Wednesday, July 9, 2008

mari tengok gambar kita


tahniah, nampaknya ramai mengunjungi blog kita kalau, tinggalkan comment anda, kalau nak tengok gambar kita klik sini

http://picasaweb.google.com/home?tab=mq

kalau nak upload dokumen kongsi maklumat klik sini

http://docs.google.com/?tab=qo&pli=1

kalau nak sembang sembang dan bincang bincang klik sini

http://groups.google.com/group/group-kita-bersama-ppgb5-kump-a
nanti saya akan update lagi.bye

Sunday, July 6, 2008

detik detik sedih untuk berpisah


detik detik sedih untuk berpisah sudah bermula, pandangan aku kepada KAB, UPSI kini menjadi sayu dan pilu, entah kenapa. Barangkali keakrapan dalam belajar dan ikatan dalam ilmu menjahit bathin aku dan menggamit rasa sendu.
esok akan menatap wajah wajah kawan kawan dari perlis sampai kesabah...satu demi satu, kemudian pada 7.8.2008 kita akan bersalaman dan berpelukan tanda kesedihan kerana berpisah buat selamanya.... eh jangan kata gitu, getus hatiku..tetapi percayalah selepas ini kita memang payah untuk bertemu... komitmen kita menuntut diri kita berada ditempat kita... sukar untuk kita canaikan masa untuk bertemu seperti ini lagi...jagalah tingkahlaku..jangan menyakiti kawan kawan dan gunakan masa yang ada ini untuk bergembira buat kali terkahir...
oh sedih ler pulak petang ni

Saturday, July 5, 2008

fasa akhir yang bukan berakhir


salam dan selamat sejahtera kawan kawan
aku memulakan langkah jam 9.30 pagi menuju ke TM. Suasana bandar rompin amat tenang, perjalanan pun clear, tak ada masalah. Awal sehari dari kawn kawan semua sebab aku ada komitmen lain, settle masalah anak yang juga naik cuti sem di uitm, kemudian tengok rumah di Lancang, mentakab. dan kemudian aku meneruskan perjalanan hingga ke TM jam 4.00 petang.
Selepas solat jamak zohor dan asar aku ke KAB dan mengambil kunci bilik. Dgn sedikit kemahiran nego aku berjaya membuatkan pertugas membuka pejabat KAB dan aku n the geng aku dapat bilik tingkat bawah. E112. Selepas berkemas, aku test line internet di KAB , alhamdulillah clear dan excelent..jadi aku mengambil kesempatan untuk update kan blog ni, walau kawan kawan tak baca pun tak pe, aku tetap up date kan dari masa kesemasa

fasa 8 adalah fas aakhir bagi kita bersama ssama selama hampir 4 tahun 2005, 2006, 2007 dan sekarang 2008. selepas ini kita akan bertebaran diseluruh malaysia dan apakah yang menanti kita dihadapan? tak ada siapa dapat menceritakan ... harapan aku, perhubungan baik antara kita tidak berakahir dan still contact.

walaupun kita sukar berjumpa tetapi tidak mustahil.

ada yang nak buat kelab alumni? silakan, ambillah inisiatif...atau tanya penghulu fasa 9..

dalam fasa ni kita dapat 3 pensyarah
en razak IAB, dan Prof Madya Hamidah Yusof akan ajar law dalam pendidikan
cik asmara akan mengajar ICT.

semoga semua kawan kawan cemerlang dan memberikan kerjasama kepada semua pensyarah kita...selamat cemerlang di fasa 8.

salam hormat
Penghulu Fasa 8

Saturday, June 21, 2008

awasi anak anda.....!

Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF... VIRUS
PENYAKIT AIDS

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya...

Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen. Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.

Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum
penyuntik yang telah digunakan penagih :

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati....

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. Ini adalah nyawa
anda. Sila 'foward' maklumat ini kepada orang lain, especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate
Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM

siapakah orang yang sibuk?

"Semulia-mulia manusia, adalah manusia yang merendah diri dikala dia
berkedudukan tinggi dan bersikap adil ketika berkuasa" - Khalifah Malik
al-Marwan
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
 
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
Musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
Mengukir senyuman.
 
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
 
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
 
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
Masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
 
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
Membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
 
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.
 fikir fikirkanlah kawan kawan
soprompin

to realize....

To realize
The value of a sister
Ask someone Who doesn't have one.

To realize …The value of ten years: Ask a newly..Divorced couple.

To realize,

The value of four years:Ask a graduate.

