Wednesday, April 28, 2010

Plan Hari Pencen

Tak lama lagi kita akan pencen. Mungkin sampai mungkin tidak. harap harap kita sampai ke hari akhir kita bekerja. Apa kata kita tukar tuka pendapat dalam Cbox, apa yang perlu kita buat lepas kita pencen. aku pencen 17 Jun 2019...aku ada 98 bulan saja lagi . Selepas itu dunia pekerjaan akan ucapkan selamat tinggal

Aku tak ada kebun , aku tak ada harta pusaka berekar ekar...aku hanya kembara kelana, menumpang kasih mertua, tanah isteri dan rumah yang ada ni pun aku dah hadiahkan pada isteri aku...aku cuma ada pencen saja nanti..so aku plan menjadi pensyarah sambilan atau bebas. Di Mentakab ada OUM harap aku dapat kerja kat situ masa masa pencen esok atau mana manalah...sebab tu aku sambong belajar lagi supaya otak aku terus kerja dan berfikir. Lagi pun orang yang menuntut ilmu di kira fisabillilah....bukan kejar dunia makruof...mereka ialah fisabillillah...yang duduk rehat tak buat apa apa tu baru dunia...hahahahahha gurau je rop..

So? dah pencen kau orang nak wat apa..? Jom sembang dalam c Box

Wednesday, April 21, 2010

Jawapan pada siapa pertikai kerja hari sabtu

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2005 PELAKSANAAN BEKERJA LIMA HARI SEMINGGU.

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2005 yang bertajuk Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2005. Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut pelaksanaan Lima Hari Bekerja akan dapat memantapkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan pembelajaran dan pembangunan diri sepanjang hayat.

2. Kementerian Pelajaran turut mengambil maklum bahawa terdapat banyak program pendidikan yang bersifat akademik dan kokurikulum yang perlu dilaksanakan dalam usaha membangunkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

3. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 4/2005 telah bersetuju bahawa:-
3.1 Sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja hendaklah meneruskannya dan,

3.2 Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk mekalsanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.

4, Kerjasama Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengenalpasti sekolah-sekolah yang menghadapi masalah untuk melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam tempoh lima hari bekerja dan memaklumkan kepada Bahagian Sekolah supaya langkah-langkah perlu boleh diambil dengan segera untuk mengatasi masalah tersebut.

5. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggung-jawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran daerah/Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato/Datu/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ada GB panggil cikgu kerja setiap sabtu....ada pulak cikgu pantang dipanggil kerja pada hari Sabtu.....macam macam

Kongsi kongsi


Raseli, Hj Lias dan Halipah adalah antara kawan kita yang dinaikan pangkat pada Januari dan Februari baru baru ini. Sementara Dayang pula jadi GB 32 dan semasa interview dia disuruh tunggu 34 dahulu baru key in 41. Dan akhir sekali ada kawan kita yang masih tak key in 41 sebab nak menanti 34. So ada beberapa masalah. Namun kes 3 sahabat kita, Y.U Late, Hj Lias Maran dan Lipah Ikan Patin ni yang aku fokus dalam entri ini.

Harap gunakan CBox untuk bertukar pendapat dan pengalaman untuk dikongsi. media yang murah dan mudah..cuma akses internet dan berikan pendapat disitu. Halipah mungkin ada yang boleh dikongsi maklumat dari JPN, macam raseli.

Terima kasih pada pengguna c box. Kalau ramai aktif aku tak jadilah tutup blog ni, kalau pasif je...maka eloklah ditutup.

Aku ? Sakit gigi dan selsema...sorry...aku rindu senyuman sidia...

Saturday, April 17, 2010

Perjalanan Seterusnya


wajah kita menanti dg 44

kah kah kah kah...



Terima Surat Tawaran
'
'
Pergi buat medical check up
sain akujanji
buat suart sumpah
jawap tawaran tu
isi borang tapisan keselamatan
'
'
hantar ke JPN dan SPP
'
'
tunggu...
'
'
terima surat lantikan
boleh buat perubahan gaji
'
' terima surat tapisan keselamatan
'
'
buat pengesahan jawatan
'
'
tunggu lagi....
'
'
sah jawatan
'
'
daftar ptk dan
'
'
bila lulus PTK,
'
'
isi borang 44....
atau mungkin dah pencen....
nasiblah
'
'
duduk sekejab
'
'
PENCENLAH KITA

Friday, April 16, 2010

Pos Laju

Aku dah pos laju......sampai ke SPP...menanti lantikan dan kemudian daftar PTK 41 serta induksi...menanti 44 lama lagi aku lanjut peringkat sarjana....nanti 44 sampai, sarjana pun dapat. Lepas tu...entahlah...aku suka ilmu....itu pasti, aku suka suasana orang berilmu . Kawan kawan jangan tangguh lama lama...pat pat nya sapa cepat di cepat dapat jawapannya...

Tuesday, April 13, 2010

Kursus di IAB 2010 ke 2: Pengurusan Projek

Buat projek ke? Apa projek sekarang? Projek diri dia ler tu....Istilah Projek ni dah macam macam kita dengar, namun yang paling kita tak mau dengar...projek terbengkalai...Macamana nak mengurus projek? Jom sama sama kita kursus Pengurusan Projek di IAB. Aku akan hadir disana pada 11-14 Mei nanti....menghirup nafas di udara segar di pergentingan....

Kalau yang ada di UPSi tu, jomlah ke batang kali kita minum minum....khas untuk che hassan...se, aku nak jumpa mu..nak seduttt..

