Wednesday, November 26, 2008

Bingkisan Pantai Timur

kawan kawan

Hujan mula melanda dan cuaca suram mula menghiasi langit di pantai timur, hampir seminggu kami di pantai timur ini dilanda hujan tengah malam dan berangin. Suasana sebegini biasanya memerlukan hubungan baik dalam rumahtangga dan bekalan makanan yang cukup.

Subuh 6.30 dengan siang 9.30 pagi hampir sama saja wajahnya. hujan renyai bagai bidai penghalang mata dan kebebasan berjalan. Sesiapa yang ada urusan di Pekan, Kuatan dan Rompin.. segerakanlah..kepada yang hendak melancung ke sini, masa melancung anda semakin terhad, namun setakat ini masih belum ada jalan yang terputus.

Bekalan makanan mula diedarkan di Pulau Tioman, Muadzam, Keratong dan Leban Chondong.
Persiapan menghadapi banjir telah digerakkan hampir dua bulan yang lalu.

Beginilah saban tahun, aku teringat Tn Hj Nazimudin berkata dalam kuliah, menjelang 2030 Rompin, Pekan, Batu Pahat dan Kelang akan hilang dalam peta malaysia. Jadi kepada kawan kawan yang belum sampai kerompin janganlah melawat pada tahun 2031..sebab mungkin Rompin berada di dalam perut Laut Cina Selatan.

Aku? Rindu pada semua 106 kawan kawan aku.

6 comments:

  1. Walaupun cuaca tengkujuh agak suram tetapi posting yang baru selesai dinikmati ini terasa menyegarkan minda.

    ReplyDelete
  2. kau kena pindah awal2 lagi sop sebelum tempat kau lenyap dari peta malaysia.pindah ikut abang kau diutara kan bagus.

    ReplyDelete
  3. sop
    ko pindah kuantan jer
    lagi kencang Zai buat kuih sebab senang cari bahan mentah di Bakewell.Rompin jauh benor.

    ReplyDelete
  4. ekk emmm, seri ajak aku pindah kuantan ler pulak...teropong hang jangan duk teropong na
    cg wahab
    saya faham maksud cikgu

    ReplyDelete
  5. Penatla juga mencari baru jumpa rumah En Usop nih.

    ReplyDelete
  6. terima kasih waruna sudi berkunjung .. ni blog sepunya..kawan kawan masa upsi

    ReplyDelete