To realize
The value of one year:
Ask a student who Has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born

To realize
The value of one month:
Ask a mother who has given birth to A premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane

To realize
The value of one-second:
Ask a person Who has survived an accident...

To realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
you can share it with someone special.

To realize the value of a friend:
Lose one.

hargailah apa yang anda ada..
soprompin

Friday, June 20, 2008

sama samalah berdoa

assalammmualaikum dan salam sejatera
hai kawan kawan
semoga semua sehat...alhamdulillah saya dan keluarga di kuala rompin sehat...ada beberpaa berita untuk disampaikan
1. Alfatihah dan doa untuk kawna kita Jamal, kerana orang tuannya telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas...semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang dikasihi
2.saya dah jalan kan semua tugas awal, mohon kebenaran dari FPE, Pej Parlimen, Penasihat Undang 2 KPM dan Pej IStana Keadilan...semoga mendapat kebenaran dan kita sama sama akan menyertai rombongan, sebab kalau tunggu naik fasa 8 memang tak sempat. Setakad ini pendaftar Dr Kamaruddin sudah minta proposal untuk infastruktur. Sama samalah kita berdoa...any way kalau niat kita baik akan dimakbulkan tuhan...ingat kita hanya merancang dan tuhan yang akan menentukan
3. tadi yati baru beritau beliau dah dapat surat panggilan ke fasa 8 ...7 julai - 7 Ogos...semoga kawan kawan bersiap sedia dan membeli tiket kapalterbang atau mengambil langkah yang patut..sama samalah kita berdoa agar segalanya selamat..dgrnya kolej agak kritikal dan kita mungkin ke tingkat atas..sebab ada kump belum keluar lagi
4.akhir sekali untuk kali ini...layarilah internet dan kunjungilahblog kawan kawna dan blog kumpulan kita untuk mendapat maklumat terkini dan berkongsi pendapat

salam
soprompin

Tuesday, June 17, 2008

lawatan ke parlimen

salam sayang kepada semua kawan kawan
walaupun blog kita ni tak berapa laku, tapi tak mengapa, manalah tau nanti ada yang senang dan ada masa, masa silalah mengunjungi blog kita ni

ada berita penting
tadi jam 3, pejabat parlimen telah menghantar surat kelulusan untuk kita melawat parlimen dan hadir ke sidang dewan rakyat pada 15 Julai 2008 jam 2.30 petang, sekarang kita hanya menunggu kelulusan fakulti untuk menggunakan bas UPSi dan kelulusan istana keadilan serta kebenaran penasihat undang undang KPM

semoga semua kawan kawan dapat join dan berikan sokongan kepada program ini.

semua kena bawa balzer dan bertali leher.

aku juga telah menyiapkan group discussion untuk kumpulan kita, pensyarah dan semua kawan kawan kita dari kumpulan B atau geng 29 atau sesiapa saja yang berminat...silalah menjadi ahli kumpulan pada alamat ini
http://groups.google.com/group/group-kita-bersama-ppgb5-kump-a

dalam kalau nak tengok gambar kita bersama sila layari alamat ini
http://picasaweb.google.com/home?tab=mq

dalam internet macam macam ad

salam

Thursday, June 12, 2008

telah kembali bertugas

salam sejahtera
aku selamat sampai ke kuala rompin jam 7.30 petang...kira kira 7 jam perjalanan..memang penat dan boring...sampai saja dirumah...dunia dan persepsi terus berubah. Dari dunia student kepada dunia seorang suami dan bapa, esoknya aku dipanggil ke pejabat PPD ...nampaknya orang rompin dah tak sabar sabar nak jumpa dan bermanja dengan aku...biasalah...aku layari kehidupan seadanya.

sepanjang fasa 7, nampaknya kita hadapi pelbagai masalah juga, pertama kelas kita DKC, tidak selesa dan terganggu, aircondnya tak berfungsi dan pintu belakang terkopak, cahaya masuk mengganggu LCD yang dipancarkan...kita pindah sementara di DKI kemudian kita pindah pula di DKG..alhamdulillah en harun di PTPM banyak membantu, Dr Khuan juga.

