Monday, December 22, 2008

Dr Omar Karem: Kami terhutang budi padamu

kali ini aku cetuskan kembali kenangan lama bersama pensyarah kita seterusnya. Selepas Abang Angkat, Abang Aji, Dr Kamalia dan Che Zul...kini aku nak cerita pada Dr Omar

klasiknya [ nakal nakal ] kami di ajar oleh dua Omar. Satu kami panggil Dr Omar satu lagi kami panggil Omar Apai. Dr Omar mengajar kami masa mula mula masuk U. Subjeknya HRM. Aku yang sentiasa duduk belakang..kini duduk depan sekali...beri perhatian sungguh..sebab seronoknya belajar dgn Dr Omar. Aku beli pelbagai buku tentang HRM dan memang subjek ini amat aku minati..selain content khowledgenya, aku juga gembira dan sesuai dengan kaedah Dr mengajar. Simple, mudah faham dan selesai masalah. Dr Omar selalu memotivasikan kami yang dah berusia ini dan menarik pemikiran kami jauh ke luar kotak pemikiran orang biasa. Dia menjelaskan hidden curicullum di Universiti yang tak pernah ada pensyarah lain ceritakan.

Sesungguhnya Dr Omar banyak mengubah kehidupan aku dan menyentuh hati dan perasaan aku. Dia selalu menjadi idola aku dan aku sangat respect pada dia. Kami semua terhutang budi padamu wahai Dr. dan semoga Dr sentiasa sehat, gembira, berjaya dan bahgia dunia dan akhirat

7 comments:

  1. Dr Omar tu berasal dari Chaah, Labis kan? Beliau mmg antara tenaga pengajar di UPSI yg gigih dan berwibawa.

    ReplyDelete
  2. betul sop, dari labis..orang johor

    ReplyDelete
  3. Memang boleh kita jadikan
    Prof Omar Karim sebagai "Model" untuk peningkatan diri "Pembelajaran Sepanjang Hayat" kerana beliau melalui proses sukar untuk capai ke puncak seperti hari ini. Apa yang saya boleh katakan kita tidak perlu terlalu "merendah diri" terhadap kelemahan kita kerana Prof. Omar sendiri dapat naik bermula dari bawah seperti kita. Tidak mustahil kita juga boleh capai seperti Prof. Omar Karim, dengan syarat bekerja seperti Prof. Omar Karim. Sanggup tak sanggup, kita kena tanya diri sendiri. Pada saya kita kena buang dua perkara iaitu "malas" dan "tidak bersungguh-sungguh". Kita kena lalui proses kerja luar biasa untuk menjadi Cemerlang,Gemilang dan Terbilang..

    ReplyDelete
  4. Kami satu rumah panggil dia 'Abang Omar' sebab suka cara dia mengajar dan tersangatlah hormat padanya. Tapi Omar satu lagi tu....tak tergamak nak sebut abang omar!!!!Menyampah.... masih teringat-ingat kata-katanya yang menikam kalbu....

    ReplyDelete
  5. Apapun, sebagai 'guru' kita harus menghormatinya walau bagaimana cara dia mengajar. Ambil yang baik dan positif, kerana kita juga sebagai guru, pastinya ada pelajar kita yang tak suka cara kita. Tapi, apa yang baik pastinya dijadikan teladan. Pada saya semuanya ada keistimewaan tersendiri dari sudut kepakaran masing-masing. Awas, jangan terlalu emosi. Blog ni, mungkin dibaca oleh para 'guru' kita.

    ReplyDelete
  6. Kepada Usop, hati2, jangan jadikan blog atau ruangan ini untuk membanding2kan pensyarah. Aku faham apa yang hang rasa, tapi jangan sampai apa yang kita perolehi di upsi menjadi tidak bernilai.

    ReplyDelete