Monday, February 25, 2008

bahang pilihanraya

salam sejahtera
bahang pilihanraya semakin terasa, pelbagai bunyi dan cakap cakap politik kedengaran sana sini. aku macam biasa, suka mendengar sahaja dan melihat tingkalaku manusia sebab aruah tok guru pesan jangan campur urusan pilihanraya yang penuh dengan pemusuhan dan dendam itu.
di kawasan rompin, nampak tenang tetapi arus dibawahnya kuat juga.dun tioman menampilkan muka baru yang dikenali sebagai kapten jo lawan dengan lawyer dari pas sementara Parlimennya pula satu lawan satu antara JJ dengan engineer dari pas.

tiada perubahan dari sikap orang melayu yang masih tidak jelas dengan peranan pilihanraya ini, kuasa ditangan mereka dan momokan dari parti yang bertanding.

semoga ada perubahan yang akan berlaku dari sudut paradigma orang melayu insya allah...

semoga tiada kekacauan dan tenang serta profesional

yang menang akan menerima mandat, mandat adalah satu amanah yang berlandaskan kepercayaan, kepercayaan adalah nilai tertinggi dalam hidup manusia yang diberikan dan sesiapa sahaja yang memegang amanah ini akan dipersoalkan dalam hidup dan matinya kelak.
mencalunkan diri sendiri adalah salah dari sudut kepercayaan itu sendiri. Yakin dan percaya ini jjuga dikenali sebagai iman dalam bahasa arab, pengundi menyerahkan keyakinan dan kepercayaannya pada calun yang bertanding samalah ertinya pengundi menyerahkan keimanannya kepada calun dalam hubungan sesama manusia, habbulum minannas.. alangkah besarnya amanah itu, aku ...kalau diupah sejuta ringgit pun aku tak akan sanggup menawar diri menjadi calun wakil rakyat...sebab aku takut dipersoal di akhirat kelak, namun aku tak pernah mungkar dalam menjalankan tugasku kepada negara...aku terus mengundi dan mengundi.

aku dan isteriku mengundi siapa?

itu adalah rahsia kami

kepada kawan kawan...hati hati, jangan sampai langkah sumbang memakan diri

salam

No comments:

Post a Comment