dulu
sama sama masuk IAB dan UPSI namun begitu dimana kita pergi, apa kita lakukan kita perlu akui bahawa sistem kasta masih tetap wujud antara kita.
ingat tak masa kita di minggu orientasi kita menjalani 'perasa'. kita happy...tiada kasta... kemudian atas nama sejarah silam...pentadbiran IAB mula mengkastakan kita , kelas 29, 32,34 dan 41 [ 41 pindah ke utara] hingga ...ada dua kawan kita salah masuk kelas..dia sangka dia di kelas 34,
sejak itu mula ada pertandingan dan kegiatan sosial...kasta semakin menebal...29 anjur, 32 dan 34 sokong secara minimum...32 anjur..29 dan 34 pula begitu...34 anjur..32, dan 29 sok sek sok sek....minimum jugak....tak kiralah...kejohanan sukan, kegiatan sosial, sambutan merdeka...jeling menjeling mula ketara...jarang dan amat kurang dikalangan kita yang dapat merentasi semua kumpulan...sedikit, sedikit.
kemudian pendekatan dan penilaian oleh pensyarah...terhadap kita secara tidak lansung memberikan impak....terbit pula....persepsi antara peserta, kata mengata, sembangan yang kadang kala penuh kepura puraan mula menular...maka sistem kasta semakin terasa kesannya.
projek baju batik..kad nama..pada dasarnya amat mulia dan murni, namun disalah erti, diselaputi egois..kau sapa nak suruh aku? kita buat batik lain...batik tu tak bermutu, mana boleh paksa paksa....aku tak mahu, segalanya menjadi hangat. sedar atau tidak kita mula menghidupkan kasta antara kita....sistem kasta sudah mula mengambil tempat, kemesraan dan adik beradik sudah mula tidak menjadi penting. rasa ke aku an semakin menjalar.
tamat IAB
kemasukan ke UPSI melebarkan lagi sistem kasta..ada beberapa kawan mahu bertukar kumpulan kerana ketidakserasian.. tidak semua terima cadangan penghulu ...agarada pula menerima kawan baru, mereka cepat cepat sesuaikan diri...perbezaan waktu kuliah, kemahiran meng adjust jadual, ada yang balik awal, ada yang balik malam dan lewat, berbezanya pensyarah yang mengajar.... kaedah dan layanan, menjadi gurauan dan kadang kala sebutan dan serius... persaingan juga mula ketara, kemuliaan kadang kala menjadi hina dek gurauan...belajar namun tetap berbeza...semuanya kerana sistem kasta yang direlakan dan terpaksa dilalui...
jangan tak percaya ada kalangan kita tidak kenal dan tak pernah tau siapa dibilik sebelahnya..
kita cuba satukan dalam satu anjuran bersama walau dalam kepayahan...kita berjaya namun tetap ada luka dan cedera disana sini. wahh...amat sukar mengurus cikgu, manusia dan gologan terpelajar..lantaran sistem kasta ini..sindir dan gurau menjadi biasa, kumpulan a suka menukar tok penghulu pun jadi bualan..kumpulan b tetap pada penghulu yang sama pun jadi sendaan.
kenapa?
itulah manusia..
cuba kita renung disekolah..kalau ada pengalaman sekolah menengah...lagi darsyat...pengkelasan pelajar banyak menakibatkan kerosakan dari sudut psikologi pelajar, pelajar kelas 'bawahan' selalu menerima hinaan dan ditinggalkan...hatta, kalau kekurangan buku teks, kelas hujung hujung lansung tak merasa buku teks..di sekolah rendah...pun ada fenomena ini.
adakah kita berani mengubah senario...di sekolah kita? sistem kasta ini? adakah kita boleh buat kelas campuran tanpa mengasingkan mereka yang pandai dan kurang pandai? setelah kita sendiri melalui..kekurangan sistem kasta ini...
di U..pensyarah sesama pensyarah pun berkasta kasta, lepasan dr lain, dr luar negeri lain, dr dalam negeri lain [ diceritakan sendiri oleh seorang kawan..penyarah UKM dalam bulan puasa tempuh hari...] dalam pendidikan, 29, 32, 34, 38, 41, 44, 48, 52...semuanya mempunyai kasta tertentu...dalam polis, hari ni naik pangkat, esok ...kau sapa? panggil aku apa?...[ walaupun tak semua...]
orang kata sistem kasta hanya dalam masyarakat hindu zaman dahulu....tolong sikit, renung betul betul...disekeling kita sistem itu masih segar dan hidup ...
siapa yang menyegarkan dan menghidupkannya?
hawa nafsu jahat dan syaitan yang menghasut diri kita
nampak macam sehaluan namun kita tetap tidak sebahtera..
marilah kita renungkan
maaf cakap sof, aku rasa kurang selesa laa bila kau imbau kembali kenangan2 yg pahit itu... tak boleh ke kita lupakan saja..., kita kenangkan peristiwa2 yg manis jer laa supaya dengan itu kita akan sentiasa ceria dan bahagia.... ke tujuan kau menulis tentang kasta ni kau saja2 nak provok???
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteikut suka dia la... blog dia.
ReplyDeletetak suka baca...jangan baca...
itu kan cara p.o.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKadang-kadang tu kebenaran memang pahit tetapi kalau kita berani menghadapinya... menunjukkan kita kian matang dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.Manusia tidak sempurna...kekurangan dan kelemahan sentiasa ada...tetapi mengakui kelemahan dan kekurangan yang ada amat sukar..hanya mereka yang ikhlas dan kuat sahaja yang boleh melakukannya.
ReplyDeleteSop, aku setuju dengan kiasan engkau ni. Aku rasa tak salah dan sepatutnya jadi iktibar kepada kita semua. Sebagai pemimpin kita sepatutnya mengubah ini semua yang dibawa penjajah sejak berzaman. Sebab itulah kita tak boleh maju. Tengok dalam sukan, selagi ada orang yang berpangkat datuk / dato yang memimpin sukan negara, aku yakin kita takkan maju, sebab ada kasta. Jurulatih nak buat perubahan kena 'menyembah' dulu orang yang tak tahu menahu tentang sukan ni. So, ambil iktibarlah.
ReplyDelete