kemudian tugasan kumpulan nampaknya masih ada yang tertangguh..ini disebabkan sebenarnya sikap kita sendiri.kita meng intensifkan moof intensif, dengan alasan nak balik kampung....oklah tu, betul jugak, balik kampung penting tetapi dengan balik kampung kita tidak dapat bersama secara berkumpulan, contact hour kita menjadi sendikit, maka tulah sebab kerja kumpulan kita tertangguh...maka yang belum siap tu, tanggunglah sendiri...aku macam biasalah balik dua minggu sekali. maklumlah orang lain money no problem aku pulak problem no money

fasa depan harap semua membawa baju batik dan kod ( blazer ) Ada sesi bergambar dan makan malam ...nampaklah seragam sedikit. mana yang tak bawak tu memang tak sehati sejiwalah... maka ambillah tindakan yang melambangkan keperibadian anda....akhirnya selamat kembali bertugas dan buat projek, jangan manipulasi kuasa sah anda, jangan arah cikgu untuk projek anda, memang anda tak dipenjarakan tetapi anda telah melanggar etika dalam hati anda

salam

Monday, June 9, 2008

sebuah sketsa fasa 7


assalammualaikum
semoga semua kekawan sehat dan gembira...dua minggu tak ada internet di kolej amat menyiksa bathin para blogger dan peminat internet..termasuk aku. aduan telah dibuat bukan setakad ke unit ict tapi hingga ke pengethuan naib canselor (kebetulan bersembang dengan dia pada beberapa ari lalu) namun hingga kita nak balik ni, kemudahan itu masih tak dapat digunakan. Inilah menyebabkan blog ni tak dapat di update kan..maaflah

pertama
ingin saya nyatakan saya berterima kasih atas undian yang diberikan kepada saya untuk terus menjadi ketua kumpulan. saya membuat keputusan agar tiada sekatan dibuat..kita bebas pilih siapa saja yang kita suka dan etikanya itulah yang terbaik..kalau saya hendak dominankan sesaorang atau buat sesuatu untuk mempromosi sesaorang calun, tentu saja saya ada kesempatan dan mereka apa apa saja yang bukan bukan asalkan niat saya tercapai...namun saya tidak berbuat begitu sebab saya berpegang kepada etika. Niat yang tak elok , atau hendak mengenakan sesaorang atau cuba menyelamatkan sesaorang ...semuanya itu akan diketahui oleh tuhan juga...pada saya...ok jer sebab saya memandang kerja sebagai ketua ini biasa jer...tak ada yang luar biasa...atau macamana...kalau dah suratan tuan tuan memilih orang lain saya senang hati sangat sangat...kalau tuan tuan terus memilih saya saya terima dengan alhamdulillah jugak sebab tidak ada satupun gerak dan geri didunia ini hanya dengan izin Allah...cuma harapan saya ..berikanlah kerjasama yang erat seperti selalu dan kita akhiri fasa 8 kita dengan harmoni

kedua
keputusan periksa dan surat panggilan akan diusahakan pada hari rabu..harap berjaya, kalau tak tunggu surat dari upsi dan result akan dapat pada fasa 8...nak buat macamana, bah akademik menganaktirikan kita, kita ni tak ada makna pada mereka, kita ni macam bukan pelajar upsi..kita program menumpang..jadi inilah akibatnya...saya dah jumpa dr khuan 2 kali, pendaftar 3 kali untuk hal itu...so saya dah buat sesuatu..tapi keupayaan saya ada batasan dan hingga batasan itu saya terpaksa mematikan langkah
harap sabar

ketiga
tadi dah periksa POP, saya kecundang kerana memang lemah dalam akaun, semua tugasan telah saya hantar kepada en ibrahim dan kepada kumpulan yang belum hantar sila masukkan kedalam peageon hole en ibrahim dan sms kepadanya..
esok peperiksaan peng penyeliaan dan lusa kita akan akhiri dengan kaunseling...
selamat berjaya dan jumpa lagi pada 6 julai nanti

akhir kata
salam hormat kepada semua kawan kawan dari kumpulan a dan b, khas untuk cikgu yusof sipan
dari kump b yang selalu membaca blog ini, terima kasih banyak dan kaulah sahabat aku yang berbudi luhur dan baik hati...ingat sop kita sekampung untuk itu aku masukkan gambar kau dalam blog aku untuk tatapan dunia....aku tau tempat kau cakap tu, jangan marah sop

Friday, May 30, 2008

minggu akhir bersama...

