Tuesday, November 25, 2008

corat coret

kawan kawan
ahad 23 dan isnin 24 nov 2008

aku sekeluarga ke rumah yati rasul sebab bini aku nak belajar buat kek, kami bermalam disitu dan esoknya aku menguruskan praktikal anak aku yang sulong di MPK Kuantan
[ kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yati sekeluarga] yang jauh didekatkan yang dekat dimesrakan...betul tak rosli?

kemudian kami berjumpa ramai ramai di tepi sungai dan makan pelbagai lauk, di benteng ni yang terkenal dari dulu ialah masak lemak telur ikan tenggiri. [ diucapkan terima kasih kepada GB Sopi kerana belanja makan...mudahan murah rezeki ] sepatutnya aku bayar sebab aku ajak, tapi sopi kata ni kawasan jajahan aku.

isteri aku, zai membeli bahan membuat kek dan alatan katering bersama yati, [ biaq depa berbaik dulu...mesra mesra...hahahahaha..saja gurau kat rosli tu na..] dan akhir sekali kami balik kerompin ...sampai jam 7.45 petang

selasa
25 nov
hari gaji

melawat ani dan bertukar fikiran, ani memang layak jadi GB, namanya dah dilantik pada tahun 2004 dulu. tetapi beliau menolak kerana ibunya sakit. kemudian dapat berita ada kawan kita dah selamat mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Alhamdulillah, syukur segalanya selamat dan didoakan agar bahgia hingga ke akhir hayat.

dapat telefon dari Hassan Embong, minta no PT FPE yang jaga PPGB kita iaitu En Hasrey. malangnya tak ada pada aku sebab data drop masa pindahkan sim card ke hp baru. namun aku sms kepada Dr Kamaruddin, penyelaras PPGB. Alhamdulillah, Dr Kamarudin respon kepada sms aku [ rasa terharu kerana baik budi bahasanya, walaupun kita dah tak di UPSI lagi...] dan untuk kegunaan kawan kita, nak tanya apa apa.. En Hasrey PT FPE untuk PPGB : 0173017081

**** selamat membaca blog, dan tahniah kepada yati kerana telah ada blog sendiri, dan kalau semua kawan bertindak seperti yati, maka blog ini hanya akan berfungi sebagai paparan utama untuk link blog kita semua. Matlamat blog ini menjelang 2015 kita ada 106 blog yang dilinkkan dari kumpulan A dan B *** agak agak boleh ke? ye..tentu boleh...yati dah pun mulakan langkah one step a head, che hassan dan dollah dah mula menjadi contributor***

salam hormat

7 comments:

  1. Tahniah untuk hampa (kamu berdua) sop dan yati. Tapi sekali sekali diusik sirosli tu pasai apa? Rosli tak tengokpun blog ni, dia mungkin dah 'jumpa' blog lain... Jadi hampa go head lah blog2 hampa ni. Mu sop baguih sungguh, aku puji, serampang berapa mata?

    ReplyDelete
  2. che hassan
    anda berbakat menulis dan sentiasa kaya dengan idea dan cerita. Suka juga dengar bingkisan dari utara tapi ke mana perginya En Lah kita tu? Sekali jer muncul pastu senyap dah.Rosli lagilah pulaknya. Jauh dah tak mau langsung jenguk2 kita di blog ni, ikut hang la.

    ReplyDelete
  3. rosli
    jauh hilang
    dekat sayang
    os
    hang memang steady, teruskan menulis
    yati
    masukkan banyak entri, just copy paste pun boleh
    puteri dusun
    hari ni aku remove gambar kau sekeluarga, aku masukan pulak gambar geng kita, sebab ramai rindu kat putri dusun ..maaf tak mintak izin
    yang lain
    selamat tiduq ..peluk bini lagi baik dari baca blog

    ReplyDelete
  4. ada apa2 ke sop.
    elok lah tu kalu bini dah kenal antara satu sama lain. heheheh.

    teruskaaaaaan.

    ReplyDelete
  5. amboi amboi teropong
    hati-hati ko jangan jolok sarang tebuan

    ReplyDelete
  6. aku tak campuq, teropong hang dah kena warning tu....tapi kan......... [ syy..tapi baguih jugak...hahahahahha] tu dia.

    ReplyDelete
  7. Be careful! Bukan saja serampang dua mata tapi yang bahayanya serampang yang tak nampak mata tiba-tiba.....ngap! Tak sempat nak buat apa!

    ReplyDelete