Sejak IAB hingga tamat UPSI, aku sering mengelak agar tidak terpilih jadi penghulu. Dan aku kagum dengan rakan2 yang terpilih dan dapat memimpin kumpulan kita hingga semuanya selamat grad, wpun takda tambahan markah kepada mereka. Itu semua jadi sejarah dan dikenang kepada orang-orang yang mengenang jasa pemimpin2 kita ini. Hari ini, aku mula kuliah pertama dalam siri perjuangan takda pasal cari pasal ni. Dan disebabkan oleh Dr Kuan yang mencanang kumpulan kita adalah kumpulan GB yang hebat ketika sesi bersama Ketua Jabatan minggu lalu, tempiasnya mengena kepada aku. Hari ini, aku dipilih sebagai penghulu kumpulan. Apa nak buat, terpaksalah pikul. Tapi nasib baiklah pengalaman ketika kita bersama dapatlah juga aku gunakan atau tiru2 style kepimpinan bekas penghulu2 kita dulu tu. Tapi satu lagi perkara yang pelik sikit, ahli2nya tak tetap mengikut kursus yang mereka ambil. Dalam kursus penyelidikan, ahli kumpulan kami ada 2/3 orang yang buat Phd. Jadi berbeza kursus berbeza ahli. Harap aku dapat memimpin kumpulan agar semuanya dapat sarjana nanti. Aku dengar, Faris juga penghulu kumpulannya. Itulah hebatnya PPGB.
tahniah penghulu masters...pandai pandailah bawka diri...kau memang layak pun...aku harap kau terus sampai phd dan bergelar dr hassan
ReplyDeleteSemua layak jadi penghulu, cuma mereka tak mahu dipilih takut terbeban dengan tugas tambahan, maklum saja ketika belajar penghulu kadangnya terpaksa buat kerja kebajikan anak buahnya. Penghulu akan terasa apabila orang lain cemerlang sedangkan dia tidak. Pernah berlaku ketika Kunan jadi penghulu di IAB dulu telah menyebabkan ada subjek tak boleh skor. Tapi mungkin tak berlaku kepada demo Se sebab demo pandai mengurus diri.
ReplyDelete