Wednesday, March 30, 2011

Saturday, March 26, 2011

Blok Sains UPSI


Hi kawan kawan...ni gambar aku masa habis kelas Prof Hariri di blok Sains UPSI. Tempat kita berekperimen dulu. Aku cuba juga cari cari Dr Maria...tak jumpa...hehehehhe...datanglah ke UPSI jika rindu ke UPSI...cuma aku dan Che Hassan yang tak jemu lagi ke UPSI...opss ada lagi, Mahani, Faris, dan Abu Kasim...
Posted by Picasa

Wednesday, March 23, 2011

2005-2011


Masa berlalu begitu pantas, cepat dan tidak terasa. Umurku masuk angka 50 tahun ini dan beberapa perkara perlu aku perkemas dan susun semula agar kehidupanku menjadi lebih bermakna. Kita mula berkenalan pada tahun 2005. Hampir 250 orang dalam NPQH kohot 9. Sebahgiannya ke IAB Utara dan yang lainnya di IAB Induk. Kita dibahagikan kepada 3 kumpulan Kump 34, 32, 29. Hubungan besar terjalin dan hubungan mesra terikat dengan gaya tersendiri. 2006 . Kemudian kita di eratkan dengan pelbagai program yang pro dan kont hingga kita terasa erat dan mesra. walau pun ada beberapa nama gugur dari medan perjuangan.

2007 kita bergelut dengan pelbagai dugaan semasa menggamit bintang yang bernama segulung ijazah. Ada yang kematian ibu, bapa malah ada juga yang membayar dengan harga yang sangat mahal dan tragis antaranya harga yang bernama perceraian dan perpisahan. 2008 ikatan silaturahim semahin intim dan malah yang dalam diam diam...'jatuh hati'...secara tidak sengaja. Ada yang memendamkannya ada yang meluahkan. Sampai begitu hebat perkenalan ini. Siapa ek? ...emmmm entahlah. Buah hati kekasih orang...2009 kita bersama memohon DG41 dan 2010 kita mula dilantik malah ada dalam proses pengesahan.

2011. Beberapa nama dah mula disahkan dalam jawatan. Menariknya juga beberapa nama telah bergelar Masters. Beberapa nama kini berada di bidang lain yang lebih mencabar, PPD, JPN dan KPM...tahniah tahniah tahniah. Rezeki orang siapa yang tahukan.

Visi dan misi kita berbeza, kedudukan kita berbeza, masalah dan situasi kita juga sentiasa berbeza. Cuma yang sama dan tetap akan sama samapi bila bila ialah. KITA PERNAH BERKENALAN DAN BERSAMA ....dan kita semua pernah menjadi kawan. Itu adalah fakta sejarah dalam episod kehidupan kita.

Dan tahun ini 2011 juga adalah tahun terakhir aku menulis untuk blog ini. Blog ini adalah hadiah dariku untukmu...Terimalah hadiah dariku kepada semua kawan kawan ...satu subangsih dariku demi persahabatan kita. Blog ini akan menjadi wadah atau pondok maya yang menggamit memori dikala kesunyian bertandang di kamar sepi. Aku capek dan aku doakan agar blog ini terus dapat kita baca selama mampu.

Salam dariku.

YUSOF BIN MOHAMAD @ Waibi M @ Kembara Kelana
Temerloh, Pahang.
Posted by Picasa

Saturday, March 19, 2011

Dengan 'amoi" di kampongku

Seronoknya Cuti


Paling gembira masa cuti ni budak budak sekolah, kedua ibubapa ketiga cikgu. Tetapi sekarang cikgu pulak lebih lebih ...dia pulak suka sangat masa cuti...kenapa? sebab mungkin banyak aktiviti kut.
Posted by Picasa

Tuesday, March 8, 2011

6 prinsip asas Kepimpinan


Jadi pemimpin, jangan sampai terpaksa amal makan ubat...

Ini adalah 6 prinsip asas semasa memimpin organisasi....barangkali kita boleh berkongsi bersama, dan kita lontarkan kembali ilmu yang kita pelajari dalam blog ini atas tiket tanbihul ghafilin...mengingatkan bagi yang lupa....antara yang menarik dalam ilmu kepimpinan yang kita belajar dahulu, ada 6 prinsip asas mesti dianuti oleh seorang pemimpin...

