kawan kawan
pengalaman aku, [ macam che hassan jugak lah ni, kongsi pengalaman ] tidak lah sehebat mana.
masa aku menajdi ketua warden, aku mula terasa sukarnya mengurus kawan sejawat..baru 3 orang warden dan seorang pt...bila jadi penghulu KIP aku kena urus kerenah hati manusia yang bernama guru seramai 70 orang dan keluarganya [ kadang kadang ], jadi GPK aku membantu GB mengurus antara 25- 32 guru di sekolah, masa penyelia di PPD aku membantu mengurus 41 GB, 123 GPK SK, 18 Pengetua dan 44 GPK SM, dan ratusan guru yang berkepentingan..
wah..tidak susah, namun bukan senang juga. terpaksa kita kenal guru ni dgn cepat dan perlu ada sikap positif...semua orang suka di tolong dan mereka [ guru-guru] berkemahiran mengesan keihlasan kita dalam berurusan dengan mereka, mereka peka dan sensitif, mereka mahir bercakap dan berintraksi, mereka selalu mengarah di sekolah dan di kelas dan sangat tak suka di arah arah... kebanyakkan mereka rendah diri dan suka menolong...
aku menggunakan prinsip ' membantu...apa yang patut '...akhirnya prinsip ini menghasilkan kesan yang amat positif dalam berhubungan dgn kaum guru. aku rasa semua orang begitu, namun ada juga yang tidak begitu...ada pegawai yang suka mengusik, membuli, mengenakan orang, bias, prajudis dan syak memanjang...jika ini lah sikap yang dipakai...nescaya hubungan akan renggang..
apa pendapat kawan?
Kerana bukan senanglah kita diberi ilmu yang begitu rupa di UPSI dan IAB. Aku harap, kita semua boleh jawab senang sebab kita dah ada ilmu. Gradute Pengurusan Sekolah...bro..(brother)
ReplyDeleteTerima kasih, linkkan blog aku sop. Aku Tabik mu. Dah ada kwn2 bagi komen. Aku bangga dan teruja. Terima kasih.
ReplyDeleteMemanglah susah nak urus orang Sop..! Kecuali mengurus orang yang yang sudah mati (jasad atau fikiran). Cuba kita reflek kembali bagaimana boss kita hendak mengurus kita dan kawan-kawan kita? Kadang-kadang kita sendiri amat susah untuk mengurus diri kita sendiri kan?
ReplyDeleteOleh itu, peranan ilmu dan kemahiran serta pengalaman dapat mengatasi sedikit sebanyak masalah itu. Kerana dengan ilmu, hidup kita menjadi mudah, dengan seni hidup kita menjadi indah dan dengan iman hidup kita menjadi terarah.
Saya ingat lagi lontaran yang saya berikan ketika di dalam kelas tempoh hari iaitu tentang hubungan kita dengan orang lain yang melalui proses kenal, mesra, percara dan akhirnya "taat". Aras perhubungan itu bergantung bagaimana kita sebagai ketua atau boss menangani proses perhubungan itu.
Dalam komen di ruangan lain ada juga saya menyatakan bahawa jika kita sendiri tidak berubah, janganlah kita mengharapkan orang lain berubah. Sifat membantu yang
Sop katakan tu..memang sangat-sangat saya setuju, kerana melalui pertolongan yang kita berikan, orang akan rasa terhutang budi (itu sifat orang kita) dan terharu dengan pertolongan kita itu, apatahlah lagi pertolongan yang kita berikan itu bernilai tinggi. Susulan daripada itu orang-orang ini akan menjadi pengikut yang setia kepada kita (mudah-mudahan)
Wallahuwaklam.