Friday, November 14, 2008

bermulalah cuti sekolah

jumaat tadi suasana sekolah sangat sibuk

semua orang sedang mengurus penyerahan tugas dan melengkapkan senarai semak yang diberikan, ada yang dapat bertukar sibuk mengemas barang dan memunggah barangannya. ada yang tak dapat tukar, sibuk pula telefon sana dan sini

anyway kepada semua kawan kawan diluar sana, selamat bercuti dan bersama keluarga..

aku? banyak juga plannya..selain mengembara kesana sini aku akan menghadiri reunion dengan kawan kawan di kluang pada 13 disember nanti. stelah kami berpisah 30 tahun sejak 1978.

ok geng
selamat

2 comments:

  1. Sop, aku dah mula 'mencoret' di blog kita ni. Terima kasih kerana jemputan hang ni. Aku rasa kita kena fahamkan rakan-rakan kita yang lain betapa blog ni, bukan semata-mata suka2, tapi banyak manfaatnya. Kita boleh kongsi macam2. Semalam aku ke blog faris, aku dapat juga idea bila aku muatturun slide persediaan buka sekolah karangan si maznun, kalau tak tirupun sekurang2nya kita dapat ide. So, aku janji akan jadi bloger yang aktif dan akan cuba berkongsi apa yang aku rasa baik untuk rakan2. Pasal cuti ni, aku mesti siapkan dulu prancangan strategik sekolah 2009 baru boleh fikir benda lain. Aku ada niat nak bawa keluarga jalan-jalan ke pahang dan terengganu, tapi takut tenggelam dek banjir yang menjelang tiba. Tapi tegoklah macam mana, kalau jadi aku helo mu. Stedy sop.

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum Che Hassan.
    I am very please to hear from you. Saya rindu nak dengar perkembangan rakan2 sekursus dulu. Saya juga ada bnyk cerita lebih2 lg dah berpindah sekolah. Nanti ada masa saya akan menulis. Ni nak ke bandar Kuantan dah janji nak jumpa anak (ambil SPM skrg ni). Kalau dtg Kuantan jgn lupa call saya.
    Salam dari pantai timur.

    ReplyDelete