Tuesday, August 12, 2008

sejauh manalah helang terbang

salam semua

amat mengharukan hari ini, kerana suami kepada kawan aku yang bernama Abu Bakar, suami kepada Rosnah Manan meninggal dunia ketika perhimpunan pagi disekolah. Kedua duanya cikgu di Labis, Segamat. Aku dan Aruah Bakar adalah kawna masa form six dan rosnah pulak sama sekelas dari ting 1 sampai tingkatan 6 rendah . Kami dah macam adik beradik...harap rosnah tabahkan hati dan menempuh segala dugaan hidup dgn sabar dan semoga aruah abu bakar pula di tempatkan bersama orang yg beriman.
aku juga dapat bersembang dgn member, saadiah dan latifah kawan lama yang telah terputus hubungan 30 tahun yang lalu...sejak 1978. Kami macam tak percaya kami masih dapat bersembang setelah sekian lama, Member berkerja di PKNS , Saadiah di Percetakan Nasional dan Latifah di Pusat Kesihatan....aku amat terharu hari ini

disekolah aku melayan nostalgia masa silam dan mengurus jamuan peringkat negeri serta program release tension tahun 6.

kawan kawan
ada berita dari cik asmara, markah carry forward untuk KRT 3013 akan diberikan kepada aku tak lama lagi...aku akan paparkan dalam blog ini..sapa sapa baca blog..dapat lah tengok..maka akan terpaparlah smeua markah...ada yang kata ...seganlah sop...jangan risau, lagipun kita dah habis fasa..keduanya ada cara lain yang boleh aku lakukan..nak aku telefon sorang sorang? sila berikan aku cadangan...

salam selasa

6 comments:

  1. Takziah kepada keluarga arwah. Begitulah adat dunia. Giliran kita pasti tiba, justeru, bekalan untuk ke 'sana' kita persiapkan jua.

    Markah carry forward adalah usaha kolaboratif kumpulan dicampur markah mid term yang menguji kemampuan daya ingatan dan pemahaman individu. tak apalah sof, tak kan kau nak telefon setiap orang. Kita terimalah apa jua keputusannya. Apa pun terima kasih atas segala usaha untuk memberi info kepada semua rakan-rakan..jasamu dikenang.

    ReplyDelete
  2. Member kau kat Labis tu sof kat sekolah mana satu ye.... bukannya apa, bila kau sebut Labis, mula ler aku teringat kenangan pahit manis selama 5 thn aku mengajar di SMK Munsyi Ibrahim, Labis....tiada la kenangan yg special sangat, cuma masa 5 thn tu lama jugak kan, sebagai penghuni Labis....

    ReplyDelete
  3. Salam bahagia sop. Jangan risau sop, jangan buat kerja yang susah-susah sop, i faham u emosi dan keadaan u, buatlah apa saja yang u telah putuskan, kan u telah diberi kuasa? Kadang-kadang kasihan juga melihat u, jawatan penghulu dah bersara, tapi kerjanya masih tak habis-habis tersangkut. Walau apa sekali pun, jasa u kekal dalam ingatan i buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  4. Salam bahagia sop. Jangan risau sop, jangan buat kerja yang susah-susah sop, i faham u emosi dan keadaan u, buatlah apa saja yang u telah putuskan, kan u telah diberi kuasa? Kadang-kadang kasihan juga melihat u, jawatan penghulu dah bersara, tapi kerjanya masih tak habis-habis tersangkut. Walau apa sekali pun, jasa u kekal dalam ingatan i buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  5. sori tak online smlm..streamyx aku ada mslh..
    semoga blog kau terus menjadi jambatan hubungan kita sesama rakan
    Adious!

    ReplyDelete
  6. terima kasih, member aku tu, kat SK tenang sop..anak cikgu manan parit sulong...
    terima kasih semua kawan kawan. dan maaf entri yang agak emosi tu

    ReplyDelete