1. Ada Visi
2. Terjemahkan visi
3. Create persekitaran yang menyokong
4. Sentiasa tahu apa yang berlaku di dalam area kepimpinannya
5. Bertindak dengan ilmu dan kebijaksanaan
6. Kendali penyeliaan instraktional secara berkesan

Friday, March 4, 2011

2 minggu lagi habis semester 2

Tengku dan Hassan Embong, kemudian Simah dan Shelley, diikuti oleh Che Hassan dalam kumpulan kita yang menyambung pasca ijazah....aku? follow kemudian, baru nak habiskan sem ke dua , dua minggu lagi...sem kali ni aku belajar analisis data, seminar dan pentadbiran pengurusan dalam pendidikan. FPE dah mempunyai dekan dan timbalan dekan baru.

Dalam cuti ni aku kena mengadap En Khalib, penyelia aku dalam projek atau thesis, EN Shukri dah kerja di UMS, pensyarah baru dan suasana banyak berubah di UPSI.

Kompleks UPSI dah semakin pesat membangun dan maybe tahun ni boleh guna.

Kawan kawan dalam kumpulan kita menyepi dan masing masing membawa diri....dan kalau ada kelapangan singgahlah blog dan menulis dalam nya...senang je..kirim email kat aku, aku akan invite jadi penulis...bila buka blog gunakan id dan pw email anda...

penatlah...

Wednesday, March 2, 2011

Mak We baru ku....Heidi


Staff baruku...Pn Heidi kelahiran German dan Pendidikan dari UK
bila ke sekolah...jumpa aku dulu...sain buku log...so far...she very good and helpfull

Tuesday, February 15, 2011

Mereka yang tahu

Setakad ni, Dollah, Raseli, Lias Mantan, Jamal, Ani, Dayang, TV, Vinie, Usop Sipan, Pirzan, Awal, Yati, Kak Pah Tengku, dan Hassan Embong dah sampai rumah aku..ni gambar masa projek sayur disekeliling rumah aku..jemputlah datang kalau nak sayur free

Friday, February 11, 2011

Monday, February 7, 2011

reunion PPGB A di kenduri kawin

mari kita berkumpul di rumah Pn Hasmah Taib sekali gus datang kenduri kawin anaknya..ni jemputan dia

Insha Allah Sop.......... lame gak kita tak jumpa......... teringin... rindu nak berbual macam dulu....... Sop.. nanti tolong promot majlis kahwin anak akak kat blog kita.Jemput semua kenkawan kita. Akak pun nak jemput Sop dan famili ke majlis tu nanti (26 Februari 2011, Hari Sabtu)7 minutes ago ...

JEMPUTAN UNTUK SEMUA KAWAN KAWAN

MAJLIS WALIMATULURUS
PN HASMAH TAIB dan SUAMI untuk
anaknya..

SABTU: 26/2/2011

Lot 2896, Kampong Malan, Dangi, 73100 Johol, Negeri Sembilan

tapi hampir dengan pekan Kuala Pilah,



JEMPUT....SEMUA....TERMASUK ANAK DAN ISTERI ISTERI...
PPGB A DAN PPGB B AN KUMPULAN 29 NPQH 9
TERMASUK PENSYARAH DARI IAB DAN UPSI

eh..lebih lebih lak aku menjemputnya....betul tak kak mah?

Thursday, February 3, 2011

Berita Baik Buat Warga Kuantan dan Yang berdekatan dengannya

Ini ada satu berita baik untuk semua GPK dan Guru Besar malah guru guru yang berada di kuantan, pekan, kemanan, cukai atau sekitarnya. UMS [ Universiti Malaysia Sabah ] akan mengadakan kursus masters Pengurusan Pendidikan di Kuantan. Pensyarah Kanannya Dr Shukri Zain [ bekas pensyarah UPSI ] menghubungi aku dan mohon aku menghebahkan hal ini kepada semua...kosnya agak berpatutan iaitu cuma RM 12, 600.00 sahaja. Minimum 15 pelajar sudah boleh di jalankan kursus tersebut

Kalau nak diikutkan aku buat di UPSI ni pun kos yang lebih kurang sama kalau dicampur dengan belanja berulang alik...kalau sesiapa yang sedang kursus yang sama di U lain urusan ' tranfers credit..boleh diuruskan.

Untuk keterangan lanjut eloklah hubungi Dr Shukri sendiri dalam talian 0199181965
atau boleh kirimkan email kepada Dr Shukri di alamat berikut eh lupa lak...nanti aku masukkan kemudian...

TOLONG HEBAHKAN DAN KALAU BERSEDIA....call Dr Shukri tu...ok.

Wednesday, January 26, 2011

Tahniah

Tahniah
kepada

MAT SUNGAI GAU..

kini menjadi Guru Besar
di SK Cherating
Kuantan, Pahang.


Thursday, January 20, 2011

dimanakah anda berada sekarang?

