Saturday, August 2, 2008

menghitung hari

salam sejahtera
masa yang berlalu mendekatkan kita kepada satu titik yang bernama "penjarakkan" titik yang akan menjarakkan fizikal kita, bayang kita dan suara gelak ketawa kita. Penglihatan kita juga menjarak. Titik itu ialah pada 6 ogos 2008.
Selepas itu kita tidak lagi nampak kelibat kawan kawan kita yang telah bersatu selama 8 fasa di UPSI. Selepas itu kita tidak lagi mendengar gelak ketawa menderai memecah kesunyian...bila sesi perbahasan parlimen dalam kelas kita, selepas itu kita tidak lagi nampak bayang kawan kita semasa kita duduk bersembang sebelum menaiki kereta di parking park ditengahari semasa di upsi. selepas itu segalanya menjarak...menjauh ....dan hiduplah semua itu dalam dunia yang dipanggil nostalgia.

pertemuan kita bukan berkahir, malah kita akan jadikan satu titik permulaan kepada sebuah ikatan kawan yang lebih hebat. kunjungilah blog ini dan berikan komen untuk saya sebarkan perkembangan terbaharu diri kita... lagi baik...kalau semua orang ada blog masing masing...maka saya boleh jadikan blog ini front page kepada 53 blog kita...maka sesiapa yang ingin mengetahui, melihat gambar, berkongsi maklumat...maka kita ada rangkaian yang cepat dan mesra..

titik menjarak yang akan kita tenpuhi juga menjarakkan kita kepada semua pensyarah yang kita sayangi dan upsi yang kita banggakan ini. kami anak anak suluh budiman memohon agar pensyarah juga memberikan komen dan merantaikan ikatan kukuh dengan kami walaupun kami telah dicampakkan kembali kelaut semula selepas ini. jasa baik para pensyarah tetap kami kenang hingga akhir hayat dan semoga selepas ini , hubungan kita terus erat dan menggembirakan...jika kebetulan melintas ke desa kami yang jauh di perdalaman ini...call dan kami sedia menyambut tuan..percayalah...jangan ras amalu dan segan..sebab semua kami telah sepakat dan memutuskan bahawa...tuan adalah guru kami sampai bila bila

sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu............................jarak.......................menjarak. rindu selalu
kembara kelana

3 comments:

  1. yusof budiman...
    kau usah bimbang kawanku
    selagi blok PPGB Kohort 5 Kump A masih d alam maya..ianya tetap dikunjungi rakan kita yang bernama sahabat....terutama aku....
    life is sharing and caring
    but not sharing a husband!!
    oh no..

    ReplyDelete
  2. sronok baca tulisan u ncrite u all..u all macm ada very good "team work"...rasa macam nak join u all je...

    ReplyDelete