Friday, December 19, 2008

Che Zul: Pensyarah Profesional

salam krismas,
semoga sukses selalu

seterusnya aku teringat pulak pada seorang pensyarah hebat UPSI, Che Zul. Orangnya bertubuh lansing, selalu senyum dan bersikap profesional dalam kelas. Kehebatan Che Omar ialah pada EQ dan ulasannya dalam kelas.

Beliau memberikan peluang yang banyak untuk komunikasi dua hala dengan para peserta. Kami membentangkan isu pemasaran dalam pendidikan seperti tajuk yang diberikan dan dalam pembentangan itu ramai yang memberikan argumen dan pendapat...meskipun pendapat kami tak sampai ke mana, Che Zul tak pernah memandang rendah dan terus bermanis mulut pada kami yang sudah berusia ini..pelbagai ilmu pemasaran diberikan dan kami amat berpuashati kepada kaedah pengajaran beliau. Seperti Abang angkat, abang aji, dr kamalia, kami juga memberikan 5 bintang kepada Che Zul.

Kami mendoakan Che Zul terus berbakti kepada UPSI dan menjadikan UPSi universiti yang hebat..kami amat berpuashati gaya dan cara beliau...dan banyak kenyataan dan pesanan beliau kami semat dihati....semoga kita terus berkenalan, berkawan dan bersahabat namun kami tetap menyemat rasa hormat tak terhingga kepada Che Zul.

Salam hormat

2 comments:

  1. semoga jaket dari kumpulan kami, menjadi kenangan kepada che zul

    ReplyDelete
  2. Aku tabik anak tganu kite ni. Idea aku 'open school' diberi peluang untuk dibahas dan didiskusi dengan baik dalam kuliah. Ini menunjukkan kehebatan seorang pensyarah dalam menilai pandangan para pelajarnya serta kaitan dengan topik yang diajar. Terima kasih En. Zul.

    ReplyDelete