Sunday, April 11, 2010

Pengalaman menamatkan satu semester program master di UPSI

Saya ingin berkongsi dengan rakan2 pengalaman saya menamatkan satu semester pengajian di peringkat master. Seronok rasanya. 2 hari yang lalu menduduki peperiksaan akhir semester merupakan pengalaman baru bagi saya, berbanding PPGB yang lalu. Kami dikumpulkan di Dewan SITC dengan semua pelajar master pelbagai bidang. Menariknya, peperiksaan dikawal begitu ketat tidak seperti ketika kita PPGB dulu. Masuk tandas pun, ada pengawas peperiksaan akan ikut, jadi takdak can nak bincang2 dalam tandas. Lagi satu, pada waktu malampun depa buat jugak periksa ni. Apapun, lega rasanya tamat satu sem. Bulan julai nanti, masuk sem 2, dan mula menyediakan proposal untuk penyelidikan. Menarik juga, mulai tahun ni, pelajar yang buat "pengurusan sekolah" boleh membuat kajian tindakan, jadi senanglah sikit. Moga2, november 2011, dapat master hendaknya. So tunggu apa lagi, jom joint kami, kita reunion di UPSI lagi. Usop akan mendaftar Julai nanti, selamat sop.

Saturday, April 10, 2010

reunion

Perlukah kita adakan reunion untuk group kita ni? Kita bincang dan sembang....kalau perlu dimana? sapa nak jadi tuan rumah? macamana orang yang jauh jauh?...bukannya apa....sebagai bukti kita sangat mementingkan silaturahim dan bermaafan sebelum kita pergi selamanya...

Tuesday, April 6, 2010

berita baik dan kurang baik

Berita baik, surat lantikan 41 [ pada sapa yang dah mohon ] mula di kirimkan oleh JPN masing masing tak lama lagi, jadi perjuangan kita untuk menaik taraf gred dan mencapai mobiliti sosial sudah hampir tercapai.Aku baru dapat tadi....gembiranya rasa dihati...sekian lama menanti dan berjuang

Berita kurang baik, sesiapa yang belum mohon...anda sebenarnya di anggap sebagai ..tidak melaporkan diri...selepas habis mengaji, semua pihak tidak bertanggung jawab kecuali diri anda sendiri...risikonya..lu pikirlah sendiri bro.

Berita baik, walaupun anda di posisi PK anda masih boleh mendapat 44 selepas beberapa tahun dan sabarlah, usaha macam biasa.

Berita kurang baik. Blog ini akan ditutup pada bulan Julai 2010. jadi kalau nak berpesan pesan kepada kawan

Maaf dipinta kepada semua para pembaca dan pengguna blog ini atas segala kesilapan zahir dan bathin sejak blog ini di tubuhkan. Semoga sukses dan selamat maju jaya

admin blog

YUSOF BIN MOHAMAD
NPQH 9
PPGB 5
IAB - UPSI

Monday, April 5, 2010

Menang Satu Kalah Satu

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan kawan yang banyak membantu aku selama kita berkawan....kesibukan kita menyebabkan kita tidak dapat menghangatkan blog ini. Dan aku faham mengapa...namun aku percaya masih ramai yang membacanya...apapun bijak pandai selalu berkata ..kita menang satu kita akan kalah satu...itulah kehidupan....dan apabila surat tawaran dah mula keluar...aku rasa, perjuangan dan objektif blog ini di wujudkan telah pun sampai matlamatnya...Untuk kenangan dan kemudahan kita aku harap...dapatlah kiranya kita update kan dimana sekolah kita bertugas yang terbaharu untuk kemudahan perhubungan ...tulislah dalam c box dibawah macam nafsiah..agar aku updatekan di bahagian maklumat ahli nanti....harap dapat berikan kerjasama...

salam

Sunday, April 4, 2010

Semoga berjaya hendaknya

Tahniah, Usop kerana menyahut cabaran aku dan Faris utk bersama-sama lagi di UPSI. Perkhabaran baik drp Dr. Kuan, Jumaat lalu, permohonan Usop diterima. Bermakna, Julai nanti Usop akan mendaftar. Aku, baru saja tamat Semester 1, dan Faris Semester 2. Alhamdulillah, setakat ni, semua berjalan lancar. Asignment banyak, itu biasa, sebagai pelajar sarjana. Tapi ianya sangat baik dan berharga untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Terbaru, pelajar master Fakulti Perniagaan dan Ekonomi yang buat Pengurusan Sekolah, boleh buat kajian tindakan untuk projek akhir, yang mana dulunya tidak boleh. Aku merasa lega dan yakin dapat menamatkan pengajian. Semoga berjaya hendaknya. Mencapai tahap setinggi ini pada usia begini, rasanya terlalu puas dan sangat berharga. Semoga rakan2 turut berminat untuk bersama-sama kami.

Saturday, April 3, 2010

aku teruskan perjuangan


aku dengan batik UPSI, beli dan pakai sekali je...

Aku menghantar laporan refree pada hari isnin yang lepas, kalau ada pertimbangan dari UPSI dan ongkos membenarkan aku akan menyambung semula pengajian aku di UPSi ke peringkat masters dalam Pengurusan Pendidikan di falkulti yang sama...ekonomi dan perniagaan. Mengisi kelapangan masa di hujung minggu, nak ke kebun aku tak ada kebun dan tak ada kemahiran..maka dari duduk melepak depan tv, elok lah aku beransur ansur...manalah tahu menjelang pencen nanti aku bergelar Dr Yusof....harap dapat sokongan kawan kawan...

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY