Kita hanya merancang dan tuhan menentukan segalanya. Samada rancangan kita itu berjaya atau tidak, soal tuhan, namun perancang yang baik biasanya base pada ilmu dan kemahiran serta pengalaman yang ada padanya. Nilai tambah ada disitu.
Sebaik saja kita tamat, delima melanda kepada guru DG32. Sebab mereka just one step lagi nak ke DG 34 dan jawatan Guru Besar. Bulan 8/2008 hingga sebelum mereka ditawarkan. kira kira bulan 9/2010 adalah tempuh masa yang amat kritikal. Jika mereka mendapat tawaran 34 terlebih dahulu sebelum 41 ...maka mereka adalah sisa sisa laskar pajang. Atau golongan yang terselamat dan terakhir diselamatkan oleh keadaan. Jika mereka menerima 41 kemudian baru surat 34 sampai..maka mereka diminta melepaskan kembali jawatan GB 34 tu kerana dalam amalan penjawat awam...TIDAK DIBENARKAN PENJAWAT AWAM MEMERIMA JAWATAN YANG LEBIH RENDAH DARI GRED YANG DISANDANGNYA...41 tak boleh terima 34. Kes ini melanda Raseli, Hj Alias, Rohani dan Halipah. Namun Alias dan Raseli selamat sebab menolok tawaran 41 dan membuat permohonan semula. Sementara Ani dan Lipah, diarah melepaskan jawatan 34 itu sebab mereka berdua telah menerima 41. Ini lah yang dikatakan kes 'kempunan'
Ada juga tidak memohon 41, dan menanti 34 dengan sabarnya. Akhirnya 34 muncul dan selepas itu baru Online 41. Mereka hilang senioriti 41 namun mereka tidak termasuk kes kempunan. Ini adalah seperti Shahar Fazillah dan Mat sungai Gau. Shahar kini GB di Kajang dan Mat GB di SK Cherating, Kuantan.
Dan ada beberpa orang lagi yang aku tak tau.
Kemudian ada juga yang agak terlambat memohon 41 dan sehingg a sekarang masih tidak menerima tawaran dan masih lagi dalam gred lama walau masa telah lama berlalu,..apa nak dikatakan...salah sendiri dan untuk kes malas nak key in online 41 ni....totaly salah sendiri...harganya ialah, orang lain dan menikmati ganjaran tunggakan, kenaikan EKA, ITP dll dia masih di tahap sama....harga yang mahal untuk sebuah 'kemalasan' ..Tak dapek nak nolong.
Ada yang sedang merancang nanti dah dapat 44 nak kuar ke Pejabatatau Bahagian lain..Jawapannya ...sorry, 44 tu hanya kerana ko orang berada di sekolah...kalau mohon nak tukar ke bahgian lain...jangan harap BSN akan lulus, maka if u want 44....stay at school...sampai pencen...kalau ada nasib...48 disitu.
Menariknya, ramai yang telefon dan sms kat aku bertukar pendapat dan bertanya itu dan ini, dan aku menjawablah apa yang aku tahu...namun dalam hati..... Aku terasa dihargai sangat sangat. Terima kasih bebanyak...Cuma kena ingat...siapalah aku ni, bukan ada apa apa kelebihan pun.
Apapun ini hanyalah untuk share saja bukan nak highlightkan sesiapa...jangan marah yer..iktibarnya, kita hanya merancang..tuhan menentukan segalanya, dan rancanglah dengan keilmuan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman ..kita gunakan OPV kalau perlu...sebelum membuat keputusan. Maaf...berceloteh panjang pulak aku...