Saturday, August 16, 2008

penceramah sambilan

salam
semoga semua sahabat menjalani cuti dengan kehebatan masing masing. ada yang membuat program upsr...pecutan saat terakhir...ada yang merancang bulan ramadhan yang akan muncul.. aku? semua anak berkumpul dan balik kerumah, penuh rumah...full set. riuh rendah, yang kecik sekali bukan main seronok dapat tengok kakak yang belajar jauh, maka bermanjalah dia, lepas seorang seorang...banyak ler pulak permintaannya.

tadi aku ke SK Keratong 3, jadi penceramah jemputan untuk mengisi kekosongan latihan dalam perkhidmatan yang diadakan, mereka mahu mendengar sedikit sebanyak gambaran dan konsep perancangan strategik. Ini adalah sekolah aku yang ke tiga aku berceramah...terima kasih kepada GB dan Staf yang menjemput dan memberikan aku ruang, terima kasih kepada semua pensyarah IAb dan UPSI yang membimbing aku serta kawan kawan seperjuangan yang memantapkan ingatan aku...tentang matapelajaran semasa di IAB dan UPSI.

Aku tidak harap apa apa upah dan ganjaran, tetapi sebagai membalas jasa baik kerajaan membiayai aku mengaji...i just want to pay back...lagi pun dengan itu aku baca balik buku lama dan nota en khalip dan pro madya hariri khamis..bustamam dan dr khairudin...sifu perancangan strategik aku...

kemudian aku menghadiri kenduri sempena perkhawinan cikgu aku di sepayang, rompin dan meraikan hari bahgia mereka...teringat pulak kepada sukimin yang juga mengadakan kenduri di masai, johor baharu...

petang, aku set up keluarga aku untuk sembahyang berjemaah dan saling bermaafan sempena malam nisfu shaaban....malam ni, kami habiskan membaca yasin 3 kali secara berjemaah...alhamdulillah...kali ini dapat aku dan keluarga aku meraikan nisfu secara berjemaah.
mudahan mudahan semua kawan kawan juga menjalani hari indah pada hari ini.

sempena nisfu shaaban, aku dan keluarga memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami dair hujung rambut sampai hujung kaki, zahir dan bathin ...dan semoga diberikan kan pahala apa yang kalian telah berikan dan diberikan berkat pada apa yang masih ada pada kalian,

ya Alllah ampun kami dengan cahaya agamaMu
sucikan kan jiwa kami dengan cahaya kemaafan Mu
permudahkan perkerjaan kami dengan cahaya taufik Mu
perkenankan doa kami dengan cahaya RahmatMU

15 hari lagi kita makan, lepas itu selamat datang Ramadhan Al Mubarak....

SELAMAT BERPUASA

salam

4 comments:

  1. sof,
    Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak!

    Wah, blog kau dah bersalin kulit ye, bagus sof, tahniah! Semakin menawan nampak....

    ReplyDelete
  2. tahniah...
    keupayaan kau mendalami ilmu perancangan strategik membuatkan kau diyakini untuk memberi ceramah dan menyampaikan input kepada mereka yg memerlukan.Tak rugi belajar di IAB/UPSI...Cikgu mcm nilah yg kita nak....
    Teruskan usaha murni.

    ReplyDelete
  3. bila sudah ada blog sms johor, mungkinkah blog ppgbK5 dilupakan?

    ReplyDelete
  4. insya Allah...blog ini akan diteruskan, kebetulan sejak akhir ini perkenalan yang terputus 30 tahun dulu...terjalin semula...saja aku spend sikit masa untuk kawan kawan lama...cenderawasih terimakasih atas ingatan, yati...terima kasih beri semangat, cup..kau tetap istimewa

    ReplyDelete