Wednesday, January 14, 2009

SALAM KASIH SAYANG

Rakan-rakan seperjuangan sekalian...Dalam kesibukan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab harian yang diamanahkan dengan sebaik mungkin berasaskan kemampuan bekerja masing-masing....terdapat di sekitar kita ramai orang yang sedang berkembang karier mereka dengan dianugerahkan pangkat yang lebih tinggi dengan umur yang masih muda. Mari kita lihat betapa hari ini peluang-peluang yang ada tanpa kita sedari berada di sisi kita. Contoh: Baru-baru ini diadakan majlis penyampaian watikah perlantikan kepada pensyarah-pensyarah DGA 48 dan DGA 52 serta akan ada DGA 54. Terdapat ramai pensyarah muda sudah berada di tangga DGA 48. Menurut pengarah IPKT terdapat 14 saluran kenaikan pangkat sebenarnya (bila ada maklumat saya akan kongsi nanti). Pendek cerita rezeki kepada para pensyarah-pensyarah di Institut Perguruan (Institut Pendidikan Guru) yang sekian lama menunggu telahpun jatuh ke riba. Allhamdulillah. Kini warga institut tidak lagi merasakan berbeza dengan warga pensyarah yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi awam yang lain. Di mana mereka tidak lagi perlu berhijrah ke Universiti untuk menjadi pensyarah untuk mendapatkan status yang dikehendaki kerana mereka akan memperolehinya di institut pendidikan guru juga.

Saya nak kaitkan dengan ucapan Dr. Ibrahim Bajunid di UPSI tempuh hari berkaitan dengan keadaan selesa seseorang akan tercabar apabila di sekitar kita orang lain sedang merebut peluang untuk meletakkan kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Walau apapun kita tetap bersyukur dengan anugerah Allah kepada kita hari ini. Cuma Allah juga suka kepada orang-orang yang telah berjaya dalam sesuatu perkara, kemudian berusaha lagi untuk menjayakan sesuatu perkara yang lain. Maksudnya sesuatu kejayaan itu tidak terhenti di sesuatu tempat sahaja. Ia adalah proses berterusan sehingga ke akhir hayat. Wallahuwaklam.

1 comment:

  1. Pencapaian dan anugerah pada peringkat dunia ni ada banyak cara. Dan telah banyak kita lihat dan kita bercakap, antara layak atau tidak layaknya seseorang itu. Jalan-jalan dan cara-cara ini ada perbezaan yang nyata hanya Allah jua yang tahu. Janganlah terlalu terkejut jika ada yang muda2 dah capai tahap yang tinggi. Kalau dia memang layak, syukurlah, itu benar rezekinya. Tapi kalau sebaliknya, menanggunglah orang-orang yang terlibat dengannya. Apapun tahniah kepada IPGM kerana perubahan yang positif ini. Ambillah peluang yang ada, kerana mengambil peluang yang baik itu satu kewajipan.

    ReplyDelete