assalammualikum dan salam sejahtera
baru baru ni aku dijemput bersama bermesyuarat dalam majlis tindakan daerah rompin...sebab sekolah aku merupakan salah satu dari penempatan banjir2008
dalam mesyuarat tu, kami ditaklimatkan bahawa banjir tahun ini adalah lebih besar dari tahun lepas..daerah yang kemungkinan akan teruk dilanda banjir ialah..jerantut, bera, pekan dan rompin.
sesiapa yang hamil menunggu masa nak beranak, pesakit yang memerlukan rawatan berkala, hendaklah berada dilokasi yang hampir dengan hospital...kawasan yang biasanya terjejas oleh banjir hendaklah membuat persiapan pro aktif dan apabila banjir berlaku, keselamatan dan nyawa adalah lebih berharga dari segala-galanya..
rompin, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini mengalami banjir yang amat teruk. semua jalan yang menghubungkan rompin ke luar terputus...dan dinaiki air. jalan ke segamat akan terputus di selancar, IOI dan berhampiran paloh hinai...jalan ke bera terputus di ladang tabung haji dan bera selatan...jalan muadzam ke rompin terputus di kg tanam dan leban chondong..rompin ke pekan akan terputus di leban condong, sungai puteri, bebar dan batu 16 dan jalan ke mersing akan terputus di mersing jamaluang dan sebagainya...kg yang akan menjadi laut sementara ialah seperti kg kurnia, kg kasing, sarang tiong dll...semua kawasan rendah akan dinaiki air dua atau lebih tiga hari...
sejak tsunami...memang ketara betul keadaan banjir ini.
aku dah mula menyimpan makanan, kerana kalau terkepong...makanan akan sukar didapati dan harganya pun naik mendadak...ramai yang ambil kesempatan di sebalik kesukaran orang lain..
yang membimbangkan...dua anak aku ada belajar diluar dan tak dapat balik ke rompin...harap semuanya selamat...kepada kawan kawan di kedah dan perak, semoga banjir tidak melanda tempat kau orang...kalau kena juga...semoga tabah dan sabar...nak buat macamana...takdir tuhan, orang tua tua pesan...kalau takut dilanda badai, jangan berumah ditepi pantai..
salam
soprompin
kembara kelana,
ReplyDeletedapatkan counter di
http://www.blogcounter.com/
http://www.blogpatrol.com/
http://www.webcounter.com/
http://shinystat.com/
http://www.clevercounter.com/
cubalah mana-mana satu
ani..
ReplyDeleterupanya sampai ke rumah kak asmah ya.....
mesti banyak cerita...maklumlah anak2 dah besar2...akan melalui proses risik merisik, bertunang-tunang, berkompang-kompang nanti. Dengar2nya anak kak asmah nak bertunang ye... tak lama lagi anak Ani pulak...
kenalah buat persiapan dari skrg...kita pun dah habis belajar...nak pikir apa lagi...ke nak sambung buat master.
i nak master dalam bakery...cookies.. cake dan roti...minggu depan ada kelas Cuppy Cake.. meh la join.