu statistik. Pengisian demi pengisian ilmu dan kemahiran sentiasa diisi agar memenuhi apa yang diperlukan dalam menghadapi pengajian ini. Semoga ini menjadi renungan kepada kita semua.

Saturday, April 18, 2009

ralat pada kiriman hard copy pada faris

sila ambil tindakan seterusnya

Kumpulan A

1. Norhayati Rasul - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
2. Yusof Mohamad
3. Azmi Din
4. Hassan Embong
5. Halipah
6. Tengku Adnan
7. See Hock Chuan
8. Soh Meng Choon
9. Maaruf Abas
10. Teah Hak Boon
11. Teo Ah Heng
12. Nafsiah
13. Aphong - Tiada Ijazah
14. Siti Dayang - Tiada Sijil Perguruan
15. Alias
16. Che Hassan - Tiada Surat Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan IAB
17. Jamaluddin Ab Karim
18. Shahrin Ab Manan

yang lain?

Friday, April 17, 2009

hari akhir hantar dokumen pada faris

en faris menetapkan 17 hb april ini hari terakhir pada sesiapa yang berhajat nak hantar ke bahgian sumber manusia KPM secara bundle. selepas itu sila terus saja pos ke sana..pada alamat yang telah di berikan dalam entri sebelum ini.

semoga semua berjaya...

Thursday, April 16, 2009

guru

guru
kalau nasihat
sentiasa memberikan harapan,
kamu kalau boleh jadi pengarah
walau dia sendiri hanya' saya yang menurut perintah'
kalau ajar
yang di ajar,
kamu semua mesti boleh pandai
walau anaknya sendiri tak sempat nak selak bukunya,
kemana pergi
walau kota dan desa
tetap di cabar oleh kerenah hati manusia

kini
dunia semakin cacamarba
banyak pesta banyak dosa
makin ramai anak tidak berbapa
mkin ramai penunggu rumah orang tua tua
banyak cerita diputih terpalit dosa
semakin menjadi pemimpin yang gila kuasa
anak muda suka berleka tidak terkira

padahnya jika
anak murid lupa pesan gurunya

Tuesday, April 14, 2009

Teringat Dr Malik

aku teringat dr malek. pensyarah yang hebat dalam sentuhannya memberikan kita makna yang tersirat dalam ilmu kaunseling. dari guru biasa mengajar sains paduan...PPAR Sains menukar haluan menjadi kaunselor dan berikan syarahan bermakna...sangat sesuai untuk pelajar dewasa macam kita...malah ada antara kita....heiii..geramnya tengok dr malik...amboi sampai ada geng gila tersentuh hati dan berdebar jantung bertentangan dengan suaranya yang lemahlembut, senyum dan gaya pakaian dr malik

geng lelaki? asyik dan khusuk...termasuk aku. aku benar kagum dengannya dan setiap sms aku kepada dr malik, tak pernah beliau tak balas dan malah memberikan respon hingga sekarang..

menjadi idola aku dan mencondongkan minat aku dalam ilmu psikologi..setelah dilanda ribut oleh pensyarah yang satu lagi. begitulah kalau guru berketrampilan anak murid akan mengikut sama..ramai score A dalam kaunseling dan aku yang buta bab bab kaunseling ni, pun dapat A dalam subjek itu

semoga Dr Malik terus hebat dan kami semua berterima kasih kepada dr malik. Dr kesayangan kami.

Jumpa Penyelia di Kedai Kopi

Pagi ini seperti biasa saya dan rakan sekerja menunaikan nafsu makan pagi kami di warung yang berada di sekitar Institut. Sedang enak menjamu selera nasi lemak berlauk daging rendang, sambal bilis, telur, popedom dan kadang jawa beserta kopi radix (mari secawe!), tiba-tiba datang satu sebuah kereta menuju ke arah kedai kopi tempat kami makan. Terdetik rasa seronok dan malu melihat salah seorang daripadanya adalah penyelia saya iaitu Dr. Mohamad Munir dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya bangun tanda hormat dan bersalaman dengan semua pensyarah-pensyarah dari UMT berkenaan. Kemudian Dr. Munir menghampiri saya untuk menyatakan sesuatu, saya mempersilakan beliau duduk dan saya duduk bersebelahannya. Lalu beliau bertanya tentang progres belajar dan memaklumkan bahawa beliau mahu melihatnya progres literaturepada minggu depan untuk di bawa ke mesyuarat senat memaklumkan prestasi pelajar. Saya tersipu-sipu malu kerana progres tak seberapa, hanya peringkat literature (2 muka surat). Walau bagaimanapun saya tidak berasa stress sepertimana berjumpa dengan pensyarah penyelia projek di UPSI, di mana Dr. Munir ini sangat 'cool' dan sangat baik orangnya, tetapi dalam kebaikan itu saya kena jaga juga prestasi belajar saya supaya maruah kita sebagai seorang pelajar dan menjaga nama baik penyelia tidak terjejas.

