Saturday, November 29, 2008

Dr Kamalia Abdullah

Kawan kawan

Seterusnya pensyarah yang ingin aku ceritakan ialah Dr Khuan Wai Bing...sebagai penghargaan

Selepas fasa 6, golongan nakal mahasistua PPGB menukarkan nama Dr Khuan kepada Dr Kamalia binti Abdullah, gara gara pada suatu hari beliau menyebut....saya syukur alhamdulillah...dan juga di kenali sebagai kakak angkat.

Berada di dalam kelas 'Kamalia Abdulllah' @ 'kakak angkat' [KA] sentiasa segar dan menggembirakan, beliau juga mengajar kami 6 credit hours. Dua Subjek, iaitu Kreativiti Inovasi dalam pendidikan dan nego skill. Kesibukan beliau sebagai KJ, berlari sana sini mengurus FPE dan kuliahnya, tidak menghalang beliau memberikan kami kuliah yang bermutu.

KA ni kadang kadang tolak ansur sangat...kadang kala terlalu spesifik dan adakala amat friendly dan menyenangkan adakala, macam tak layan jer kita. Ini menjadikan beliau seorang yang sukar dijangka dan sukar diramal. aku agak faham dengan gelagat beliau kerana menjadi Tok Penghulu semasa zaman sukar. Iaitu ketika KA menjadi KJ.

KA, sering menjadikan kelas tak kering gusi dgn gurauannya dan pandai melayan gurauan orang lain....aku masih ingat semasa fasa 4..ketika kelas kretiviti, aku tersasul masa dia cerita yang dia boleh memasak tetapi tak pandai menghidang makanan, KA kata dia akan angkat dengan periuk sekali ke atas meja...aku yang ke boring an menyampuk..its ok for me...terus dia jawap...apa cikgu!!!!, aiya...lambat jumpalah cikgu...., satu kelas ketawakan aku dan sejak itu bila lalu saja KA maka berbunyilah dehem dari makruf, wazir dan yang lainnya...yang paling teruk mengutuk dan menyakat ialah Makruf [ murid tertua dalam kelas dan JU take 5 ]

Memang aku kecik hati semasa di P.O nya aku semasa nak meminta kebenaran untuk lawatan ke Parlimen dulu, namun itu dah berlalu...KA hanya mencari maklumat dan aku dah ok . Cerita lama.Memang aku keciwa dapat B+ dalam nego, tapi tu salah aku, tak buat persediaan dan baca betul betul. Aku dapat apa sepatutnya aku dapat. Tu semua menjadi kenangan manis dalam hidup aku untuk selamanya. Itu semua dah berlalu dan saling bermaafan.

Aku amat berbangga kerana kesudian KA hadir bersama beberapa pensyarah lain semasa jamuan akhir tahun kita dulu. Dalam ucapan nya malam itu dia berpesan dan semasa balik aku mengiringi dia sampai ke kereta, dan ketika kereta nak bergerak...aku ketuk cermin kereta, dia turunkan cermin...aku pun berkata...dr i miss u...dia pun kata ..i miss u too...sambil ketawa, dan wajah riangnya dan ketawa kecil moleknya malam itu merupakan lambaian terakhir antara aku dengan KA.

Semoga KA berbahgia dan gembira sepanjang hidupnya dan terima kasih pada segala asuhan, ingatan dan pesanan serta ilmu yang dicurahkan. Dr Khuan...i miss u.

Itu pendapat aku, tak taulah kawan kawan lain kan.

3 comments:

  1. seronok baca kisah2 lama ni. Maka saya pun teringat masa dikampus dulu mahasitua (kekekek...) memang bertuah la...yang fresh2 macam kami selalu jadi mangsa minta tolong itu dan ini.. siap bagi upah lagi.. ajak keluar makan. Kalau isteri tahu habis la....ada yang cabar mencabar.. " Akau cabar kau date minah tu......" Jangan marah usop bukan semua tu.. Ada yang betul2 dedikasi, kalau bentang kertas kerja habis la kami dikomen..

    ReplyDelete
  2. Sebelum nampak gambar dr.kuan, aku nampak tajuk Dr Kamalia Abdullah. Terkejut berok(orang kedah cakap) aku, sapa pulak ni? Bila nampak gambar dr.kuan, geli hati aku. Hang mmg pandai sop, bukan saja namakan si Dr ni, tapi juga sisipkan cerita ketika dalam kelas dulu. Pada aku, Dr Kamalia ni juga ada keistimewaan tersendiri dan banyak membantu kita semua. Walaupun aku juga tak pernah dapat A dengan dia ni, tapi harap2 projek 3 aku dengan Dr. Kamalia ni aku dapat A. Ketika aku tunjuk proposal dia kata aku boleh dapat A, tapi aku tak pernah yakin dengan dr ni. Apapun doa aku dr ni sentiasa bahagia dengan caranya tersendiri.

    ReplyDelete
  3. waruna
    saja seronok seronok, teapi masa kami belajar, masa pembentangan selalu tak cukup masa , terpaksa ada sorang dilantik tolong kawal. kalau tak, semua GB ni pandai cakap belaka.
    Hasse OS
    biasalah, kalau tak tak ada tarikan pulak kau nak baca.

    ReplyDelete