hai kawan kawan
cepat masa berlalu...terima kasih kerana mula membaca blog kita, lagi banyak maklumat lagi baik.
pertama
tahniah kepada rakan kita yang dapat tukar, dapat naik pangkat, dapat menantu, dapat cucu dan merayakan sesuatu yang menggembirakan
kedua
terima kasih atas kerjasama kepada saya dan jk semasa mengurus tadbir kumpulan kita dalam fasa 7 ni...mana mana yang kekurangan tu mintak maaf lah banyak banyak...mana yang tersalah cakap terkasar bahasa...harap selesaikanlah dengan kemaafan
ketiga
pilihlah tok penghulu baru minggu depan ni dengan pemikiran yang waras dan kita akan adakan pemilihan di hadapan pensyarah. harap berkelakuan matang dan terpelajar. caranya senang saja
edaran pertama: semua orang tulis dua nama yang hendak dicalunkan. Tak kira sapa, penghulu lama ke, penghulu iab ke , perempuan ke, lelaki ke semua layak...ambil masa 5 minit sahaja
isnin

proses: dua nama terbanyak jadi calun tok penghulu: ambil masa 5 minit

edaran kedua: mengundilah kita- jumaat

maka lepas tu kita periksa dan penghulu fasa 8 telah dilantik...beres

oh ya terima kasih kepda hasmah dan tengku kerana menjayakan penyampaian hadiah pada puan ramlah. terima kasih juga kepada semua jk yang bersusah payah membantu saya dalam fasa ni...kita bersama susah dan senang...gua respect u all

salam hormat
tok penghulu pencen

Wednesday, May 21, 2008

pilihanraya umum minggu depan

tuan-tuan dan puan-puan
minggu ke 3, kita akan menguruskan piliharaya umum ke 12 dan yang terakhir untuk kita semua
Jawatan kuasa diketuai oleh En Rosli (pengerusi)En Mat (SU) En Jamal (JK) En Dollah (JK)
sebagaimana biasa penghulu yang pernah bertugas tidak dibenarkan masuk bertanding lagi. saya telah mencadnagkan supaya kali ini kita pilih pemimpin dari kaum perempuan.
Rasionalnya saya berkata begitu ialah perempuan pun boleh memimpin, perempuan lebih berhati hati dan lebih sistematik. Fasa 8 adalah fasa akhir kita yang memerlukan pemimpin yang berhati hati, sistematik dan hebat. biarlah kita akhiri pengajian kita dengan pimpinan hebat dari kaum wanita yang selama ini tidak pernah diberikan peluang memimpin.
namun tuan dan puan boleh memberikan pendapat dan pandangan kepada saya dalam minggu ini
kita boleh fikirkan semula cadangan itu
hanya sekadar pandangan sahaja....
salam

Monday, May 19, 2008

selamat hari guru











saya mewakili semua jk fasa7 mengucapkan selamat ahri guru kepada semua warga pendidik diseluruh negara dan ahli kumpulan ppgb kumpulan a khasnya. hayatilah kata kata ini..

adat gunung timbunan awan
adat bukit timbunan kabus
adat teluk timbunan kapal
adat lurah timbunan air
adat pemimpin timbunan umpat
adat guru timbunan ilmu

dalam ajarnya ada harapan
dalam marahnya ada sayang
diamnya penuh bijaksana
tegurnya penuh dengan doa

bersyukurlah
ANDA SEORANG GURU

Sempena hari guru ini, tiga rakan dari sabah telah sudi menyambut hari guru mereka kali ini bersama warga sekolah SK Pontian dirompin, kami di SK pontian dan warga rompin dan pahang mengalu-alukan kedatangan mereka dan terima kasih banyak banyak diatas kesudian menjadi hakim jemputan dan bersama kami dihari yang indah itu.

mereka ialah Pn Siti Dayang dari PPD Ranau, Pn Winie dari SK St Benedict dan Pn Martivi dari SK Kimondo Rabau, Sabah.

Mereka menginap di rompin beach resort dan lemawat ke SK Muadzam Jaya, SK Kedaik, SK Janglau, SK Sg Puteri, SMK Suungai Puteri, SMK Seri Rompin, SKKampung Kolam, Sawah Padi Selendang, Pantai Hiburan Rompin, SK Bolok, Sintuari gajah di Bukit Rengit, dan pelabagi tempat yang menarik di sekitar Pahang

Mereka juga menziarahi rumah saya, rumah rohani, rumah yati rasul, rumah hj alias, rumah, halipah, rumah jamal dan adik ct dayang di kuantan.

Terima kasih kepada cg eda, cg rohani, cg sharin , cg halipah, cg ibrahim, cg jamal dan semua ahli keluarga yang memberikan layanan istimewa kepada mereka... lihatlah beberapa gambar di atas betapa gembiranya mereka...dan jika tuan ingin melihat album mereka klik disini

http://picasaweb.google.com/waibiM/LawatanIntegrasiDelegasiSabahKePahang
http://picasaweb.google.com/waibiM/LawatanIntegrasiSabahanKePahang2




semoga tuan tuan sudi datang kerompin nanti.

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY