Monday, December 22, 2008

dimana nak cari ramai orang melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kampong orang melayu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

1 comment:

  1. Ramai orang Melayu di Kampung Melayu tak jadi hal. Ramai orang Melayu di Pasar Malam pun tak apa kerana berbelanja kepada orang Melayu, dapat meninggkatkan usahawan Melayu. Yang jadi masalahnya ialah yang berada di Sungai Buloh, lumba haram, dadah dan sebagainya tu yang tak seronok didengar.

    Sebenarnya roh mereka tak dimotivasikan. Jadi, mari kita sama-sama mengubat roh yang sudah tercalar itu.

    Wahai ibu bapa, guru-guru dan masyarakat, ahli politik sedarkan diri kita berpijak di bumi nyata, lihat tanah dipijak, langit dijunjung untuk mengubah Melayu menjadi tidak layu, tapi mampu melayukan, bukan dilayukan.

    ReplyDelete