Salam Ramadhan
Selamat menyambut nuzul quran.
Kawan kawan
tadi aku dapat sms dari Che Hassan, dia pun tengah diperingkat hujung menyiapkan projek 3 dan akan hantar sendiri by hand dengan pensyarah dia....KJ kita, Dr Khuan Wai Bing.
Dari mula mengenali che hassan ni, nampak keunikkannya. bagi orang yang mudah terkena kesan halo, akan menganggap che hassan ni macam macam. tetapi bagi yang agak cermat sedikit memerhati dan menafsir sesaorang, akan nampak beberapa sinar dicelah daunan...ada banyak kekuatan dalam ledakan laser mulutnya atau gerak gerinya. Dalam mengemukakan pendapat che hassan meletakkan pendengar kesatu persepsi yang jarang difikirkan, dalam bersukan, che hassan ada keupayaan yang tinggi dan keazaman untuk menang, dalam perbincangan kumpulan che hasan minat melontarkan idea dan suka menjana kerja ( kalau boleh bagi dia jadi bosslah..) dalam mengurus diri, che hassan amat teliti dan tereni. Untuk mengalahkan che hassan kalahkan dia dalam berhujah dan memberikan idea, untuk mendapat hormat che hassan hormati dia dan idea nya dan buktikan...
aku sedih ada kawan dalam kelas kita sampai sudah menganggap che hassan pengacau lah, che hassan tak boleh buat kawanlah....malah ada sampai akhir, ada yang anggap che hassan orang yang patut dijauhi dan tidak bertegur sapa dengan che hassan...tetapi apakan daya, itu semua adalah kehendak dan pemikiran masing masing...pada aku, aku ok jer...aku ikut sapa jual, sebab aku darah pendekar...kalau jual mahal aku beli mahal, kalau jual murah aku beli murah kalau tak mahu jual, aku tak mahu beli....so far aku dgn che hassan sampai akhir tetap kawan baik dan dia selalu hubungi aku walau dimana dia berada...dari iab sampai sekarang...
kepada che hassan selamat maju jaya...kau pandang parlimen kau ingatlah aku....
salam
Bagi aku, aku tak akan jual sama ada mahal atau murah, aku hanya hendak hadiahkan jer pada kau sof sebagai tanda persahabatan dan ingatan... (ni bukan terhad pada kopi jer tau, hehehe)
ReplyDelete