assalammmualaikum dan salam sejatera
hai kawan kawan
semoga semua sehat...alhamdulillah saya dan keluarga di kuala rompin sehat...ada beberpaa berita untuk disampaikan
1. Alfatihah dan doa untuk kawna kita Jamal, kerana orang tuannya telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas...semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang dikasihi
2.saya dah jalan kan semua tugas awal, mohon kebenaran dari FPE, Pej Parlimen, Penasihat Undang 2 KPM dan Pej IStana Keadilan...semoga mendapat kebenaran dan kita sama sama akan menyertai rombongan, sebab kalau tunggu naik fasa 8 memang tak sempat. Setakad ini pendaftar Dr Kamaruddin sudah minta proposal untuk infastruktur. Sama samalah kita berdoa...any way kalau niat kita baik akan dimakbulkan tuhan...ingat kita hanya merancang dan tuhan yang akan menentukan
3. tadi yati baru beritau beliau dah dapat surat panggilan ke fasa 8 ...7 julai - 7 Ogos...semoga kawan kawan bersiap sedia dan membeli tiket kapalterbang atau mengambil langkah yang patut..sama samalah kita berdoa agar segalanya selamat..dgrnya kolej agak kritikal dan kita mungkin ke tingkat atas..sebab ada kump belum keluar lagi
4.akhir sekali untuk kali ini...layarilah internet dan kunjungilahblog kawan kawna dan blog kumpulan kita untuk mendapat maklumat terkini dan berkongsi pendapat
salam
soprompin
sof, mcm biasa ler, aku tetap jadi pengunjung pertama di setiap entri kau.
ReplyDeleteTakziah utk si Jamal, dia duduk di Taman Temerloh Jaya kan, dekat dgn rumah besan baru aku la...
Tadi lepas zohor aku tengok kat pondok jaga, rupa2nya ada surat panggilan kat situ. Tadi pagi saja jer jaga tengok aku masa masuk sekolah, tak diberitahu pun ada surat aku... Memang ada masalah pun jaga aku sorang ni.
Selamat kita bertemu kembali sof utk fasa 8 dan menyelesaikan perjuangan yg sudah tiba ke penghujungnya. Aku cadang nak datang awal sikit, mudah2an terlaksana. Aku pun tak nak la kalau kena duduk tingkat atas, tak larat la nak naik tangga!
Kau memang terer bab2 menguruskan perkara2 tu sof, aku doakan kau dan kumpulan kau berjaya buat lawatan tu. Kumpulan kami pernah sekali ke Ipoh, ramai jugak yang tak dapat turut serta termasuk ler aku kerana ada hal lain ler pulak. Kau kena terima ler hakikat bahawa tak semua nanti sedia turut serta. Tapi kumpulan kau lain kot, semuanya taat dan setia pd ketua. Bagus ler kalau mcm tu...
Ttg projek 3, aku tak jadi buat penyeliaan la sof. Aku confirm dah tukar tajuk, aku buat Pengurusan Panitia Matapelajaran. Aku dah start dah, semalam aku edarkan soal selidik kpd semua ketua panitia.
Minggu depan aku sibuk ler pulak. Hari rabu hingga jumaat kena ke JB, ada seminar profesionalisme GB daerah Muar, aduhai... kena bawak ler laptop aku sama, ada tugasan yg perlu dihantar pd pensyarah penyelia sewaktu kita datang pd 6 julai nanti.
ok sof, jumpa lagi, bye, wassalam
sori sof aku masuk sekali lagi sbb ada hal aku nak bagi tau kau.
ReplyDeleteaku rasa setting masa kat blog kau ni tak betul la, kau betulkan ler. adake aku post komen baru jap, jam kat laptop aku 2.20 ptg 21 Jun tapi kau tengok ler pd komen aku tu dia jadi kul 11.20 mlm, 20 Jun.
Tak up to date la sof, jgn buat malu kawan!!!