Wednesday, December 3, 2008

Keras Beras Waras

Kawan kawan

Di Johor, ramai kawan kawan aku adalah keturunan Jawa, masa aku sekolah menengah, anak anak jawa merupakan majoriti ler pulak, jadi aku dari keturunan melayu ni kena buli pulak dengan anak anak jawa ni. tetapi satu yang baiknya aku dapat sesuatu dari mereka, kebaikan hati, keluhuran jiwa, keras semangat dan sikap tolong menolong mereka.

ada satu gurauan dari orang2 tua keturuan jawa, dia orang kata...orang perempuan tidak akan lari kalau kau jaga ...keras, beras, waras. aku tak mahu mendalami setiap maksud tersirat dari 3 perkataan yang puitis itu satu persatu, hari ini aku nak mengajak kita melihat pesanan pada perkataan keras.....sebab ada juga maksud sebaliknya

keras- bukan saja pada di maksudkan kepada #@$%#@ tu sahaja, yang tu mestilah kena keras....kalau tak keras..memang lelaki itu [ maaf cakap ] akan diperlekehkan dan tidak disukai oleh pasangannya......namun perkataan keras itu membawa maksud ada juga keras yang tak di[perlukan...seperti cara kita bercakap, menulis berdebat, verbal dan non verbal kita. aku selalu ditegur oleh kawan kawan kerana aku agak keras dalam bergurau, bersembang, menulis dll, ada guna perkataan menyakat, ada kata aku brutal, ada kata lembutlah sikit sop... ada yang belasah aku balik, ada yang menjauhkan diri dan berkata, orang kata ke dia tak boleh, dia kata ke orang boleh....usop tu beranginlah...Jadi ramai orang orang [perempuan terutamanya...] tak suka pada keras. kekerasan dan di keraskan. [ wah...ni dah melalut dah ni...] yang lain fikirlah sendiri kan...

sekarang kita dah tamat belajar, dan balik kelubuk masing masing...ada jamuan perpisahan .
adakah tamat segalanya? masuk kelubuk ertinya tidak mahu lagi mengingat kawan kawan sepermainan? perpisahan yang dijamukan itu perpisahan yang sebenar benar berpisah?

blog ini penyambung ikatan silaturahim kita....pernah satu ketika aku dah mati angin, blog tak ada sambutan....namun ramai kawan kawan yang menafikan hal ini ialah seperti, Low Pulau Ketam, Choong Muar, Che Hassan OS, Yati R, Dollah JPN, Nafa, Tengku, Hasmah, Ani, Chan Tai Ko [ KFC], Ct Dayang..kawan kawan group B seperti Usop sipan, Faris, mpmn, teropong, simantan guru, waruna, dan ramai lagi...[ termasuk penulis blog, graoup B, pengunjung blog dll ] memberikan semangat dan menyabarkan aku...terima kasih semua

lantaran itu aku terus bersemangat menulis dan meneruskan blog ini walaupun kadang kadang tidak bermaya....kemunculan che hassan dan dollah sebagai contributor menceriakan lagi blog ini [ cuma che hassan ni kadang kadang pemanas sikit...]aku tidak suka memaksa, sebab aku tak suka dipaksa. kawan kawan ....

kesimpulannya....jangan keras sangat...berilah kerjasama.....dan tepuk dada tanya selera

nanti kita cerita pulak bab beras dan waras

6 comments:

  1. antara perbezaan aku dan kau sof;

    aku anak Jawa kau anak Melayu
    aku sentimental kau brutal
    aku keras kau sentiasa berkeras
    aku prihatin kau selalu berangin
    aku lemah lembut kau kaki provok

    aku adalah aku dan kau adalah kau
    walaupun kita senama!!!

    ReplyDelete
  2. wah
    semua yang bagus kau punya, yang tak elok aku punya...
    kau kurus aku steady
    kau janggut tak terurus, aku janggut trim elok
    kau ada dua dapur aku satu dan setia
    kau wira aku waja
    kau GB aku PPD
    kau labu aku labi

    macam macamlah kau ni sop yang penting kau dan aku jaga
    keras waras beras

    ReplyDelete
  3. ada orang nak marah ke kat sini???

    ReplyDelete
  4. He..he..he. aku gelak sorang-sorang baca gurauan dua saudara aku yang senama ni. Aku duduk sorang-sorang kat rumah aku di kg ni, tetapi aku seolah-olah ada teman bila membaca blog Kembara Kelana, Cikgu Yusof, Cik Seri dan lain-lain blog yang dilink antara satu sama lain.. terima kasih sahabat kerana menceriakan hari-hariku yang suram dan kelabu..

    ReplyDelete
  5. aku setuju dengan tukangsampok, cantik dan puitis. Tapi jwb kelana pun, cantik juga. Ada seni, lagu dan irama. Tahniah dan syabas, korang semua, hebat.

    ReplyDelete
  6. nafa dan hasse
    aku dengan usop sipan ni macam tulah selalunya, kadang kadang dalam blog orang pun kami bercakaran [ gurau ] blog waruna , blog simantanguru dll. usop labu kau jangan bikin aku panas.

    ReplyDelete