Saturday, September 20, 2008

blog ini akan di tutup. adios dan sayonara semua

asssalammualaikum, salam sejahtera dan salam bahgia.
kepada semua kawan kawan dan rakan rakan seperjuangan yang amat aku kasihi.

blog ppgb kumpulan a ni akan ditutup tidak lama lagi, kekurangan pengunjung, ketidaksudian menjadi penulis bersama (contributor) walau telah diperlawa, kekurangan comment dan respon..menjadikan blog ini seolah blog syok sendiri....lagipun aku kepenatan...

sebelum melabuh tirai, aku minta maaf kalau ada kata kata dan ulasan atau nasihat atau persepsi dari aku yang menyentuh hati dan perasaan tuan dan puan semua. Tidak terniat nak gunakan blog ini untuk nyakiti kawan kawan semua...aku hanya memberikan pandangan menurut hati dan perasaan aku sendiri...

kedua, kalau ada yang mahu artikel ditarik atau di delete..dont worry semua dan keseluruhan blog ini akan di delete...sebab aku rasa ianya sudah tidak diperlukan lagi oleh ahli semua dan barangkali akan muncul pulak blog dari kawan kita yang lain. Kita join saja lah, blog baru tu

akhir kata...maaf sekali lagi dipinta dan selamat menjalani kehidupan yang bermakna dan menjadi pemimpin yangberkesan dan berguna...kepad agama, bangsa dan negara..

salam sayang
kembara kelama

11 comments:

  1. Sof, aku pasti akan merindui cetusan karya dan idea kreatifmu. Aku tak sangka pulak blog PPGB Kohort 5A ini akan ditutup. Aku sebenarnya pengunjung setia blog kita ini. Kenapa kau cepat patah semangat Sof? masih ada orang yang sayang dan hargai usaha bagi merapatkan hubungan persahabatan kumpulan kita lewat coretan-coretanmu itu. Apapun jika itu sudah ketetapan hatimu, aku titipkan salam persaudaraan yang tulus buat insan bergelar kembara kelana..insan yang kreatif dan insan yang sentiasa cuba menghubung dan mengukuhkan tali persahabatan kita agar tidak terputus..namun kecundang juga akhirnya. Terima kasih Sof atas segalanya, salam aidilfitri buatmu sekeluarga, ampun maaf dipinta dan kalau balik Muar tu sudi-sudikanlah singgah ke teratakku di Yong Peng..salam.

    ReplyDelete
  2. sof, aku tak kisah kalau kau nak tutup ke blog ini tapi aku cadangkan kau bina ler blog atas nama kau sendiri. Kalau kau dah ada blog nanti aku akan terus link kan blog kau tu dalam blog aku, amacam, ok ke macam tu sof?

    ReplyDelete
  3. Sof,Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga anda dan seisi keluarga sihat dan bergembira selalu.

    ReplyDelete
  4. janganlah merajuk nak tutup blog ini, saya enjoy membacalah, sedih hatiku jika tamatkan hayatnya. Low pulau ketam

    ReplyDelete
  5. sof, kau tengok tu, hingga orang kat pulau ketam pun bersedih bila dpt tahu yg kau nak close blog ini. Aku bimbang nanti dengan ketam2 sekali turut menangis, jadi macam penyu menangis kat terengganu ler pulak, hahaha...

    ReplyDelete
  6. Betultu. kalau yang kat pulau pun terasa inikan pula yang paling dekat di rompin. So keep on with this blog and I'm sure after this there will be many more to join in. Jangan merajuk nanti cepat ..... (dah pun!!!)

    ReplyDelete
  7. sof, dont tutup blok ini. i enjoy reading it. Keep up the good work.

    ReplyDelete
  8. Sof, Kalau cepat putus asa, tak boleh jadi blogger lah.Dulu masa mula-mula publish blog, ada yang comment kenapa saya buat blog yang berkaitan pendidikan. Mana ada cikgu yang baca. Kalau dah cikgu tak baca, apatah lagi yang bukan cikgu. Memang orang kita buakan suka membaca. Tak ada budaya membaca, lebih-lebih lagi berkaitan akdemik.

    Ramai lagi yang tak computer literate. Tak minat. Kalau dah macam ni apa nak dikata.
    Tau tak sof, ramai cikgu yang tak tahu nak gunakan e mail pun.Malu rasanya. Buruh kontrak Indon dan bangla pun selalu masuk siber cafe, hantar email kat kampung.

    Tapi saya tak putus asa. Terus menulis. Orang tak baca tak apa.

    Banyak blog yang berkaitan pendidikan, walaupun kurang sambutan yang saya baca dan comment. Sekurang-kurangnya beri semangat pada blogger.

    Blog ini pun saya baca juga, walaupun barangkali untuk "ahli sahaja". Saya bukan ahli alumni.

    Kalau nak orang ramai baca, buatlah blog politik. Buat yang kontroversi sikit. Bangkang sikit. Mesti ramai yang respond. Macam tu cepat popular. Tapi macam musim durian... Habis musim, jadi tempoyak. Habis tempoyak jadi....

    Merajuk sikit-sikit tak apa sof, nanti adalah yang pujuk tu...

    drpd:
    http://cikguwahab.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. bahasa tuan agak kasar dan bernada rajuk.
    ...akan ditutup, adios dan sayonara semua..
    mcm marah je.
    hidup perlu banyak bersabar dan kreatif.
    insyaallah, indah.

    ReplyDelete
  10. assaloamualaikum sof,

    setahu aku kau ni tabah orngnya. tapi kenape la sampai nak merajuk nak tutup blog nie.

    sabor lah nanti ada lah blogger kump kau beri komen.mungkin mereka sibuk atau buat2 sibuk. aku cadangkan kau bagi panas atau kontravesi sikit, tentu mereka melenting. mcm blog kohort kump b tu. usik mengusik mesti ada respon kalu.

    tak payah tutup,;;;;;;; buka aje,,,,!!!!

    ReplyDelete
  11. aku setuju dengan emzek

    ReplyDelete