Thursday, November 20, 2008

Jambatan Silaturahim

Buka je blog ni, terpampang 'Jambatan Silaturahim...' Ini idea saudara aku Usoprompin@kembarakelana. Tapi heran jugak aku, sejak gatal tangan dengan blog ni, aku tengok baru beberapa orang yang 'melintasi jambatan ni'. Pelek jugak. Depa ni lalu jalan lain, tak lalu 'jambatan' ni kot? Atau depa pakai 'terowong'. Kalu lagu ni, boring jugak aku. Aku dengan usop ni, syok sendiri kot. Kalaulah melalui blog ni, Dr. Kuan bagi A, aku rasa kita tetap dapat B juga Sop. Sebab ramai yang berlumba-lumba, kalau boleh nak di depan, nak guna 'jambatan' ni. Inilah yang dikatakan Usop hari tu. Tapi, dah tak baca, 53 orang ni, sapa pun tak faham. Aku dari dulu lagi faham. Sebab tu, aku sentiasa berada 'di luar kotak'. Cuba bagi komen sikit, kawan yang guna 'jambatan' ni. Emzex lagu mana? Kalau dah tak berguna lagi jambatan ni, kita nak guna apa sop, untuk sampai ke sebarang sana? Jangan bakar jambatan sudahlah.

4 comments:

  1. hasan
    kata orang ' duit dalam kocek orang kita tak tau , ada berapa banyak..'
    begitu juga dengan masalah, keadaan, suasana, sikap, kemahuan dan sebagainya. kau buat macam biasa jer, entri apa apa yang kau ingin nak kongsi, yang kau nak luahkan.
    aku ? terima saja..lambat bangat akan semakin ramai membaca dan menyertainya. kau jangan putus asa. aku dah mulakan blog ini sendirian sejak 2007 lagi. semoga kau tetap memberikan sumbangan

    kita buat jambatan depa buat terowong..dah nak buat lagu mana.

    salam

    ReplyDelete
  2. DIAM
    (buat mereka yang tak
    pernah mengerti)

    Sesudah tiba waktunya, tengah malam
    Menunggu warna reda terpancar
    Sinar matamu bening dan menikam
    Aku telah memilih diam

    Diam bukan bererti marah
    Diam bukan bererti kalah
    Diam bukan bererti salah
    Diam bukan bererti lemah

    Malam ini kita dicabar dengus angin
    Mana ada cinta perkasa yang tak membadai
    Antara umbi hidup dan sulur kehidupan
    Aku telah memilih diam

    Diam mengajar aku memahami sabar
    Diam adalah salju memadam api amarah
    Diam umpama bunga penyeri halaman mereda gelora
    Diam dibina dengan ambangan bulan mencari kebenaran
    Diam seperti memandang cermin diri

    Setelah seribu tingkah menongkah
    Aku telah memilih diam
    Kerana adakalanya diam lebih baik dari berbicara
    Jika bicara hanya mengundang dosa
    Memarak api sengketa
    Mendatang bencana
    Disalah teka

    Sesudah tiba waktunya, tengah malam
    Izinkan aku memilih diam
    Sehingga kutemui kata-kata
    Yang mampu menjadi makna


    serisuryatirasul
    2008

    ReplyDelete
  3. yati
    puisi diam kau tu aku bisingkan kat paparan depan blog. biar pun itu jawapannya kenapa kau diam, namun kau sebenarnya bukan pendiam. kau terdiam atau di diamkan [ macamana ek? ] rosli ni, kerja dia baca blog ka, tak pernah buka blog? rosli ni bila jauh dia diam, bila dekat dia bising na..

    ReplyDelete
  4. buat la jambatan dua hala.

    ReplyDelete