Menyiapkan tesis master bukan sesuatu yang senang. Belajar, datang kelas, siapkan tugasan semasa boleh dibuat sebaik mungkin wpun kdg2 banyak juga cabarannya. Tapi untuk menyiapkan tesis, lain pula jadinya. Saya, jika diikutkan jadual awal yang dirancang, tamat semester 3, selesailah master saya. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Tanpa kehadiran pensyarah, rakan-rakan sekuliah, mood untuk menulis tesis langsung tidak ada. Hilang semangat dan kekuatan untuk terus duduk menyiapkannya walaupun bahan-bahan sudah banyak dikumpul. Janji untuk menghantar lebih lebih awal dan konvo pada Julai lalu tinggal kenangan sehingga terpaksa meneruskan ke semester 4 dan wajib dihantar sebelum selesai semester 4, disember ini. Inilah akibatnya terlalu membiarkan diri dibuai dengan pelbagai perkara yang seterusnya menjadi cabaran yang sangat menakutkan. Malu dengan rakan2 sekuliah serta pensyarah penyelia. Semoga mereka faham dan membantu memberikan semangat untuk saya meneruskan misi menyiapkan tugasan penting ini.