Setakat ini dulu kerana ada tugas dokumentasi sempena Hari Guru 2009.

Monday, April 13, 2009

aku rindu pada belajar

aku rindu pada belajar...suasananya dan seronoknya menimba ilmu...aku suka belajar tapi rehat kejab untuk stabilkan keadaan..sesiapa nak buat master bulan 11 nanti..jom...kita sambung semula.
kalau tak ada..aku pergi sorang sorang...sebab aku memang suka belajar

Sunday, April 12, 2009

Macam macam ragam cikgu kita

macam macam ragam

ada orang masih tak kisah nak key in e permohonan...allaaa...biarlah dulu.
ada orang sibuk mesyuarat Jabatan dan PPD kesana kemari...sampai kata....alamak lupalah.
ada orang, ok ok ok ..i dah isi...no problem...
ada orang...sorrylah bang, line internet tak power....aku mintak maaflah...
ada pulak...aku nak nunggu jadi GB dulu, i want to give myself one year...
ada kata....i nak nunggu kenaikan gaji...baru lulus ptk
ada yang kata...eh yer ker...?? ok ok ok aku isi...kau tunggu yer..
ada lansung tak ambil tau..baca blog pun tak mahu, nak sms pun tak mahu
ada yang...terhegeh hegeh nanya...hello kawan, dah isi ke belum...

pendek kata 53 orang dalam group kita maka 53 ragam lah jawabnya...yang aku pulak? perasan macam jadi penghulu lagi...hati tu nak nolong jer orang...dah memang sikap semula jadi suka tolong orang...sampai makan hati. dah elok...tolong lagi...seronok nolong orang ni..sian ker dia. pointer tak setara mana pun...it pun dapat B jer asmara kasi..yang aku nak nolong tu...A bulat bang, A bulat. tak malu betul aku ni yer...macam nak ajar itek berenang...[ aku ketawa seorang ]

kawan kawan..
sebenarnya situasinya begini...
ada dua jabatan yang uruskan kita...untuk memohon ke jawatan/gred baru dari 32/34 ke 41 pertama SPP. spp akan uruskan proses temuduga dan perlantikannya....yang ni kena isi borang cara online....

[.ehhh tanya pulak...sop macamana ek nak isi online?.....aku pun jawab...mula mula buka komputer...tekan suis on, dah siap...pastikan ada line internet..dah? dah...lepas tu klik i.e..hah i.e? apa tu? i.e tu ialah internet explorer..yang ada huruf e awarna biru tu atas kepala e tu ada lilit serban biru...hahhhahh..ok..ok.. lepas tu....tut tut tut...habis credit...top up lagi..]

pihak kedua ialah BSM...apa bsm tu? bahgian sumber manusia...mereka nilah yang menguruskan kita punya penempatan, kenaikan pangkat dsb..of coz lah depa nak bukak fail. maka yang ni kena hantar hard copy...buat surat litup, berikan maklumat diri dan hantarkan salinan ijazah, sijil/diploma dan surat tawaran ppgb...maka nak mudah kan cara..kawan kita abang abu dan abang faris sanggup kumpulkan dan hantar secara berkelompok....cara bundle kata faris...teringat aku kedai bundle kat pekan sehari rompin...hahahaha

[ kena hantar ke? kata tak payah hanyar? kena ...yang tak payah hantar pada spp...pada bsm kena hantar...lah dulu kata tak payah...( kena marah pulak) yer lah dulu kita semua tak faham..lepas faris jumpa pegawai..dia orang kata kena hantar...itulah namanya perkembangan baru...awat..apasal hang tak habaq...bacalah blog bang, alamak....tak kan aku nak bacakan untuk hang....ya ya....tut tut tut..habis credit lagi......]

