Friday, October 24, 2008

khabar dari hasmah

salam sayang
ada email dari hasmah...satu satu nya peserta dari n9 dalam group kita sebelum kemasukan saras.
aku bila bicara dengan dia..tengok keadaan...kalau lama tak balik..aku panggil mah jer, kalau baru balik, sopanlah sikit aku panggil kak mah...
dalam kelas kita yang boleh sikit sikit speaking loghat minang dan N9 ini, aku jer...sebab ada pengalaman duduk 8 tahun dengan suku minangkabau di langat dulu...1990-1998 dan kerja kilang gotah di rasah pada tahun 1980an dulu..

baru baru ni, anak lelaki hasmah telah bertunang dan dia [ hasmah ] bertanya macamana nak buat jemputan melalui blog ini...ada dua cara...satu suruh aku buat kan entri untuk dia...kedua hasmah sendiri siarkan.

cara kedua lebih baik, tuan punya badan sendiri yang jemput.

caranya?
jadi contributor untuk blog ni.
macamana?
aku...as blogger akan invite melalui email hasmah, hasmah bukak email dan terima jemputan tu dulu...dah terima, maka kita akan mula belajar mcamana nak nulis dalam blog ni sebagai penulis jemputan..[ nanti aku terangkan...terima dulu, aku dah hantar pada raden, nuan, hasmah, serisuryati dan lovegoen....] terima dulu..invite aku tu

ok
sini dulu, tak leh ajar banyak banyak..penat dan memenatkan...slow slow...masuk baru sedap...eh kesitu pulak...slow slow baru paham. Salam

2 comments:

  1. Kak Asmah,
    Terlebih dulu terima kasih banyak-banyak atas layanan hari tu terutama dapat makan ayam utan yang sememangnya sinonim dengan kak setiap kali balik ujung minggu pasti itulah sajian yang dibawanya. Yang bestnya chef yang masak tu.....!Memang handal! Terubat rindu dapat jumpa dengan kak. Perasaan berbaur antara sedih, suka dan seronok! Banyak yang nak diceritakan tapi kerana kesuntukan masa.... terpaksalah sebahagiannya dipendamkan.Bila dah habis belajarnya terasa masa terluang banyak (tak termasuk kerja sekolahlah)...kalau kak mengait semula...., saya pulak mula menjahit. Yati mungkin sicbuk buat kuihnya dan kak halipah pasti berkebun dengan abang haji. Kak zu sibuk mengurus sekolah dengan pembaharuan-pembaharuan yang dibawa (harap cikgu dia tak tension!) dan mala... entah tak tahu apa yang dibuatnya....Kedua-dua kawan kita yang diutara tu tak dengar cerita... Hai dah lupa kot!
    Hari Isnin ni nak anta anak ke temerloh. Hajat hati nak gi rumah kak lipah.. Tapi tak call dia lagi. Walau macamana pun terima kasih dari ani dan suami atas layanan tempuh hari. Suami ani pun puji masakan ayam utan tu... sedap! Kalau ada masa ...insyaAllah kami akan berkunjung lagi ke Ladang Inas yang kebetulan pula nama Inas tu serupa dengan nama cucu saudara suami ani.... comel sungguh budak tu ...!!!

    ReplyDelete
  2. aku taka rasa pun ayam utan tu...dapat dengar cerita ajerlah...sambil telan air liur

    ReplyDelete