Seronok juga baca cerita banjir dah mula di pantai timur. Bukan seronok tengok rakan-rakan tenggelam air, tapi aku terbayang waktu budak2 dulu ketika aku membesar di Kelate. Kalau musim banjir, ni lah masanya cari lauk. Memancing dan mcm2 cara cari ikan sebagai habuan lauk sekeluarga. Sanggup berendam dalam air tengah hujan menunggu 'taut' dijamah keli bukit.
Tapi ceritanya lain pula di Tanjung Dawai (Daerah Merbok, Kedah) musim ni. Kelmarin aku sempat bawa kawan2 dari kelantan yang berkursus di Sungai Petan, shopping ikan bilis dan lain2 hasil laut di Tanjung Dawai. Walaupun ikan bilis ada di kelantan, tapi di Tanjung Dawai ni memang tempat perusahaan bilis. Hampir 20 buah bot bilis berpengkalan di Tanjung Dawai dan Sungai Petani. Jadi kawan2 aku ni sempatlah borong bilis yang macam2 jenis tu serta belacan yang memang sedap sehingga s kadarisman (seniman bujang lapok) sanggup nak potong kepala kerana belacan.
Lagi satu perkara, bulan nov dec nilah waktu kaki pancing gila menarik (casting, salah satu cara memancing) tenggiri di perairan antara penang dan kedah ni (laut andaman). Tak payah nak ke tengah laut sampai 2/3 malam macam di pantai timur untuk pancing tenggiri, cukup sekitar pulau-pulau yang hanya mengambil masa 2 jam perjalanan sahaja.
Cerita pasal bot bilis dan kaedah menangkap ikan bilis ni, aku pun kagum juga dengan apa yang depa ni usahakan. Kalau bot bilis keluar, mereka keluar berderet-deret macam kapal perang. Mereka mengepung menggunakan beberapa buah bot dan menarik pukat. Yang seronoknya ketika kami mancing, kami minta bilis yang segar ni untuk dijadikan umpan memancing. Memang mengena.
Dalam aku bawa kawan2 pusing tanjung dawai dan sungai petani ni, sembang2 rupa2nya salah seorang kawan ni kohort pertama PPGB di upsi. Jadi banyak juga cerita pasal ppgb yang aku dapat dari dia. Diapun dok mengeluh jugalah kerana masih belum jadi gb. Jadi untuk peringatan rakan2, selain kita, dah ramai dah kawan2 kita yang terdahulu yang memegang ijazah macam kita ni. So, kawan2 yang belum jadi gb tu, pandai2lah buat 'perancangan strategik' supaya dapat gb, dan tak payah fikir lagi nak buat master, sebab 3 tahun lagi 44 dan tak mustahil berpeluang dapat 48 atau 52. Berusahalah. Jumpa anda dipuncak.
Memancing adalah salah satu daripada aktiviti yg sehingga kini belum dapat aku lakukan. Masih belum berkesempatan, entah bila ek? Masalahnya aku masih tidak sanggup utk menunggu dan menunggu dan menunggu sehingga umpan itu dimakan ikan. Pegi ke pasar ler senang, jam tu jugak dpt ikan, hehehe. Takde bakat langsung la aku ni nak jadi kaki pancing!
ReplyDeleteMenyediakan alatan memancing, prepair bekalan dan meninjau lokasi memancing. Menuju padang pancing, menyediakan umpan, membaling batu ladung dengan seni tersendiri sambil mula berharap, menunggu umpan digigit dan kemahiran menyentap, kena...dan melayan sapa yang makan umpan...semakin hampir untuk muncul dipermukaan air....naik keatas. Proses mencabut mata kail kemudian melihat hasil tangkapan. [ ulang semula ..masuk umpan dimata pancing, melontar....] banyak episod dan babak dalam memancing ni. Menunggu adalah satu ujian kesabaran, masa tu boleh menghayati panorama alam dengan penuh perhatian. Aku? lama tak mancing sejak cikgu wahab pencen
ReplyDeleteHari tu aku dapat seekor ebek, memang puas melawannya sebelum dapat menewaskannya. Apa lagi, dalam perjalanan balik, kami masak 3 rasa di kedai tomyam. Bukan saja puas memancing, puas jugak makan bersama gang memancing ni. Orang yang tak pernah memancing mmg tak dapat rasa semua ni. Memanglah kalau difikirkan bodoh jugak, sebab kos sewa bot dan lain2 boleh beli sekor tenggiri untuk habuan anak2 dirumah. Tak payah susah2 di tengah panas tengah laut tu. Tapi itulah sebabnya ada peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Aku ni dari kecil 'bukan taik mancing' tapi tahu memancing kerana terpaksa cari lauk bantu org tua yang miskin.
ReplyDeletebelum dapat keputusan...
ReplyDeleteNampak gayanya saya di Sarawak belum dapat keputusan lagi. Takpe..mungkin minggu depan sampailah tu. Doa semoga dapat yang terbaik. TQ sop...dan rakan2x yang lain. Jumpa lagi di masa akan datang.
TQ ...sop for your information.So far I don't know my result for Fasa 7&8. Maybe in a few week to come i will recieve my letter from UPSI. Hope for the best. Nice to share a bit inyour blog. Jumpa lagi di lain waktu dan ketika.Bye...
ReplyDelete