itulah antara pelbagai ragam dalam group kita. lalu aku terpikir...aku ni, sedang buat kerja apa ek?....hai entahlah cikgu..cikgu....ikutlah kau orang...kerja aku pun berlambak kat sekolah...faris juga pernah meluahkan perasaan yang sama pada aku...namun kami akhiri dengan ketawa.. dan sama sama rumuskan...tak perlah faris..tak per lah sop..kita tolonglah dia orang...dan faris lebih banyak menyimpan saja dalam hati... aku? agak brutal sikit.... kadang kadang.

namun aku bagi pihak diri aku dan kawan kawan yang lain yang mudah faham dan berkerjasama mengucapkan jutaan terima kasih pada faris dan abu serta adli kat sana..dan layanan dari kawan kawan yang sebahgian besarnya masih...mampu untuk menari dgn rentak lagu nyang dimainkan...

setakat ini..aku beres...saja jer aku nak cerita...guraugurau dibawah tajuk macam macam ragam ni.... anyway selamat kerja dan selamat membuktikan siapa kita....dan ilmu yang ada tu untuk berlagak ke untuk mencari keredhaan tuhan? lu pikirlah sendiri mamat...bedah...adios..

Saturday, April 11, 2009

Terima Kasih

Pak Lah Penang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan kita Sop Rompin, En. Faris, En. Abu dan yang lain-lain yang telah menyalurkan maklumat kepada kita semua melalui blog ini. Aku ni tak pandai menulis... kalau menulis pun direct to point. jangan marah ye... Terima kasih.... terima kasih.

TINDAKAN SEGERA...

SEMUA KAWAN KAWAN DARI KUMPULAN A YANG INGIN MENGHANTAR SECARA BUNDLE SURAT KEPADA BAHGIAN SUMBER MANUSIA SILA BERTINDAK SEGERA...

BACA DAN FAHAMKAN POST DARI FARIS INI....

Saya dan saudara Abu Kassim telah cuba mendapatkan lagi maklumat dan ini adalah maklumat terbaru yang perlu tindakan lanjut rakan2.
1. Sila buat surat cover letter seperti format di bawah.
2. Lampirkan dokumen2 yang diperlukan iaitu 2 salinan ijazah, 1 salinan sijil/diploma perguruan dan 1 salinan surat tawaran IAB.
3. Sila poskan kepada saya di alamat berikut :
AHMAD FARIS BIN JOHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
4. Saya dan saudara Abu akan kumpulkan dan hantar dalam bundle ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) semua dokumen yang rakan2 hantar kepada saya.
Seperti biasa jika ada yang nak buat urusan secara sendiri tiada halangan. Bagi tugasan ini saya mohon kerjasama rakan2 untuk menghantarnya kepada saya selewat2nya pada 17 April 2009. Segala maklumat lanjut boleh hubungi saya. TK.


CONTOH SURAT LITUP.....

Nama dan Alamat

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tarikh :

Setiausaha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1-5, Blok E12, Parcel E
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p. Puan Rosaliza)

Tuan,

Salinan Dokumen Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB) IAB-UPSI Tahun 2006-2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman dan pengetahuan pihak tuan, saya telahpun tamat belajar pada bulan Ogos 2008 dan menghadiri istiadat konvokesyen pada 16 Mac 2009 serta telah membuat permohonan secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

3. Bersama-sama ini saya sertakan salinan dokumen berikut untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan. Dokumen-dokumen tersebut ialah :

2.1 Dua (2) salinan Ijazah (disahkan)
2.2 Satu (1) salinan Sijil/Diploma Perguruan (disahkan)
2.3 Satu (1) salinan Surat Kebenaran Belajar (disahkan)

4. Segala maklumat dan urusan lanjut bolehlah menghubungi saya di maklumat berikut :

3.1 Nama Penuh :
3.2 Alamat Pejabat :
3.3 No. Tel. Pejabat:
3.4 No. Tel. Bimbit :
3.5 Alamat Emel :

5. Semoga semua salinan dokumen tersebut dalam penerimaan pihak tuan. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Friday, April 10, 2009

kenangan lama bermain di mata


sahabat baikku, azmi...sentiasa melapangkan masa kalau kita ke langkawi...aku amat terhutang budi dan berterima kasih dengan azmi sekeluarga


bersama tengku adnan di kuala trengganu



dengan abang hassan embong...yang kreatif dan sentiasa menambah baik...

