seorang lagi kawan kita kini mempunyai blognya tersendiri. Jangan tak percaya, dia ialah Pn Hajah Halipah. Walaupun beliau seorang wanita tradisonal, tetapi telah aku katakan dulu, dalam ruangan KKK [ kenali kawan kita ] Pn Hajah Halipah adalah wanita, guru, ibu dan pentadbir yang mempunyai wawasan. Dia mengikut perkembangan. Perkembangan masa kini ialah setiap orang pantas menguasai IT. Dengan IT yang telah didedahkan kepada kita sebanyak 9 credit hours, Segala selok belok IT ni, jangan nak bohong kat kita, kita dah tau sedikit sebanyak, Pn Halipah telah mengorak satu lagi langkah..iaitu mempunyai blog sendiri. Nanti aku akan linkkan add blog nya sebaik saja aku dapat alamat blognya.
Blog amat penting untuk kita memberikan pandangan, sebagai catatan peribadi, tempah meluahkan perasaan secara profesional, jambatan dan rangkaian untuk kita berinteraksi tanpa sempadan. Blog dapat memudahkan kita mengakses laman web yang kita kehendaki dengan cepat dan mudah. Dalam Blog kita boleh link kan semua website yang penting dgn tidak perlu search setiap kali kita ingin melayarinya
Memang tidak dapat dinafikan, tak semua suka masuk melayari internet, dan tidak semua ada masa dengan mengurus blog. Memang soal ini banyak bergantung kepada minat dan kesediaan kita...namun kita tak ada masa ke, kita tak suka ke, teknologi.. internet terus menguasai hidup kita.
why not? why you late?
Jangan marah.
wow tahniah lipah
ReplyDeletetak sabar nak baca blog kau
mesti ada resepi ikan patin
tahniah teruskan berkarya
tentu boleh kongsi pengalaman dan tugas-tugas di sekolah macam kak waruna...
Tahniah Hjh Halipah!
ReplyDeleteSof, kau jgn ler desak2 sgt, diorang taknak mengikuti perkembangan ICT atau berblog, bior ler....asalkan diorang bahagia!
ok labu..ok...sorry geng, maafkan aku atas P.O aku dalam entri tu
ReplyDeleteBetul tu ckgu Yusof...bukan semua org ada masa online dan berinternet. Lebih2 lagi di usia begini bnyk beno benda nak diurus...sebab semua kita adalah pengurus. Urus anak, urus keluarga, urus sekolah, urus kereta, urus kucing kesygn, urus pokok..jgn sampai diri sendiri tak terurus udah ler..Sukati laa asal semua kengkawan bahgia...
ReplyDeleteTersangat terkejut bila dapat tahu kak lipah ada blog. Syabas dan tahniah. Saya masih tak tahu nak buat blog lagi pun tak ada masa. Rasanya cukuplah dah seorang blogger kat rumah... takut nanti dapur tak berasap lain pulak jadinya.
ReplyDelete