Thursday, June 12, 2008

telah kembali bertugas

salam sejahtera
aku selamat sampai ke kuala rompin jam 7.30 petang...kira kira 7 jam perjalanan..memang penat dan boring...sampai saja dirumah...dunia dan persepsi terus berubah. Dari dunia student kepada dunia seorang suami dan bapa, esoknya aku dipanggil ke pejabat PPD ...nampaknya orang rompin dah tak sabar sabar nak jumpa dan bermanja dengan aku...biasalah...aku layari kehidupan seadanya.

sepanjang fasa 7, nampaknya kita hadapi pelbagai masalah juga, pertama kelas kita DKC, tidak selesa dan terganggu, aircondnya tak berfungsi dan pintu belakang terkopak, cahaya masuk mengganggu LCD yang dipancarkan...kita pindah sementara di DKI kemudian kita pindah pula di DKG..alhamdulillah en harun di PTPM banyak membantu, Dr Khuan juga.

kemudian tugasan kumpulan nampaknya masih ada yang tertangguh..ini disebabkan sebenarnya sikap kita sendiri.kita meng intensifkan moof intensif, dengan alasan nak balik kampung....oklah tu, betul jugak, balik kampung penting tetapi dengan balik kampung kita tidak dapat bersama secara berkumpulan, contact hour kita menjadi sendikit, maka tulah sebab kerja kumpulan kita tertangguh...maka yang belum siap tu, tanggunglah sendiri...aku macam biasalah balik dua minggu sekali. maklumlah orang lain money no problem aku pulak problem no money

fasa depan harap semua membawa baju batik dan kod ( blazer ) Ada sesi bergambar dan makan malam ...nampaklah seragam sedikit. mana yang tak bawak tu memang tak sehati sejiwalah... maka ambillah tindakan yang melambangkan keperibadian anda....akhirnya selamat kembali bertugas dan buat projek, jangan manipulasi kuasa sah anda, jangan arah cikgu untuk projek anda, memang anda tak dipenjarakan tetapi anda telah melanggar etika dalam hati anda

salam

3 comments:

  1. Sof, biarlah aku menjadi pengunjung setia blog kau ni. Kecian pun ada bila tengok entri kau tak de pun member yg respon. Member kau tu sibuk sgt ke malas nak jengah blog kau ni? Ke kau tak kempen suruh diorang berblog? Takpe la sof kalau diorang taknak berblog asal jgn jadi goblog sudah ler... tapi semua pandai kan, belajar sampai ke universiti walaupun dah lanjut usia....

    Sejak berada di kampung, aku masih masih mencari rentak sof. Dua tiga hari ni aku masih memanjakan diri, relax dan relax dan relax. Kat rumah mertua pun lepas subuh aku tidor sampai jam 10, pastu mak mertua yg buatkan sarapan, hehehe, amacam, manja tak? Ke mengada2 dan tak sedar diri? Mungkin jugak....

    Tadi pagi aku dah ke sekolah, hantar anak aku utk kelas IT, kelab komputer sekolah. Aku pun layan ler blog dan cuba juga cari bahan utk projek 3. Aku ingat aku akan buat tajuk penyeliaan jugak. Pensyarah penyelia dah beri tugasan dan perlu dihantar waktu kita datang utk fasa 8 nanti. Ok ler tu, tugasan tu jadi macam satu ikatan yg memaksa kami utk menyiapakan sebahagian drp projek 3tu.

    Ok sof, kita jumpa lagi dan kalau berkesempatan, aku tetap akan meninggalkan komen dalam setiap entri kau di blog ini.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. sof, sejak tgh mlm td aku telah berkira2 utk tukar tajuk kajian tindakan. Dalam 2/3 hari ni, melalui pengamatan aku, ada masalah la kalau nak teruskan dgn tajuk penyeliaan tu atau tajuk sistem fail... Buat masa ini, situasi dan kondisi di sekolah kelihatannya tidak banyak menyebelahi aku. Aku bercadang nak buat kajian dlm bidang pengurusan panitia matapelajaran, fokus kepada memperkasa pengurusan & pentadbiran panitia matapelajaramn di sekolah. Apa pendapat kau? Boleh ke?

    ReplyDelete