Tuesday, November 11, 2008

terima kasih cikgu wahab dan cikgu usop sipan

sekalung tahniah dan terima kasih banyak kepada dua sahabat aku yang selalu menyertai blog aku...

pertama
cikgu wahab, mentor aku semasa di smk tanjung gemok, bersama memancing...[ dia yang ajar ikat tali pancing ] kemudian ajar aku microsoft office dan akhirnya dalam masa yang sama mengajar aku menggunakan bahasa...sama sama menjadikan smktg gemilang dalam kokurikulum dan dihormati di seluruh pahang...dengan sketsa ..sidang kapsul...sentuhan pakar pentas, azmi rahman, pakar bahasa, cikgu wahab, pakar busana pn zawiah...aku tidak sukar menhasilkan sidang kapsul. walau sudah bersara, aku masih selalu berjumpa dengan cikgu wahab dan isteri kami berkawan baik.
kedua
cikgu usop sipan
banyak perbezaan antara aku dengan dia, walau satu nama, satu sekolah semasa tingkatan 6, satu badge masa di upsi, satu daerah...namun, usop sipan lebih mulia dan baik akhlaknya. lebih matang dan menjadi mentor aku dalam memberikan pendapat dan keberaniannya...usop berani bertentang dengan sapa sahaja...walaupun begitu tidak tanggal budi bahasa dan senyumannya.

terima kasih dua sahabat...sahabat sekampung dan sahabat seperantauan

aku berbesar hati dapat berkawan dengan kedua kawan semulia ini dan semoga ikatan silaturahim yang terjalin tidak terputus diperjalanan dan berkekalan hingga akhir hayat.

salam

1 comment:

  1. sof,
    aku sepatutnya tidak membaca entri ini tapi nak buat macam mana, dah terbaca pun....huhuhu

    Aku turut berbesar hati kerana kesudian kau untuk berkawan dgn aku namun puji-pujian itu, tidak layak rasanya untuk aku menerimanya....

    ReplyDelete