Thursday, April 9, 2009

MEMULAKAN LANGKAH KE HADAPAN

Dua hari lepas saya berjumpa dengan dua rakan pensyarah tempat saya bekerja ia itu En. Amidin (Ketua Jabatan Pengajian Melayu) dan boss saya Pn. Marini (KU Pusat Sumber). Encik Amidin menjelaskan kepada saya apa yang saya telah hantar kepada UMT tempoh hari bukannya proposal sebenar (itu merupakan seperti penjelasan ringkas tentang proposal sebenar) lebih kurang gitulah maksudnya. Dia memberitahu sehingga saya faham bahawa proposal sebenar ialah bermula Bab 1 (Pengenalan), Bab 2 (Tinjauan Literatur) dan Bab 3 (Metodologi) kemudian berhenti dulu. (pastikan buat bab 1 dulu kemudian 2 dan 3) ikut turutan. Kemudian hentar kepada penyelia untuk disemak. Jika penyelia berpuas hati barulah pergi kepada Bab 4 (Dapatan Kajian) dan Bab 5 (Perbincangan dan Rumusan). Bab 1, 2 dan 3 itulah dipanggil proposal. Manakala Pn. Marini pula menjelaskan kepada saya lebih terperinci mengenai pengisian setiap bab.

Hassan Embong dah mula pening kepala apabila saya menceritakan apa yang perlu dibuat. Saya berbincang dengannya bahawa memang susah, tetapi kesusahan itu boleh diatasi dengan peningkatan ilmu dan kemahiran yang kita timba setiap hari. Kita perlu tahu sumber rujukan samada orang, buku, internet dan sebagainya akan memudahkan kerja buat kita hari ini. Dengan penuh harapan agar program master ini menjadi kenyataan, iaitu "Master" dalam bidang Pengurusan Pendidikan, khususnya dalam menceritakan "Educational Leadership".

Esok saya dan Hassan akan mengikuti kursus Penyelidikan selama dua hari di UMT sebagai pelengkap diri dalam mengharungi arus pembelajaran yang agak mencabar.

begini ceritanya.....

aku dah mula dah blogging...terpaksa aku tamatkan cuti ber blogging sebab ada beberapa perkara penting yang boleh kita share bersama...hati aku tak tahan membiarkan perkara yang penting ini aku tahu seorang dan beberapa orang saja...sifat suka berkongsi dan berkawan dalam lubuk hati aku amat kuat sekali...

malah banyak kisah pahit manis serta berita ceria gembira berlaku di sekitar kita..

ok jumpa nanti

Monday, April 6, 2009

MEMULAKAN KEMBALI SEMANGAT BELAJAR

Tadi baru saja saya terbaca komen Che Hassan OS terhadap "new post" berkaitan "Lembu dan Tuannya" dan minta saya ceritakan mengenai perkembangan proses belajar di peringkat master. Saya malu nak cerita mengenainya kerana belum mula lagi, apatah lagi nak berjumpa dengan penyelia. Semasa permohonan tempoh hari saya dah hantar proposal awal yang ringkas untuk melayakkan diri ke program berkenaan. Tapi setelah daftar pertengahan bulan Februari lepas tak buat apa-apa lagi, kecuali berfikir bila nak mula. Yang bagusnya apabila Che Hassan dan boss saya bertanya mengenai perkembangan belajar saya pagi ni, barulah berubah persepsi saya daripada hanya berfikir kepada bertindak. Tanpa membuang masa saya terus mencari buku di perpustakaan (kebetulan memang bekerja di bawah bumbung perpustakaan institut pun) dengan berbekalkan 22 senarai buku yang telah diperolehi melalui sistem OPAC saya terus menuju ke rak-rak yang diperlukan dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran mencari maklumat serta kefahaman tentang Sistem Perpuluhan Dewey mempercepatkan pencarian saya itu. Sekarang di tangan saya dah ada 10 buku (semuanya dalam Bahasa Melayu), tak apa buat masa ni baca yang BM dulu lepas ni cari info yang lebih mencabar dalam BI pula. Ok, sebenarnya pihak universiti telahpun memberi panduan bagaimana proses belajar sepenuhnya membuat thesis ni. Panduan yang diberi dahpun di baca. Ceritanya lebih kurang satu proses dalam carta aliran, jika tidak melepasi yang dikehendaki akan patah balik semula seperti kita belajar dalam subjek Perancangan Strategik dulu. Sempat saya bersembang dengan seorang pensyarah UMT di surau taman perumahan, beliau beritahu jika kita punya progres thesis kita tu 'slow' mereka akan bawa ke Senat untuk dibincangkan. Rasanya taklah sampai ke tahap tu.

Untuk memberi semangat kepada diri sendiri dan kawan-kawan, bahawa belajar peringkat master ni hanya satu perkara saja, berbeza dengan apa yang kita belajar di peringkat ijazah..berpuluh-puluh. Sudah pasti yang satu itu senang kita kawal. Insyaalah.

Sunday, April 5, 2009

Memilih pemimpin dan jadi pemimpin

Di N25 Bukit Selambau ( kawasan kediaman saya) yang sedang rancak untuk proses memilih pemimpin menggambarkan kepada kita betapa penting pemimpin terutama untuk memastikan negara stabil dan berkembang maju. Peluang untuk memilih bermakna adanya demokrasi. Dan peluang ini harus digunakan sebaik mungkin untuk memastikan orang yang dipimpin dan memilih itu dijaga dengan baik dalam semua aspek keperluan dan hak sebagai warganegara.

Proses pemilihan pemimpin terdapat dalam banyak perkara yang melibatkan kehidupan kita. Ini termasuklah pemilihan kita sebagai pemimpin di sekolah. Kita sebenarnya bukanlah bernasib baik kerana untuk sampai ke tahap ini kita telah melalui berbagai proses. Tidak kira di mana kita, sebenarnya kita adalah sebahagian daripada pemimpin. Jika kita merasakan kita sebenarnya bernasib baik kerana 'terpilih' sebagai pemimpin, kita seharusnya kembali ke pangkal jalan untuk menilai diri adakah kita benar-benar layak sebagai pemimpin. Kerana kita mungkin bukan dipilih ramai seperti dalam pilihan raya untuk meletakkan kita pada tampuk no 1 atau no 2 di sekolah. Kajian menunjukkan tidak semua pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin sejati atau mempunyai karisma untuk mempengaruhi pengikut yang terhad itu. Wpun dalam ruang lingkup yang kecil, kekuatan dan kebolehan pemimpin menjadi faktor utama kemajuan organisasinya.

Apa yang sering kita dengar jumlah pemimpin yang benar2 berkesan adalah terlalu sedikit. Ini terbukti sebagai contoh berapa buah sekolah yang kita dengar benar2 cemerlang dalam semua aspek pendidikan. Pemimpin sekolah silih berganti, tetapi sekolah tidak banyak berubah. Kepimpinan di sekolah dilihat sebagai lebih menjurus kepada keperibadian seseorang pemimpin, bukan menjiwai keperluan subordinat yang dipimpin serta output yang bakal dilahirkan. Hasilnya kita dapat lihat perkara-perkara yang wujud di sekolah menunjukkan ada pengaruh dari segi jantina, minat, cita rasa dan latar belakang pemimpin sekolah. Kadang-kadang apa yang dibuat dan diwujudkan di sekolah tidak banyak memberi manfaat kepada warganya walaupun menelan belanja yang banyak. Sebagai contoh menyediakan hiasan bunga2 tiruan di pejabat dan di bilik2 tertentu, sebenarnya tidak banyak memberi impak kepada keberkesanan sekolah seluruhnya. Saya sering membandingkan pejabat atau bilik GB di sekolah dengan ruang pejabat swasta atau di sebuah bank. Cuba bezakan keberkesanan fungsi dan matlamat yang dicapai antara keduanya. Inilah yang dikata kebijaksanaan mengurus dan memimpin. Saya percaya kita semua merasa sangat selesa ketika berurusan di bank walaupun mereka tidak menghiaskan bunga-bunga plastik di premisnya.

