Friday, December 26, 2008

Rasa Simpati Kat Yati 29

Kumpulan PPGB sepenuh masa (group 29 masa di IAB dulu) dah pun mendapat posting masing-masing. Ada yang dapat apa yang mereka mohon dan ada yang dapat sebaliknya.

Adik Yati (29) kita dah buat rumah besar di Kuala Berang, Hulu Terengganu dengan niat untuk memenuhi impian keluarga mereka menginap di rumah kesayangan itu. Malangnya Yati dapat posting di Sekolah Alias mantan (SK Rantau Petronas), manakala suaminya di Cheneh, Kemaman. Jarak dari Kuala Berang amat jauh. Yati beritahu mereka akan berulang alik dari Kuantan di mana tempat mereka tinggal sekarang.

Yati ada bagitau kepada saya untuk bertanya jika ada kawan-kawan di JPT. Apabila saya rujuk dengan kawan saya di bahagian pertukaran, beliau memberitahu lewat bagi tahu, surat dah keluar, nak ubah amat sukar. Kini Yati dan suaminya terpaksalah bertugas di tempat yang telah ditentukan. Jika ada ruang mungkin bulan Mac 2009 boleh buat sekali lagi rombakan pertukaran, masa tulah nama Yati dan suaminya akan dipindahkan ke kawasan yang dikehendaki (Kuala Berang)

Untuk maklumat kawan-kawan, saya suka pergi ke Kuala Berang untuk beli jagung segar dan kacang tanah rebus segar. Tahu tak saya beli jagung nak buat apa? Ha.., makanan kegemaran saya ialah bubur jagung Terengganu. Saya sanggup kupas kulit jagung dan rincis halus-halus isi jagung supaya senang orang rumah masak masakan kegemaran saya itu.

Berbalik kepada Yati, saya nak ucapkan terima kasih kerana banyak juga bantu beri nota-nota ketika belajar di UPSI tempoh hari, walau pun tak dapat markah yang tinggi (cukup seadanya), buka salah orang lain, tapi salah sendiri tak ambil peluang yang ada sepenuhnya. Jika boleh saya bantu lagi supaya Yati dapat memenuhi impian tinggal di rumah sendiri dan dapat bertugas berhampiran dengan rumah itu, Insyaalah saya cuba berhubung dengan rakan saya di bahagian pertukaran apabila tiba masanya nanti.

3 comments:

  1. sian yati...aku masih ingat pada dia..dan setahu aku dia sangat friendly dan suka menolong orang..pada yati..sabarlah..kerana setiap cabaran tidak akan melebihi keupayaan akal..ada jalan penyelesaiannya...

    ReplyDelete
  2. aku dapat tau berita pertukaran hayati osman ni dari siti zaiton lela 2 minggu lepas. Kalau dapat tau awal boleh juga tolong intai2 kekosongan tu. Takpelah Ti, tak lama tu....nanti dapatlah kembali.Sabar lah.

    ReplyDelete
  3. Buat yati, sementara waktu ni Alhamdulilah. Kebetulang dapat sekoloh kawang kite, Cikgu Lias dang cikgu Jah sebagai Guru besor yang sama2 ada ilmu kepimpinang. Jadi, harap2 SK Rantau Petronas tu jadi sekoloh nombo 1 teganu kite.

    ReplyDelete