Monday, December 15, 2008

TAHNIAH Yati Rasul

"Kalau tidak ah... ada yang punya,
Mari kita ah... jalan bersama...."

Begitulah dendangan Yati Rasul dalam pertandingan Nyanyian lagu P.Ramlee & Saloma, MSKPPK Peringkat Kebangsaan di Auditorium P. Ramlee, Penang. Aku, isteri dan 2 orang anakku antara penonton yang memberi sokongan kepada kawan kita ni.

Daripada 30 peserta seluruh negara, Yati berjaya meloloskan diri ke peringkat final. Dan malam tadi ketika final, aku bukan saja terpesona dengan suara lunak Yati dan lenggang lenggoknya, tetapi juga kehebatan semua 8 peserta akhir. Yang hebatnya Yati ni, wpun hanya kostum yang bersahaja jer, tapi dapat memikat hati para hakim sehingga memilih beliau untuk Naib Johan. Hebat tu, peringkat kebangsaan. Aku turut merasa bangga.

Nak jadikan cerita, salah seorang peserta saringan pada sebelah paginya itu adalah guru sekolah aku. Tapi di gagal ke peringkat akhir. Tapi aku bangga jugalah dalam bahagian wanita, wakil kedah Johan dan Yati naib Johan.

Lepas tamat acara tu aku ambil kesempatan melayan kawan kita ni dengan bawan makan ayam tandori special. Nak rasa, mailah penang. Habis makan, aku terus hantar Yati ke perkampungan di USM. Aku ni wpun tau jalan2 di penang, bila masuk USM sesat terpusing-pusing mencari kolej yang dijadikan perkampungan semua kontinjen. Dek kelewatan itu, hampir 1 pagi aku dan keluarga sampai di rumah Sungai Petani. Dari riak air muka Yati, aku tahu dia merasa puas dan seronok kerana ada kawan yang melayan dia. Tapi yang hebatnya, bini aku yang beria-ia benar nak tengok si yati ni menyanyi, bila aku khabarkan Yati ni hebat. Jadi, malam tadi dia enjoylah dapat jumpa dan kenal dekat dengan Yati. Jangan salah anggap, bini aku ni bila aku cerita pasal kawan2 semuanya dia respet. Jadi aku tak kekok bila bercerita. Aku harap yati merasa ok dengan layanan aku dan keluarga.

10 comments:

  1. tahniah yati
    aku tau dari che hassan dan kemudian sms dari yati...tahniah. kau telah mengharumkan nama kau, dan sesiapa yang mengenali kau...dan kalau kau nak besara..bolehlah..berilah peluang orang baru pulak..sian dia orang masuk nyanyi tak menang menang

    ReplyDelete
  2. tahniah yati!

    aku kalau yati bersara menyanyi dan beri peluang pada aku, aku memang tak nak, tak tahu la kalau beri kat usof rompin.... sedap jugak dia ni kalau menyanyi, mahu lagi lebat hujan turun musim2 banjir nih!

    ReplyDelete
  3. nak kena belasah si usop sipan ni..

    ReplyDelete
  4. sukati kau ler labi, kau nak belasah ke, nak apa2kan ke.... hehehe

    ReplyDelete
  5. Aku sampai saat ini masih terbayang dan terngiang-ngiang kelunakan suara yati. "kalau tidak ah, ada yang punya.... Mari kita ah, jalan bersama....

    ReplyDelete
  6. Tahniah Yati, bestnya kalau dapat bersama-sama Che Hassan tengok u menyanyi. Tak tau pulak bila pertandingannya tu, kalau tau awal boleh terbang ke Penang dan join u all. Dok kampung sorang-sorang ni dan dah habis belajar rasa diri tua sangat le pulak.. lain kali kalau ada kesempatan begitu dan waktu cuti-cuti begini, bolehlah kita saling mengingatkan agar kita dapat meraikan dan berkumpul semula..miss u all.

    ReplyDelete
  7. congratulations, yati.

    ReplyDelete
  8. che hassan
    terima kasih banyak2 sudi dtg ke auditorium p ramlee malam tu menyaksikan pertandingan akhir. Memang saya seronok dapat jumpa kawan2 dan keesokannya saya contact zubaidah dan Anjalay..kami bertiga makan di restoren Kayu Nasi Kandar. Petangnya jumpa En Lah yang baru pulang dari Selatan mensyuarat penempatan guru. Bila jumpa kawan-kawan yang sama-sama pengajian ni banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.
    Apa pun terima kasih lah che hassan dan keluarga bawa saya makan malam di Restoren Kapitan.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Yati! Maaflah lewat sikit sampaikan ucap tahniah kerana sibuk dengan kelas KDC (Kursus Dalam Cuti)kemudian Kursus Peningkatan Profesionalisma Pensyarah di Sanctuary Resort, Pahang. Ni baru dapat duduk depan blog. Saya teringat pada malam semalam (18 Dis 2008)kami punya ketua jabatan Pengajian Melayu menyanyikan lagu Saloma dan Uji Rashid, suaranya juga merdu macam Yati. Kami seronok kerana ada rakan-rakan yang mampu menghiburkan hati orang lain seperti Yati. Itulah kita sebagai cikgu perlu berani menampilkan diri dalam banyak perkara selagi itu tidak mendatangkan mudarat kepada diri dan agama. Saya cuba juga berkaraoke tapi hanya dapat menghiburkan diri sendiri saja.

    ReplyDelete
  10. tahniah yati,saya low pulau ketam. ingin belajar menyanyi juga tetapi tiada peluang. jamuan hari guru tahun hadapan saya kena siap dengan lagu kerana dipaksa menyanyi. i kena minta tolong ulah!

    ReplyDelete