Ada berita baik, semua peserta PPGB akan di jemput untuk satu seminar lestari anjuran pihak Universiti. Di dalam seminar itu adalah agenda dan pengisiannya...tu no 3.

Perkara pertama dimanakah anda berada? Sekolah baru, rumah baru, alamat baru...no telefon baru...sebab surat jemputan akan dihantar oleh pihak urusetia kepada tuan puan semua.

Di mana anda berada sekarang...? Yang terkini?

Perkara ke dua...sudikah anda menghadirinya? Resolusi dari seminar ini amat penting untuk kita hantar ke pihak atasan.

Nak tau siapa penggeraknya? Sila respon

Penghargaan kami ( ii )

jutaan terima kasih

Fasa 1
Dr Norlia bt Mat Norwani
( Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan)
Prof Madya Dr Omar b Abdull Kareem
(Peng. Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan)
En Ikhsan bin Othman
( Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
En Zain
( Communicative English 1)
Fasa 2
Hj Nazirmuddin bin Ahmad
( Kepimpinan Pendidikan)
Prof Kamaruzaman
( Psikologi Pendidikan)
En Omar bin Saleh
( Pend. Jasmani dan Sukan)
Fasa 3
Hj Nazirmudin bin Ahmad
( Pengantar Etika)
En Muhammad Khairudin Lim bin Abdullah
(Pengurusan Perubahan)
En Khalip bin Musa dan Prof Madya Hariri
(Pengurusan Strategik Pendidikan)
Pn Ainon
( Communicative English 2)
Fasa 4
Cik Jessnor dan Pn Harnani
(IT dalam Pengurusan Pendidikan)
Dr Khuan Wai Bing
(Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan)
Dr Maria bt Salih & Naziyah & Saadiah
( Kurikulum dan Pengajaran Sains Sekolah Rendah)
Fasa 5
Dr Che Mohd Zulkifli bin Che Omar
(Pemasaran Pendidikan)
Dr Shukri bin Zain
(Penyelidikan Tindakan)
Dr Seri Lanang Jaya bin Rohani
(Prinsip Pengajaran Bacaan)
Dr Lim Chong Hin
(Kurikulum dan Pengajaran Matematik Sekolah Rendah)
Fasa 6
Dr Khuan Wai Bing
( Negotiation Skills)
Hj Abu Bakar bin Yusuf
(Prinsip Pengajaran Penulisan)
En Sulaiman , Pn Suliana & En Samad
( Pengurusan Sistem Maklumat dalam Pendidikan)
Fasa 7
En Ibrahim Tamby Chek
Perakaunan Sekolah Rendah
Dr Malik & Pn Ramlah
Pengurusan Kaunseling
Dr Shukri Zain
Pengurusan Penyeliaan
Fasa 8
Prof Madya Hamidah & En Razak Manaf
Isu dan Perundangan dalam Pendidikan
Cik Asmara & Pn Roziah
Pengurusan ICT Sekolah Rendah

ALAMAT TERKINI AHLI PPGB 5A

ahli

PAHANG DM
JAMALUDIN KARIM
HALIPAH BINTI ABDUL AZIZ
MOHAMAD
YUSOF BIN MOHAMAD
ROHANI A GHANI
SHAHRIN
ALIAS ABU SAMAH
NOORHAYATI BINTI RASUL
TANG KAM LONG
WAI SAU KHAU
SHAHAR FADZILAH
VAIRAM A/L SHANMUGAM

PULAU PINANG

ABDULLAH BIN HASHIM
ANJALAY DEVI A/P KRISHNASAMY
ZUBAIDAH
NORMALA>

KEDAH

CHE HASSAN
AZMI BIN DIN
SEE HOCK CHUAN
LAU

PERLIS

ROSLI

SABAH
MARTIVI
SITI DAYANG
MOHD ZAWAWI
SHELLEY LIEW MUI LIN
@SHIRLEY LIEW
CHUNG YEE LAN
CHIN FONG MOI

SARAWAK
GOEN
APHONG

TRENGGANU
RASELI BIN ISMAIL
ALIAS
HASSAN BIN EMBONG
TENGKU ADNAN

SELANGOR

NORHAYATI
SHAADAN BIN MANAP
YEN LAI LENG
SIAH LAY CHOON
WONG SIEW KUEN
LOW CHOON YEN
NAFSIAH BT HUSIN

JOHOR

CHOONG
TEAH HAK BOON
TEO AH HENG
SOH MENG CHOON

PERAK

WAZIR
MAAROF
CHAN
HAMIDAH
ZAINAL BIN BAHARI
KUPAYEE

MELAKA

CHU CHEE HOE

NEGERI SEMBILAN

HASMAH
SARASWATHY