Friday, October 31, 2008

corat coret

salam sejahtera
semalam che hassan telefon, bertanya khabar...dan hari ini ini ada komen yang dia masukkan, terima kasih che hassan, aku baru saja invite kau sebagai contributor untuk blog, sila terima dan kemudian bila kau masuk blog kau akan nampak sign in, kau sign in dgn memasukkan user name email dan password email kau, lepas tu bila kau masuk blog kau akan nampak dipenjuru kiri kau ada icon new post...kau klik situ dan mula memasukkan tajuk entri, isi kandungan yang kau nak ceritakan dan last sekali kau klik publish selepas kau puas hati, kalau nak masukkan gambar upload gambar di icon add image, selamat mencuba.

aku juga mendapat sms dari rosli ..dia masih menganggap aku musuhnya bila aku kekuatan..aku sendiri tak tau kenapa

dollah ada call, dia mendoakan aku agar bersabar dan bekerja dgn cemerlang

ani? dekat tapi jauh, jauh tapi dekat...

aku ada juga menerima sms dari azmi langkawi...dia susah hati dgn kemelut politik masa kini..sabarlah mie, nak buat macamana...sepanjang tahun ini tak habis habis kisah parti politik ditanha air kita, kita tenggelam dgn isu dan hilang hala tuju..

aku juga menerima ucapan terima kasih dari kupayee dan rakan lain atas ucapan happy deepavali...aku entri kan gambar 3 guru besar india di kaki blog sempana deepavali...

aku ada berjumpa dengan yati dan minum bersamanya di tanjung api kuantan, isteri aku dan dia akan sama sama kurusus membuat kek di pekan sabtu ini nanti

blog yang diterima ramai ialah blog yang banyak dilawati..ada banyak komen dan ada ramai yang post entri ...jika ini berlaku...blog kita memang menjadi tempat kita berkumpul dan meluahkan perasaan serta berkongsi berita disana sini.

che hassan, aku akan ke sg petani dan alor star lepas konvo nanti bersama keluarga aku melawat abg aku disana...nanti kita jumpa.

kawan kawan lain...selamat menjalankan tugas dgn cemerlang

demikianlah corat coret dari kawan kawan kita
salam

1 comment:

  1. Alhamdulillah sof, seminggu dua ni nampaknya 'pergerakan' kau agak lancar, blog kau sentiasa ada entri pada setiap hari. Tahniah!!! Tak lupa juga aku ucapkan 'terima kasih' kerana 'membelasah' aku... Dalam seminggu ni memang aku agak sibuk, walaupun blog kujengah tapi tak berkesempatan untuk post new entry. Hebat jugak gaya bahasa yg kau gunakan utk 'membelasah' aku tapi aku rasa ianya agak berbaur dgn api dendam kesumat. Ini adalah kerana pernah aku yg gunakan gaya bahasa sedemikian apabila lama kau tak update blog kau.... berdendam rupanya kau ye.... Adakah kita seperguruan? hehehe, aku tak kisah sof, kau kutuk ler aku mcm mana cara pun.... biasa ler... sepatah kata kau, kita ni kan 'orang Muo'...cuma lebih lembut sikit ler drp orang Melaka! (Orang Melaka jangan marah ek!!!)

    ReplyDelete