Saturday, November 29, 2008

Berita Terbaharu dari UPSI

Kawan kawan

Jam 9.40 malam tadi aku menerima telefon dari Open School Che Hassan, dia menerima berita dari Yati Aziz sahabat kita yang tinggal berhampiran dengan UPSI, result fasa 7 dan fasa 8 dah keluar. Yati Aziz mendapat Second Class Upper. Tahniah Yati. Kau memang cantik manis, cute dan montel..maka terus aku masukkan entri ini.

Kawan kawan yang lain?

Suspen menanti surat kiriman dari UPSI, bawak bersabar na...tak kan lari gunung di kejar. Kalau dapat First Class harap dapat beritau kat kita semua,

Selamat menunggu keputusan Fasa 7 dan Fasa 8 [ sem 4 ] PPGB dari UPSI

Aku? Lulus sudahlah...

10 comments:

  1. aku tak kisah sangat pasal result tu, janji lulus sudah.... tapi teruja jugak nak tahu, hehehe

    ReplyDelete
  2. setakat ni orang KL dan Selangor dah dapat, yati Aziz dan Nafsiah dapat 2nd class Upper. Tahniah untuk mereka ayang berusaha bersungguh sungguh, berulang lagi dari rumah. aku? sama pulak dengan kau sop, janji lulus tapi teruja jugak. [ ada kala kita ni sama ler pulak perasaan nya..ni aku malas ni...]

    ReplyDelete
  3. Sop, result aku pun sama. Kelas 2 atas. Jadilah tu. Tapi yang aku seronok, projek 3 aku dr. kamalia bagi A sebagaimana yang dijanjikan olehnya. Tkasih Dr. Brahim Tamby pun aku dpt A, padanlah dengan tugas sebagai JU Panjar Wang Runcit. Aku percaya semua rakan kita lulus dengan baik. Mengapa aku kata begitu, sehingga fasa 8, takdapun yang tercicir, hatta Jamal Balok pun. Aku teringat kata-kata Jamal ketika di IAB, aku tak perlu risau kerana aku 'tumpang bas' korang semua. Korang sampai, akupun sampai walaupun aku duduk belakang. Kata-kata Jamal ini, seharusnya dijadikan ikhtibar. Dan aku rasa banyak lagi peribahasa Melayu yang seharusnya kita teladani. Tahniah semua.

    ReplyDelete
  4. tahniah che hssn!
    u did very well. saya belum dapat lagi. esok agaknya.debor.

    ReplyDelete
  5. 3.3 keatas akan mendapat 2nd class upper. che hassan kau memang patut dapat sebab kau tak lokek ilmu dan tak kuat kemut. tahniah. berapa pointer? sambung master? daftar bulan 6, masuk bulan 12.

    ReplyDelete
  6. Puteri Dusun.....Tahniah! Naf, Yati and Che Hassan..u all dapat 2nd class upper...teruja jugak nak tau result ni...

    Buat Yati...Tahniah kerana dah berjaya buat blog sendiri..

    ReplyDelete
  7. puteri dusun
    semoga sehat, yati aziz semoga sehat, mak rozita dan mak dollah yang ebrada di ICU semoga sehat dan cepat sembuh.
    aku? sakit separuh badan..dalam dua tiga hari ni aku tak dapat nak entri blog apa apa...semoga che hassan dan dollah akan entri berita baru..dah tiga hari..bisa sungguh..harap kawan kawan semua dapat keputusan yang baik dan bagus. aku? lulus dah lah sebab f7 dan f8 aku banyak buat kerja amal saja. salam pada semua.

    ReplyDelete
  8. la bila keluaq, aku tak terima pun!.dr. kamalia tu sapa?

    ReplyDelete
  9. Saya tak pernah mimpikan markah tinggi, apatah lagi mimpikan masuk universiti. Tetapi kini kita telah pun layak dianugerahkan ijazah sarjana muda dan kini dah pun isi borang buat master bersama Hassan Embong dan Joni di UMT. Mintak-mintak mendapat ehsan dan diterima masuk kerana mohon dengan result fasa 1-6 je. Walaupun begitu saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang mendapat keputusan cemerlang dan khususnya bagi mereka-mereka yang gentlemen dan gentlewomen dalam dewan peperiksaan. Kita jangan lupa terhadap jasa baik UPSI dan pensyarah-pensyarah kita yang memberi ruang yang cukup luas kepada kita untuk meneruskan pengajian hingga kita sama-sama tamat dengan jayaaaaanya. Orang yang paling saya tak lupa ialah Sdri Nafsiah, bukan saja mampu mengikuti kursus, malah mampu mendapat markah cemerlang. Tahniah kepada anda semua.

    ReplyDelete