kawan kawan
berita terbaharu aku terima melalui telefon, ibu kepada kawan kita pak lah tanjung, sakit dan sedang di rawat di Teluk Intan.
Jika kawan kawan disana yang ada kesempatan dan berdekatan ..silalah melawat Pak Lah dan melihat kondisi ibunya sebagai tanda persahabatan antara kita.
Marilah kita berdoa untuk ibu Pak Lah Tanjung semoga cepat sembuh.
Terima kasih sop dengan maklumat ini. Kita sama2 doakan ibu Paklah dalam keadaan yang baik. Buat Paklah, bersabar itu sebahagian drp iman.
ReplyDeleteMarilah kita panjatkan doa kepada Allah Taala agar ibu kepada Paklah kita akan sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Paklah bersabar dengan dugaan Allah ini. Jagalah ibu yang dikasihi itu dengan cara yang terbaik ketika dia masih ada ini. Kerana ramai diantara kita merindui untuk memberi khidmat kepada ibu dan bapa, tetapi ibu bapa mereka telah pergi buat selamanya.
ReplyDeleteWalau setinggi mana hebat kita memberi khidmat kepada kedua ibubapa kita, masih tidak akan sama dengan apa yang telah mereka berikan kepada kita, ketika kita masih kecil.
Terima kasih Usop kerana memasukkan berita ibu ku yang sakit di Hospital Teluk Intan ke dalam blog. Terima kasih kepada Che Hassan, Tengku dan rakan-rakan yang lain mendoakan kesihatan ibu ku... Moga allah memberkatinya... Saya baru balik dari Teluk Intan, nampak ada sedikit perubahan kesihatan ibu ku... makin sihat... moga allah memeliharanya. Aku mengucapkan terima kasih kepada kakak dan adik-adik ku yang sentiasa bersama ibu ku...
ReplyDelete