Kawan-kawan semua,
semoga dalam kesejahteraan dan kegembiraan dan mengharungi cuti dengan penuh bermakna
Aku masih teringat ucapan dari Prof Datuk Ibrahim Bajunid semasa akhir fasa 8 tempuhari mengenai modal sosial.Memang panjang ucapannya dan amat menarik didengar, namun yang melekat di kepada dan ingatan aku cuma 3 perkara penting.
Kita perlu menekankan aspek modal sosial ini dalam kehidupan kita mahupun dalam mengurus organisasi kita. Elemen modal sosial ada tiga perkara
Pertama: hapus kan segala ' perasaan ' persempadanan ' antara semua ahli dalam organisasi. Guru Besar dan GPK. Pentadbiran dan Guru. Semua Guru dan Murid. Guru Murid dan staff semua dapat berinteraksi dan bersosial tanpa ada sempadan tertentu. Tanpa rasa canggung dan sekatan yang tidak munasabah. Justeru itu kita dapat bersosial dalam organisasi, atau keluarga dengan selesa dan menyeronokkan. Caranya? Lu pikirlah sendiri
Kedua: Kita harus membina 'link' atau rangkaian. Antara sekolah kita dengan sekolah kejiranan, sekolah kita dengan sekolah lain dalam daerah, interstate, mahupun internasional. Lagi banyak rangkaian kita lagi power modal sosial kita..mengapa perlu kita laksanakan dasar pintu tertutup. Dasar seperti itu hanya akan mengecilkan modal kita semasa bersosial. Linking ini juga mengembangkan sayap ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan dan pengalaman sesama kita. Kaedahnya? Ini satu tajuk perbincangan yang akan kita bicara pada masa akan datang.
Ketiga: Membina Jambatan antara organisasi kita dengan agensi lain. Sekolah- Polis, Sek-Bomba, Sek- MARA, Sek- Universiti dll. Kekuatan kita akan bertambah dengan jambatan yang kita bina ini, urusan, permasalahan, kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian akan terungkai dengan mudah bila ada modal sosial ini.
Ini juga kita boleh berkongsi pengalaman antara kita di blog ini.
Akhir kata sebagai penutup bicara, sebagai sumbangan dalam bicara modal sosial ini, cuba lawati ws ini http://www.elx.gov.my/ jika ada antara kita yang punya anak yang sedang mencari kerja
Salam
Pasal membina link & jambatan nilah yang aku cakap hari tu. Payah nak diperjelaskan, tapi jika kita renung telatah rakan2 dlm group kita, lu fkirlah sendiri sejauh mana link dan jambatan tu boleh direalisasikan. Setakat ni, wpun hang ni sop, ada jugak pesennya, tapi aku respet mu. Dgn blog ni, dan usaha hang jalan-jalan cari kawan, pada aku hang buat apa yang hang cakap. Yang lain tu...pun, lu fikirlah sendiri.
ReplyDeleteos
ReplyDeleteaku percaya mereka baca blog, mereka juga macam kau os, nak create link dan bridge namun ada masalah yang mereka perlu hadapi dahulu, jangan putus asa, niat yang baik dan teruskan menulis, akhirnya akan dapat juga di realisasikan. actually semua orang ada blog masing masing dan kita link kan sahaja blog itu. lagi agak jelas input, linking dan jambatannya.
relaks lah os, kau teruskan menulis jangan susah hati aku sentiasa respon. Ni dah kira bagus dah ni, kau dan dollah dah mula masuk entri, dulu? aku sorang jer os. syabas pada kau dan yang lain juga
Terima kasih sop. Aku bukan saja melalui blog ni, tapi tiap kali aku berinteraksi denganmu, ada yang aku belajar. Sebab tulah aku join mu dalam blog ni. Kau tahu sop, aku ada sms kwn2 ingatkan addres blog ni, tapi sakat hari ni, tak ada yang positif. Smspun kdg2 tak dijawabnya. Sebab dah selesai semua, asgmt, projek dll. Masing-masing dgn haluan masing2. Apapun baguslah. Itu adat kehidupan.
ReplyDeletemu tak sms aku pun.
ReplyDelete