Wednesday, December 3, 2008

Antara banjir dan result upsi

Sekali lagi tahniah kepada semua. Dah dapat result tu, maknanya group kita tak ada masalah. Semua sampai, walaupun naik bas dok belakang ( Jamal Bolok ). Aku dok tengah2 bas, sekali sekala, pi belakang bas ganggu kawan2. Alhamdulilah, semua selamat sampai. Apa lagi yang nak dikatakan. Tak puas hati, tepuk dada tanya diri. Pada aku, sangat puas hati dengan ukuran kemampuan diri. Yang paling aku puas hati, kekuatan yang ditunjukkan oleh semua tok guru kita. Tak kira apa cara pun, depa semua ni memang hebat dan layak jadi tok guru di pertapaan upsi ni. Masing-masing dengan kelebihan dan kekuatan diri. Tabik untuk Ibu Kandung Suluh Budiman.


Dalam keseronokan kita dapat result ni, aku nak tarik perhatian rakan2 kepada rakan2 kita di sebelah pantai timur, terutama kelate dan teganu. Aku baru dapat perkhabaran daripada Ayahku (Tengku) bahawa rumahnya dinaiki air hingga paras paha. Tapi sekarang ni dah mula surut dan kerja membersih rumahlah pula. Semoga ujian tuhan ini tidak berpanjangan dan kita sama-sama dapat meraikan kejayaan ini serta menyambut idil adha yang bakal menjelang.

4 comments:

  1. musim tengkujuh dah sampai...nak buat guana.

    ReplyDelete
  2. nak buat gena, air di sini selalunya naik empat kaki.biasa aje . hehehehhehe. sori sop

    ReplyDelete
  3. Cerita mengenai semangat banjir, setiap orang akan tergerak untuk menyelamatkan diri dan peralatan kepunyaan masing-masing serta jika ada peluang kita bantu orang lain. Jika semangat ini ada pada kita semua orang akan rasa terselamat dan selesa. Ianya berbeza apabila ada orang yang hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri semata tanpa memikirkan orang lain. Yang timbul masalahnya ialah seperti yang dialami oleh kawan saya yang cuba menyelamatkan rumah orang lain , manakala rumahnya sendiri tenggelam air, satu komputer riba turut tenggelam disamping peralatan lain. Walaupun ia sendiri tidak selamat tetapi keikhlasannya itu perlu dipuji. Ada juga orang kata menjadi lilin membakar diri menerangi orang lain dan ada orang kata perlu menjadi hujan yang menyuburkan. Tengoklah yang mana lebih baik. Peristiwa Lokman menjadi pedoman kita terhadap apa yang dibuat serba tak kena di mata masyarakat. Fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  4. Betul kata Ayahku. Cuba kita flashback balik waktu kita bersama dalam kelas PPGBkohort5a, mmg ada kebernarannya. Ambil ikhtibarlah. Aku sampai hari ni suka komen pasal ni, kerana ada kebenarannya peribahasa macam enau dalam belukar. Tapi semuanya dah berlalu. Yang dah berlalu ada kesannya. Jadi buatlah yang terbaik pada yang mendatang.

    ReplyDelete