pelbagai cara orang menafsir istilah dewasa. ada yang mengatakan umur, ada yang meletakkan kematangan, ada yang meletakkan jiwa dan tidak kurang pula mengambil keutuhan pegangan agama.
dewasakah sesaorang itu jika mudah lupa kepada orang yang berjasa kepadanya, seperti tidak hormat ibubapa, abang dan kakak, atau tidak menghormati orang tua-tua, atau tidak menghormati guru yang memberikan mereka ilmu dan panduan hidup?
patutkah sesaorang itu di hormati, jika dia sendiri tidak pernah dan tidak suka atau kurang menghormati orang lain?
dewasa, matang, sikap, keilmuan yang digunakan, latarbelakang hidup dan kesan psikologi masa silam...banyak yang perlu kita debat dan bahaskan...tetapi yang simple..jika sesaorang kurang menghormati orang lain, jangan harap dia akan dihormati...itu adalah kesan dan tindakbalas yang normal dalam kehidupan kita.
sekarang kita seorang guru....lepas tu ditentukan tuhan pula kita menjadi golongan pentadbiran sebuah sekolah [organisasi pendidikan] ditangan kita ada pelbagai kuasa dan amanah yang berat..kemudian allah melindungi dan merestui kita belajar hingga tamat dan bakal menggenggam ijazah pengurusan pendidikan dari universiti, walaupun kita sebenarnya kurang berkemampuan dan tidak percaya pada diri sendiri pada mulanya, takdir menyebelahi kita...kita terus maju kehadapan...dan bakal menikmati kehidupan yang lebih tinggi di dalam sosialisasi kita..namun masih ada antara kita yang kurang dewasa...tua, tetapi masih berperangai sumbang dan sumbing disana sini, berlimu tetapi menggayakan langkah yang melambangkan kejahilan, ketua dan berkuasa tetapi masih sanggup menyelewengkan amanah yang ditanggung.
percaya atau tidak...hanya kita yang menentukan kerana jawatan kuasa untuk mengukur kedewasaan kita ialah hati, perasaan dan jiwa kita sendiri...tanpa perlu mencari jauh... marilah kita mencari di dalam diri kita sendiri.
mutiara yang hilang
mutiasa yang bernama kedewasaan
jangan kita malukan keturunan, bangsa, agama, ilmu, guru dan ibubapa kita kerana kekurangan kita.
salam
No comments:
Post a Comment