Pendekatan mengurus organisasi banyak bergantung kepada kreativiti dan sensitiviti yang mendalam seseorang pemimpin dengan persekitaran serta latar kehidupannya. Ini termasuklah nilai-nilai dan pengangan yang dibawa mereka sama ada lebih bercorak individu atau kesejagatan yang sesuai dengan keperluan organisasinya. Wpun pemimpin itu dilatih dan telah diiktiraf dengan anugerah sijil atau kelayakan akademik dalam bidang kepimpinan, ia masih belum cukup untuk meletakkan mereka pada satu garis pertemuan yang seimbang kepada keperluan sejagat. Lalu berlakulah yang dipanggil 'kecelakaan organisasi'.

Begitulah juga dengan apa yang berlaku di dalam kepimpinan negara. Wpun ianya dipilih ramai, tetapi ruang dan peluang untuk memilih dirasakan terlalu terhad dengan kongkongan dasar dan peraturan tertentu. Sehinggakan berlaku banyak krisis yang dilihat sebagai kecelaruan terhadap keupayaan pemimpin dengan cita rasa yang dipimpin.

Apa yang cuba saya kupaskan di sini, mungkin boleh kita diskusikan mengikut sudut pandang yang berbeza. Namun kita harus sedar keperluan persekitaran, kesejagatan dan hak semua dalam mendapatkan yang terbaik terutama pendidikan melalui institusi yang kita pimpin harus menjadi agenda utama bukannya lebih bersifat kepuasan peribadi.

LEMBU DAN TUANNYA

Setiap hari tuan lembu membawa lembunya ke padang ragut untuk memakan rumput. Pada suatu hari tuan lembu berfikir sesuatu tentang diri dan lembunya. Lalu tuan lembu bertanya kepada lembunya, Bu Bu kau makan tak? Makaaan...jawab lembu. Bu Bu kau minum tak? Minuuum....jawab lembu. Bu Bu kau tiduuur tak? Tidur....jawab lembu. Bu Bu kau kahwin tak? Kahwiiin....jawab lembu. Soalan terakhir.....Bu Bu kau sembahyang tak? Tak sembahyaaang.....jawab lembu. Lalu tuan lembu membalas dengan selamba... Aku pun tak sembahyang juga he he!!

Moral of the story is; Tuan lembu itu samalah dengan lembunya.

Wednesday, April 1, 2009

Jadikan yang terbaik

Saya agak terkilan bila Usop berehat menulis di blog ini. Tapi saya yakin dia akan kembali. Berbloger pada saya merupakan satu seni menulis yang jarang disukai ramai. Ia memerlukan perhatian, sensitiviti dan kebolehan mengarang yang tinggi bukan saja untuk melahirkan idea tetapi juga menyusun bahasa agar pembeca memahami apa yang ditulis dan tidak menimbulkan polimik yang mengancam mana-mana pihak. Jujur saya katakan di sini, saya sangat menghormati Usop dengan kemahiran ICT dan seterusnya mewujudkan blog ini sejak kita masih lagi berkuliah di UPSI. Harapan beliau agar blog ini dimanfaatkan bersama sebagai insan pendidik dan pemimpin pendidikan seharusnya dipuji. Walaupun kadang-kadang tulisan usop merupakan monolog diri, tetapi ada yang boleh kita jadikan iktibar sebagai pendidik dan insan biasa di dunia yang fana ini.

Namun apa yang berlaku sehingga saat ini, blog ini masih jauh untuk mencapai matlamat yang mungkin itu dihasratkan usop. Wpun ada komen2 menarik dan kadang2 mengjengkelkan itu. tetapi itu masih lagi tidak menunjukkan adanya minat yang mendalam rakan2 ppgb untuk berkongsi pengalaman, kebolehan dan kepakaran terutama tentang bidang tugas yang sama kita tempuh di sekolah dan dunia pendidikan. Mungkin silapnya usop tidak membuka peluang rakan2 lain untuk menjadi constributor bagi merancakkan cerita dan entry pada paparan yang baik ini. Justeru harapan saya, rakan2 berminat bukan saja untuk memberi komen tetapi juga untuk menulis di sini.

Mohon usop memberi kesempatan kepada rakan2 yang lain sebagai rakan constributor. Harapan saya, jadikanlah blog ini, yang terbaik sebagai medan perkongsian rakan2 pemimpin pendidikan. Mungkin melaluinya jugalah kita sentiasa berhubung dan seterusnya sentiasa 'direunion' sebagai kolompok terbaik pemimpin pendidikan negara.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY