assalammmualaikum dan salam sejahtera
perkembangan terkini dalam lanskap politik negara semakin menyesakkan nafas kepada sesiapa yang alert dan mengikuti perkembangannya. hari ini ketua pembangkang datin seri dr wan azizah mengusulkan undi tidak percaya kepada perdana menteri
semua jalan ditutup ke parlimen
orang ramai dilarang masuk ke bangunan parlimen
kita?
esok, 15.7.2008 adalah tarikh yang kita rancang untuk menjadi pemerhati perbahasan di sidang dewan rakyat di parlimen...jika sekatan dan larangan itu berterusan, maka kita akan terlepaslah peluang yang dirancang dan telah diluluskan itu. betullah kata orang...kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan...saya bagi pihak jawatankuasa memohon maaf kepada semua tuan dan puan kerana tidak dapat memenuhi hajat kita bersama untuk kesana.
tetapi,
esok selepas taklimat pendidikan bersama PUU KPM, saya akan call pn mazidah, eksekutif pejabat parlimen untuk mendapat perkembang terkini. jika dapat green light..kita pergi, kalau tak dapat? kita bincang semula mencari keputusan nak pergi kemana.
salam hormat
penghulu
Betul sof, itu ler hakikat sebenar2nya yg mesti kita terima, tabahkanlah hati.
ReplyDelete